Sabtu, 2 Februari 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Gerakan jatuhkan Anwar di Permatang Pauh?.. Nak buat ceritapun buatlah research sikit..

Posted: 02 Feb 2013 05:00 AM PST

Kurang pasti pula aku siapa yang berbohong dalam hal ini, samada wartawan dari Berita Harian yang menokok tambah atau bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang yang menokok tambah bagi menyedapkan ceritanya..

Atau sememangnya telah berlaku persempadanan semula kawasan pilihanraya oleh SPR.

Dari apa yang dilaporkan oleh Berita Harian ini Kampung Anwar Ibrahim iaitu Cherok Tok Kun berada dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Baca laporan dari Berita Harian di bawah ini..


Kalau korang nak tahu.. Kampung Anwar itu.. iaitu Cerok Tok Kun bukanlah terletak dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh yang diwakili oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim..

Ianya terletak di dalam kawasan Parlimen Bukit Mertajam bersempadan dengan kawasan Parlimen Permatang Pauh..

Nak buat ceritapun.. buatlah research sikit....

Kalau Kak Min nak tahu.. gerakan jatuhkan Anwar tu tak ada.. tapi gerakan jatuhkan calon UMNO/BN bagi Parlimen Permatang Pauh ni dah bermula..

Sebabnya Najib dah meletakkan calon payung terjun untuk menentang Anwar di Permatang Pauh dan dalam masa yang sama mengenepikan beberapa orang pemimpin senior UMNO yang dah lama berkecimpung dalam UMNO Permatang Pauh..

Terbaru.. Jumaat lalu calon tersebut telah dibenarkan menyampaikan khutbah Jumaat di sebuah Masjid dalam kawasan DUN Penanti tanpa tauliah...

Kan salah tu....

Siapa punya cadangan tu?

Fathul Bari kata dia tidak tarik diri dari berdialog dengan Dr Asri.. cuma..

Posted: 02 Feb 2013 03:09 AM PST


Ulama Muda Umno Fathul Bari Mat Jahya hari ini menafikan telah menarik diri daripada menghadiri dialog bersama bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dijadualkan berlangsung malam ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Dalam kiriman sistem pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider, Fathul Bari menjelaskan berlaku salah komunikasi antara penganjur dengan pihak menguruskan jadualnya menyebabkan tidak dapat hadir pada dialog malam ini.

"Saya tidak menarik diri.

"Sebaliknya berlaku salah komunikasi antara pihak penganjur dengan sahabat yang menguruskn jadual saya," kata Fathul Bari.

Menurut Fathul Bari lagi, ekoran berlaku salah komunikasi tersebut menyebabkan beliau telah menerima jemputan program untuk bersama mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kemudiaannya terpaksa bergegas menghadiri satu lagi program di Universiti Utara Malaysia pada sebelah malamnya.

"Akibat salah komunikasi itu menyebabkan saya menerima jemputan program dengan Dr Mahathir di Institut Perguruan Kampus Sultan Abdudl Halim dan pada sebelah malamnya pula menghadiri satu lagi program di UUM," terang beliau lagi.


Awal pagi ini, Mohd Asri menulis di laman mikronya Twitter mengatakan Fathul Bari telah menarik diri tetapi tidak menyatakan alasan dan tempatnya akan digantikan oleh Mufti Perlis Dr Juanda Jaya pada malam ini.

Kedua-dua tokoh agamawan yang dikenali umum tersebut seringkali terlibat dalam perang mulut dan berbeza pendapat antara satu sama lain, Fathul Bari mencuri tumpuan ekoran keputusannya menyertai parti politik Umno.

Berbeza dengan Mohd Asri yang memilih untuk tidak memberikan sokongan kepada mana-mana parti politik.

Mohd Asri juga lantang dan sering membidas ulama yang berada dalam Umno kerana tidak memainkan peranan penting untuk menasihati pemimpin utama dalam parti tersebut.

Bekas mufti tersebut juga pernah mengeluarkan kenyataan membidas tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno dengan melabel mereka sebagai "hanyut", kerana tidak boleh menerima persekitaran politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.


The Malaysian Inider

1,000 Pelajar dipaksa hadir ke 'Program Kesukarelawan' Najib..

Posted: 01 Feb 2013 09:11 PM PST

Nama program yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ini ialah Program Kesukarelawan -" MY BEAUTIFUL MALAYSIA".

Ianya akan dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 3hb Febuari 2013 (esok) sempena dengan lawatan beliau ke Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Dato' Haron Petaling Jaya, Selangor.

Namun begitu, meskipun nama program ialah Program Kesukarelaan.. namun kehadiran adalah paksaan. 1,000 orang pelajar dari kedua-dua buah sekolah berkenaan telah diwajibkan hadir bagi meramaikan majlis yang dihadiri oleh Perdana Menteri itu.

Mereka meliputi pelajar-pelajar dari Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4 dan juga Tingkatan 5, pendek kata hampir semua pelajar diwajibkan hadir.

Bagi memastikan semua pelajar tersebut hadir, penglibatan pelajar dalam menjayakan misi membodek Najib oleh Pengetua SMK Taman Dato Haron itu, akan diambil kira dalam penilaian Kokurikulum perringkat kebangsaan.

Dan ianya juga akan diambil kira untuk pemarkahan dalam penilaian kokurikulum PAJSK.


Apalah yang boleh dibanggakan jika yang hadir dipaksa...

Tiada ulasan: