Rabu, 13 Februari 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Kroni PM jual tanah di Johor kepada orang asing?

Posted: 12 Feb 2013 07:24 PM PST

(Oleh Sidiqin Omar)

SKUDAI 13 FEB: Tanah rakyat Johor yang dirembat secara haram sedang dilelong kepada pelabur asing oleh kroni Perdana Menteri untuk pembangunan bersepadu Iskandar Malaysia, kata Naib Pengerusi KEADILAN Johor, Hasan Karim.

Dedah beliau, semua tanah berkenaan dilelong kepada pelabur Eropah, China, Hong Kong dan Singapura.

Akibatnya, penduduk yang memiliki plot tanah kecil menjadi mangsa rampasan secara sistematik selepas disatukan atas nama pembangunan tersebut.

Iskandar“Dari Sungai Danga, Sungai Perling sampai ke Tanjung Pelepas, kebanyakan tanah diberi pada KPRJ (Kumpulan Prasarana Rakyat Johor).

“Tapi bukan KPRJ yang bangun dan uruskan. Tanah ini digadai kepada Danga Bay yang dipunyai Lim Kang Hoo, kroni Najib Razak dan Ghani Othman,” kata Hasan.

“Dulu DPMJ (Dewan Perniagaan Melayu Johor) nak majukan, tapi ditolak. Sekarang di Lido Boulevard, dari depan Masjid Abu Bakar sampai Marin Shahbandar dimiliki tauke judi, Vincent Tan,” katanya lagi pada Ceramah Umum KEADILAN di Taman Skudai Indah, di sini semalam.

Njaib“Rumah di Iskandar ini pun bukan untuk rakyat biasa, tetapi untuk orang-orang kaya. Harga jutaan ringgit. Adakah rakyat biasa mampu beli?” soal Hasan.

“Yang ada sekarang ini pun, ramai tak mampu beli rumah,” sambungnya disahut sorakan ‘betul’ hadirin.

Hasan sebelum itu bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim ke Forum Perdana Isu Tanah Di Negeri Johor di Hotel Li Garden, Pasir Gudang.

Menurut Hasan, berbanding Johor, Pihak Berkuasa Tempatan Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat lebih proaktif menyelesaikan masalah pemilikan tanah.

“Kalau duduk 10 tahun, kerajaan (Selangor) beri geran. Di Johor, ada yang duduk 40 tahun masih tak dapat hak milik.

“Di Selangor, Menteri Besar dan pegawai pejabat tanah turun padang. Di Johor, dah buat temujanji dengan D.O (pegawai daerah) pun, susah nak jumpa,” kata Hasan.

Isu tanah di Johor kritikal sehingga Pakatan Rakyat menuntut kerajaan negeri menyelesaikan segera tuntutan, permohonan dan pampasan pengambilan melibatkan puluhan kes termasuk Iskandar Malaysia.

Antaranya isu pengambilan tanah di Pengerang, Felda Cahaya Baru Masai, Kampung Plentong Tengah, Sungai Balang, Bekok, Kampung Skudai Kiri dan puluhan lagi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44901

Tiada ulasan: