Selasa, 19 Februari 2013

Biaqpila

Biaqpila


KEPUTUSAN LIGA SUPER 19/02/13

Posted: 19 Feb 2013 03:15 PM PST

MAHASISWA AKAN BERTANDING LAWAN NAJIB DI PARLIMEN PEKAN

Posted: 19 Feb 2013 04:00 AM PST


GM13 mahu jumpa PM


BANGSAR - "Kami tak mahu jumpa orang lain, kami mahu jumpa Perdana Menteri."

Demikian menurut Gabungan Mahasiswa Pilihan Raya Umum Ke-13 (GM13) yang ditemui di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya di sini, hari ini.

Pengerusi GM13, Syis Abdul Kadir berkata, pihaknya menunggu kehadiran perdana menteri untuk menyerahkan memorandum kepada beliau.



Namun, beliau berkata, GM13 sedikit kecewa apabila perdana menteri tidak dapat menghadirkan diri pada program Graduan Satu Malaysia (OMG).

Beliau turut berkata, GM13 akan meneruskan hasrat dengan membuat penyerahan memorandum di Pejabat Perdana Menteri.

"Kita agak kecewa apabila dapat tahu, perdana menteri tak dapat hadir hari ini.

"Namun kita tak akan berhenti di sini, kita akan ke pejabatnya dan serahkan memorandum ini selewatnya minggu hadapan.

"Kita akan beritahu perdana menteri, mahasiswa akan tetap turunkan calon di Pekan," katanya kepada pemberita di sini.

Difahamkan memorandum itu mahu Najib, yang juga Ahli Parlimen Pekan bertanggungjawab terhadap kejadian mahasiswa yang turun berkempen diserang oleh samseng di kawasan tersebut minggu lalu.

Selain itu, memorandum juga mahu memaklumkan perdana menteri bahawa mahsiswa akan bertanding di Parlimen Pekan satu lawan satu.

Mengulas lanjut, Syis berkata, walaupun pada kempen yang lalu, mahasiswa telah dikasari, namun semangat tidak akan hilang untuk menuntut ke arah perubahan yang lebih baik.

"Kita tak akan berputus asa, kita akan turun ke Pekan bagi fasa kedua.

"Perdana menteri tidak boleh biarkan budaya ini meresap ke dalam politik negara kita yang dikatakan matang," katanya.

GM13 telah turun ke kawasan Pekan untuk berkempen dan memperkenalkan dasarnya kepada pengundi bahagian itu.

Namun mereka telah dihalang dan dikasari serta membuat laporan polis.

SH



Gempar!!! Beruang, kuda mati diracun di Zoo Melaka

Posted: 19 Feb 2013 12:00 AM PST



MELAKA — Beruang Matahari dan kuda lumba spesis "Thoroughbred" ditemui mati disyaki diracun melalui makanan di Zoo Melaka dan Safari Malam di sini.

Pegawai Veterina zoo tersebut, Dr. Zubaidah Kamarudin berkata, beruang betina berusia antara 14 sehingga 16 tahun itu ditemui mati pada pukul 5 petang semalam sementara kuda lumba yang diberi nama Basket, 17, ditemui mati pada kira-kira pukul 7 pagi tadi.

Beliau berkata, dalam kejadian pertama semalam, beruang itu dilaporkan dalam keadaan pelik oleh pelawat yang mengunjungi zoo tersebut.

"Apabila penjaga haiwan dan penyelia zoo tiba di kandang menempatkan beruang itu, ia masih hidup tetapi mengalami sawan, air liur meleleh dan cirit-birit sebelum mati dalam masa yang singkat kira-kira lima minit," katanya kepada pemberita ketika ditemui di zoo tersebut hari ini.

Beliau berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan pada pukul 8 malam tadi, beruang yang dijaga sejak tahun 2000 itu mati disebabkan makan pisang yang disyaki mengandungi sejenis serbuk racun.

Katanya, kematian tersebut terlalu cepat berpunca daripada kerosakan saluran makanan yang teruk.

Dr. Zubaidah berkata, dalam kejadian kedua, Basket ditemui mati dalam keadaan rebah di kandangnya pada pukul 7 pagi tadi dan bedah siasat akan dijalankan hari ini.

Beliau berkata, pihak zoo turut menjumpai sebungkus beg plastik yang mengandungi buah limau, pisang dan tebu; dipercayai telah dimasukkan sejenis serbuk racun di kandang haiwan Cimpanzi.

Katanya, bagaimanapun buah-buahan yang dipercayai dibawa dari luar itu tidak dimakan Cimpanzi tersebut.

"Kita syak ia adalah perbuatan sabotaj kerana selalunya haiwan di sini diberi makan selepas pukul 5.30 petang namun kejadian yang berlaku sebelum ia diberi makan," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, sampel makanan yang ditemui dalam kedua-dua perut haiwan tersebut dan serbuk dalam buah-buahan itu akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk mengetahui jenis racun yang digunakan. — BERNAMA



PERHATIAN: TOLONG 'SHARE' DAN SEBARKAN

Posted: 18 Feb 2013 08:00 PM PST





PERHATIAN SATU SEBARAN DIPERLUKAN ..SHARE SEBERAPA BANYAK YANG BOLEH.

Satu versi baru al-Quran telah dikeluarkan Apple APP STORE oleh komuniti kafir Ahmadiyyah / Qadiani.

Nama app adalah"The Holy Quran, Arabic text and English translation". "Diterjemahkan oleh Maulvi Sher Ali, Ahmadiyya Muslim Community" telah jelas disebut dalam maklumat app dalam iPhone App Store.

Umat Islam perlu peka untuk tidak membeli dan memuat turun aplikasi ini!

Produk ini perlu diboikot kerana ini adalah salah / mengelirukan & bercanggah dengan ayat Al-Quran yang asal.

Sila kongsikan kepada semua orang supaya mereka tahu walaupun mereka tidak menggunakan androids atau iPhone tetapi mereka boleh memberitahu orang lain insya-Allah.

Jangan abaikan...sila share


Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad


sumber fb media islamic


NAJIB KANTOI BEB

Posted: 18 Feb 2013 06:52 PM PST

Tiada ulasan: