Rabu, 13 Februari 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Hamidah terkantoi tergolek-golek atas padang bola

Posted: 13 Feb 2013 10:05 AM PST


Aku tak tahu apa jadi kat padang bola di Kg Pengkalan Pegoh malam tadi.Aku  hanya rasa simpati dengan Hamidah kerana dia gagal nak provok program ceramah Pakatan Rakyat setelah padang bola tersebut diserahkan sepenuhnya kepada Hamidah. Sewaktu nak balik tadi, aku terserempak dengan 10 bas yang kebanyakannya penumpang-penumpang wanita yg Hamidah angkut dari merata tempat ....


Pihak urus setia dengan bijaknya telah memindahkan Majlis ceramah Pakatan Rakyat  ke perkarangan Markas PAS Pengkalan Pegoh bagi mengelakan pertembungan dengan Hamidah.Langkah tersebut dilihat telah berjaya dan majlis yang menampilkan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-7, Anwar Ibrahim berjalan lancar seperti yang dirancangkan.


Selain Anwar, beberapa pimpinan pakatan Rakyat negeri telah turut hadir dan berucap yang antaranya ialah Hj Nizar Jamaludin, Dr Lee Boon Chye, S Sivakumar, Dr Manuti , Radzi Zainon dan lain-lain.

Sila ikuti sedutan rakaman ucapan Anwar Ibrahim di sini

Ketua Pemuda Gerakan : Ng Yen Yen yang memalukan Najib dan Rosmah

Posted: 13 Feb 2013 02:38 AM PST

Inilah Menteri pompuan yang memalukan Najib dan Rosmah apabila artis sensasi Korea Selatan, Psy, tidak naik untuk bersama di atas pentas menggaul yee sang sebelum membuat persembahan di Pulau Pinang Isnin lalu. 

Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong yang menjadi pengerusi penganjuran rumah Tahun Baru Cina BN itu mendedahkannya di sini

Lihatlah videoa yg memalukan di bawah ini pada minit 1:27 - anda boleh lihat Naib Presiden MCA itu, Datuk Ng Yen Yen mengarahkan pengacara untuk menjemput Psy turut sama menggaul yee sang.


Janji ditepati konon! Arrrgghh...phooi!

Posted: 13 Feb 2013 12:16 AM PST

Para pemandu teksi sudah meluat mendengar cakap kosong pihak kerajaan yang kononnya prihatin terhadap permasalahan pemandu teksi namun masih lagi gagal menyelesaikan masalah.

Peningkatan kos membuatkan pendapatan mereka berkurangan, dan bantuan kerajaan seperti Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) tidak membantu. 

Gerakan Tuntutan Pemandu Teksi Malaysia (TEKSI) hari ini melancarkan kempen pelekat kereta "Kami Mahu Permit" di perkarangan KL Sentral kerana rasa tidak puas hati dan kecewa dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang masih gagal menunaikan janji dan bersikap lepas tangan dalam isu permit teksi individu.Janji ditepati konon! arrrgh...phooi!

Kumpulan tersebut mengecam SPAD yang sehingga kini gagal menyelesaikan masalah pemberian permit individu kepada pemandu teksi dan serta melahirkan kekecewaan terhadap agensi tersebut yang enggan bertemu dengan mereka walaupun telah berjanji untuk berbincang.

Menurut pengerusinya, Mohammad Ridzwan mereka masih menunggu jawapan daripada SPAD selepas pertemuan dengan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dan Pegawai Operasi SPAD Azhar Ahmad di Parlimen pada 31 Oktober tahun lalu, tetapi sehingga kini janji tinggal janji, pihak. 

Dalam pertemuan itu, kumpulan tersebut menggesa: 

1. Permit individu diberikan kepada semua pemandu teksi tanpa syarat. 

2. Menuntut kadar cukai kenderaan untuk pembelian teksi bagi kenderaan nasional dimansuhkan. 

3. Menuntut kebenaran diberikan bagi penggunaan teksi selain dari Proton untuk teksi bandar kerana kos pembaikian dan ketahanan kurang memuaskan. 

"Kami telah serahkan memorandum tuntutan kepada Datuk Seri Nazri Aziz dan Azhar Ahmad pada Oktober tahun lalu di Parlimen, namun sehingga kini janji tinggal janji," tambah Mohammad Ridzwan. 

Mohammad Ridzwan memberitahu kempen pelekat kereta "Kami Mahu Permit" mereka akan diteruskan hingga tarikh pilihan raya jika SPAD dan Putrajaya masih lagi tidak menyelesaikan masalah mereka. 

"Kami sudah cetak 5 ribu pelekat dan ia akan diedarkan ke seluruh Lembah Klang," kata beliau lagi yang juga merancang untuk edarkan pelekat tersebut ke seluruh negara. 
 
Gambar atas: Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin melekatkan stiker "Kami Mahu Permit" pada windscreen sebuah teksi — Gambar oleh Md Izwan. Sumber 

Penyakit kronik Hamidah semakin parah .... bekalan ubatnya dah terputus!

Posted: 12 Feb 2013 04:10 PM PST

Malam tadi aku telepon kawan aku si Anuwar Ibrahim (gambar sebelah) tanya dia, "Betulker ko ada antar SMS kat Midah Babi Panggang tu?" 

"Mana ko tau?" Balasnya balik.

 "Ni aku ada baca kat blog penjilat Hamidah Babi Panggang tu!" Dan aku bacakan sedikit kandungan SMS tersebut kpdnya ….. 

"Ha! Ha! Ha! Anuar tergelak suka. Aku sendiri tak faham pasal apa. Dia kemudian mengakuinya memang dia yg antar SMS tu kpd Hamidah Babi Panggang itu . 

"Betullah tu!"

"Pasal apa ko anto SMS tu?" Aku cuba nak tahu. Aku dah syak tentu ada 'sesuatu' bila aku lihat SMS itu tertulis : "daripada anuwar Ibrahim bakal calon dun Sungai rapat"


" Sebenarnya, mula-mula tu aku telepon Hamidah 7 atau lapan kali, haram dia nak angkatnya! Nombor tu lama dah ada kat aku. Aku pun ingat mungkin Midah dah tuko nombor lain…. Aku pun cuba anto SMS puji dia … sampai ya?" 

"Sampailah tu! " aku menyakinka nya bersungguh-sungguh. 

"Betullah tu nombor Hamidah. Tapi apasal dia tak berani nak angkat bila aku telepon dia? Aku nak marahkan dia apasal dia mahu buat ceramah pada tempat yang sama dan ketika yang sama bila kita nak buat ceramah?" 

"Tapi bukankah kamu setuju nak berceramah sama? Aku cuba korek hidung Anuwar… " Ni ha! Ada poster gambar Umi tulis 'Umi vs Anwar Ibrahim!" Aku cungkil kuat sikit hidungnya. 


"Tak lah! Itu poster depa yang buat! Itu yg aku anto SMS puji Midah  sbb dia tolong mempromosikan program kita secara percuma," jawab Anuwar. 

"Pagi tadi aku pasang khemah kat padang tu. Bila aku lalu situ pd sebelah petangnya, aku tengok dah ada 7 atau 8 khemah Hamidah pasang di situ. Gampang betul! Macam depa tu tidak ada hari lain nak buat!" Anuwar menggerutu dalam bualannya itu. 

"Berapa khemah ko pasang?" aku tanya. "Satu sahaja…" balas Anuwar.

Memanglah patut dia marah. Apasal Hamidah nak buat serentak dengan program kami dikawasan yang sama?

Anuwar malam tadi antor mesej terbaru kpd Hamidah Babi Panggang. Lihatlah :


Ni , aku nak tanya Hamidah Babi Panggang ni, pasang sampai 8 khemah ni pasal apa Hamidah?

Ha! ha! aku pasti macam biasalah program yg dia buat – mesti ada khemah untuk makan-makan ….kalau tidak tentu tak ada siapa yang nak datang dan mereka yang diangkut dgn bas dari merata tempat tentu akan kebuloran nanti…. Ha! ha! biasalah …mesti ada pengangkutan percuma, makan minum percuma dan sedikit wang poket!

Hamidah sudah kehabisan bekalan ubatnya menyebabkan penyakit kroniknya berulang semula. Tabiat Hamidah suka mengganggu program orang lain kini dah berulang semula. 

Tiada ulasan: