Isnin, 11 Februari 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[BERGAMBAR] Edaran Limau Dapat Sambutan Luarbiasa Di Parit Buntar

Posted: 10 Feb 2013 11:01 PM PST

Parit Buntar : Ahli Parlimen Parit Buntar Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa, Pesuruhjaya PAS Perak Ust. Abu Bakar Hussain dan Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari telah berkunjung menemui masyarakat Cina dalam program edaran limau kepada orang ramai sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Program mengedar buah limau ini anjuran bersama PAS Kawasan Parit Buntar, Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar dan Pusat Khidmat Dun Kuala Kurau diadakan pada setiap tahun sempena Sambutan Tahun Baru Cina.

Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Parit Buntar, Ahmad Azhar Shahrin berkata program pada tahun ini telah mendapat sambutan luar biasa dari masyarakat Cina di Parit Buntar.

"Sambutan yang cukup menggalakkan diterima daripada orang Cina menyebabkan pihak kami kehabisan limau sebelum menamatkan kunjungan ke seluruh Pekan Tanjung Piandang.

"Ini menandakan sambutan yang amat menggalakkan kerana mereka datang menemui rombongan kami sebelum kami sempat berjalan-berjalan," katanya

Ahmad Azhar berkata, edaran limau yang melibatkan juga Kuala Kurau, Kuala Bagan Tiang, Pekan Parit Buntar, Pekan Titi Serong dan Ban Seng Hin diadakan sepanjang minggu sebelum Tahun Baru .

"Sebanyak 1,200 kotak limau telah diagih-agihkan kepada orang ramai sempena sambutanTahun Baru Cina yang bertemakan ular hitam ini.

"Pihak kami terpaksa membuat tambahan limau kerana berbeza tahun tahun lalu, kali ini sambutan luar biasa, mereka teruja dengan kedatangan rombongan kami" katanya Menurutnya, selain edaran limau, turut diadakan majlis sumbangan kepada 200 orang warga emas dan penduduk miskin masyarakat Cina.

"Majlis sumbangan ini diadakan di empat kawasan komuniti orang Cina di Pekan Parit Buntar, Tanjung Piandang, Kuala Kurau dan Kuala Bagan Tiang "AJK Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Parit Buntar membantu mengenalpasti orang Cina yang layak menerima sumbangan Tahun Baru Cina berkenaan" katanya Katanya, program edaran limau ini turut melibatkan DHPP Parit Buntar, Dewan Muslimat, Dewan Pemuda, Unit Amal dan Nisa' Parit Buntar.

Sementara itu, pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS parit buntar iaitu, Ong Choi Ee, Ricky Tang dan Teoh Bak Chua menjadi tonggak utama kejayaan program.

Ricky Tang selaku Pengerusi DHPP Pekan Parit Buntar menyatakan berpuas hati dengan sokongan yang ditunjukkan oleh orang ramai.

"Sokongan orang ramai terhadap Pakatan Rakyat dan Pas begitu ketara ditunjukkan di semua kawasan komuniti orang Cina.

"Perkataan "Meng Lien" (Pakatan Rakyat) dan "Koyok" (Pas) kedengaran menyambut kedatangan rombongan" katanya.

Boleh Sekat Mazlan Tapi Tak Boleh Sekat 40 Peneroka FELDA Sertai PKR

Posted: 10 Feb 2013 08:35 PM PST

Kecewa dengan penipuan Felda, kumpulan itu menganggotai KEADILAN dalam majlis penubuhan Ranting Felda Triang 1, dekat sini, malam tadi sempena kemasukan mereka.

Borang keahlian diserah kepada Abas (baju petak).

Borang keahlian diserahkan kepada Ketua Cabang Bera, Abas Awang.

Hadir sama, Timbalan Ketua Cabang, Bob Manolan.

Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said berkata, peneroka terbabit yang juga ahli Umno kecewa ditipu janji manis Felda berhubung FGVH.

"Banyak perkara peneroka tak setuju, antaranya FGVH.

Sebelum ini Felda menjanjikan kekayaaan dan kesenangan kepada peneroka tetapi apa yang mereka dapat hanya bebanan hutang," katanya ketika dihubungi.

Menurut Suhaimi, antara punca lain mendorong peneroka kawasan tersebut menyertai KEADILAN kerana pemimpin Umno peringkat pusat dan bahagian Bera tidak bersunguh-sungguh peduli nasib peneroka.

"Kelmarin, peneroka Felda Triang 2 berdemo tak puas hati dengan gaji yang mereka terima. Sebelum ini mereka tak kisah mengenai kebajikan kerja tetapi sejak tanah mereka digadai kepada FGVH, mereka rasa teraniaya, lebih-lebih lagi bila KWSP dan Socso tidak disedia," jelas Suhaimi.

Suhaimi yakin dengan perkembangan ini, peluang kemenangan cerah di Triang 1 dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemayam dalam pilihan raya umum nanti.

"Harapan cerah untuk menang. Kita sebelum ini meramalkan peluang 50-50 tetapi dengan kesedaran yang kian meningkat, kita yakin pengundi semakin berpihak kepada Pakatan Rakyat," katanya.

"Ini hanya permulaan, ramai lagi yang akan menyertai kita (KEADILAN) selepas ini," tambah Suhaimi.

"Pada 17 Februari, dua lagi Ranting akan dirasmikan di Kampung Kuala Tahan, dalam DUN Tahan.

Dijangka 200 kemasukan ahli baru di sana," jelasnya.

"Syaitan Dikenali" Berdemo Guna Lambang PAS - Laporan Polis Dibuat

Posted: 10 Feb 2013 07:30 PM PST

PAS Terengganu membuat satu laporan polis ekoran tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan lambang PAS dalam demonstrasi isu kalimah ALLAH yang diadakan di pekarangan Masjid Sultan Ahmad di Chukai pada Selasa 5 Februari lalu.

Dalam laporan tersebut, Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu Haji Hanafiah Mat menegaskan beliau tidak mengenali langsung mereka-mereka yang mengadakan demonstrasi itu.

Beliau berkata, lapoan tersebut dibuat kerana tindakan individu terbabit khususnya Mohd Firdaus Harun yang menjadi jurucakap kumpulan itu telah menyebarkan ketegangan kaum dan agama serta boleh menyebabkan keselamatan negara terancam.

"Setelah saya membaca berita sebuah akhbar dan meneliti gambar-gambar yang diterbitkan, saya dapati mereka yang terlibat bukan sebagaimana yang dilaporkan dlam berita tersebut, "saya juga selaku Penolong Setiausaha PAS Terengganu, dan menetap di Chukai Kemaman, tidak langsung mengenali mereka dan mereka bukan ahli PAS,"ujarnya ketika ditemui selepas membuat laporan di balai polis Chukai, disini pada Rabu 6 Februari.

Beliau berharap dengan membuat laporan tersebut, pihak polis dapat menyiasat dan mengambil tindakan menahan individu yang terbabit dalam demonstrasi tersebut.

Turut sama hadir di balai polis adalah Yang DiPertua PAS Kemaman haji Ismail Harun, Setiausahanya Ustaz Alias Abdul Hamid dan Ahli Jawatankuasanya Ustaz Azri Abdul Aziz. -BO


Bukan Demonstrasi PAS; Polis Diminta Ambil Tindakan



KUALA TERENGGANU - Dua demonstrasi yang diadakan di masjid Tengku Tengah Zaharah Kuala Ibai, Kuala Terengganu dan di pekarangan Masjid Sultan Ahmad di Chukai adalah bukan dianjurkan oleh Badan Perhubungan PAS Terengganu atau mana-mana organ dibawahnya.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu Haji Yahaya Ali menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pihak yang tidak bertanggungjawab berhubung isu kalimah ALLAH dan menggesa pihak polis mengambil tindakan segera.

"kita menafikan sekeras-kerasnya menganjurkan demonstrasi itu dan mengutuk tindakan tersebut dan berharap pihak polis dapat mengambil tinakan segera, "isu Kalimah Allah sudah selesai dan mana-mana polisi yang berkaitan dengan hubungan antara parti-parti Pakatan rakyat diputusakan di peringkat Majlis Presiden, tidak timbul sebarang masalah,"ujarnya.

Beliau turut memberikan saranan kepada pihak media agar mendapatkan sumber yang sah dari PAS sebelum menerbitkan sebarang berita yang tidak benar dengan menerima sahaja dakwaan daripada pihak tertentu tanpa usul periksa.

Haji Yahaya berkata demikian ketika mengulas laporan beberapa akhbar media perdana yang menerbitkan berita tidak benar mengenai dua demonstrasi tersebut.

Sementara itu, Penolong Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat berkata, hasil siasatan beliau, ada tiga individu luar yang menaja demonstrasi tersebut.

Katanya, individu terbabit telah mencari beberapa orang bukan ahli PAS dan membayar mereka sebanyak RM300.

-BO

[BERGAMBAR] 1,000 Pekerja Proton Protes Tentang Gaji

Posted: 10 Feb 2013 03:06 PM PST


Kira-kira 1,000 pekerja pengeluar kereta nasional, Proton di Tanjung Malim dan Shah Alam mengadakan bantahan petang ini berhubung kenaikan minimum gaji bagi kakitangan sedia ada yang sebelum ini dibayar antara RM901 dan RM1,200 dan hanya mendapat kenaikan empat peratus.

Bantahan di Tanjung Malim, bermula pada jam 5.30 petang dan berakhir sejam kemudian, ekoran pelaksanaan gaji minimum pada bulan Januari.

Timbalan Presiden Kesatuan Pekerja Proton Tanjung Malim, Azmi Jamaluddin berkata, pekerja peringkat rendah sebelum ini memperolehi gaji RM600 tetapi kini mendapat kenaikan RM300 berikutan pelaksanaan gaji minimum.

"Bagaimanapun, mereka dengan gaji RM901 hingga RM1,200 hanya diberikan kenaikan empat peratus. Ini hanya kenaikan minimum RM36 kepada RM40," katanya kepada Malaysiakini.

Oleh itu, bantahan hari ini adalah untuk mendapatkan penjelasan daripada majikan mereka.

Kesatuan dalam surat bertarikh 17 Januari menyatakan mereka yang mendapat gaji RM600 kini mendapat RM900 manakala mereka dengan gaji RM1,201 dan ke atas diberi pembayaran one-off.

Surat itu yang ditandatangani oleh Setiausaha kesatuan tersebut, Mohd Zaki Hairan menyatakan bahawa rundingan bermula pada bulan November tetapi tiada tanda-tanda penyelesaian dicapai.

Dalam satu kenyataan, Presiden Kesatuan Pekerja Proton Tanjung Malim, Zainudin Dollah berkata pekerja mahukan penyusunan semula gaji bagi mereka yang memperolehi RM901 hingga RM1,200 bagi mendapatkan kenaikan yang setanding dengan mereka yang dinaikkan gaji dari RM600 kepada RM900.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Sekerja Elektronik Semenanjung Malaysia (Wilayah Barat), Wan Noorulazhar Mohd Hanafiah berkata 700 pekerja berkumpul di sebelah kilang Proton Shah Alam untuk menuntut pelarasan gaji berikutan pelaksanaan gaji minimum.

Beliau berkata perhimpunan bermula jam 5.30 petang berhampiran kilang tersebut yang diketuai Pengerusi MTUC Selangor dan Wilayah Persekutuan, N Gopalkishnan.

Sementara itu, menurut laporan China Press, kira-kira 500 pekerja asing sebuah kilang perabot di Muar mengadakan mogok hari ini terhadap majikan mereka yang enggan melaksanakan gaji minimum. -mk

Sakmongkol Bidas Najib Kerana Takut Hadapi Pilihan Rakyat Walaupun...

Posted: 10 Feb 2013 07:13 AM PST

Polls Rating Ok, Pengundi Hantu ada, Duit Banyak- masih takut dengan pilihan Rakyat

tahun 2008, UMNO dan BN tewas di Semanjung. Mereka hanya dapat 49% dari undi popular di Semenanjung. Oleh yang demikian, UMNO tak boleh sombong. Kalau tidak ada Sabah dan Sarawak, UMNO dah berkubur dalam PRU12.

Dan untuk menyedapkan hati mereka dan kawan2 BN yang lain, maka UMNO dakwa orang kampong semua dah kembali ke pangkuan UMNO. Orang Kampung mana? Kampung Langgar di Pekan? Kampung Benta di Pekan? UMNO ingat Melayu kampong masih boleh kena tipu dengan rasuah RM500. RM500 diberikan kepada rakyat, ratusan dan ribuan juta disamun dan dirompak dari rakyat.

Dalam PRU13, rakyat Sabah dan Sarawak tidak akan bersama BN lagi. Rakyat Malaysia Timur tidak sebodoh yang disangka oleh UMNO. Mustahil mereka mahu jadi pembangkang. Mereka mahu besama kerajaan persekutuan yang baru. mereka melihat masa depan yang lebih baik tanpa UMNO. Undi UMNO dapat BR1M RM500. Undi Pakatan dapat royalty 20%, dapat taraf semi autonomy, dapat pendidikan percuma dan paling penting, pribumi Sabah jadi KM.

Menyokong UMNO bererti berada dalam pembangkang.Tiada yang sanggup jadi pembangkang melainkan DAP dan PAS.Parti lain masuk dalam gelanggang mahu jadi kerajaan. Dengan kiraan lojik ini, rakyat Sabah dan Sarawak akan bersama PR kerana mereka melihat gelombang menyokong PR tidak dapat dibendung lagi.

Tanda2 nya ada didepan mata.Seperti yang saya sebut- UMNO ada wang, ada pengundi hantu dan polls rating Najib pun dikira ok. Tidak sebaik Pak Lah, tapi pendukung UMNO kata sudah cukup hebat. Tapi dengan kombinasi 3 ramuan ini, Najib tak berani buat PRU sebab dia dan pemimpin UMNO lain, tahu UMNO akan tewas. Dan UMNO bukan berani jadi pembangkang. Najib pulak. Dia pemimpin yang lemah. Bukan saya kata- Dr Mahathir, Mursidul am UMNO yang kata. Dia nasihatkan UMNO berkawan dengan orang jahat lebih baik berkawan dengan orang baik2.

Dan orang Melayu pun sudah sedar, jika UMNO tewas yang kalah itu UMNO bukan orang Melayu. UMNO hanya 3 juta dari 18 juta Melayu. 15 juta Melayu boleh hidup tanpa UMNO. Kalau mati semua ahli UMNO yang berjumlah 3 juta itu, ada 15 juta lagi orang Melayu boleh terus hidup tanpa UMNO.

Calun2 UMNO diganti dengan orang Melayu juga. Maka orang Melayu tidak kehilangan apa2. Bukanlah kepakaran dan kepandaian mengurus negara ini, hanya orang UMNO sahaja yang ada. Melayu lain pun yang ada dalam PAS, PKR dan DAP boleh buat lebih baik dari matlaon UMNO.

Pemimpin tertinggi UMNO kata PR tidak ada pengalaman. Benar itu!- PR tidak ada pengalaman merompak dan melanun harta benda rakyat. Dalam negeri2 PR- tidak ada kes NFC. Tidak ada kes Puspahanas. Tidak ada beli paip air substandard dari syarikat sendiri.

Ertinya- dalam negeri yang UMNO kalah, rakyat lebih mewah dan aman makmur. UMNO ada, kacau bilau.

Rekod pengurusan dan pentadbiran negeri yang diperintah PR jauh lebih baik dari rekod pengurusan dan pentadbiran negeri2 yang dikuasai oleh UMNO/BN. Belasan tahun UMNO memerintah Selangor, reseb tunai yang Khir Toyo boleh beri Khalid Ibrahim ialah RM600juta. 4 tahun dibawah Khalid yang diejek sebagai gagap itu- reseb tunai ialah RM2500juta. Malukan UMNO? Cakap besar tapi mengurus negeri tidak pandai.

Sekali lagi-

One two three four
Lima enam tujuh lapan
Najib wasathiyah cakap besor
Tawan Selangor tiada harapan.

Lajim Hj Ukin istihar, PR akan menang 18 kerusi parlimen. Saya ingat kata2 nya mungkin bertujuan menaikkan semangat sahaja. Dalam ceramah kita tidak perlu berdisiplin sangat. Tujuan utama ceramah ialah menarik perhatian. Dan bila Lajim Ukin sebut kita boleh dapat 18 kerusi parlimen, tentu sahaja, ianya akan menarik perhatian pendengar.

Tetapi setelah kita buat sedikit kajian dan bertanya kepada yang pandai2, dakwaan Lajim nampak nya ada asas.

Seorang wanita tua dalam kampong pendalaman Sabah. Bila ditanya siapa yang makcik akan undi kali ini dia menjawab Anwar Ibrahim. Makcik ini tidak tahu apa parti politik pun, tapi Anwar Ibrahim dia tahu.

Teriakan ini kalilah bergema dan berkumandang di seluruh Sabah. Orang dewasa menyebut nya dan kanak2 kecil nyanyi dan bersiul lagu ini kalilah. Dalam majlis perkahwinan, tetamu yang datang ketika bersalaman dengan tuan rumah menghulur hadiah akan menyebut ini kalilah. Sehingga tuan rumah terpaksa meminta jasa baik tetamu syupaya tidak berpolitik kerana ini majlis kahwin anak mereka.

Beberapa orang kawan duduk dikedai kopi menikmati minuman. Mereka menyatakan kebaikan UMNO. Seorang rakan mencelah mengatakan bahawa UMNO sekarang bukan UMNO dahulu.

Perbualan berhenti kerana penyokong UMNO tdiak terdaya untuk mempertahakan UMNO.

Lagi pun mengikut ketua UMNO, perbahasan bukan budaya Melayu UMNO. Budaya Melayu UMNO ialah mengkasari oang lain, menyimbah cat, membaling batu, memukul dan menikam orang lain dan mutakhir- merampas mikrofon. Ini budaya yang Najib yang tdak ada telor itu promosikan.

Kalau kita lihat peratusan sokongan kepada pembangkang, dalam tahun 2008, tidak ada satu pun kerusi yang menunjukkan mereka mencapai 40% sokongan popular. Jadi bagaimana rakyat Sabah mahu menukar selera dalam PRU13 ini? Bagaimana mereka mahu menterjemahkan teriakan ini kalilah kepada reality dan menendang UMNO yang rasuah dan merompak itu?

Jawapan nya ialah rakyat Sabah menjumpai semula maksud demokrasi. Maksud demokrasi ialah memberikan hak kepada rakyat membuat pilihan peribadi. Pilihan peribadi tidak boleh dipaksa atau dicabuli dan tidak pula boleh disamun. Selama ini UMNO menyamun hak pilihan rakyat Sabah.

Pilihan mereka setakat 2008, ialah antara UMNO/BN dengan parti pembangkang yang tidak bersatu. Anwar Ibrahim pun belum muncul menyatukan parti dalam PR. Sekarang keadaan nya berbeza,Rakyat Sabah ada pilihan. Mereka boleh memilih alternative yang real kepada BN. apabila mereka sedar bahawa hak memilih ada hak yang tidak dapat disamun, maka dengan hak tersebut mereka akan menghukum UMNO/BN.

Seperti yang saya sebut diatas- mengulangi sentiment rakyat Sabah- undi BN dapat BR1M dan diperlakukan seperti objek. Undi dan sokong PR dapat royalty minyak, turun harga minyak, turun harga kereta dan pendidikan percuma. Seluuuruh rakyat Sabah boleh menjiwai perkara ini.

Kali ini, mereka akan membuat keputusan dipacu oleh agenda yang sama- mengenyahkan UMNO dari tampuk pemerintahan. Kedua, pilihan mereka akan dipengaruhi kuat oleh sentiment perkauman. Kerana itu senjata yang digunakan oleh UMNO yang ternyata sekarang memakan diri sendiri.

Selama belasan tahun, kerajaan BN Sabah membawa masuk warga asing kedalam negeri Sabah. Mereka ini rata2 nya pelarian yang beragama Islam. Tujuan dan matlamat jahat UMNO ialah mencairkan majoriti Bumiputera Bukan Islam dan orang Cina Sabah atau dikenali sebagai KDMC- Kadazan, Dusun, Murut dan Cina. Golongan ini yang dulu nya 60% dari penduduk Sabah hari ini menjadi 53-55% sahaja.

Bila kita tengok komposisi bangsa di Sabah, barulah kita sedar bahawa pengistiharan Lajim mempunyai asas.

Sabah ada 25 kerusi parlimen. Jika 60% kerusi jatuh ketangan PR disebabkan 60% KDMC sokng PR, maka PR dapat 15 kerusi. Tapi akibat projek IC yang dijalankan oleh Mahathir telah berjalan sekian lama, peratusan KDMC tinggal 55% sahaja. Jika 55% ini menyokong PR, maka PR masih boleh dapat 13 kerusi.

13 kerusi parlimen untuk PR akan datang dari sokongan KDMC. 5 lagi akan datang dari kerusi yang sekarang ini dipegang oleh UMNO. Dan kerusi itu adalah seperti berikut:-

 No
parlimen
penyandang
KDMC
%
Muslim
%
1
Beaufort
Lajim Ukin
38
62
2
Kimanis
Anifah Aman
32
68
3
Papar
Rosnah Shirlin
37
63
4
Kota Belud
Rahman Dahalan
41
59
5
Kudat
Rahim Bakri
46
54

Samseng Syaitan Dikenali Menjadi-jadi: Papan Kempen Calon PAS Merlimau Pula Disabotaj

Posted: 10 Feb 2013 04:11 AM PST


Sedang Negara Malaysia sedang meraikan Tahun Baru Cina; Merlimau pagi ini dikejutkan dengan papan kempen calon PAS Merlimau, Tuan Haji Yuhaizad Abdullah telah ditumbangkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Papan iklan itu terletak diatas tanah persendirian di Kampung Kilang Berapi, Merlimau dan hanya memaparkan Tawaran Pakatan Rakyat dan tiada unsur provokasi kepada mana-mana pihak.

Namun, parti politik tertentu ini merasa terancam sehingga tergamak mengupah samseng untuk membuat kacau dengan menumbangkan papan kempen terbabit.

Tuan Haji Yuhaizad menyatakan kebimbangan beliau kerana sejak akhir-akhir ini, banyak kes keganasan keatas penggerak dan penyokong Pakatan Rakyat berlaku.

Ini dikuatkan lagi dengan kenyataan Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam selaku presiden PESAKA yang mengatakan, "Saya tidak boleh kawal pesilat-pesilat saya dari bertindak".

Kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib yang sering membayangkan keganasan bakal berlaku sekiranya BN tumbang telah melahirkan bibit-bibit tindakan ganas daripada penyokong mereka.

Sehubungan itu, Tuan Haji Yuhaizad bersama Sdr Aminuddin Abdul Jalil, Ketua Pemuda PAS Kawasan Jasin telah membuat laporan polis di Balai Polis Merlimau dan berharap pihak polis bertindak profesional dengan menyiasat dan mendakwa pihak-pihak yang cuba mencetuskan keganasan dan huru-hara di Merlimau. -ii

Tiada ulasan: