Addin |
- Isteri Pemimpin Mana Yang Berbelanja Di Pasar Malam?.. Saksikanlah!!
- LIVE!! Jelajah Merdeka Rakyat Pandan.. Saksikanlah!!
- Orang Asli Tempelak Najib Dan Pencacainya
- Ustaz Fathul Bari Cabut Lari Bertemu Dr. Asri
- Ustaz Azhar Idrus Tawan Stadium Darul Makmur Malam Ini
- Dr. Wan Azizah Terima Anugerah Khas
- Kerana Kebodohannya, Ali Rustam Di Bidas
- Rupanya Mamat Ni Pekena Najib Suruh Pakai Baju Cina MATI..
Isteri Pemimpin Mana Yang Berbelanja Di Pasar Malam?.. Saksikanlah!! Posted: 02 Feb 2013 03:00 PM PST |
LIVE!! Jelajah Merdeka Rakyat Pandan.. Saksikanlah!! Posted: 02 Feb 2013 07:03 AM PST |
Orang Asli Tempelak Najib Dan Pencacainya Posted: 02 Feb 2013 05:45 AM PST PERAK 2 Feb: Tindakan Umno BN meluluskan 34,700 permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) kepada orang asli merupakan keputusan terdesak untuk memancing undi, kata Tijah Yok Chopil. Koordinator Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) itu berkata, kelulusan tersebut bukan lahir dari keikhlasan tapi bermotifkan kepentingan politik semata-mata. "Pemberian ini hanya untuk mengumpan orang asli, tidak lebih dari itu. Jangan ingat orang asli tidak ada maruah dan boleh termakan umpan tersebut begitu sahaja. "Dalam keadaan Pilihan raya Umum yang semakin hampir, mereka (BN) mahu menunjukkan kepada orang asli bahawa mereka sangat prihatin dan bertanggungjawab, walhal sebelum ini hak dan suara kami terabai," katanya ketika dihubungi. Beliau mengulas keputusan kerajaan meluluskan 34,700 atau 66 peratus daripada 52,415 permohonan BR1M 2.0 kepada masyarakat Orang Asli membabitkan peruntukan RM14.8 juta. Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hasan Malek dilapor berkata, mereka yang layak akan menerima habuan bermula awal bulan ini. Menurut Tijah, bukan wang ringgit yang dimahukan orang asal tetapi hak mereka sebagai rakyat termasuk menerima kemudahan asas dan tanah adat mereka diiktiraf kerajaan. "Isu orang asal bukanlah isu yang boleh dibayar dengan RM250 atau RM500. Apa yang kita mahukan adalah kerajaan mengiktiraf hak wilayah tanah adat yang tidak pernah diiktiraf. Sehingga sekarang tidak ada jawapan dari mereka (kerajaan). "Bagaimana pula dengan kemudahan asas? Hampir kesemua penempatan orang asal tidak ada elektrik, tidak ada air dan jalan yang teruk, ada mereka bagi penyelesaian? Tidak ada. "Pengajian persekolahan anak-anak pula dibekalkan dengan kemudahan yang tidak lengkap, seolah-olah kami ini tidak ada harganya dalam negara ini," tegasnya. ~keadilandaily |
Ustaz Fathul Bari Cabut Lari Bertemu Dr. Asri Posted: 02 Feb 2013 01:42 AM PST Mungkin dilangsungkan tanpa kehadiran ostad terkemuka umno bernama ostad Fathul Bari yang dimaklumkan menarik diri di saat-saat akhir. Dr Asri melaporkan bahawa program tetap akan berlangsung seperti dirancang bersama Dr Juanda sebagai panel. Bukti keikhlasan seorang pejuang agama..Apa dirisau dengan dialog? Ia hanya perbincangan untuk mencari kebenaran dalam agama. Ruang untuk memperkasa ilmu dengan berbincang bersama insan-insan yang diperakui keilmuannya tidak harus ditolak. Jika kita silap maka gunakan tunjuk ajar mereka untuk berubah. Simple macam tu sahaja. Dialog tentang agama bukan medan menunjuk jaguh tetapi sekadar berkongsi ilmu masing-masing untuk kepentingan ummah. |
Ustaz Azhar Idrus Tawan Stadium Darul Makmur Malam Ini Posted: 01 Feb 2013 11:43 PM PST Mungkin kerana hikmah di sebalik pembatalan kuliah pendakwah tersohor, Ustaz Azhar Idrus di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Oktober lalu, maka dengan tidak disangka-sangka akhirnya umat Islam di sini dapat menyaksikan kemunculan beliau secara eksklusif di Stadium Darul Makmur dekat sini jam 8.30 malam nanti. Program yang dibawakan oleh Anugerah itu akan menggandingkan beliau dengan Ustaz Haslin Baharin atau lebih dikenali dengan gelaran Ustaz Bollywood. Program yang dinamakan Wacana Perdana itu akan mengupas tajuk "Merungkai Kehidupan Alam Jin Dan Permasalahan Hidup Dengan Al-Quran" di mana menampilkan Imam Muda TV9, Ustaz Khairul Azhar Ghazalisebagai moderatornya. Oleh itu umat Islam di seluruh Kuantan dan kawasan sekitarnya dijemput hadir beramai-ramai pada malam ini. Pastinya sesuatu yang menakjubkan apabila buat julung kalinya program dakwah yang melibatkan Ustaz Azhar diadakan di dalam stadium terbabit. Harus diingat, dalam sejarah Kuantan belum pernah ada program seperti ini dianjurkan oleh mana-mana pihak di dalam stadium berkenaan. Apa yang sering disaksikan ialah acara sukan seperti olahraga dan bolasepak, serta beberapa kali program konsert melibatkan artis-artis terkenal tanahair. Makanya, kemunculan Ustaz Azhar pada malam ini pasti akan disambut dengan meriahnya. Dijangkaka Stadium Darul Makmur akan dipenuhi dengan lautan manusia seperi apa yang berlaku kepada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka awal bulan lalu. Justertu, penampilan beliau malam ini diharap dapat menutup mulut pihak-pihak berkenaan yang tergamak menggunakan kuasa politik untuk membatalkan satu program dakwah semata-mata mahu beri laluan program hiburan UMP. ~pahangdaily |
Dr. Wan Azizah Terima Anugerah Khas Posted: 01 Feb 2013 11:21 PM PST SHAH ALAM 2 Feb: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerima Anugerah Khas 'Sayyidatina Khadijah' pada Himpunan Helwa Kebangsaan (HKK) 2013, anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) hari ini.Anugerah berkenaan diberikan atas keberanian beliau menegakkan keadilan, kebenaran dan memperjuangkan Islam ke arah perubahan.Ia disempurnakan Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Dr Siddiq Fadzil bertempat di Auditorium Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS). ABIM turut memberi Anugerah Khas 'Sayyidatina Aishah' kepada mantan pensyarah Jabatan Fizik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), mantan Ketua Helwa ABIM, tokoh aktivis, sains dan dakwah iaitu Allahyarhamah Profesor Dr Khadijah Salleh. Himpunan dengan tema 'Kesatuan Fikrah, Kesatuan Matlamat' turut dimeriahkan dengan nasyid Asmaul Husna dan nyanyian lagu rasmi ABIM.Juara Akademi Al-Quran musim ke 4 terbitan TV9, Ahmad Tarmizi Ali turut menyerikan majlis dengan bacaan Surah At-Tahrim di depan lebih 500 hadirin. Turut hadir Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah, Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhd Nur Manuty, Pengarah Biro Latihan KEADILAN, Mustaffa Kamil Ayub dan pimpinan lain. Sebelum ini, pada 12 Julai 2008, Wan Azizah dikurniakan darjah kebesaran Pulau Pinang iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Datuk Seri sempena ulangtahun Yang Dipertuan Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas. ~keadilandaily |
Kerana Kebodohannya, Ali Rustam Di Bidas Posted: 01 Feb 2013 11:07 PM PST KOTA BHARU - Cabaran yang dilontarkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam kepada Pas untuk memecat keahlian Nasharudin Mat Isa dalam parti itu dianggap tidak relevan. Ketua Penerangan Pemuda Pas Negeri, Fadhli Shaari berkata, cabaran ahli majlis tertinggi Umno itu dianggap tidak relevan dan tidak sepatutnya dipersoalkan. "Beliau (Nasha) hanya melakukan beberapa kesilapan yang tidak wajar dilakukan oleh seorang Ahli Majlis Syura, bukanlah sehingga peringkat wajib dikenakan tindakan keluar parti," katanya kepada Sinar Harian semalam. Beliau diminta mengulas isu Ali Rustam yang mencabar Parti kepimpinan Datuk Abdul Hadi Awang itu membuang keahlian Pas yang dimiliki Nasharudin Isa kelmarin. Menurutnya, Nasha juga tidak pernah dikaitkan dengan politik wang untuk menang pemilihan parti dan tidak juga mencadangkan supaya kelab malam dibuka sehingga jam 3 pagi.Beliau berkata, walaupun Nasha kini bukan lagi Ahli Majlis Syura, namun beliau masih tetap sebagai ahli Pas. "Sebagai contohnya, walaupun majlis perkahwinan anaknya (Nasha) sedikit besar, namun tidak sampai ratusan ribu duit rakyat dihabiskan, jangan pandang rendah pada kepimpinan kami. "Cabaran itu tidak masuk akal dan Pas tidak akan runtuh jika apa-apa berlaku pada Nasha, bukan sebagaimana yang didakwa beliau (Ali) yang menganggap nasib Pas bergantung pada Nasha," katanya. Fadhli berkata, Pas juga tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang berkaitan dengan pemecatan keahlian Nasha dalam parti tersebut walaupun tidak dicalonkan mana-mana kawasan untuk Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. ~ sinar harian |
Rupanya Mamat Ni Pekena Najib Suruh Pakai Baju Cina MATI.. Posted: 01 Feb 2013 07:37 PM PST Rata-rata penduduk di bandaraya Ipoh terkejut apabila gambar Perdana Menteri, DS Najib tersilap memakai pakaian kebudayaan Cina mati. Gambar yang memaparkan baju yang dipakai DS Najib sama seperti pakaian yg dijual menerusi satu laman web yng menjual alat kelengkapan kematian di sini : http://www.yingruixiang.com/. Jika benar pakaian yang dipakai oleh Perdana Menteri kita sempena ucapan Selamat Tahun Baru Cina ini adalah pakaian khas untuk si mati, maka pasti ma mat penasihat Perdana Menteri tidak melakukan kerja. Ini seolah-olah sengaja untuk memalukan imej Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Sekarang, apa yang dilakukan oleh najib semua tak menjadi. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan