. |
- Tiga Ketua Bahagian Umno Kelantan Sudah Hampir Pasti Tidak Jadi Calon
- Ada Projek Sekat Perjalanan Ke Putrajaya Dari Kalangan Pakatan Sendiri?
- Tradisi Mengeratkan Silaturahim Anwar
- Ramai Bekas Jeneral Tinggal Kem, Kenapa?
Tiga Ketua Bahagian Umno Kelantan Sudah Hampir Pasti Tidak Jadi Calon Posted: 19 Feb 2013 01:50 AM PST TINJAUAN RASA Umno Kelantan mungkin akan mengguna kembali formula pilihan raya umum ke-11 tahun 2004 yang membawa kemenangan besar kepada parti itu yang hampir berjaya merampas Kelantan. Umno menang 21 kerusi daripada 45 kerusi state. Formula waktu itu dengan mensyaratkan semua ketua bahagian bertanding di kerusi state.
Dalam pilihan raya 2004 itu hampir semua ketua bahagian bertanding dikerusi state. Mustapa Mohamed ketua bahagian Jeli yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan ketika itu bertanding di kerusi Air Lanas, disamping kerusi parlimen Jeli. Beliau menang dikedua-dua kerusi. Annuar Musa ketua Umno bahagian Ketereh bertanding dikerusi Kok Lanas, Ramzi Abdul Rahman ketua bahagian Kuala Krai bertanding di kerusi Dabong, Nor Zaidi Omar ketua bahagian Tumpat bertanding kerusi Pengkalan Kubur semuanya menang.
Disebabkan formula 2004 itu membawa kejayaan besar, khabarnya ia akan digunakan sekali dalam pilihan raya ke-13 bakal menjelma beberapa minggu lagi, tetapi dengan sedikit pengubahsuaian. Mustapa Mohamed yang diura-ura akan menjadi MB sekiranya UBN menang akan bertanding di kerusi Air Lanas di samping mengekalkan kerusi parlimen Jeli. Langkah Mustapa bertanding dua kerusi itu dianggap sebagai kurang bijaksana dan menyerlahkan Umno masih belum konfiden untuk menang. Seeloknya beliau hanya tumpukan di kerusi Air Lanas saja. Ketua bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman yang sebelum ini diberitakan akan digugurkan bersama ketua bahagian Rantau Panjang, Abdullah Yassin dan ketua bahagian Kubang Kerian Fauzi Husin, kemungkinan besar diturunkan sebagai calon atas maslahat untuk tidak menjadi masalah kepada Umno. Pun begitu kedudukan Abdullah dan Fauzi masih berteka teki samda ada bertanding atau tidak.
Zawawi dan Dali Husin walaupun tidak begitu kondusif untuk Umno tetapi mereka diberikan kerusi bagi mengelakkan parti terjejas kerana kemungkinan ada gangguan disebabkan mereka tidak dicalonkan. Kerusi parlimen Pasir Puteh akan diserahkan kepada Kamaruddin Md Nor, manakala kerusi parlimen Rantau Panjang sehingga hari ini Umno belum dapat memastikan sama ada meletakkan semula Affandi Yusuf ataupun bekas ketua bahagian Mohd Zain Ismail. Seorang sarjana juga disebut-sebut akan diletak di Rantau Panjang. Ketua bahagian Tanah Merah, Ikhma Ihsan Abdul Aziz, ketua bahagian Kuala Krai, Ramzi Abdul Rahman, ketua bahagian Machang, Jazlan Yamud masing-masing akan diletakkan di kerusi parlimen. Hasrat Ramzi untuk berpindah ke parlimen mungkin menjadi kenyataan apabila calon boleh menang Dr Junaidi Abu Bakar katanya sudah menggendur. Yang sudah pasti tidak akan diletakkan dimana-mana kerusi ialah Annuar Musa, Abdullah Mat Yassin dan Fauzi Husin.
Pengguguran Annuar Musa sebagai calon dalam pilihan raya kali ini akan menjadi satu kejutan besar kepada Umno dan disifatkan tindakan itu satu keberanian bukan Umno Kelantan tetapi Umno Kuala Lumpur. Manakala kedudukan ketua Umno Pasir Mas, Hanafi Mamat masih menjadi teka teki ekoran beliau dikatakan lebih berminat untuk bertanding di kerusi state Tendong. Hanafi yang dikatakan bermain 'ciku cap' dengan Ibrahim Ali demi memastikan beliau menang.
Kedudukan ketua Umno Tumpat Noor Zaidi Omar yang juga dikatakan sebagai bakal MB yang direzebkan akan kekal di kerusi Pengkalan Kubur. Ketua bahagian Kota Bharu, Mohd Fatmi Che Salleh akan bertanding di kerusi parlimen Kota Bharu sekali lagi. Fatmi pernah tewas dua kali sekali di state dan sekali di kerusi parlimen Kota Bharu. Dengan susunan itu ini bermakna sekurang-kurangnya tiga ketua bahagian tidak akan dicalonkan dan 11 ketua dicalonkan semula. Itupun bergantung kepada perkembangan di saat-saat terakhir. [wm.kl.5:23 pm 19/02/13] | ||||||||||
Ada Projek Sekat Perjalanan Ke Putrajaya Dari Kalangan Pakatan Sendiri? Posted: 18 Feb 2013 11:03 PM PST PROMO
Saya memberi peringatan itu agar tidak ada yang menangis atau pengsan nanti apabila perkara itu sudah terbuka dan terbakar di dunia luas. Tujuan juga supaya anda tidak akan terkejut beruk setelah ia sampai ke telinga atau anda melihat sendiri peristiwa atau kejadian itu. Ekoran intri itu ramai yang menghubungi saya dan menyatakan kebimbangan. Ramai mendesak saya menceritakan kepada mereka kalau pun secara umum tetapi secara personal, sulit. Mungkin ramai juga yang waswas dan beranggapan saya bergurau dan memberi satu gimik baru politik sebaik kembali dari tanah suci untuk hilangkan mengantuk sementara menanti pembubaran parlimen yang sudah beberapa kali tertangguh. Nampaknya saya tidak perlu membiarkan persoalan itu lama berputar di dalam kepala anda sehinggakan ada yang sudah pening dan tidak lalu makan. Malam ini atau pagi esok saya akan lepas sebuah catatan merupakan spekulasi mengenai perkara itu. Ianya bersangkutan dengan misi rahsia pihak tertentu untuk mengagalkan perjalanan ke Putrajaya, Saya kini sedang menanti beberapa dokumen, ataupun 'alibi' dan juga gambar berkenaan. Sebaik semua itu sudah saya terima saya akan lepaskan di blog ini. Cuma saya hendak mengingatkan jangan ada menuduh saya mengkhianti mana-mana pihak dengan apa yang didedahkan itu. Sebaiknya orang yang terlibat dalam 'projek' ini mengakui dan angkat tangan sebelum saya melepaskan peluru. Menyerahlah sebelum anda diserang! [wm.kl. 2:56 pm 19/02/13] | ||||||||||
Tradisi Mengeratkan Silaturahim Anwar Posted: 18 Feb 2013 04:04 PM PST PERISTIWA
Tidak ramai ahli politik termasuk pemimpin negara yang mengamalkan tradisi sebegitu secara konsisten. Kalau ada pun sesetengahnya lebih untuk mempamirkan yang mereka minat dengan majlis sebegitu kerana mengharapkan imej demi politik.
Walaupun beliau telah dijadualkan berucap di satu majlis di Shah Alam namun beliau tetap menyempatkan diri melayan dan meraikan 'saing sobat'nya yang hadir. Solat hajat dan doa malam tadi dipimpin oleh Tuan Guru Haji Salleh Sik Kedah. Haji Salleh datang khas dari Kedah untuk memimpin majlis berkenaan.
Majlis seperti itu kata salah seorang sahabat awalnya Idris Jahuzy merupakan kemestian buat Anwar. Ikut sama hadir malam tadi juga wakil dari sebuah NGO Islam daripada Selatan Thailand. Kehadiran mereka sebagai kunjungan hormat ke atas Anwar Ibrahim. Juga kelihatan bekas pelakon Azmil Mustapa yang lebih dikenali dengan Ali Setan.
Dalam tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Haji Salleh beliau menekan bahawa konsep Islam suku agama suku adalah salah kerana apa-apa juga aktiviti yang bersangkut paut dengan kehidupan mestilah atas sendi Islam. Politik itu juga berkaitan dengan Islam atau agama yang tidak boleh dipisahasingkan. Beliau mengingatkan agar manusia tidak melupai tiga perkara bagi menjamin keselamatan dalam kehidupan, iaitu jangan melupai Allah dan Nabi dan buatlah sesuatu yang baik dan tinggal yang tidak baik. Dalam hubungan mencari pemimpin menjelang pilihan raya carilah atau pilih pemimpin yang kita kenali dan mengetahui akan latar belakang mereka. [wm.kl 7:27 am 19/02/13] | ||||||||||
Ramai Bekas Jeneral Tinggal Kem, Kenapa? Posted: 18 Feb 2013 09:09 AM PST BERITA TENGAHMALAM Selepas sekurang-kurang dua orang pegawai tinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat keputusan menerjunkan diri ke dalam politik ia diikuti oleh empat pegawai tinggi Angkatan Tentera Di Raja Malaysia (ATM).
Kempat-empat pegawai tinggi ATM ini sudah membuat sidang akhbar menyatakan pendirian mereka dihadapan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim kelmarin dulu. Abdul Ghafir misalnya sudah mendedahkan bagaimana kemungkinan berlaku banyak salah laku dalam ATM terutamanya mengenai perihal pembelian peralatan ketenteraan. Tindakan pegawai tinggi polis dan ATM ini nampaknya menjadi satu fenomena baru dan menguatkan lagi gelombang kebangkitan untuk menumbangkan kerajaan UBN. Nampak tindakan itu tidak terhenti di situ saja. Mengkagumkan penyertaan mereka bukan kerana ingin bertanding dalam pilihan raya tetapi atas tanggungjawab sosial mereka kepada negara ini. Bagaimana ada di antara mereka akan diletak bertanding dalam pilihan raya sebagai persediaan untuk membolehkan suara mereka akan turut bergema di parlimen. Salah seorang pegawai tinggi polis yang sudah menzahirkan diri ialah bekas Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Fauzi Shaari yang menyertai PAS. Beliau disebut-sebut akan diletakkan sebagai calon PAS di kerusi Parlimen Larut, Perak. Dan maklumat terbaru diterima lewat malam ini, menyatakan dua orang lagi pegawai tinggi ATM termasuk seorang Panglima Angkatan Tentera akan mengambil keputusana sama. Mereka akan menyatakan sokongan terbuka kepada Pakatan Rakyat dalam usaha untuk menumbangkan kerajaan UBN pimpinan Najib Razak hari ini. Kedua-dua pegawai tinggi itu akan membuat pengumuman tidak lama lagi, paling cepat ialah menjelang pembubaran parlimen yang dijangka minggu depan. Difahamkan antara sebab mengapa mereka membuat keputusan itu kerana tidak tergamak membiarkan penyelewengan dan penyalahgunaan wang rakyat yang dikaut atas nama keselamatan negara sebaliknya ia adalah untuk mengenyangkan kroni seperti mana mereka ketahui sendiri. Tindakan bekas pegawai tinggi ATM ini menyerang balik kerajaan dilihat satu pukulan moral kepada Menteri Pertahanan yang kini disandang oleh Ahmad Zahid Hamidi. Tindakan mereka memberi gambaran bahawa menteri pertahanan hari ini gagal untuk mengawal gindak tanduk bekas pegawai tinggi tentera yang lazimnya akan tetap setiap bersama kerajaan selepas bersara. Dikatakan semua penyelewengan dan salahguna kuasa itu bukan berlaku sewaktu Zahid menjadi menteri, tetapi di era Najib Razak memegang jawatan itu. Najib memegang kementerian itu sebanyak dua kali. Zahid hanya dikatakan sebagai pemikul biawak hidup yang ditinggalkan Najib sahaja. [wm.kl.1:08 am 19/02/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan