Rabu, 20 Februari 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


CONTOH PENIPUAN UMNO?

Posted: 19 Feb 2013 06:29 PM PST

BN tidak lagi mempunyai kelebihan yang menyumbang besar kepada kemenangannya dalam pilihan raya sebelum ini, kata pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Mohamad Redzuan Othman.
NONEMenurutnya, ini kerana BN kini tidak lagi mampu melakukan persempadanan semula pilihan raya selepas hilang majoriti dua pertiga di Palimen selepas pilihan raya umum (PRU) 2008.

Satu lagi kelebihan lain iaitu keupayaan untuk mengadakan pilihan raya secara mengejut juga telah lenyap kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menangguhkan PRU ke-13 terlalu lama.

"Contohnya pembangkang tidak bersedia sewaktu PRU diadakan pada 29 November 1999. KEADILAN (sekarang PKR) hanya berusia enam bulan (ketika itu)," katanya pada satu forum di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hari ini.
"Ia juga merupakan musim tengkujuh pada masa itu, dan Suruhanjaya Pilihan Raya tidak berjaya mewartakan banyak nama pemilih baru (kerana pilihan raya mengejut).

"Namun kali ini, ia bukan lagi isu kerana pembangkang sudah bersedia," katanya.

Tiada ulasan: