Rabu, 20 Februari 2013

Addin

Addin


Gempar!! Adun BN Kedah Tak Sokong Mukhriz Jadi MB

Posted: 20 Feb 2013 09:06 AM PST


Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno Kedah berhati-hati dalam menyokong Mukhriz Mahathir sebagai calon menteri besar jika parti tersebut memenangi negeri jelapang padi itu dengan mengatakan pengalaman di peringkat pusat atau faktor keturunan bukanlah jaminan kepada kejayaan.

Beberapa ADUN yang dihubungi The Malaysian Insider mengatakan Mukriz tidak mempunyai kelebihan kerana beliau anak kepada bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, atau sebagai timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri, sambil menegaskan mentadbir negeri di utara tersebut berbeza dengan pentadbiran di peringkat pusat.

"Status sebagai seorang anak mantan perdana menteri bukan sesuatu jaminan kepada beliau," kata ADUN Bukit Kayu Hitam, Ahmad Zaini Japar kepada The Malaysian Insider.

"Pengundi sekarang banyak mendapat maklumat dan mereka sudah bijak untuk membuat pilihan," tambah beliau. Selain Mukhriz, anak kepada bekas perdana menteri yang aktif berpolitik adalah Najib Altantuya dan sepupunya Hishammuddin Hussein.

Apabila ditanya sama ada Mukhriz yang juga timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Kedah mempunyai kredibiliti dan kemampuan untuk memimpin Kedah jika BN kembali merampas negeri tersebut daripada PAS, Ahmad Zaini berkata corak politik dan pentadbiran pusat dan negeri adalah sesuatu yang berbeza.

"Tidak semestinya memegang jawatan di Pusat akan menjamin beliau dapat mengendalikan pemerintahan negeri, corak kedua-duanya berbeza sekali," katanya.

Mukhriz menafikan semalam pencalonannya sebagai menteri besar Kedah, mengatakan BN perlu memenangi negeri tersebut dalam PIlihan Raya 2013 sebelum membincangkan mengenai jawatan tersebut.

"Kita nak kena menang negeri itu dulu, kemudian baru cakap siapa yang dilantik ... saya khuatir cakap-cakap ini macam tidak matang dan berunsur spekulatif kerana tumpuan kami adalah untuk menangkan negeri itu," katanya sambil menambah BN mempunyai peluang cerah untuk merampas kembali negeri jelapang padi itu.

Dalam pada itu, seorang lagi ADUN Guar Chempedak, Ku Abdul Rahman Ku Ismail tidak menyatakan secara terbuka membantah Mukhriz sebagai calon menteri besar namun berpendapat perkara tersebut sebagai pelik memandangkan secara tradisinya pengerusi perhubungan Umno negeri dan pengerusi BN negeri kebiasaannya diangkat sebagai calon.

"Tapi, tidak tahulah jika Perdana Menteri Najib mahu membuat kejutan, keputusan muktamad masih ditangannya," kata Ku Abdul Rahman kepada The Malaysian Insider.

Ahmad Bashah Md Hanipah dipilih menggantikan bekas Menteri Besar, Mahdzir Khalid sebagai pengerusi badan perhubungan Umno Kedah selepas BN tumbang dalam Pilihan Raya 2008 dan Mukhriz dilantik sebagai timbalan.

ADUN Kuah, Nawawi Ahmad yang berada dalam jawatankuasa badan perhubungan Umno Kedah mengatakan beliau mengambil sikap untuk tidak memihak kepada mana-mana pihak, tetapi berkata ahli Umno setia kepada Ahmad Bashah.

"Susah untuk komen saya sama ada siapa yang berkelayakan untuk menjadi menteri besar. Kedua-duanya mempunyai kebolehan dan kemampuan masing-masing, tapi apa penting ialah setia dengan kepimpinan sedia ada dan pastikan Kedah dapat ditawan semula," katanya.

Khabar angin tentang pencalonan Mukhriz sebagai calon menteri besar timbul beberapa tahun lalu, dengan Mahathir secara terbuka menyatakan sokongan kepada anaknya jika tercalon.

Malahan kajian yang dilakukan oleh Universiti Utara Malaysia pada Julai lalu terhadap 10,800 responden mendapati 69 peratus menyokong Mukhriz sebagai menteri besar berbanding 12 peratus yang menyokong Ahmad Bashah.

Sumber mengatakan kecenderungan kepada Mukhriz mungkin disebabkan statusnya sebagai anak Dr Mahathir dan lebih berpendidikan berbanding Ahmad Bashah.

Mereka juga memberitahu Mukhriz bakal bertanding di Ayer Hitam atau Seputeh bagi kerusi DUN, dan untuk mengelakkan beliau tergelincir terus daripada politik jika terdapat sabotaj, kerusi parlimen Jerlun juga bakal dipertahankan.

Pada Pilihan Raya 2008, BN memenangi 14 daripada 36 kerusi negeri manakala Pakatan Rakyat pula memenangi 22 kerusi dengan PAS menawan 16 daripada keseluruhan kerusi tersebut.

BN hanya memenangi empat daripada 15 kerusi parlimen di Kedah dalam pilihan raya bersejarah tersebut yang menyaksikan gabungan pemerintah tersebut kehilangan majoriti tradisi dua pertiga di parlimen.

Kedah memiliki seramai 1,025,930 pengundi seluruh kawasan DUN dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya pada November lepas. ~TheMalaysianInsider




Iklan C (ii)






Panas!! Rasuah Pilihanraya.. Kakitangan Awam Naik Gaji RM400 Dan Elaun Perumahan?

Posted: 20 Feb 2013 07:11 AM PST

Ini bukan satu cerita pasti, PBO dapat email yang mengatakan kerajaan akan memberikan berita baik kepada kakitangan awam dalam usaha memujuk kakitangan awam mengundi UMNO/BN pada PRU13.

Secara kasarnya ianya tidak mustahil berlaku dalam tempoh terdekat. Menurut email tersebut ... Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berbesar hati di mana akan bertindak meluluskan kenaikan gaji kakitangan awam 2013 sekitar RM400 beserta elaun perumahan dinaikkan kepada (antara RM350-RM450). 

Dijangka kenaikan gaji kakitangan awam + elaun perumahan (ETP) akan diluluskan pada seawal hari Khamis ini atau selewat-lewatnya awal minggu hadapan.

Dalam pada masa yang sama, (CUEPACS) dilihat akan terus menekan supaya kerajaan mengkaji semula faedah pinjaman perumahan kakitangan awam sebanyak 4 peratus dengan menurunkan ia kepada satu peratus. ~pbo




Iklan C (ii)





MB Selangor Lebih Anak Jantan Dari PM.. Buktinya Ini

Posted: 20 Feb 2013 03:45 AM PST

SHAH ALAM 20 FEB : DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tiada halangan dan bersetuju dengan keputusan Kerajaan Negeri bagi pembubaran DUN Selangor untuk diadakan pilihan raya apabila tiba masanya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan Sultan Selangor menyatakan demikian dalam pertemuan mingguan bersamanya yang diadakan hari ini."Tuanku bersetuju…saya akan mengumumkan pembubaran DUN pada masa yang sesuai dan secara teratur."Sultan tiada halangan dengan pembubaran DUN," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri sudah bersiap sedia dengan pembubaran itu untuk menghadapi pilhan raya biarpun tidak menyatakan bila ia akan dilakukan.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga tiada masalah seandainya pilihan raya itu dijalankan berasingan atau serentak dengan peringkat parlimen.

Sebelum ini, Abdul Khalid pernah menyatakan Kerajaan Negeri akan membubarkan DUN Selangor selepas sambutan perayaan Chap Goh Mei ini. ~selangorku




Iklan C (ii)





Panas!! Kementerian Pertahanan Anugerahkan Projek RM15 Juta Secara Sembunyi Kepada Ketua Wanita Umno

Posted: 20 Feb 2013 01:45 AM PST

PETALING JAYA 20 FEB: Kementerian Pertahanan menganugerahkan kontrak tambahan kepada Awan Megah Sdn Bhd (AMSB), milik Ketua Wanita Umno Selangor, Raja Ropiah Abdullah melalui satu surat lantikan bertarikh 26 Jun 2012. Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan, urusniaga tersebut disembunyikan dari pengetahuan umum dan pemegang saham lain kerana tidak difailkan kepada Bursa Malaysia.

"Kementerian Pertahanan menganugerahkan kontrak tambahan sebanyak RM15,054,408 kepada AMSB, selain dari pembayaran RM130 juta yang pernah diumumkan sebelum ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, petang ini.

Justeru menurut Rafizi, tindakan tersebut bercanggah dengan syarat peruntukan dalam perjanjian yang secara automatik menyebabkannya terbatal.

"Urusniaga ini drancang dan dimeterai dengan satu tujuan, iaitu memberi durian runtuh kepada Raja Ropiah," jelas Rafizi memaklumkan, sebagai pemegang saham minoriti, beliau akan berbincang dengan peguam untuk membawa kes tersebut ke mahkamah.

"Walaupun sudah dibayar RM130 juta atas alasan mengembalikan tanah-tanah kepada anak syarikat LTAT, sebenarnya hanya 200 ekar dari keseluruhan 223.3 ekar yang akan dipindahkan kepada Bakti Wira Sdn Bhd," dedah Rafizi lagi.

Tambahnya, perjanjian secara jelas menegaskan, 23.2 ekar tanah kekal dalam tangan Raja Ropiah, yang dijangka mencecah RM400 juta dan sekiranya pembangunan bercampur dilakukan, ia bakal mencecah nilaian RM1.5 bilion. ~keadilandaily



Iklan C (ii)




Sah!! Stadium Gong Badak,T'ganu Runtuh Buat Kali Kedua

Posted: 19 Feb 2013 11:35 PM PST


Bumbung Stadium Sultan Mizan di Terengganu yang sedang diperbaiki runtuh sekali lagi dalam satu kejadian yang mencederakan tiga orang pekerja tempatan hari ini.

Laporan The Star Online menyebut, struktur besi untuk bumbung stadium tersebut runtuh dalam kejadian pada kira-kira jam 11.30 pagi ini.

Tiga orang pekerja yang terperangkap di bawah runtuhan tersebut berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah. Laporan itu juga menyebut, pihak bomba dan pois sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Ia merupakan kejadian kedua selepas bahagian bumbung stadium di Gong Badak, Kuala Terengganu itu runtuh pada Jun 2009.

Gambar yang merakamkan kejadian itu beredar pantas di ruang Internet hari ini dan menjadi bahan jenaka di kalangan pengguna media sosial. ~mkini




Iklan C (ii)




Rafizi Bongkar Lagi..

Posted: 19 Feb 2013 10:34 PM PST

KUALA LUMPUR 20 FEB: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli hari ini dibenar menyemak dua dokumen antara Boustead Holdings Berhad dengan Astacanggih Sdn Bhd yang dimiliki Deepak Jaikishan dan Awan Megah, firma milik Ketua Wanita Umno Selangor, Raja Ropiah Abdullah. Menurut Rafizi, dua dokumen perjanjian dengan setiap satu 21 muka surat dan 13 muka surat itu hanya boleh dilihat dan Rafizi tidak dibenarkan mengambil sebarang salinan.

"Saya gunakan wang saya sendiri. Ini kali pertama saya beli saham," katanya ketika ditemui di hadapan Menara Boustead, Jalan Raja Chulan.

"Saya akan adakan sidang media di ibu pejabat KEADILAN 2.30 petang ini untuk membuat rumusan dan memaklumkan kandungan perjanjian," jelasnya.

Beliau pagi ini tiba ke Wisma Boustead diiringi pesara tentera yang terdiri daripada ahli Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan), namun hanya Rafizi dibenarkan naik ke tingkat 28 untuk meneliti dokumen.

Rafizi sebelum ini membeli 100 unit saham Boustead dengan harga RM4.86 setiap satu, sebagai tindakan membolehkannya menjadi pemegang kepentingan Boustead dan akses kepada dokumen unit pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

31 Disember lalu, anggota Pahlawan berhimpun di depan Menara Boustead membantah perjanjian jual beli tanah Boustead membeli pegangan 80 peratus saham Astacanggih pada harga RM30 juta dan RM130 juta tanah dari Awan Megah. ~keadilandaily



Iklan C (ii)




Umno BN Cakap Tak Boleh Tapi Pakatan Rakyat Cakap Boleh..

Posted: 19 Feb 2013 09:47 PM PST

BANTING 20 FEB: Pakatan Rakyat jamin akan salurkan bantuan penuh untuk sekolah Tamil dan semua jenis sekolah kebangsaan bertujuan memartabatkan pendidikan dan bahasa kebangsaan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim."Sudah 50 tahun negara tak ada duit untuk sekolah Tamil. Sekali-sekala dekat pilihan raya (BN) bagi RM30,000, bagi dana untuk sekolah, bagi BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), tetapi di Selangor, bukan sebelum pilihan raya, malah selepas pilihan raya kita beri peruntukan RM4 juta setahun untuk sekolah Tamil," katanya pada sambutan Pesta Ponggal di Dewan Sri Jugra, dekat sini, malam tadi.

Ketua Umum KEADILAN berkata, bantuan pendidikan adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan dan hak itu tidak patut dinafi kepada negeri ditadbir Pakatan.

"Setiap tahun kita (negeri Pakatan) beri peruntukan, ini negeri yang bagi, padahal peruntukan sekolah adalah dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, mereka yang patut beri," kata Penasihat Ekonomi Negeri Selangor itu.

Anwar berkata, semua jenis sekolah kebangsaan layak menerima bantuan penuh dari kerajaan memerintah.

Katanya, ini memudahkan ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke mana-mana jenis sekolah hasil dari keseragaman pendidikan.

"Polisi kita (Pakatan) lain, ada dua, semua pelajar tak kira Melayu, Tamil, Cina mesti pandai cakap bahasa kebangsaan. Kedua, ibu bapa hantar anak ke sekolah Melayu ok, sekolah Cina ok, Tamil pun ok, tapi semua sekolah itu mesti menerima bantuan penuh," katanya.

"Oleh itu kita janji, semua sekolah akan menerima bantuan penuh tak ada lagi separuh-separuh mulai tahun ini apabila kita menang pilihan raya," jelasnya disambut tepukan gemuruh kira-kira 1,000 masyarakat India.

Turut sama berucap, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid.

Sebagai rekod, pada 1957, terdapat 888 sekolah Tamil di seluruh negara, tetapi sehingga 2011, jumlah sekolah tersebut hanya berbaki 523. Dalam tempoh 54 tahun sejak merdeka, 365 sekolah Tamil hilang.

Daripada jumlah 523 itu, 372 sekolah merupakan sekolah bantuan modal dan hanya 151 yang ditanggung penuh oleh kerajaan.

Dalam kata lain, hanya 28.8 peratus daripada jumlah sekolah Tamil mendapat bantuan penuh daripada kerajaan, manakala baki 71.2 peratus masih dianaktirikan. ~keadilandaily



Iklan C (ii)




Bubar DUN - MB Bertemu Sultan Selangor Hari Ini

Posted: 19 Feb 2013 07:54 PM PST

SHAH ALAM - Teka teki pembubaran Dewan Undangan Negero (Dun) Selangor bakal terjawab apabila Menteri Besar, Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bagi mendapatkan perkenan berhubung perkara itu.

Perkara ini disahkan beberapa pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) Selangor dan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani berhubung pertemuan antara Menteri Besar dan Sultan hari ini mengenai pembubaran Dun Selangor.

Desas desus ini disahkan, Timbalan Speaker Selangor merangkap Adun Taman Medan, Haniza Mohamed Talha ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

"Memang setiap Rabu, Menteri Besar akan menghadap Sultan sebelum mesyuarat exco. Tetapi mungkin pertemuan esok (hari ini) bakal menjawab segala 'ribut spekulasi' yang melanda Selangor belakangan ini.

"Petang ini (semalam) Menteri Besar mengadakan mesyuarat dengan barisan pimpinan Pakatan Rakyat (PR), ini memang mesyuarat berkala tetapi mungkin agendanya bakal menjawab teka-teki pembubaran Dun Selangor," katanya.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman turut memaklumkan perkara sama.
"Betul, betul, Tan Sri Abdul Khalid akan menghadap Sultan esok," katanya.

Ribut spekulasi ini turut mendapat reaksi positif daripada Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani, mengiakan perkara tersebut walau bagaimanapun beliau enggan mengulas tujuan pertemuan tersebut.
"Setiap Rabu, memang Menteri Besar akan menghadap Sultan pada jam 8.30 pagi tapi saya tidak pasti tujuan pertemuan esok (hari ini)," katanya.

Sebelum ini, Abdul Khalid memaklumkan pembubaran Dun akan dilakukan selepas sambutan Cap Goh Meh, yang jatuh Ahad ini, dan dijangkakan perkara ini akan disahkan Menteri Besar sendiri pada mesyuarat Exco hari ini.

Semalam, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri hanya mengumumkan pembubaran Dun selanjutnya adalah tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk merancang dan melaksanakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari. ~mp



Iklan C (ii)




Tiada ulasan: