Anak Sungai Derhaka |
- Dulu UMNO hulur Kain Batik, Kain Pelikat.. tapi sekarang kerana terdesak barang ini pun dihulurnya..
- Pencacai UMNO semakin ganas.. Kain Rentang PAS Pasir Salak dibakar..
- Bumbung Stadium Sultan Mizan runtuh lagi!!.. Gambar sebagai bukti..
- Kemelut Psy, Najib dan Yee Sang Terbongkar Akhirnya...
Dulu UMNO hulur Kain Batik, Kain Pelikat.. tapi sekarang kerana terdesak barang ini pun dihulurnya.. Posted: 20 Feb 2013 06:57 AM PST Jika dulu semasa ramai rakyat Malaysia masih tidak menyedari bahawa mereka telah diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN, calon-calon UMNO/BN hanya menghulurkan sedikit keperluan harian untuk membeli undi.. Biasanya yang dihulurkan mereka semasa berkempen ialah sehelai kain batik atau kain pelikat, sekampit beras, sekilo gula, sekampit tepung dan beberapa keperluan lagi serta wang tunai RM50. Tapi orang UMNO sendiri kata,, bukan RM50 yang diberikan kepada pengundi tapi lebih.. macam biasalah orang UMNO ni kalau tak menguntungkan diri sendiri mampus diaorang tak mahu buat kerja punya.. Sekarang pula oleh kerana amat terdesak dalam menghadapi kebangkitan rakyat, melalui Presiden mereka berbagai-bagai imbuhan ditabur mereka.. Sedangkan selama 55 tahun yang lalu ketika mereka kuat langsung mereka tak ingat akan susah senang rakyat.. bagi mereka mereka boleh buat apa saja kerana rakyat tetap menyokong mereka.. Tetapi bila mereka sedar bahawa mereka mungkin kehilangan kuasa, baru mereka mahu memikirkan susah senang rakyat.. Selain dari Najib dijangka bertindak meluluskan kenaikan gaji kakitangan awam 2013 sekitar RM400 beserta elaun perumahan dinaikkan kepada (antara RM350-RM450) dalam usaha memujuk kakitangan awam mengundi UMNO/BN pada PRU13.. Untuk memujuk rakyat di pendalaman pula ini adalah tambahan kepada barangan yang telah tersenarai di atas tu.. Kicap pun kicaplah... Tapi.. kalau Pembangkang lemah jangan haraplah UMNO/BN akan tabur segala bentuk imbuhan tu.. oleh itu, tengok gambar di bawah ni.. | ||||
Pencacai UMNO semakin ganas.. Kain Rentang PAS Pasir Salak dibakar.. Posted: 20 Feb 2013 01:45 AM PST 2 Kain rentang yang dinaikkan di Pejabat Operasi HalWa dan Bilik Operasi PAS Kampung Gajah, Pasir Salak telah dibakar pagi tadi. Kejadian disedari oleh orang ramai yang melalui jalan tersebut. Laporan Polis telahpun dibuat, namun begitu PAS Pasir Salak menjangkakan mungkin tiada tindakan di pihak berkuasa.
Ini bukan kali pertama berlaku, namun sabotaj terhadap banner PAS dan Pakatan Rakyat di Parlimen Pasir Salak sentiasa ada dalam situasi menghadapi PRU. Doa dan solat hajat akan dilakukan agar pengkhianat ini akan diberikan balasan setimpal oleh Allah dan manusia menerusi ilham-Nya. Difahamkan juga Bendera PAS bersaiz besar 10' juga telah dibakar lokasi Jambatan Sg Perak , Kg Gajah. ~ Sumber: PAS Pasir Salak | ||||
Bumbung Stadium Sultan Mizan runtuh lagi!!.. Gambar sebagai bukti.. Posted: 19 Feb 2013 10:54 PM PST Bumbung Stadium Sultan Mizan di Terengganu yang sedang diperbaiki runtuh sekali lagi dalam satu kejadian yang mencederakan tiga orang pekerja tempatan hari ini. Laporan The Star Online menyebut, struktur besi untuk bumbung stadium tersebut runtuh dalam kejadian pada kira-kira jam 11.30 pagi ini. Tiga orang pekerja yang terperangkap di bawah runtuhan tersebut berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah. Laporan itu juga menyebut, pihak bomba dan pois sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian. Ia merupakan kejadian kedua selepas bahagian bumbung stadium di Gong Badak, Kuala Terengganu itu runtuh pada Jun 2009. Guane Ganu kite nih?? Sumber gambar : Tranungkite | ||||
Kemelut Psy, Najib dan Yee Sang Terbongkar Akhirnya... Posted: 19 Feb 2013 08:45 PM PST Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, Barisan Nasional (BN) terpaksa mencipta ribuan pembohongan untuk menutup penipuan asal mengenai kemelut "yee sang" pada Rumah Terbuka Tahun Baru Cina BN di Pulau Pinang yang menampilkan bintang K-Pop Korea Selatan, Psy dan Gangnam Style. Katanya, pada asalnya, kemelut "yee sang" yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu dijelaskan penganjur BN Pulau Pinang bahawa aturcara majlis dirosakkan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen sehingga pemimpin BN "merah muka" apabila membuat keputusan mengejut supaya menjemput Psy menyertai upacara "yee sang" walaupun tidak terdapat di dalam program. "Bagaimanapun, Perdana Menteri, mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Kabinet terpaksa menempuh kejadian memalukan itu kerana menunggu Psy selama lima minit di atas pentas untuk menyertai mereka dalam upacara "menggaul yee sang". "Setelah hampa, semua mereka kemudian terpaksa malu-malu turun daripada pentas apabila upacara "menggaul yee sang" tidak disempurnakan dan dianggap orang ramai sebagai petanda buruk. "Perdana Menteri serta barisan pemimpin BN Pulau Pinang terpaksa meninggalkan pentas itu kerana hampa menunggu Psy selama lima minit untuk turut serta menggaul yee sang, di samping wajah panik kerana polis memberi amaran ancaman "bunuh" atau "keselamatan" menjadikan peristiwa itu jenaka ramai, kerana terakam dan dimuatnaik ke YouTube," katanya dalam kenyataan media, semalam. Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, ancaman bunuh itu, jika benar ditujukan kepada Psy di lapangan terbang dan hotel, bukannya di tapak Sekolah Han Chiang menimbulkan pertanyaan sama ada "ancaman bunuh" terhadap Psy itu dipercayai atau sekadar lawak kebudak-budakan. Katanya, adakah polis telah menyiasat dakwaan ancaman bunuh terhadap Psy di Pulau Pinang itu, walaupun Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi menunjukkan SMS daripada pengurus bintang K-Pop Korea Selatan, Psy kepada pihak polis berkenaan ancaman bunuh itu. Semalam, Rahim menunjukkan kepada wartawan SMS yang dihantar pengurus Psy kepada polis pada 10 Februari lalu yang menyatakan: "Kami menerima ancaman bunuh yang serius yang mengatakan mereka akan menghentikan Psy apa cara sekalipun di lapangan terbang dan hotel di Pulau Pinang." Berikutan itu, Ketua Polis Pulau Pinang berkata polis telah mengetatkan kawalan keselamatan dengan menghantar 11 pegawai untuk memastikan bintang Korea itu selamat sewaktu ketibaannya pada pagi 11 Februari lalu. Menurut Kit Siang, kemudian terdapat versi kedua yang bercanggah dengan versi pertama yang mendakwa kemelut "yee sang" Najib itu berpunca daripada ancaman terhadap nyawa Psy dan Perdana Menteri. Semalam Rahim berkata, tiada ancaman bunuh terhadap Perdana Menteri, kerana tiada bukti terdapatnya "ancaman bunuh" terhadap Psy di Sekolah Han Chiang. "Mengapa penganjur BN tergesa-gesa membawa Najib dan VIP lain turun pentas sebelum menyempurnakan upacara "yee sang" "Ini membuktikan penganjur BN Pulau Pinang hanya melakukan ribuan penipuan untuk menutup satu penipuan itu yang sehingga kini belum lagi menjelaskan kemelut "yee sang" Najib itu selepas Tahun Baru Cina lapan hari lalu," katanya. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan