BRIGED MP SEGAMBUT |
Posted: 01 Feb 2013 06:50 PM PST Anwar Ibrahim terus menafikan sebarang peranan dalam Projek IC di Sabah, dengan berkata perkara itu tidak pernah dibawa ke kabinet, ataupun menghadiri atau mempengerusikan mana-mana mesyuarat mengenainya. Ketua pembangkang itu juga mendakwa projek memberikan kad pengenalan biru kepada pendatang, tidak berakhir pada 1990-an dan ia berterusan semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri (PM), Tun Abdullah Ahmad Badawi dan berlanjutan sehingga tahun lepas, meliputi pentadbiran Datuk Seri Najib Abdul Razak juga. Anwar berkata, pasukan petugas itu dikendalikan oleh PM ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan orang kanannya Datuk Abdul Aziz Shamsuddin (setiausaha politik Mahathir ketika itu) dan Tan Sri Megat Junid Megat Ayub (timbalan menteri dalam negeri ketika itu). Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan Dr Mahathir semalam bahawa Anwar terlibat secara langsung dalam Projek IC itu. Pemimpin umum PKR itu yang pernah menjadi timbalan perdana menteri di bawah pentadbiran Dr Mahathir, mengulangi bahawa beliau bersedia memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah jika dipanggil untuk berbuat demikian. "Saya dah kata saya bersedia ke situ dan boleh tanya semua menteri berkenaan yang ada dalam kabinet masa itu dan selepas, perkara itu tak pernah dibentangkan dalam kabinet, tak ada satu minit saya hadir dalam mesyuarat pasukan petugas, tidak ada laporan dikemukakan kepada saya selaku menteri kewangan dan timbalan perdana menteri. "Tidak pernah sama sekali ada rekod berkenaan kerana operasi itu adalah operasi khas. Pasukan petugas dikendali oleh perdana menteri dan diserahkan kepada Aziz dan Megat Junid "Yang kita tahu pasukan petugas itu berterusan dan perlu kita tanya Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Najib terus jalankan pasukan petugas itu di bawah perdana menteri dan ini wajar disoalkan kepada mereka," katanya. Anwar juga berkata, apakah Dr Mahathir boleh menafikan beliau bertanggungjawab kerana "dia asaskan pasukan petugas, dia yang lantik Aziz dan Megat Junid dan semua laporan itu disampaikan kepadanya dan dan ini patut dijawab oleh Tun Dr Mahathir". [Baca berita Penuh] |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan