. |
PAS Semarakkan Program Menang Pilihan Raya Posted: 03 Feb 2013 08:39 PM PST CELEHAN TENGAHARI Sehari selepas mengadakan seminar Road Map Ke Putraja yang melibatkan 1,000 petugas dan jentera pilihan raya PAS, parti Islam itu mengadakan satu lagi program dinamakan Himpunan Perdana Ummah Bersama PAS bertempat di sebuah hotel di Jalan Ampang semalam. Program semalam adalah kesenimbungan kepada seminar Road Map ke Putrajaya yang maksudnya menunjukkan kesiapsiagaan PAS dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Dengan kehadiran mencecah 500 orang memberi pertunjuk sambutan dan minat pelbagai golongan terhadap PAS muasir ini sungguh memberangsangkan dan memberi petanda bahawa PAS bakal menjadi parti utama di masa akan datang. Penyertaan berbagai golongan profesional itu menunjukkan PAS bukan lagi parti kampung di mana keahlian terikat di kalangan guru-guru pondok atau pun ustaz kampung sahaja. Antara mereka yang sempat dilihat semalam ialah Tengku Paduka Raja Terengganu, Tengku Ibrahim Ibni Almaruh Sultan Nasiruddin Shah, bekas pemimpin Umno dan Parti Semanat 46, Tamrin Ghafar, bekas Exco Pemuda Umno Malaysia di zaman Anwar Ibrahim, Yahaya Lampong bekas timbalan menteri kerajaan Pusat, Fauzi Shaari bekas ketua siasatan jenayah Bukit Aman, bekas timbalan Penglima Angkatan Tentera Darat (lupa nama). Nahrawi bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) dan Selangor (Jais) Abu Hanafiah bekas Pengerusi Tabung Haji, Abdullah Ali bekas pemin bola sepak, Muhammad Faizal Che Yusof pengerusi Orang Kurang Upaya (OKU), dan lain-lain. Mereka dan para tetamu lain dirai oleh pemimpin PAS yang diketuai Presiden Abdul Hadi Awang, timbalan Muhammad Sabu dan ketiga-tiga naib presiden Salalhuddin Ayub, Husam Musa dan Mahfuz Omar, Ketua Penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung Mustapa Ali dan lain-lain. Tidak kelihatan atau mungin keuzuran ketua dewan muslimat dan ketua dewan pemuda. Suasana majlis semalam terserlah kebahagiaan dan memberangsangkan. Suasana mahabbah itu menggambarkan keyakinan PAS bersama Pakatan Rakyat akan mengambil alih pemerintahan negara begitu tinggi sekali. Keyakinan ini dipancarkan dari ucapan-ucapan ringkas yang disampaikan oleh para pemuka yang hadir. Mereka rata-rata melahirkan harpan dan keyakinan PAS dan Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan Malaysia pada pilihan raya kali ini disifatkan satu pilihan raya luar biasa. Masing-masing mendakwa sokongan kepada PAS sungguh mengejutkan.
Khabarnya minggu depan seorang lagi bekas pegawai tinggi polis akan diistyharkan sebagai ahli PAS. Sudah tentu dengan kehadiran para pemuka dan tokoh dari pelbagai fraksi, termasuk bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan, ia menambahkan kekuatan PAS sekaligus mereka menjadi pemangkin kepada kerjaaan Pakatan Rakyat. Segala pengalaman, rahsia akan keburukan dan kebusukkan kerajaan UBN yang diketahuinya akan digunakan untuk mempengaruhi rakyat agar menolak parti yang memerintah sudah lebih 55 tahun itu. Apa yang menarik, khabarnya beberapa pemuka baru PAS itu akan turut disandarkan sebagai calon dalam pilhan raya nanti. Dengan pengalaman, pengaruh dan syaksiah masing-masing ia dikira boleh menarik sokongan. Misalnya, bekas panglima tentera darat, bekas Ketua Siasatan Jenayah Bukit Aman, Fauzi Shaari sudah tentu akan membuka pintu hati anggota pasukan keselamatan polis dan askar yang bersara untuk memberi sokongan kepada PAS. Kehadiran mereka ke dalam PAS memberi nilai tambah bukan sedikit. Dengan ada bekas-bekas jeneral dan pegawai tinggi polis ia menggambarkan bahawa PAS sudah menjadi sebuah parti global dan bukan lagi parti tepian yang menjaga kepentingan Melayu dan agama saja. Dan semacam semua ini juga telah diaturkan PAS untuk menyelamatkan parti Islam itu, pemergian beberapa pemimpin PAS yang tidak sabar, berjiwa kecil dan 'pelahap' kuasa diganti oleh mereka. Mahal adilnya Allah tuhan kita. Sekalung tahniah dan syabas kepada PAS khasnya Naib Presiden Salahuddin Ayub yang menjadi pengarah kepada himpunan berkenaan. Sedikit ingatan untuk Sallahuddin atau mana-mana penganjur program seumpama itu hendaklah lebih detail dalam menyenaraikan mereka yang sepatutnya diundang. Dalam pemerhatian saya semalam masih ada beberapa pemuka yang baru menyertai PAS tetapi tidak hadir yang sebenarnya mereka juga perlu dirai. Antaranya Mohd Sobree Shafei bekas ketua penerangan Pemuda Umno Kelantan yang kini sudah menjadi antara penceramah aktif di kalangan pemuda baru menyertai PAS. Mungkin keciciran ini berlaku kerana masalah teknikal yang tidak akan berulang di masa-masa akan datang. Himpunan menyemarakkan suasana dan menyuntik semangat untuk berpilihan raya jangan terhenti di situ sahaja. Mungkin himpunan di Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) pula boleh diadakan selepas ini. Kita mahu tengok sejauh mana komitmen dan jumlah ahli dewan berkenaan. Kerana kalau dilihat kepada kelatangan dan keghairahan pengerusinya dalam menengur PAS ia menggambarkan ahli DHPP begitu ramai setidak-tidaknya suku daripada jumlah ahli PAS? Begitu juga mungkin boleh diadakan himpunan NGO-NGO yang menyokong atau simpati kepada PAS. Kita mahu tengok berapa ramaikan jumlah mereka dan apakah komitmen mereka dalam menghadapi pilihan raya. Mungkin juga himpunan ini boleh diuruskan oleh Dewan Pemuda PAS yang sebelum ini banyak mengadakan program keagamaan ke dalam berbanding dengan program menyentuh perasaan massa ke luar. Dewan Pemuda mempunyai keupayaan untuk mengadakan ini. [wm.kl.12:14 pm 04/02/13] | ||||
Memang Pemimpin PAS Perlu Berpantang Posted: 03 Feb 2013 04:05 AM PST NAP KE BAWAH Permintaan Naib Preiden PAS Husam Musa agar semua para pemimpin PAS atau jurucakap PAS agar berpantang selama 90 hari menjaga karektor, mulut atau kata-kata agar tidak tersasar sehinggakan ia menjadi isu atau pun disunting oleh pihak lawan untuk menghentam PAS satu cadangan yang tepat. Rasanya permohonan itu tidak sukar untuk dipenuhi oleh para pemimpin PAS kerana ia tidak perlu sampai diadakan kursus khas.
Bersikap mesra wartawan atau media tanpa hujung pangkal dan pandai membaca apakah motif di sebaik pertanyaan wartawan itu tidak baik juga. Persis burung ketitir atau terkukur kalau berkokok tidak kira hari siang atau malam, boleh menimbul konfius juga. Memanglah tuannya pelihara unggas itu untuk menikmati kemerduan suaranya dan melihat telatah dan tabiatnya sebagai seni hiburan. Tetapi kalau malam siang tidak kira waktu berkokok ia membosankan. Gara-gara suka bercakap atau selalu salah cakap itu ia menimbulkan masalah kepada PAS. Menyebabkan PAS terpaksa membetul balik implikasi dari salah cakap itu. Seperkara lagi yang hendak mengulas apa-apa yang ditalakan kepadanya tidak bijak atau fatanah. Mereka mempunyai niat yang baik untuk meredakan keadaan, tetapi kerana kurang 'ilmu pangkah', menyebabkan ia menjadi bertele-tele dan menimbulkan masalah pula. Bila sesuatu itu kepanjangan maka ia memberi kesan tidak baik. Masa akan habis dengan melayan isu itu saja dan sedikit sebanyak ia boleh mendatangkan kekeliruan kepada orang ramai. Apabila sesuatu isu itu sering muncul dan telah dimanipulasikan menyebabkan lama kelamaan orang ramai memandang serong kepada PAS. Jadi kalau kita tidak tahu membawa kereta api, (menangani isu) jangan cuba start enjinnya kerana kalau hidup ia tidak akan mudah untuk berhetnti. Misalnya terbaru isu kalimah Allah. Tidak semua pemimpin sama ada yang ada autoriti yang diberikan parti atau autoriti dari segi ilmu, bertaraf Mursyidul atau presiden atau apa, tidak perlu mengulas panjang berkali-kali sehingga ia menjadi polemik. Apabila Majlis Syura Ulamak sudah membuat keputusan, terima dan akurlah keputusan itu. Muktamadkan ia tanpa perlu diberi apa-apa pandangan sampingan lagi. Sama ada Karpal Singh atau mana-mana pihak hendak bercakap, sama ada orang yang sudah kencing PAS hendak mengulas, jangan pedulikan. Semua pemimpin PAS patut kata no commen kepada apa-apa pertanyaan. Ini tidak, hari ini cakap sudah selesai, esok pun cakap sudah selesai lusa pun cakap sudah tutup buku. Selesai dan tutup buku macam mana kalau isu terus dicatat dan bergema dalam media massa dan ianya terus diulas-ditulas-diuls-diulas-diulas dan diulas? Bak ini pemimpin PAS tidak belajar daripada Najib Razak. Najib memang dia sedari dia buta mengenai isu-isu agama dan (najis muqalazah pun tidak tahu), jadi dia diamkan diri saja. Dia tidak bercakap langsung. Perangai Najib yang satu ini perlu diambil, tirulah macam dia. Orang tidak akan kata kita tidak tidak pandai atau jahlil kalau kita tidak bercakap mengenai isu tersebut. Kedua, isu yang saya lihat susah untuk mampus ialah isu pemecatan bekas timbalan presiden PAS sebagai ahli majlis syura ulamak. Bertele-tele dan semacam tidak lena tidur pula kalau isu ini tidak diulas. Dia sudah dipecat, tidak perlu PAS melayani pertanyaan pihak lawan yang diwakilkan melalui wartawan untuk menjawabnya. Sedarkan bahawa ada wartawan diupah untuk membuat provokasi? Wartawan sifatnya memang begitu suka mensensasikan keadaan. Kalau tidak ada berita dan maklumat sensasi surat khabar atau portol mereka akan kosong dan tinggal skrin putih saja. Jadi hendak tidak hendak mereka akan 'mengogeh-ogehkan' juga sesiapa untuk mengulas agar sesuatu itu menjadi polemik. Tidak kira siapa yang bercakap ia memberi nyawa kepada isu itu. Biarlah pemimpin Umno dan juga mana-mana individu yang sudah tidak berada didalam PAS bercakap isu mengenai 'orang itu' siang malam. Serah kepada mereka. Terima dan dengarlah apa yang hendak mereka lemparkan kepada PAS; tindakan makan diri, tindakan merugikan PAS, tindakan hendak melupuskan ulama dan sebagainya. Jangan ulas. Bila ianya tidak diulas, lama kelamaan ia akan berhenti dengan sendiri. Keretapi betapa ia laju kalau sudah kehabisan minyak ia akan berhenti juga. Isu didalam politik samalah dengan bola squash. Bola squash tidak akan berhenti selagi kita memukulnya. Kita pukul, lawan pukul, lawan pukul, kita pukul ia tidak akan jatuh dan tamat. Berdentum berdenting naik dan turun. Hinggalah mana-mana pihak salah teknik memukulnya baru bola itu akan jatuh. Tetapi kalau sudah jatuh diambil lagi dipukul lagi dan lagi dan lagi, maka akan melenting lenting dan hiduplah bola squash sehingga kedua-dua pihak termasuk kita kecapekan. Tanpa kita sedari yang letihnya bukan bola tetapi kita yang memukul. Jadi elok sangatlah kalau semua pemimpin menerima saranan dan rayuan Husam sagar semua berpihak berpantang dari bercakap dan mengulas apa-apa isu menjelang pilihan raya ini. Tidak lama hanya 90 hari saja. Tidak rugi kalau tidak boleh bercakap 90 hari kerana selepas habis pantang nanti kalau nak bercakap macam radio 24 jam pun boleh. Saya percaya kalau semua orang mengambil peringatan dan tindakan atas pesanan dan rayuan ini pihak musuh tidak akan ada isu lagi untuk serang PAS. Mereka akan diam dan dunia mereka pun akan sunyi. Hari nini pun musuh PAS bercakap mengikut rentak PAS saja mereka tidak ada isu khusus terhadap PAS. PAS pula apabila tidak perlu menghabis masa dengan melayani kerenah itu akan dapat menumpukan kepada kerja-kerja lain yang lebih penting. Boleh menyusun strategi bagaimana untuk mempengaruhi rakyat agar memberi sokongan untuk menumbangkan Puterajaya. Boleh merancang pendekatan secara holistik bagaimana memastikan kira-kira 2.3 juta anak muda lebih 60% bersama PAS dan Pakatan Rakyat. [wm.kl.7:27 pm 03/012/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan