Selasa, 19 Februari 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Deepak Minta Mahathir Bagitahu Najib Jangan Gigit Tangan Yang Suapnya

Posted: 19 Feb 2013 12:10 AM PST

Ahli perniagaan Deepak Jaikishan menyokong kenyataan Tun Dr Mahathir agar jangan menggigit tangan yang menyuap anda dengan meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar jangan juga menggigit tangan yang merasuah anda.

"Tun Mahathir meminta peneroka Felda agar bersyukur dan jangan menggigit tangan yang menyuap mereka.

"Tun, tolong beri nasihat yang sama kepada (Datuk Seri) Najib dan (Datin Seri) Rosmah, yang mereka tidak sepatutnya menggigit mereka yang memberikan rasuah kepada mereka," kata Deepak bekas rakan perniagaan Rosmah hampir 10 tahun dalam kenyataannya kepada media hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mahathir kepada peneroka Felda agar jangan sesekali melupakan jasa kerajaan kepada mereka dengan meminta mereka 'jangan menggigit tangan yang menyuap mereka.

' Deepak sebelum ini mendakwa telah memberikan puluhan juta kepada rakan perniagaannya itu melalui projek yang mereka usahakan bersama.

Namun sejak kes Akuan Bersumpah P Balasubramaniam yang kedua, Deepak telah diketepikan dan diberikan pelbagai tekanan oleh rakannya.

Deepak juga meminta Najib tidak melupakan rakyat yang memberikan undi kepadanya selama ini.

"Juga yang memberikan undi kepada mereka kerana ia sangat berbahaya untuk berbuat demikian.

"Mereka boleh jadi hilang pekerjaan dan yang lebih teruknya berakhir di (penjara) Sungai Buluh," kata Deepak dalam kenyataannya kepada media.

Siapa Sapu Duit Projek Hospital Baru Kuala Selangor?

Posted: 18 Feb 2013 10:03 PM PST


Pengumuman MP Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar bahawa kawasannya akan mendapat hospital baru mengundang persoalan tentang projek hospital yang terbengkalai di Kuala Selangor 13 tahun lalu.

Ini kerana projek hospital di Kampung Sungai Terap, Kuala Selangor sepatutnya menjadi hospital kedua untuk penduduk-penduduk kawasan Tanjong Karang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Pada Jan 4, Selangorkini melaporkan bahawa projek hospital Kuala Selangor itu hanya tinggal papan tanda yang bertulis "Cadangan Tapak Hospital Kuala Selangor" yang terpacak di ladang kelapa sawit.

Penyelaras Dun Permatang, Yahya Saari berkata Noh tidak menjelaskan bagaimana peruntukan untuk projek hospital Kuala Selangor itu dibelanjakan.

Menurutnya, pengumuman Noh itu seumpama janji ulangan kepada penduduk.

"Kemanakah peruntukan sebelum ini disalurkan sehingga mengakibatkan rakyat perlu menunggu bertahun lamanya untuk mendapatkan hospital baru? "Sedangkan rancangan pembinaannya diumumkan dibawah Rancangan Malaysia Ke-8 pada 1998.

"Kalau sehingga pilihan raya kali ini (PRU-13), ianya sudah menjadi PRU yang keempat atau kelima.

"Ianya bukan janji baru. Yang kita persoalkan kemana perginya bajet dahulu disalurkan,"
katanya ketika dihubungi TVSelangor.

Dalam laporan media sebelum ini Noh menyatakan Kerajaan Persekutuan telah meluluskan "projek hospital baru" yang akan dibina di sebuah tapak seluas 60 ekar di Kampung Sungai Terap, Kuala Selangor.

Di dalam laporan Selangorkini Jan 4, projek hospital itu diluluskan di dalam Rancangan Malaysia ke-8 pada 1998

[BERGAMBAR] Puchong Dilanda Banjir Teruk Semalam

Posted: 18 Feb 2013 06:45 PM PST


Gambar banjir teruk di Puchong, Selangor 18 Februari 2013

Nampaknya, bencana banjir kilat yang sebelum ini berlaku di Kelantan, Pahang dan Terengganu telah menyerang negeri Selangor selepas hujan lebat berterusan, tanpa henti. Kejadian banjir kilat berkenaan berpunca daripada kegagalan Majlis Perbandaran Sepang untuk membersihkan sampah yang terkumpul di dalam longkang.


Ekoran daripada itu, beberapa kawasan di Selangor telah dinaiki air seperti Kg Tengah dan Kg Kenangan di Puchong, serta Kg Baru Hicom dan Desa Kemuning di sempadan Shah Alam dan Klang. Berikut ialah beberapa gambar banjir teruk yang telah di capture oleh rakan-rakan Facebook di sekitar Bandar Puchong.








sumber: plbgaimacam

Kenyataan "PM Secara Rasminya Meletak Jawatan" Kerja Orang Dalam?

Posted: 18 Feb 2013 04:03 PM PST


Sumber : FB

Kredibiliti Datuk Seri Najib Razak yang selama ini dipermainkan rakyat, turut diperolok-olok kakitangan kerajaan apabila laporan berhubung perletakan jawatan Perdana Menteri Malaysia disiarkan di laman Jabatan Penerangan pagi ini.

Terkesan dengan penyebaran maklumat itu di beberapa laman sosial, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dilapor menafikan laporan itu dan berkata, sistem penerbitan dalam taliannya menyiarkan 'kenyataan palsu'.

Katanya, penyiaran kenyataan itu mungkin digodam, sebelum ia dipadam daripada sistem e-akhbar dan sistem e-press oleh Jabatan Penerangan, selepas dikesan tersebar.


Kenyataan itu bertajuk 'Memo permohonan rakyat Malaysia' dan 'Perdana Menteri secara rasminya meletak jawatan'.

Turut dimuatkan, alasan Najib meletakkan jawatan ekoran desakan rakyat.

Najib juga menyatakan permohonan maaf kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti lawan yang difitnahnya.

Mengulas isu ini, Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon berkata, penyebaran berita itu menerusi saluran kerajaan bukti kepimpinan Najib ditolak kakitangan kerajaan.

"Kita tahu Najib tidak berupaya lagi dapat sokongan rakyat. Orang kerajaan sendiri sudah pandai permainkan Najib.

"Walaupun mereka kata itu semua palsu dan laman itu diserang, namun tidak terfikirkah kita bagaimana laman web kerajaan boleh digodam. Seperti ada yang tidak kena dengan penyerang itu. Adakah mereka daripada kalangan orang Najib,"
katanya ketika dihubungi.

"Ini semua berlaku kerana Najib tiada tokoh kepimpinan. Orang bawahnya sendiri meluat dengan sikapnya hingga menjadikan Najib bahan jenaka mereka. Saya yakin pentadbiran Najib pasti berakhir pada pilihan raya umum akan datang," kata Khai Loon.

Kena HIV Akibat Jual Maruah Kepada Kenalan FB

Posted: 18 Feb 2013 09:15 AM PST


Kuala Lumpur: Usia mereka baru 12 dan 13 tahun dan masih bersekolah, tetapi kesucian diri diragut teman lelaki ekspres yang dikenali menerusi laman sosial popular, Facebook (FB).

Semuanya berlaku kerana perasaan ingin mencuba ilmu asmara yang diperoleh menerusi Internet dan FB dianggap jalan pintas untuk mendapat seberapa ramai kenalan lelaki dalam tempoh singkat tanpa pengetahuan ibu bapa.

Terpesona dengan pendapatan antara RM18,000 hingga RM20,000 sebulan hasil kegiatan sumbang bersama lelaki hidung belang tanpa mengira umur atau keturunan termasuk pelancong asing, Sally dan Tina menggunakan gambar seksi untuk menggoda kenalan FB.

Bagaimanapun, seronok hanya sekejap tetapi derita berpanjangan.

Kini mereka yang menginjak usia 17 tahun menyesal tak sudah kerana kesilapan silam pada usia masih mentah.

Jika dulu mereka berbangga didampingi ramai lelaki, diulit kemewahan dan mampu memiliki gajet canggih yang menjadi idaman rakan sebaya, kini semuanya tidak berguna lagi selepas Sally disahkan dijangkiti HIV positif. -hm

Ulasan GB

Waspadalah dengan tingkah laku anak-anak anda tatkala mereka berinteraksi di laman sosial.

Apatahlagi jika yang selalu bersms dengan rakan-rakan mereka yang anda tidak kenal

10 Anak Muda Cina Bangga Sertai Program Pemuda PAS

Posted: 18 Feb 2013 07:08 AM PST


Dalam heboh Umno menakut-nakutkan kaum Cina agar membenci PAS, 10 orang anak muda kaum Cina telah menyertai program berbasikal anjuran Dewan Pemuda PAS Gombak semalam.

Bertempat di Taman Metropolitan, Kepong mereka antara 30 peserta membuat kayuhan di taman itu sempena pelancaran Alternative Cycling Club (ACC) yang ditubuhkan oleh Lajnah Sukan dan Kebudayaan (Dacs) Pemuda PAS Gombak.

Salah seorang peserta, Thai Choo Swee yang datang bersama keluarganya berkata, beliau begitu gembira dan teruja kerana dapat bersama-sama pemuda PAS dalam aktiviti tersebut.

"Saya mendapat tahu program ini daripada rakan-rakan saya bangsa Melayu. Jika ada lagi program sebegini, saya mesti akan sertai lagi," katanya.


Program seperti ini adalah kali pertama dianjurkan oleh Dacs dan Dewan Pemuda PAS Gombak sebagai tarikan kepada anak muda zaman sekarang.

Ternyata, program tersebut semalam bukan sahaja menarik anak muda Melayu Islam malah turut menarik minat bukan Islam khususnya masyarakat Tioghua.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Gombak Syarhan Humaizi berkata, penyertaan buakn Islam ke program itu semalam membuktikan bahawa PAS sebenarnya sudah menjadi parti massa yang diterima semua kaum.

Malah katanya, propaganda serta momokan oleh pihak Umno yang cuba menakut-nakutkan bukan Islam kepada PAS ternyata gagal.

"Alhamdulillah, ketika orang lain sedang sibuk menakut-nakutkan kaum Cina kepada PAS, mereka bukan semakin takut, tetapi mereka sebenarnya semakin dekat mengenali Parti Islam Se-Malaysia PAS", katanya ketika merasmikan kelab berkenaan.

Beliau juga mengharapkan anak muda dapat menyertai pelbagai aktiviti yang telah dirancangkan pada masa akan datang.

Kelab berkenaan merupakan kelab ke-3 yang telah ditubuhkan oleh Pemuda PAS Gombak selepas Alternative Riding Club (ARC) dan Alternative Photography Club (APC) untuk mendekati anak muda Gombak.

Turut diadakan bersama semalam program 'Outing Fotografi' bersama APC Gombak ditempat yang sama dan telah menarik lebih kurang 40 orang penyertaan. -pemudagombak

[VIDEO] Anwar: BN Halau Senator Australia Tapi Lindungi Penjenayah Filipina

Posted: 18 Feb 2013 04:05 AM PST

Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal kerana Kerajaan Umno BN mengusir Ahli Parlimen Australia, Senator Nick Xenophon dari Malaysia tetapi pada masa sama, melindungi penjenayah dikehendaki Filipina, Manuel Karingal Amalilio.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata, kedatangan Xenophon hanya untuk bertemu beliau, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.

"Tetapi semalam beliau diusir balik ke Australia. Sebabnya Umno BN takut Xenophon kesan penipuan daftar pemilih SPR.

"Umno kata kerajaan United Kingdom pun hantar keluar pendatang (haram). Apa persamaan pendatang haram dengan Senator Xenophon?" katanya pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Selangor di Kompleks One Utama di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Anwar berkata, kerajaan Umno BN pada masa sama melindungi Amalilio yang dikehendaki di Filipina ekoran terlibat dalam penipuan melibatkan RM900juta di negara berkenaan.

"Presiden Filipina, Benignio Aquino buat kenyataan, desak pihak berkuasa Malaysia serahkan Amalilio agar beliau dapat disiasat dan didakwa.

"Peguam Negara (Tan Sri Abdul Gani Patail) cepat-cepat suruh tangkap. Dalam tempoh dua hari, terus dipenjara. Ini perbicaraan paling cepat di dunia," katanya, sinis.

"Jadi, seorang senator tidak boleh masuk (Malaysia), penjenayah curi RM900 juta pula diberi perlindungan di Sabah?" katanya disambut sorakan hampir 5,000 hadirin.

Xenophon dihantar pulang ke Australia pada jam 10.30 malam 16 Februari lalu, selepas ditahan 15 jam di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Sepang.

Amalilio yang juga anak saudara Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman sebelum ini ditahan ejen Biro Siasatan Kebangsaan Filipina (NBI) di Ranau.

Bagaimanapun, sebelum sempat menaiki pesawat, polis Malaysia menahan mereka atas alasan Amalilio adalah rakyat Malaysia dan pasport Filipina yang dimilikinya, palsu. -KD


PM Australia tekan Malaysia beri penjelasan usir Xenophon



Perdana Menteri Australia, Julia Gillard mengecam keras pengusiran Senator bebas, Nick Xenophon dan mahu kerajaan Malaysia beri penjelasan mengenainya.

"Jelas kita gagal untuk mendapatkan persetujuan kerajaan Malaysia untuk membenarkannya tinggal di Malaysia.

"Kita akan terus mengejar isu ini dengan kerajaan Malaysia," kata Gillard di Melbourne hari ini, dilapor agensi berita, AFP.

Beliau juga 'terkejut dan kecewa' terhadap Malaysia mengatakan Canberra membuat 'tanggapan segera dan berat' berhubung pengusiran Xenophon.

"Kami tidak berhasil mendapatkan persetujuan pemerintah Malaysia agar ia (Xenophon) tetap di Malaysia.

"Kami akan terus membahas masalah itu dengan pemerintah Malaysia," kata Gillard dalam akhbar Indonesia, Republika online yang turut mengutuk deportasi ke atas Xenophon.

Xenophon mengatakan, lawatan beliau ke Malaysia untuk memantau sistem pilihan raya adalah urusan rasmi, menurut laporan media Australia.

"Ia bukan tidak rasmi," kata Xenophon dilapor radio ABC di Australia.

"Ia adalah perjumpaan di mana keputusannya akan dibawa ke parlimen persekutuan berkenaan lawatan itu nanti," katanya lagi.

Beliau juga percaya pengusirannya ekoran sokongan terhadap kumpulan pro demokrasi, Bersih.

Xenophon ditahan 15 jam oleh Jabatan Imigresen ketika tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).

Laporan agensi berita AFP menyebut, Xenophon yang tiba di lapangan terbang Melbourne pagi semalam berkata, beliau terkejut dengan tindakan ke atasnya.

"Nampaknya, satu-satunya risiko adalah untuk saya memalukan kerajaan Malaysia atas sokongan saya pada pilihan raya bebas di Malaysia," katanya dipetik.

Senator bebas adalah sebahagian daripada delegasi empat anggota Australia yang mengambil inisiatif untuk meneliti sistem pilihan raya Malaysia.

Tiga lagi anggota delegasi itu ialah Ahli Parlimen (MP) Mal Washer, Senator John Williams, dan MP Steve Georganas.

Delegasi itu dijadual bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz pada hari Selasa, serta NGO lain dan Ahli Parlimen pembangkang.

Ketiga-tiga MP berkenaan, menurut laporan AFP, telahpun membatalkan kunjungan mereka ke negara ini susulan tindakan ke atas Xenophon.
-KD



Tiada ulasan: