Selasa, 19 Februari 2013

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


BN Akan Tumbang Pada PRU13 - Penganalisis

Posted: 18 Feb 2013 08:54 PM PST

BN tidak lagi mempunyai kelebihan yang menyumbang besar kepada kemenangannya dalam pilihan raya sebelum ini, kata pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti (Umcedel), Mohamad Redzuan Othman.

Menurutnya, ini kerana BN kini tidak lagi mampu melakukan persempadanan semula pilihan raya selepas hilang majoriti dua pertiga di Palimen selepas pilihan raya umum (PRU) 2008.


Satu lagi kelebihan lain iaitu keupayaan untuk mengadakan pilihan raya secara mengejut juga telah lenyap kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menangguhkan PRU ke-13 terlalu lama.

"Contohnya pembangkang tidak bersedia sewaktu PRU diadakan pada 29 November 2009. KEADILAN (sekarang PKR) hanya berusia enam bulan (ketika itu)," katanya pada satu forum di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hari ini.

"Ia juga merupakan musim tengkujuh pada masa itu, dan Suruhanjaya Pilihan Raya tidak berjaya mewartakan banyak nama pemilih baru (kerana pilihan raya mengejut).

"Namun kali ini, ia bukan lagi isu kerana pembangkang sudah bersedia," katanya.


Jom Bodoh Bersama Umno

Posted: 18 Feb 2013 06:47 PM PST

UMNO dilaporkan telah mengedarkan risalah 'Memperbodohkan Melayu' di kebanyakan Felda di pantai timur...

Dari apa yang tercetak pada risalah ini.. jelas ianya hanya memperbodohkan Melayu yang kurang mahir dalam mencari berita alternatif di internet..


- ASD


Video lelaki dibelasah ‘polis’ guna tukul tersebar

Posted: 18 Feb 2013 05:12 PM PST

KUALA LUMPUR : Sebuah rakaman video menunjukkan sekumpulan individu membelasah seorang lelaki hingga berlumuran darah, tersebar di internet.

Video tersebut merakam sekurang-kurangnya 10 lelaki, mengerumuni kereta dinaiki mangsa sebelum menariknya keluar dan memukulnya tanpa belas kasihan.

Keadilan Daily tidak dapat mengesahkan sama ada beberapa lelaki dalam video itu adalah anggota polis berpakaian preman ataupun orang awam. Manakala lokasi dan tarikh kejadian juga tidak dapat dipastikan.

Bagaimanapun rakaman itu jelas menunjukkan anggota polis beruniform di tempat kejadian tidak bertindak menghalang perbuatan itu, malah ada antaranya ikut sama memukul mangsa.

Dalam rakaman selama lima minit itu, seorang lelaki berbaju belang dilihat naik ke atas kereta dinaiki mangsa dan menghayun penukul besi ke arahnya.

Mangsa yang dipercayai suspek penjenayah kemudian diheret keluar daripada keretanya sebelum beberapa individu lain memukul bertubi-tubi dan menendang beliau.

Salah seorang lelaki berbaju batik pula dilihat cuba menghempas batu ke kepala lelaki tersebut, tetapi dihalang. Mangsa yang cedera, kemudian diheret ke arah kereta peronda polis berhampiran tempat kejadian.

Sementara itu, maklumat di Facebook menyatakan lelaki yang menggunakan penukul besi dalam video itu bukan anggota polis, sebaliknya anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS).

Bagaimanapun, timbul persoalan mengapa beberapa anggota polis yang berada di tempat kejadian tidak menghalang perbuatan itu.

Rakaman ini sekali lagi mencemar reputasi polis yang semakin buruk, ekoran salah laku anggotanya seperti memukul suspek penjenayah, kes tembakan rambang terhadap orang awam dan kematian dalam tahanan.

Terbaru, melibatkan seorang pengawal keselamatan, C Sugumar yang mati dalam satu kejadian di Hulu Langat 23 Januari lalu.

Antara kes lain termasuk kematian Chang Ching Te awal tahun ini, kematian A Kugan yang dipukul dalam balai polis pada 2009 dan kes remaja 14 tahun, Aminul Rasyid Amzah yang ditembak dalam satu kejadian di Shah Alam pada 2010.

Dipetik dari - http://www.keadilandaily.com


Umno campur tangan dalam pentadbiran tentera – Brig Jen (B) Najmi

Posted: 18 Feb 2013 03:26 PM PST

Campur tangan Umno BN yang keterlaluan dan meluas dalam Kementerian Pertahanan merosakkan sistem dan tugas profesionalisme tentera, kata Briged Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad.

Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) itu, berkata masalah itu bukan baru, sebaliknya sudah membuak dari dulu lagi berikutan kerakusan pemimpin Umno.

"Campur tangan melampau hinggakan pegawai kerajaan susah untuk menjalankan tugas masing-masing. Ini pencabulan terhadap golongan profesional.


"Ia berlaku secara berleluasa dan perlu diperbetulkan supaya mereka bebas berfikir, buat secara berilmu. Mereka ada pengalaman.

"Tapi orang politik yang duduk di kerusi menteri tak hargai kebolehan pegawai kerajaan," katanya yang bimbang kerosakan itu menjahanamkan negara.

Beliau berkata demikian ketika berucap depan lebih 3,000 rakyat dalam program Siri Jelajah Merdeka Rakyat bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Rekreasi, Keramat Wangsa, 16 Februari lalu.

Turut berucap, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid (Darat); Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid (Laut) dan Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab (Udara).

Menyedari ia serius dan tidak diatasi, beliau menyertai perjuangan Pakatan Rakyat demi membaiki kerosakan itu dengan melalui perubahan politik.

Memberi contoh, beliau dipanggil pihak atasan kerana membenarkan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyampaikan khutbah di Kem Tentera Desa Pahlawan, Bukit Cina, Kelantan.

"Anggota Kagat yang pernah ikuti kuliah Tok Guru di Madhad al-Muhammadi minta baca khutbah sebagai tanda hormat. Lagipun beliau Menteri Besar.

"Sebaliknya, orang atasan jadikan isu dan mempersoal tindakan Kagat benarkan Nik Aziz baca khutbah dan bersolat di kem tentera.

"Inilah cara berfikir yang rosak. Mereka fikir gunakan akal ketua bahagian Umno. Kita perlu keluar dari kepompong, buat perubahan," katanya.-Keadilandaily


Mahathir: Pas tak mampu laksana hudud dengan adil

Posted: 18 Feb 2013 02:42 PM PST

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan cara pelaksanaan hukum hudud yang dicadangkan oleh Pas tidak mampu dilaksanakan dengan adil.

Beliau berkata, ini adalah kerana ia tidak mengikut tuntutan Islam berikutan tidak mengenakan hukuman yang sama bagi kesalahan yang sama bagi semua pihak.


"Secara terbuka dia (Pas) buat kenyataan kata orang Islam sahaja yang akan kena (hukum hudud), orang bukan Islam tak kena...kerana takut orang bukan Islam marah dan tak undi mereka.

"Bila hukum, hukumlah dengan adil. Yang ditekankan dalam al-Quran berkali-kali, adalah jangan kita zalim. Jadi bila hukum disebabkan kepentingan
politik, duniawi, itu bukan Islam. Sebab itu kita tolak hukum mereka, kita pegang hukum Allah," katanya semasa berucap pada Majlis Bersama Negarawan Ulung anjuran Felda di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata Malaysia selama ini cuba bersikap adil dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam menjatuhkan hukuman, dan tidak menuduh secara
membuta tuli.

"Kita pegang kepada hukum hudud Islam tetapi laksanakan secara adil supaya sesiapa saja yang buat jenayah yang sama, kita kena hukum yang sama. Tak boleh lain," katanya.

Beliau menegaskan, selain saksi, Islam juga membenarkan bukti-bukti lain dikemukakan untuk menyokong pertuduhan yang dibuat.

"Kalau tiada saksi yang cukup, adakah kita nak kata bahawa seseorang itu tak kena rogol? Padahal kita tahu apa terjadi pada dia. Tak boleh," tegasnya.

Mahathir berkata, atas sifat tidak adil yang diamalkan Pas itulah menyebabkan mereka dengan mudah melabel mana-mana pihak sebagai kafir tanpa bukti yang sewajarnya. - Bernama


Video Panas Pengumuman Dr Haron Din Keluar Pas

Posted: 18 Feb 2013 04:34 AM PST

Sila Dengar Sampai Habis..


Video di rakam pada jumaat 15 febuari 2013... Di Masjid Kg Banggol Peradung Kuala Terengganu... Menjadi saksi kebenaran bahawa ustat haron din keluar dari pas... Saksikan... tengok video nih dari awal sampai abis.. Pasang speaker kuat2 sikit... dan kenali watak sebenar ustat haron din...

Kredit - AstanaKandis


Tiada ulasan: