Khamis, 21 Februari 2013

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


PDO Tarik Balik Artikel Kontroversi Fadzilah Kamsah!

Posted: 20 Feb 2013 10:52 AM PST



[Pahang Daily Online (PDO) dengan ini menarik balik secara rasmi artikel "Panas: Foto Sensasi Anak Fadzilah Kamsah Tersebar, Rahsia "Pakar Motivasi" Itu Terbongkar Jua Akhirnya" yang disiarkan di blog ini pada 17 Februari 2013 yang lalu. Pendedahan berkenaan beserta video kenyataan panas Dato' Dr.Mohd Fadzilah Kamsah itu telah mencetuskan kontroversi yang ingin diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia seantero dunia. Maka, itulah pendedahan tentang keluarga beliau dilakukan sebagai pengajaran kepada semua pihak. Artikel panas berkenaan telah mendapat rating tertinggi dari kalangan pembaca PDO, dimana jumlah terakhir sebelum dikeluarkan ialah 56,244 pembaca. Malah, artikel tersebut menyebabkan kunjungan pembaca ke blog panas ini tiba-tiba meningkat mendadak dan hit terkini sejak PDO diwujudkan beberapa tahun lalu ialah 4,910,842 hit pelawat. Sebenarnya bukanlah niat PDO untuk mengaibkan mana-mana pihak terutamanya keluarga pakar motivasi terbabit, namun dek kerana kenyataan panas beliau di dalam video berkenaan menyebabkan artikel berkenaan disiarkan. Apapun, ianya diharap menjadi pengajaran kepada mana-mana pihak terutamanya "pendakwah bebas" atau "pakar motivasi bebas" supaya lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan kepada mana-mana pihak selepas ini. Mungkin ia oleh mengguris hati pihak yang lain atas kesilapan kenyataan kita itu. Jadikanlah apa yang berlaku ini sebagai satu ikhtibar untuk semua pihak. Malah, kami juga berharap pihak yang menyiarkan video berkenaan di laman Youtube juga dapat memadamkan video berkenaan kerana ia jelas menyinggung perasaan orang lain sebenarnya. PDO juga memohon maaf kepada keluarga beliau atas penyiaran gambar yang berkenaan. Apapun, penarikan balik artikel ini bukanlah bermakna kenyataan atau kontroversi yang berlaku ini adalah tidak benar, cuma atas dasar keharmonian dan rasa tanggungjawab dan perikemanusiaan maka ia dilakukan. PDO juga menggesa beliau menarik balik kenyataan panasnya untuk membolehkan video berkenaan juga dikeluarkan dari blog ini. Semoga Dato' Dr.Mohd Fadzilah Kamsah dapat menjadikan insiden ini sebagai satu ikhtibar untuk beliau pada masa-masa yang akan datang. Berhati-hati mengeluarkan apa jua kenyataan panas yang jelas berbaur politik serta juga boleh menimbulkan kontroversi selepas ini]. 

Panas: Video Tragedi Lahad Datu 2009 Kini Tersebar

Posted: 20 Feb 2013 10:16 AM PST

Panas: TV Indon Dakwa 100 Penceroboh Bersenjata!

Posted: 20 Feb 2013 10:12 AM PST

Tiada ulasan: