DIALOG RAKYAT |
- MB: Selangor akan bincang pembubaran DUN minggu ini
- Lelaki dipenjara, didenda kerana tunjuk isyarat lucah
- BN mungkin gugurkan Subramaniam dari Segamat, kata sumber
- Najib tunda PRU13 kerana maklumat ‘dalaman’?
- Deepak pohon perlindungan saksi kepada Peguam Negara
- Air: Selangor siap hantar tawaran kepada konsesi
- Mat Indera: Kes Mohamad Sabu ditunda lagi
- Kerajaan dicabar beri segera permit teksi individu
- Zain cadang merisik Rozita Che Wan
- Guna kopi mengecas bateri telefon
- Haron Din sah bertanding di Perlis
- Keyakinan tinggi BN musnah berkecai dengan tiga laungan “tidak” untuk BN
- Ibu Catriona Ross Maut Nahas Kereta
- Najib rembat tanah rakyat untuk bina jambatan ke-3 Johor-Singapura
- Buku kedua saya dedah tabiat Rosmah guna bomoh – Deepak
- Samseng Umno serang siswa dengan parang, Najib dituntut minta maaf
- Fitnah Sentiasa Berjaga, Sementara Ahli Politik Kerap Tertidur
- Berjuang di selekoh?
- Siapa Sebenarnya Bayar PSY?
- Konsert Gangnam: Najib Digesa Bentang Penyata Kos Tajaan Psy
- "Are U Ready For Putrajaya?" Rakyat Jawab : YES
- Wanita Ini Berjaya Islamkan 7 Profesor Barat Hanya Dengan Jilbab
- Separuh Bayaran Beli Kenderaan Adalah Untuk Membayar Cukai
- Umno Juara Fitnah; Hishamuddin Ulangi Cabaran
- Impian 'Penghuni Rumah Kotak' Miliki Rumah Selesa Menjadi Kenyataan
MB: Selangor akan bincang pembubaran DUN minggu ini Posted: 13 Feb 2013 03:48 PM PST SHAH ALAM — Kerajaan Selangor menafikan mereka telah membuat sebarang keputusan mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), sebaliknya menegaskan perkara itu hanya akan dibincangkan dalam mesyuarat antara pemimpin Pakatan Rakyat (PR) neheri dan pusat yang dijadualkan berlaku pada minggu ini. Berikutan dengan laporan media pada Isnin lalu mengatakan kerajaan PR Selangor akan membubarkan DUN selepas perayaan Chap Goh Meh. "Kami baru balik kerja (selepas Tahun Baru Cina) ... Kami akan umumkan selepas perjumpaan kami," kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) kepada pemberita di sini. Abdul Khalid pada 30 Januari lalu berkata kerajaan negeri akan membubarkan DUN di Selangor selepas Chap Goh Meh, jika Putrajaya masih enggan memberi sebarang petunjuk untuk membubarkan Parlimen. Beliau bagaimanapun sehari selepas itu menjelaskan pengumuman itu dibuat pihaknya bagi mendesak perdana menteri agar segera mengumumkan tarikh pilihan raya umum ke-13. Menurut Abdul Khalid, sebelum ini beliau enggan membubarkan DUN serentak dengan Putrajaya jika pembubaran berlangsung pada Jun tahun lalu, kerana mahu menguruskan bajet tahunan kerajaan negeri yang masih belum selesai. "Tetapi, kita rasa kita perlu bubar lebih awal sekiranya Pusat masih belum bubar sebelum Chap Goh Mei, kita memikirkan untuk pembubaran lebih awal untuk mandat baru untuk kepentingan rakyat," katanya. Parlimen akan dibubarkan secara automatik pada 28 April dan pilihan raya mesti diadakan 60 hari dari tarikh tersebut. Pemerhati menjangkakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan pilihan raya pada penghujung Mac selepas memberi kesemua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), program pemimpin Barisan Nasional percaya akan meningkatkan peluang dalam pilihan raya akan datang. Abdul Khalid turut berkata pembubaran tersebut bergantung kepada Najib mengadakan pilihan raya, sama ada secara berasingan atau serentak dengan parlimen. Beliau menerangkan keputusan tersebut dibuat kerana keengganan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membersihkan daftar pemilih. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bagaimanapun sebelum ini berkata, kuasa membubarkan DUN terletak di tangan Sultan Selangor. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Lelaki dipenjara, didenda kerana tunjuk isyarat lucah Posted: 13 Feb 2013 03:45 PM PST THE MALAYSIAN INSIDER BALIK PULAU, – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara sebulan dan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dan anggota polis, Isnin lepas. Leong Pei Koe, 29, seorang juruukur bahan, didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah ketika kenderaan rasmi baginda melalui balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, dekat sini, pada pukul 11.50 pagi, 11 Feb lepas. Bagi pertuduhan kedua, Leong didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada anggota polis ASP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid di tempat, masa dan tarikh yang sama. Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum menurut Seksyen 294 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Bagi pertuduhan pertama Majistret Muhamad Hidayat Wahab menjatuhi hukuman penjara 30 hari dan denda RM6,000 atau penjara dua bulan jika gagal membayar denda itu. Bagi pertuduhan kedua Leong dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan denda RM2,000 atau penjara sebulan jika gagal membayar denda itu. Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman dijalankan serentak dari tarikh tangkapan iaitu 11 Feb. Leong membayar denda itu. Muhamad Hidayat menjatuhi hukuman itu berdasarkan pengakuan salah dan rayuan Leong bahawa dia memohon maaf atas kesalahan itu selain kepentingan awam. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – Bernama | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
BN mungkin gugurkan Subramaniam dari Segamat, kata sumber Posted: 13 Feb 2013 03:41 PM PST The Malaysian Insider difahamkan, isu ini adalah diantara agenda penting yang dibincangkan dalam perjumpaan tertutup diantara Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin Johor pada Selasa, diadakan untuk membincangkan persiapan Pilihan Raya 2013 – perlu diadakan selewat-lewatnya pada Jun. Dalam mesyuarat tersebut, lima kerusi parlimen, termasuk Segamat, dikenalpasti sebagai kerusi yang berpotensi untuk beralih disebabkan peratusan besar pengundi Cina di kawasan tersebut. Semenjak 2008, majoriti masyarakat Cina dilihat sebagai penyokong kuat pembangkang. "Jentera di Segamat tidak mahukan Subramaniam. Jumlah pengundi India kecil jadi jentera tempatan mempersoalkan mengapa meletakkan beliau disitu," kata sumber yang menghadiri mesyuarat BN di Johor Bahru pada Selasa. Pada Pilihan Raya 2008, pengundi Cina menjumlahkan hampir separuh daripada pengundi Segamat dengan Melayu 41 peratus dan India 11 peratus. Subramaniam, menteri Kabinet, telah mengalahkan Pang Hok Liong dari DAP dengan majoriti 2,991, sebahagian besarnya kerana sokongan Melayu, dimana sebahagian besar daripada undi Cina, seperti di seluruh negara, beralih secara siknifikan kepada pembangkang. "Jika Pakatan Rakyat (PR) meletakkan calon Cina dari DAP atau PKR kali ini, sudah tentu kita akan kalah Segamat," kata sumber tersebut. Spekulasi timbul PR yakin mereka boleh menawan Segamat akibat daripada sentimen anti kerajaan yang kuat dikalangan pengundi Cina jika mereka meletakkan Datuk Chua Jui Meng dari PKR ataupun veteran DAP Lim Kit Siang – kini merupakan ahli parlimen Ipoh Timur. Akhbar The Star, walau bagaimanapun, melaporkan pada Ahad Subramaniam yakin mempertahankan Segamat berdasarkan rekod sokongan masyarakat Cina kawasannya – akan terus bersamanya. "Saya tahu pengundi saya, terutamanya Cina. Saya telah selesaikan isu-isu yang melibatkan komuniti itu dan mereka tidak mempunyai sebab untuk tidak menyokong Barisan," kata Menteri Sumber Manusia itu. Subramaniam memberitahu akhbar tabloid berbahasa Inggeris itu pada Selasa Najib telah bersetuju untuk memperuntukkan jumlah kerusi yang sama kepada MIC seperti pada 2008. Beliau juga berkata dua calon dalam pilihan raya lalu akan diganti tetapi enggan untuk mendedahkan nama mereka. Satu lagi sumber yang hadir pada mesyuarat itu berkata Najib hanya menimbulkan kebimbangan tentang lima "kerusi panas" tetapi tidak membincangkan mengenai pencalonan Subramaniam. Empat "kerusi panas" yang lain adalah Kulai, Gelang Patah, Bakri dan Kluang. Difahamkan pemimpin BN Johor menganggarkan sokongan masyarakat Cina pada ketika ini berada pada 30 peratus, lebih 10 peratus daripada anggaran "pesimis" awal, dan menyasarkan untuk meningkatkannya kepada 40 peratus apabila BN negeri memasuki pusingan akhir kempen pilihan raya. "Dengan 40 peratus sokongan, kita juga boleh menang kerusi yang kita kalah seperti Bakri dan beberapa kerusi negeri yang kita kalah kepada DAP," kata sumber BN. Pemimpin PR berkata mereka akan menggegarkan kubu BN di Johor dengan bantuan sokongan Cina tetapi mengakui kepayahan untuk menawan negeri kerana kesukaran dalam mendapatkan undi Melayu. Walaupun menyapu Pulau Pinang, Perak, Kedah, Selangor dan Kelantan dalam Pilihan Raya 2008, pakatan longgar PAS, PKR dan DAP memenangi hanya satu daripada 26 kerusi parlimen dan enam daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri di Johor (DUN). Melayu membentuk 60 peratus daripada tiga juta penduduk Johor, yang terletaknya 74 penempatan Felda dalam 21 DUN. Undi Melayu Felda seringkali dilihat sebagai kekuatan BN dalam pertempuran pilihan raya, dan juga menjadi kunci utama gabungan tersebut dapat mempertahankan diri dari Tsunami politik 2008, terutamanya di Johor. PR Johor percaya, 35 peratus sokongan dikalangan pengundi Melayu Johor mencukupi untuk menjatuhkan BN di Johor dalam pilihan raya akan datang, dengan syarat PR bekerja habis-habisan memastikan bukan Melayu Johor menolak BN. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Najib tunda PRU13 kerana maklumat ‘dalaman’? Posted: 13 Feb 2013 03:13 AM PST
KUALA LUMPUR: Jadual di bawah ialah rumusan jumlah di mana maklumat dalaman 'mereka' sendiri menyatakan bahawa mereka akan hilang kerusi jika Pilihan raya Umum (PRU) diadakan hujung tahun lepas. Table 1: The possible outcome in GE13.
Justeru, bagi Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau CheGuBard, tidak kisah sama ada anda bersetuju atau tidak bahawa Umno BN akan kehilangan Putrajaya pada PRU13 nanti. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Deepak pohon perlindungan saksi kepada Peguam Negara Posted: 13 Feb 2013 02:57 AM PST
(Deepak [kanan sekali] bersama Mahfuz dan Asmuni di pejabat Peguam Negara hari ini) PUTRAJAYA: Peniaga permaidani, Deepak Jaikishan hari ini menyerahkan permohonan untuk mendapatkan perlindungan sebagai saksi kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail di pejabatnya dekat sini hari ini. Deepak ditemani oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Peguam yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS, Haji Asmuni Awi. Permohonan itu dibuat untuk membolehkan Deepak mendedahkan segala yang beliau tahu berkaitan dengan pembikinan Akuan Bersumpah kedua yang dibuat oleh P Balasubramaniam berkaitan pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu. Deepak melalui surat tersebut menjelas yang beliau tidak terlibat langsung di dalam perbuatan kedua-dua SD yang bertarikh 1 Julai 2008 dan 3 Julai 2008. Namun penglibatannya bermula selepas munculnya SD1 apabila beliau dihubungi isteri Perdana Menteri bagi membantu Perdana Menteri yang mana nama Perdana Menteri dilibatkan secara langsung di dalam SD1. Malah menurutnya lagi, beliau juga tidak kenal rapat dengan penyiasat persendirian itu. "Hari ini saya menyerahkan surat permohonan kepada AG bagi mendapatkan imuniti berhubung dengan SD yang dilakukan oleh P Balasubramanian. "Tetapi surat tersebut hanya dapat diserahkan kepada pegawai beliau memandangkan Abdul Gani sedang bermesyuarat pada ketika ini," jelas belaiau. Deepak juga memberitahu beliau juga bersedia bekerjasama dengan mana-mana agensi penguatkuasaan di dalam negara ini untuk memberi maklumat selanjutnya mengenai penglibatan pemimpin negara dalam penyalahgunaan kuasa yang melibatkan keluarga beliau. Namun perkara ini akan didedahkan dengan syarat beliau diberikan perlindungan dari sebarang kemungkinan pendakwaan jenayah terhadap penglibatan beliau dengan memberikan 'certificate of immunity' yang merangkumi semua undang-undang negara. Terlibat Sebelum ini, Deepak mendakwa beliau terlibat dalam pembikinan SD 2 selepas diminta oleh rakan rapatnya ketika itu, Datin Seri Rosmah Mansor. (Deepak menunjukkan dokumen yang beliau ada kepada Mahfuz dan rakan-rakannya dalam pertemuan mereka 6 Februari lepas) Beliau diminta oleh isteri perdana menteri itu berbuat demikian selepas PI Bala membuat satu sidang media mendedahkan pengakuan bersumpahnya yang pertama. Dalam akuan itu, Bala mendakwa Najib terlibat dalam kematian tragis yang menimpa wanita Monggolia di hutan simpan dekat Puncak Alam itu. Melalui SD 2 yang dibuatnya, PI Bala menarik balik segala pengakuan yang beliau buat dalam SD 1. Deepak berkata, beliau membawa PI Bala menemui adik Najib, Nazim Razak di sebuah pusat membeli belah di Mutiara Damansara. Dalam pertemuan itu, Deepak berkata, pelbagai janji dibuat oleh Nazim bagi pihak Najib kepada PI Bala. Ekoran itulah, PI Bala membuat SD 2 yang bercanggah sama sekali dengan SD 1. Deepak memohon Peguam Negara memberikan perlindungan kepadanya sebagai saksi dalam kes ini berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Negara yang memberikan kuasa kepada AG untuk membuat pendakwaan. Berhak Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang turut hadir memberitahu pemberian imuniti terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan. Jelasnya lagi, AG mempunyai kuasa untuk memberi perlindungan kepada individu yang tampil membuat pendedahan apatah lagi melibatkan pemimpin tertinggi negara. Malah kata Mahfuz, AG sepatutnya bertindak untuk memberi perlindungan kepada Deepak demi maruah negara dan bukannya memberi perlindungan kepada mereka yang terlibat. Sebelum ini, Deepak memohon Pakatan Rakyat untuk memberikan jaminan kepadanya untuk diberikan perlindungan sebagai saksi untuk memnolehkan beliau mendedahkan segala yang beliau tahu. Ekoran itu, Mahfuz bagi pihak PAS bersedia untuk berbincang dengan Deepak mengenainya. 6 Februari lalu, Deepak bertemu dengan Mahfuz dan beberapa pimpinan PAS lagi bagi membincangkan permohonannya itu. Dalam pertemuan itu kata sepakat telah dicapai peguam PAS akan membantu Deepak membuat permohonan itu kepada Peguam Negara kerana dari segi undang-undangnya Peguam Negara yang berhak berbuat demikian. Semalam Deepak bertemu dengan Mahfuz dan Asmuni Awi di Pejabat Agung PAS bagi membincangkan permohonan yang hendak dibuat dan hari ini mereka bertiga ke Putrajaya untuk menyerahkan surat permohonan berkenaan. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Air: Selangor siap hantar tawaran kepada konsesi Posted: 13 Feb 2013 02:55 AM PST
SHAH ALAM: Tempoh 14 hari untuk Kerajaan Persekutuan memberi maklum balas kepada hasrat Kerajaan Negeri Selangor mengambil alih perkhidmatan air akan tamat minggu hadapan. "Oleh itu, kita menyeru Kerajaan Persekutuan untuk bertindak secepat mungkin memandangkan isu penyusunan semula industri air ini melibatkan kepentingan rakyat," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Katanya, kerajaan negeri menegaskan ini bukanlah pengambilalihan biasa syarikat komersil. Ini, jelasnya adalah kerana perjanjian konsesi air melibatkan tiga pihak iaitu Syabas, Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri yang pemegang sahamnya adalah rakyat. Beliau menambah, urusniaga sepatutnya tidak boleh berpaksikan keuntungan semata-mata sebaliknya kebajikan rakyat juga perlu diberi keutamaan. "Justeru, kita menyeru kerajaan Pusat yang memiliki Golden Share atau saham emas dalam Syabas menggunakan kuasanya bagi memastikan Syabas menerima tawaran kerajaan Selangor," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini. Jelasnya lagi, kerajaan negeri sudah menyediakan surat tawaran kepada syarikat konsesi dan berharap mereka tidak menjadikan faktor harga sebagai alasan untuk menolak tawaran ini. Katanya lagi, kerajaan negeri berulang kali menyatakan bahawa syarikat konsesi boleh membawa perkara ini kepada Timbangtara Antarabangsa bagi mendapatkan pampasan yang sewajarnya. Menurut Khalid lagi, kerajaan negeri akan memberi penerangan kepada rakyat mengenai pelan dan langkah-langkah yang akan dilakukan kerajaan negeri selepas mengambilalih perkhidmatan air ini pada Forum Air Untuk Rakyat yang akan diadakan selama 10 hari bermula 18 Februari sehingga 28 Februari di seluruh negeri. Katanya, antara mereka yang terlibat ialah Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad; Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua; Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin. "Kita akan mengiklankan tarikh dan tempat forum air ini akan diadakan di beberapa akhbar utama untuk memudahkan rakyat merancang dan membuat persediaan awal. "Kita berharap rakyat dapat menggunakan forum air ini sebagai platform untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini berhubung isu air di Selangor dan Lembah Klang," katanya lagi. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Mat Indera: Kes Mohamad Sabu ditunda lagi Posted: 13 Feb 2013 02:53 AM PST
BUTTERWORTH: Perbicaraan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkaitan kenyataannya pada satu majlis ceramah bahawa Mat Indera bukan komunis ditunda kepada 10 April depan. Peguamnya Hanipa Maidin berkata, sepatutnya kes tersebut disambung hari ini, esok (14 Feb) dan lusa (15 Feb) di Mahkamah Sesyen Butterworth. Ini, katanya kerana pihak pembela memohon untuk menolak pita rakaman ucapan disebabkan pihak polis merakam tanpa persetujuan penganjur. Jelasnya, ini mengakibatkan hak bersuara tertuduh terancam dan tindakan polis itu bertentangan perkara 10 (1)(a) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bersuara termasuk kebebasan berucap yang tidak diancam melalui gangguan rakaman dengan pengawasan pihak polis. "Pagi tadi Hakim Mahkamah Sesyen 3 Butterworth, Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi menangguhkan kes ke 10 April 2013 kerana pihak pendakwa memohon untuk menolak pita rakaman kerana pihak polis merakam tanpa persetujuan penganjur," katanya. Mohamad diwakili peguam Hanipa Maidin, Masar Khan dan Aminudin Zulkipli. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kerajaan dicabar beri segera permit teksi individu Posted: 13 Feb 2013 02:45 AM PST Oleh Norutul Ilham KUALA LUMPUR : Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin mencabar kerajaan segera selesaikan tuntutan permit individu kepada pemandu teksi dan tidak lagi bergantung kepada syarikat teksi yang kebanyakannya dimiliki kroni Umno. Zuraida berkata, kebisuan kerajaan berhubung tuntutan tersebut yang disifat sebagai sistem perhambaan bagi mencekik darah rakyat memberi kesan kepada Umno BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13. "Kita cabar kerajaan tangani masalah permit pemandu teksi. Keluarkan mereka daripada perhambaan dan tekanan sebegini. Mereka hanya mahu cari rezeki. "Hari ini kita bersama kumpulan pemandu teksi menuntut supaya mereka dapat permit," katanya pada sidang media di pintu masuk Stesen Kuala Lumpur Sentral, di sini hari ini. Terdahulu, Zuraida bersama Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid mengedarkan pelekat kereta Kempen Tuntut Permit Teksi di depan pintu utama Hotel Hilton Kuala Lumpur. Ia lokasi pertama kempen tersebut dengan cetakan sebanyak 5,000 pelekat untuk diedarkan sepanjang minggu ini. Sementara itu, Abdullah Sani membidas kerajaan yang sanggup mendahulukan kroni tetapi mengabai sengsara rakyat. "Kenapa kerajaan tak bagi permit? Sebabnya mereka bela kroni di belakang mereka. Sekiranya Pakatan Rakyat menang kelak, kita akan bagi pemandu teksi permit individu supaya mereka boleh mencari rezeki dengan selesa tanpa ada pihak yang ambil kesempatan atas kesusahan mereka. "Sampai hari ini kerajaan masih diam. Pemandu teksi minta permit diberinya tayar, sampai bila pun tak selesai. Umno BN tak pernah faham apa derita rakyat," kata Abdullah. Pengerusi Gerakan Tuntutan Permit Teksi Malaysia, Mohamad Ridzwan Mohamad Daud yang hadir sama turut mendesak kerajaan menyegerakan tuntutan pemberian permit teksi kerana mereka cukup terbeban caj sewaan harian teksi. "Orang tengah yang menyewa permit teksi kepada pemandu yang layak mengenakan caj sewa harian teksi tidak munasabah dan membebankan," katanya. Beliau berkata, kerajaan perlu prihatin kebajikan pemandu teksi sebagai isu pokok yang menjadi sasaran utama mereka. "Sistem pengurusan pemandu teksi perlu dirombak dan kebajikan mereka merangkumi aspek menyeluruh termasuk kesihatan dan keselamatan kerjaya seperti KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) harus diberi perhatian. "Lebih 80,000 pemandu teksi di Malaysia menghadapi pelbagai masalah dari segi pengurusan sehingga kebajikan mereka terabai," kata Ridzwan. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Zain cadang merisik Rozita Che Wan Posted: 13 Feb 2013 02:42 AM PST Aktor kacak Zain Saidin memberitahu dia mahupun keluarga belum menetapkan sebarang perancangan untuk merisik aktres Rozita Che Wan dalam masa terdekat. Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 29, berkata, perancangan ke arah perkahwinan masih belum difikirkan pada waktu ini biarpun dia mengakui hubungan dengan Rozita berada pada tahap yang lebih stabil. "Hubungan kami macam itu juga. Saya akui kami semakin stabil dan baik tetapi belum ada perancangan untuk merisik atau apa-apa pun pada waktu ini," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Selasa. Zain berkata demikian sebagai respons kepada gambar-gambar percutiannya bersama Rozita dan keluarganya di Singapura pada hujung minggu lalu yang dimuat naik di laman Instgram milik aktor itu. Ditanya mengenai percutian itu, Zain berkata, dia mengambil peluang bersempena cuti Tahun Baru Cina dengan menghabiskan masa selama dua hari di taman tema Universal Studios Singapura (USS) di samping Rozita dan keluarganya. "Kami sengaja berjalan-jalan di USS sebab kebetulan sedang cuti. Kami pergi selama dua hari dengan Rozita, anak-anak dan adiknya Ayu Raudhah dan suami," katanya. Mengenai kerjaya, Zain berkata, dia bakal menyambung semula penggambaran drama bersiri Oh My English! musim kedua selepas cuti perayaan ini. "Selain Oh My English!, saya juga akan terlibat dalam program realiti MasterChef Selebriti Malaysia musim terbaharu pada Mac depan," katanya. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Guna kopi mengecas bateri telefon Posted: 13 Feb 2013 02:40 AM PST Anda sering menghadapi masalah kehabisan bateri telefon bimbit ketika saat-saat genting?Kini anda tidak perlu bimbang lagi kerana secawan kopi panas atau sejuk sudah mampu menyelesaikan masalah anda yang sering kehabisan bateri telefon bimbit. Sebuah syarikat elektronik beribu pejabat di New Castle, Pennsylvania di Amerika Syarikat, Epiphany Labs telah mencipta prototaip pengecas yang kuasanya dijana menggunakan minuman panas atau sejuk untuk memastikan bateri telefon sentiasa penuh. Ciptaan yang dikenali sebagai The Epiphany One Puck mempunyai dua bahagian berwarna merah untuk air panas dan biru bagi air sejuk. Gajet tersebut menggunakan penjana yang dikenali sebagai Stirling untuk menukarkan tenaga haba kepada tenaga elektrik yang kemudiannya disambungkan kepada telefon bimbit melalui kabel USB. Buat masa ini, firma Epiphany Labs masih menguji tempoh yang diperlukan gajet itu untuk mengecas telefon bimbit berdasarkan tahap kesejukan atau kepanasan sumber. Pegawai Epiphany Labs, Tim Joseph berkata, pihaknya masih mengumpul dana bagi merealisasikan projek tersebut untuk memasarkan gajet berkenaan secara besar-besaran. "Idea menggunakan penjana Stirling bukan perkara baharu, tetapi tiada pihak yang berjaya menghasilkan gajet berguna yang dijual secara meluas di pasaran. "The Epiphany One Puck dijangka mula dijual pada awal tahun depan dengan harga AS$114 (RM351) seunit," katanya. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Haron Din sah bertanding di Perlis Posted: 13 Feb 2013 02:36 AM PST Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din disahkan akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang di negeri ini.Mengesahkan perkara itu, Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin berkata, pihaknya sudah mengemukakan tawaran bertanding kepada Haron dan mendapat maklum balas positif. "Kita beri tawaran ini sejak 2011 lagi dan terbaru, tahun lalu. Beliau jawab secara positif menyatakan kesediaan untuk bertanding kali ketiga walaupun sudah tewas dua kali sebelum ini," katanya. Ditanya kerusi mana yang ditawarkan kepada Haron, Hashim berkata, besar kemungkinan tokoh nombor dua dalam Majlis Syura Ulama Pas itu akan kembali merebut kerusi yang ditandinginya pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) iaitu di Parlimen Arau. Kerusi itu kini disandang Datuk Ismail Kassim yang menewaskan Haron pada PRU12 dengan majoriti 300 undi. Ismail mendapat 16,451 undi manakala Haron, 16,151. Hashim berkata, beliau mengumumkan perkara itu kerana ada desas-desus kononnya Haron tidak akan bertanding lagi dalam pilihan raya disebabkan masalah kesihatan. "Tidak ada ura-ura beliau akan berundur atas sebab masalah kesihatan. Beliau yang saya kenali seorang yang cekal sebagai pejuang dalam politik yang akan berjuang hingga ke akhir hayat," katanya. Haron, anak jati Bohor Mali, di sini, kali pertama bertanding pilihan raya pada 2004 untuk kerusi Parlimen Arau yang menyaksikan beliau tewas kepada Datuk Seri Syed Razlan Syed Putra Jamalullail (BN) dengan perbezaan undi 3,243. Hashim turut menyangkal kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu yang yakin BN akan mencatat kemenangan 100 peratus di negeri itu pada PRU13. Selain mengekalkan tiga kerusi parlimen, Md Isa berkata, pihaknya yakin dapat merampas kembali dua kerusi Dun iaitu Simpang Empat dan Sanglang daripada Pas. "Setiap kali PRU kenyataan sama dikeluarkan, namun hakikatnya tidak berlaku. Saya sudah tiga penggal jadi Adun Sanglang, ini terbukti sampai sekarang pun mereka gagal sapu bersih semua kerusi," katanya. Hashim yang lebih 21 tahun menjadi pemimpin utama Pas Perlis berkata, pihaknya menaruh keyakinan penuh mampu menawan Perlis kali ini berdasarkan trend sokongan rakyat yang semakin meningkat terhadap Pakatan Rakyat (PR) Perlis. "Saya jangkakan PRU13 kali ini akan menunjukkan perubahan lebih baik. Malah sokongan bukan Islam kini meningkat setelah mereka bosan dengan pentadbiran Kerajaan Negeri sedia ada," katanya. Dun Perlis terdiri daripada 15 kawasan Dun dan tiga kawasan Parlimen. Pada PRU 2008, BN menang 13 kerusi Dun dan Pas (2), manakala kerusi Parlimen disapu bersih BN. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Keyakinan tinggi BN musnah berkecai dengan tiga laungan “tidak” untuk BN Posted: 13 Feb 2013 02:34 AM PST KUALA LUMPUR: Keyakinan tinggi Barisan Nasional (BN) untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan merampas negeri yang diperintah Pakatan Rakyat (PR) berkecai akibat tiga laungan "ya" untuk Psy dan "tidak" untuk BN pada persembahan jutaan ringgit Gangnam Style Psy dari Korea Selatan di Pulau Pinang, kelmarin. Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, video satu minit mengenai laungan itu ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertanyakan hadirin di Sekolah Han Chiang sama ada mereka bersedia untuk Psy dan untuk BN itu sudah tersebar luas dan ia lebih hangat berbanding Psy dan Gangnam Style Katanya, gema laungan tiga kali "Ya" ketika ditanya orang ramai bersedia untuk Psy diikuti gema yang sama kuat dan spontan tiga kali "Tidak" bagi sama ada mereka bersedia untuk BN memusnahkan keyakinan tinggi untuk menang besar pada PRU-13 yang dibina Najib. "Kejadian itu lebih memusnahkan peluang UMNO/BN pada dalam PRU-13 berbanding Bersih 2.0, Bersih 3.0 atau Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112, lebih-lebih lagi ia adalah kemusnahan yang menimpa dirinya. "Kejadian itu mencalarkan gambaran indah yang dicipta pemimpin dan propagandis UMNO/BN akan menang besar pada PRU-13, bukan sahaja dengan majoriti dua pertiga di Parlimen malah untuk memenangi semula negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat termasuklah Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan media mengenai Pengiraan Detik 58 Hari ke PRU-13, semalam. Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, sepatutnya jutaan ringgit dibelanjakan menjadi rampasan kuasa bagi Perdana Menteri dan BN tetapi bertukar menjadi kemusnahan bagi Najib dan BN menjelang PRU-13 tidak lama lagi Bagaimanapun, katanya, yang luput daripada ingatan ialah jutaan ringgit penaja yang membawa Psy dan rombongannya dalam satu penerbangan terus 20 jam dari Brazil ke Pulau Pinang dengan motif yang juga tidak diketahui, di samping beribu bendera 1Malaysia yang mencemar Pulau Pinang sempena lawatan dua hari Najib ke Pulau Pinang atau tawaran "I help you, You help me" Najib yang terbaru. "Melihat kembali kelak, apabila sejarah PRU-13 dicatat, kemunculan Psy dan Gangnam Style dengan tiga "Ya" untuk Psy dan tiga "Tidak" untuk BN, akan meninggalkan kesan di dalam sejarah politik Malaysia menandakan bermulanya pengakhiran buat Najib dan penguasaan penuh UMNO di dalam politik Malaysia. "Walaupun Najib dan UMNO/BN mengalami tamparan dalam pusingan akhir ke PRU-13, pemimpin, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat hendaklah tidak terlebih yakin dan menganggap perlawanan ke Putrajaya sudah pun dimenangi. "Saya sentiasa berpandangan bahawa hasil PRU-13 sukar ditentukan siapa pemenangnya walaupun UMNO/BN mempunyai kelebihan kerana penyalahgunaan kuasa, PR masih boleh memenangi PRU-13 untuk membentuk Kerajaan Persekutuan memandangkan tempoh kempen pilihan raya adalah kunci penting dan terakhir menentukan siapa akan menjadi pemenangnya," katanya. – Roketkini.com | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Ibu Catriona Ross Maut Nahas Kereta Posted: 13 Feb 2013 01:26 AM PST PETALING JAYA: Ibu kepada pelakon Catriona Ross iaitu Siti Zawiyah Ab Rahman meninggal dunia apabila kereta yang dinaikinya dipercayai terbabit dengan kemalangan jalan raya melibatkan sebuah bas di Gerik, Perak awal pagi Rabu. Catriona atau nama sebenarnya Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 33, berkata, dia amat sedih dengan kejadian itu dan akan sentiasa merindui Allahyarham. "Pemergian seorang ibu tidak akan ada galang gantinya. Walaupun pemergian Allahyarham kerana nahas jalan raya tetapi arwah kelihatan seperti insan yang lena dibuai mimpi. Saya akan sentiasa merinduinya," katanya seperti dipetik dalam laman sosial Facebook miliknya pada Rabu. Antara status Cat di laman Facebook tentang kejadian yang menimpa ibunya. Catriona turut meminta semua umat Islam agar menghadiahkan Al-Fatihah kepada roh ibunya itu. Dalam status Facebook miliknya itu juga Catriona turut memaklumkan jenazah ibunya dikebumikan di kampung halamannya di Kota Baharu, Kelantan pada Rabu. Pihak mStar Online gagal mendapatkan Catriona kerana panggilan telefon tidak dijawab mungkin kerana masih sibuk dengan urusan pengebumian jenazah. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Najib rembat tanah rakyat untuk bina jambatan ke-3 Johor-Singapura Posted: 13 Feb 2013 01:15 AM PST Oleh Sidiqin Omar PASIR GUDANG : Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk Chua Jui Meng mendedahkan, Najib Razak pada 2009 bertemu Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengenai pembinaan jambatan ketiga menghubungkan Johor dengan Singapura. Menurut Jui Meng, pembinaan jambatan tersebut dimanipulasi Najib sebagai taktik merampas tanah penduduk kampung terlibat termasuk di Pengerang dengan harga murah bertujuan mewujudkan bank tanah. "Ia kemudiannya akan dijual semula dengan harga murah kepada pemaju kroni untuk dibangunkan kawasan perumahan dan komersil," katanya kepada Keadilan Daily. Beliau berkata, taktik tersebut turut sama diguna pada 1992 semasa pembinaan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) apabila 33,000 ekar tanah di Gelang Patah diambil dan diberi kepada UEM. "Sedangkan, tak payah (ambil tanah sebanyak itu). Sekarang hendak diulang (di Pengerang). Beli dengan harga RM2.80 sekaki. Bila perumahan dibina, harganya melonjak naik sehinga 1,000 peratus. Siapa yang untung? Kroni Umno BN," katanya. "Di Pengerang, ramai orang Singapura akan masuk untuk beli kondominium. Ia tak mampu dibeli oleh rakyat Johor khasnya orang Melayu," jelas Jui Meng ketika ditemui semalam selepas Forum Perdana Isu Tanah Di Negeri Johor di Hotel Li Garden, di sini. Dalam pada itu, beliau memuji dasar tanah Selangor yang tidak mengusir mana-mana penempatan berusia lebih 15 tahun. "Ada dasar perumahan kepada orang miskin Selangor. Penduduk takkan dihalau dan boleh memohon geran," katanya. Tambah Jui Meng, Selangor juga tidak menjual mana-mana tanah berstatus pertanian. "Apa yang Selanngor buat ialah ubah syarat. Kerana selepas ubah syarat, harga tanah meningkat. Kalau pemaju beli dengan harga tinggi, wang akan masuk ke akaun negeri. Rakyat yang mendapat untung," katanya. Najib ketika mengadakan lawatan ke Singapura Mei 2009, mengumumkan cadangan Malaysia untuk membina sebuah jambatan baru bagi menghubungkan bahagian timur Johor ke republik berkenaan. Menurut Najib, jambatan tersebut juga akan merancakkan projek Iskandar Malaysia di selatan Johor, dan untuk pembangunan itu, banyak tanah rakyat dirampas. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Buku kedua saya dedah tabiat Rosmah guna bomoh – Deepak Posted: 13 Feb 2013 01:07 AM PST Oleh Ruqayya Rahman KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan bomoh untuk menguasai pentadbiran kerajaaan termasuk mengawal kontrak Kementerian Kewangan, kata ahli perniagaan, Deepak Jaikishan. "Rosmah juga menggunakan ilmu sihir terhadap musuh politik, malah menggunakan bagi 'menundukkan' suaminya, Datuk Seri Najib Razak," katanya. Bercakap kepada Keadilan Daily, Deepak juga mengakui bertanggungjawab membayar dan membawa bomoh berkenaan untuk bertemu Rosmah apabila diminta berbuat demikian. "Saya yang bawa bomoh itu ke rumah Rosmah di Kuala Lumpur, menyediakan hotel penginapan, tiket perjalanan, malah nombor akaun bomoh itu pun saya ada," katanya. Beliau berkata, Rosmah juga menggunakan bomoh berkenaan untuk 'menundukkan' sebahagian pemimpin Umno BN yang dirasakannya perlu bagi kepentingan sendiri. "Bomoh itu digunakan untuk orang akur atau perlu diakurkan. Saya sendiri saksikan upacara perbomohan," katanya tetapi enggan menjelaskan butiran lanjut. Deepak juga mengakui memiliki bukti berbentuk gambar, nama, alamat, bayaran berkaitan penggunaan khidmat bomoh yang bakal dimuat dalam buku keduanya. Beliau yang diketahui umum rapat dengan Rosmah sebelum ini hingga menganggap isteri Perdana Menteri itu sebagai 'kakak' bercadang mendedahkan butiran lengkap melalui buku berjudul 'Black Rose 2.0: Black Magic Women.' Katanya, buku setebal 47 halaman itu yang dijadual dimuat naik ke internet mulai 16 Februari ini, bakal memapar kecenderungan Rosmah terhadap amalan ilmu hitam. "Gambar upacara ilmu hitam itu juga dimuatkan dalam buku berkenaan," kata Deepak. Mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini yang meminta supaya Najib tidak melayan pendedahannya, Deepak berkata: "Mereka boleh tak pedulikan saya tapi mereka tidak boleh nafikan kebenaran dan hukuman tuhan. Saya simpati pada Najib sebab ada isteri sejahat itu," kata Deepak. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Samseng Umno serang siswa dengan parang, Najib dituntut minta maaf Posted: 13 Feb 2013 01:02 AM PST KEADILAN DAILYPEKAN: Dua siswa dan dua siswi dari kumpulan Gerakan Mahasiwa PRU-13 diserang dengan parang oleh samseng Umno di Felda Chini 4, dalam Parlimen Pekan, pagi tadi.Kumpulan itu diserang ketika mengedar risalah dan surat 'Harapan mahasiswa untuk rakyat Pekan' dari rumah ke rumah di kawasan Felda berkenaan pada jam 11 pagi. Seorang siswa terlibat, Safwan Shamsudin berkata, kumpulan lima individu bermotosikal itu mengepung dan mengacukan parang ke arah mereka. Menurut Safwan, kumpulan tersebut turut mengeluarkan kata-kata kesat serta mengarahkan beliau dan tiga lagi rakannya supaya keluar dari tempat kejadian. "Bila nampak parang, kami pun beritahu (kepada pemuda bermotosikal), kami akan beredar. Salah seorang mereka merampas risalah (surat) yang kami bawa," kata siswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya itu lagi. "Kami beredar balik ke rumah penunjukkan arah yang terletak kira-kira 500 meter daripada tempat insiden berlaku," katanya dipetik. Ekoran itu, Safwan membuat laporan di Balai Polis Chini tengahari tadi. Ini serangan kedua selepas mahasiswa turun berkempen di kawasan Parlimen Datuk Seri Najib Razak itu. Bukti Najib takut mahasiswa Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri berkata, insiden ini bukti Najib goyah dan takut keputusan mahasiswa untuk melawan beliau pada pilihan raya umum (PRU). "Jelas ada kegusaran sebenar yang disembunyikan Najib selaku orang nombor satu Umno yang bukan sahaja goyah di peringkat nasional, tetapi juga mungkin merasa bahang dibenci di kawasan sendiri," kata Azmizam dalam kenyataannya. Menurut Azmizam, insiden serangan ke atas mahasiswa itu juga simbol kelemahan pentadbiran Najib yang semakin ditolak rakyat. "Najib sebagai Ketua Umno Bahagian Pekan juga gagal melakukan transformasi terhadap ahli parti di tempat sendiri. Ini jelas menunjukkan kelemahan pentadbiran beliau," katanya. "AMK Selangor percaya jika kawasan Parlimen yang diwakili Perdana Menteri sendiri tidak selamat untuk satu kempen demokrasi yang bebas, apakah nasib individu atau kumpulan lain yang cuba menjual idea dan hujah terutama ketika bahang PRU 13 semakin hampir," kata beliau. Ekoran itu, beliau menuntut Perdana Menteri mohon maaf dan bertanggungjawab atas keganasan tersebut. Semalam, tiga mahasiswa diserang samseng Umno di Kampung Datuk Keramat, Ganchong, Pekan. Salah seorang siswa itu, Ekhsan Bukhari, bekas Timbalan Presiden Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi). Kumpulan siswa berkenaan mendakwa ditumbuk dan disepak di kepala dan badan oleh lelaki tidak dikenali dalam kejadian pada kira-kira jam 1 petang itu. Mereka dihalang ketika mengedarkan surat yang sama kepada pengundi di kampung berkenaan. Satu laporan polis dibuat di Balai Polis Pekan berhubung serangan itu. Dalam kejadian itu, mereka mendakwa kereta yang mereka naiki disekat, kemudian diminta kad pengenalan. Selepas itu, mereka ditarik dari kereta dan ditumbuk serta dibelasah oleh samseng berkenaan. Gerakan Mahasiwa PRU-13 menggerakkan anggotanya untuk mengedarkan risalah berkenaan selepas mengumumkan untuk meletakkan calon di kawasan yang diwakili Perdana Menteri itu. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Fitnah Sentiasa Berjaga, Sementara Ahli Politik Kerap Tertidur Posted: 13 Feb 2013 12:58 AM PST Fitnah sentiasa berjaga sementara ahli politik pula kerap tertidur. Ungkapan ini bermaksud, ahli politik sentiasa terdedah kepada apa sahaja yang boleh menjejaskan reputasi mereka pada mata rakyat kerana kealpaan mereka sendiri. Kadang-kadang, ahli politik berkenaan seorang yang 'baik', namun yang membuat onar adalah anak atau isterinya. Pengalaman sendiri; saya terpaksa mengambil masa menjelaskan kepada umum pada suatu masa dahulu (antara tahun 1999 - 2004) hanya kerana saya membeli kereta Proton Saga Automatik, pada hal kereta jenis itu bukan termasuk kereta mewah. Bahkan kereta yang saya beli itu sudah berusia enam tahun. Itu pun selepas kawan-kawan menyarankan saya memiliki kereta yang lebih baik memandangkan kereta saya yang sedia ada kurang sesuai. Ramai pemimpin Umno dicemuh masyarakat kerana anak atau isteri mereka. Najib dicemuh kerana perangai isterinya. Nazri Aziz dicemuh kerana kerenah anaknya. Suatu ketika dulu, Dr M pernah dihentam juga kerana anaknya. Tidak ketinggalan, ada yang dicemuh kerana adik atau abang, bahkan sampai kepada rakan baik sehingga perkataan kroni menjadi perkataan yang begitu bernilai tinggi bagi orang politik untuk menjatuhkan lawannya. Pada masa yang sama, ada pemimpin yang dihormati kerana anak atau isterinya. Orang pernah memuji Hasmah, isteri Dr M kerana sikapnya 'humblenya'. Begitu juga orang memuji isteri Dr Muhammad Mursi kerana sifat rendah dirinya. Tidak ketinggalan, orang turut memuji Tuan Sabariah, isteri TGNA kerana kehidupan biasanya walau pun beliau adalah isteri kepada seorang MB selama 20 tahun. Hj Mohammad Sabu, seingat saya adalah antara pemimpin yang banyak mengkritik pemimpin PAS kerana gaya hidup mereka dan keluarga. Berbanding pemimpin Umno, pemimpin PAS tidaklah semewah mana, namun apa yang baik bagi orang 'baik' adalah 'buruk' bagi orang muqarrabin. Seseorang memberi tahu saya, ada anak MB daripada PR (termasuk anak kepada pemimpin yang berstatus YB) membeli kereta baru. Kalau anak MB itu membeli Persona baru, itu tidak menjadi pertikaian tetapi apabila dia membeli Mini Cooper baru, selepas ayahnya jadi MB, orang mula buka mata. Orang tidak kata dia atau ayahnya menyeleweng atau menggunakan kuasa untuk meraih kesenangan untuk diri sendiri dan keluarga. Cuma, orang akan saling berpandangan sesama sendiri dengan penuh makna apabila terpandang anak MB naik kereta baru yang agak luar biasa bagi mereka. Itulah namanya fitnah. Seorang ayah terpalit dengan persepsi buruk masyarakat umum hanya kerana tindakan luar biasa anak. Sepatutnya anak itu tidak berbuat begitu dan sepatutnya di ayah juga tidak boleh alpa untuk mengingatkan anaknya mengenai perkara itu. Kecuali, sudah terbukti semenjak awal, yakni sebelum ayahnya menjadi MB, dia adalah seorang 'bisnes man' yang berjaya. Kalau ayahhya tidak jadi MB pun, dia mampu memiliki semua itu. Tindakan anak MB itu menyusahkan PAS dan orang PAS bahkan menunaskan fitnah di dalam PAS. Ketika orang biasa PAS ke hulu dan ke hilir berkempen mengajak orang ramai menyumbang kepada PAS untuk berdepan dengan Umno / BN, tiba-tiba anak pemimpin PAS bergaya dengan kereta bagus. Bayangkan perasaan orang biasa PAS yang naik motor ketika itu, atau orang biasa PAS yang berkereta Toyota Ke 20 yang berkhidmat tanpa pernah bermimpi untuk menikmati kelembutan 'speed' Mini Cooper. Betul, saya tidak menafikan bahawa ada anak pemimpin PAS yang berjaya dalam bisnes masing-masing. Namun, kedudukan mereka sebagai anak pemimpin sepatutnya menyedarkan mereka supaya tidak melakukan sesuatu yang membibitkam fitnah kepada ayah mereka. Fitnah kepada ayah mereka adalah fitnah kepada PAS kerana ayah mereka adalah pemimpin PAS. Mereka perlu menerima hakikat bahawa mereka tidak seperti orang lain. Mereka anak pemimpin yang diperhatikan dan dipersoalkan. Sama seperti Nabi pernah mendidik para isterinya menerima hakikat bahawa mereka adalah isteri seorang nabi, walau pun naluri kewanitaan mereka mendesak mereka untuk hidup seperti isteri para pemimpin yang lain yang bukan nabi. Sama juga seperti Umar bin Abdul Aziz menyedarkan anak-anaknya bahawa mereka adalah anak kepada amirul mukminin. Mereka boleh hidup sesuka hati mereka jika mereka bukan anak seorang amir. Ayah mereka tentu sahaja pandai mengemukakan hujah untuk menjustifikasikan tindakan mereka, namun hujah ayah mereka tidak berupaya memadam api fitnah yang terus ditiup supaya marak itu. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 13 Feb 2013 12:54 AM PST Nampaknya kempen Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) sudah dimulakan secara tidak rasmi pada Tahun Baru Cina ini. Namun demikian, isu yang membimbangkan ialah senarai daftar pemilih yang masih diragui. Ini adalah kerana Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sehingga kini masih belum mengumumkan langkah pembersihan senarai daftar tersebut. Bagaimana pula dan apakah yang akan terjadi jika warga asing yang memperolehi MyKad dengan cara yang diragui pergi mengundi pada hari penentuan halatuju negara? Justeru itu, langkah yang perlu diambil oleh setiap warganegara Malaysia ialah untuk menghalang pengundi hantu/warga asing dari masuk ke pusat mengundi. Ini bererti rakyat Malaysia yang mendukung nilai-nilai patriotik dan cintakan keadilan harus bertindak untuk memastikan bahawa hanya rakyat Malaysia yang tulen sahaja yang boleh mengundi. Oleh itu, setiap selekoh yang menuju ke pusat mengundi harus mempunyai rakyat sebagai pasukan pemantau untuk memantau situasi tersebut pada hari yang bersejarah ini nanti. Rakyat Malaysia digesa turun padang untuk mengundi awal dan selepas itu memantau setiap selekoh untuk mengambil gambar menggunakan kamera-fon jika ada bas yang datang membawa warga asing untuk mengundi. Suruhanjaya DiRaja yang sedang berjalan di Sabah telah mendedahkan betapa ramainya warga asing yang telah diberi taraf kerakyatan segera dan jika perkara yang sama berlaku di Semenanjung, maka warga asing yang mendapat kerakyatan segera ini boleh mengundi dan menentukan masa depan negara. Pilihanraya tidak harus dicemari oleh pengundi yang tidak berhak mengundi. Sama-samalah kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab dan cintakan negara bekerja keras untuk membantu SPR melaksanakan satu pilihanraya yang adil, bersih dan telus demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 13 Feb 2013 12:51 AM PST Jurutera sistemnya, Anthony Chow Chee Ming hanya bersetuju untuk ditemubual mengenai "masalah teknikal" melibatkan persembahan yang dijadualkan Isnin ini, 11 Februari Isnin, di Kolej Han Chiang. Wartawan menekannya untuk mendapatkan maklumat mengenai penajaan dan perbelanjaan tetapi Chow hanya berkata: "Tiada komen, saya hanya akan bercakap tentang perkara-perkara teknikal". Menurut Ahli Parlimen DAP Jelutong, Jeff Ooi, Psy atau Park Jae-Sang, telah ditawarkan 'harga tetap' sebanyak AS$500,000 (atau RM1.5 juta) untuk mempersembahkan lagu hitnya 'Oppa Gangnam Style' di majlis tersebut. BN, bagaimanapun, menegaskan ia tidak membiayainya, sambil menambah bahawa "kita tidak membayar satu sen pun" untuk persembahan bintang sensasi dunia itu. Keputusan BN untuk menjemput Psy untuk menarik orang ramai menghadiri majlisnya itu mendapat reaksi bercampur-campur dengan ramai menghantar mesej ke halaman peminat Facebook beliau, mendesaknya supaya jangan datang. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Konsert Gangnam: Najib Digesa Bentang Penyata Kos Tajaan Psy Posted: 13 Feb 2013 12:49 AM PST KELAB GREENBOC Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff gesa Perdana Menteri bentangkan penyata kos tajaan artis pop Korea Selatan, Psy yang mendapat bayaran semahal RM2 juta. Ia ekoran kenyataan Datuk Seri Najib Razak dalam twitter kononnya persembahan penyanyi yang popular dengan lagu 'Oppa Gangnam Stlye' di majlis Rumah Terbuka BN Pulau Pinang itu semalam tidak menggunakan wang rakyat. "Isunya bukan pasal duit siapa, tetapi sikap penanggungjawaban dan urus tadbir kerajaan. Ketika rakyat dihimpit bebanan ekonomi, kerajaan bazirkan wang begitu saja untuk bawa masuk artis luar negara," kata Yusmadi. "Jika benar ada pihak yang menanggung kos untuk persembahan itu, kenapa perlu dimasukkan dalam agenda BN? Sedangkan kita tahu di Pulau Pinang, Najib memang menerapkan slogan '1Malaysia'. Ini jelas ia agenda BN," katanya ketika dihubungi. Pengerusi Biro Antarabangsa KEADILAN itu mempersoal kehadiran Najib semasa Psy membuat persembahan sempena sambutan Tahun Baru Cina. "Adakah Najib bercakap atas kapasiti Perdana Menteri atau Presiden Umno? Sebagai Perdana Menteri, ia pasti melibatkan dana dan kepentingan awam," katanya. "Apa pun alasan Najib, beliau kena bentangkan penyata dan jelaskan siapa penaja konsert dan berapa bayarannya," sambung Yusmadi. Psy dilaporkan dibayar hampir RM2 juta untuk persembahan selama lapan minit, dengan mempersembahkan lagu popularnya sebanyak dua kali. Turut menyaksikan nyanyian Psy di padang Kolej Han Chiang, Georgetown, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, anak mereka Norashman dan Nooryana Najwa. Najib dalam ucapannya mengulangi komitmen untuk membina sistem monorel dan sistem penyuraian trafik demi memperbaiki sistem pengangkutan di negeri itu jika diberi peluang memerintah semula. Namun sekalipun Najib memboroskan RM2 juta bagi meraikan sambutan itu, beliau tetap gagal meraih sokongan rakyat apabila penonton terang-terangan menolak BN dengan menjawab 'No' (tidak) apabila ditanya Najib 'Are you ready for BN?' (Bersediakah anda dengan BN). | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
"Are U Ready For Putrajaya?" Rakyat Jawab : YES Posted: 13 Feb 2013 12:48 AM PST KELAB GREENBOC DAP Pulau Pinang cuba memalukan BN sekali lagi dalam satu majlis rumah terbuka anjurannya dengan menyoal tetamu yang hadir sama ada mereka akan menyokong parti yang membentuk kerajaan pusat itu DAP negeri Chow Kon Yeow dalam ucapannya bertanya demikian dengan merujuk kepada soalan sama yang diajukan perdana menteri dalam satu majlis semalam Ditanya sekiranya mereka sedia untuk menyokong BN, hadirin dianggarkan seramai 3,000 orang di Times Square Pulau Pinang itu melaungkan jawapan "Tidak" Ditanya lagi sama ada mereka bersedia untuk DAP dan Pakatan, kumpulan berkenaan menjawab "Ya" Chow dengan bergurau juga berkata, ketua menteri Lim Guan Eng ingin bertanya soalan sama namun teragak-agak untuk berbuat demikian kerana bimbang akan mendapat jawapan sama seperti yang diterima Najib semalam "Jadi dia minta saya untuk uji pasaran dulu," kata Chow yang disambut gelak ketawa hadirin.-mk Ulasan GB Satu pengajaran besar untuk Najib & UMNO/BN bahawa: jangan bercakap besar dan berlagak dengan rakyat! Hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya dimana mereka yang bercakap besar dan berlagak pasti akan mendapat kehinaan dan kehancuran. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Wanita Ini Berjaya Islamkan 7 Profesor Barat Hanya Dengan Jilbab Posted: 13 Feb 2013 12:44 AM PST KELAB GREENBOC Kisah yang satu ini merupakan salah satu contoh dari sekian banyak potret kehidupan seorang wanita muslimah yang begitu bangga dan merasa terhormat dengan agama yang selama ini ia telah hadir mewarnai perjalanan hidupnya. Seorang muslimah yang di hatinya terdengar keras degupan syiar agama Allah. Itulah hati yang mampu mengenal Allah dan Rasul Nya sehingga keraguan tak pernah lagi ditemui di dalamnya. Dialah peribadi seorang wanita muslimah yang hatinya selalu memikul tanggung jawab dakwah. Namun sayang watak semacam ini ternyata jarang untuk kita temui. Ya memang sangat jarang sekali. Ummu Abdul Aziz, begitulah wanita ini biasa disapa dalam hariannya. Suaminya seorang doktor yang tinggal di bandar Riyadh, Saudi Arabia. Pada satu kesempatan, Ummu Abdul Aziz harus menyertai suaminya untuk menghadiri salah satu persidangan perubatan yang diadakan di salah satu negara Eropah. Dengan langkah pasti ia iringi keberangkatan sang suami. Ya, ia sedar sekali bahawa Tuhan yang selama ini ia sembah di negaranya tak lain adalah Tuhan yang akan ia jumpai di negera Eropah tersebut. Tuhan yang satu, Allah. Demikian pula halnya kaum Lelaki yang ia jumpai nya di negara asalnya, Arab Saudi. Oleh kerana itu, sebaik tiba di negara destinasi, keadaannya tidak berubah sedikitpun. Komitmen untuk sentiasa melaksanakan segala perintah Tuhannya ia selalu pegang dengan baik. Hal ini nampak kelihatan jelas dari cara ia berpakaian. Potongan kain yang dikenakannya menutupi seluruh anggota tubuhnya .. Ya Ummu Abdul Azis mengenakan pakaian secara lengkap sehingga tidak tak sedikitpun anggota tubuhnya yang boleh terpandang mata, walaupun ia berada di kawasan Eropah yang serupa dengan mode-mode pakaian masa kini. Oleh kerana itu wajar apabila masyarakat Eropah yang menjumpainya merasa hairan dengan pemandangan yang sangat asing seperti yang ia tampakkan. Ia pun mula menjadi pusat perhatian, seakan-akan bertanya '"Makhluk apakah yang ada di balik kain hitam ini?" Benar-benar pemandangan yang sungguh aneh bagi mereka. Pada suatu hari, beberapa wanita Eropah berkumpul mendatanginya. Rata-rata mereka adalah para profesor yang boleh dikatakan sudah cukup berumur. Dialogpun akhirnya berlangsung di antara mereka (Qadaralllah ummu Abdul Aziz mampu berbahasa Inggeris). Dengan begitu beraninya salah seorang daripada mereka mengajukan sebuah soalan, "Kamu pasti kelihatan seperti ini hanya untuk menyembunyikan kecacatan yang ada di tubuh kamu bukan? Atau mungkin sekadar menutupi wajahmu yang nampak tidak cantik?? Ya kiranya anggapan seperti itulah yang tertanam di benak mereka selama ini terhadapnya. Ummu Aziz terus membawa mereka ke salah satu sudut bilik, lalu membuka cadar yang selama ini menutupinya wajahnya. Ternyata ia nampak seperti wanita normal pada umumnya, tanpa ada cacat sedikitpun sebagaimana dugaan mereka. Bahkan mungkin parasnya lebih cantik dari wanita biasanya, insya Allah. Kesempatan ini tentu tidak ia biarkan berlalu begitu sahaja tanpa menyampaikan sesuatu kebenaran. Setelah memperlihatkan wajahnya, Ummu Abdul Aziz terus bermula masuk ke pembicaraan asas. Ia jelaskan kepada mereka bagaimana Islam meletakkan wanita. Ia paparkan sejauh mana penghormatan agama Allah ini terhadap kaum Hawa selain ia berikan gambaran tentang ajaran agama Islam secara umum. Tahukah apa yang berlaku selepas itu? Ya setelah tiga jam berlalu, sebanyak tujuh dari sepuluh Professor wanita tadi terus mengikrarkan keislaman mereka! Tak lain kerana Ummu Abdul Aziz atas izin Allah! Bayangkan tujuh orang Professor masuk Islam hanya dalam tempoh tiga jam selepas melakukan dialog. Sebagai seorang muslimah Ummu abdul Aziz tidak merasa kecil sehingga menjadi asing dengan ajaran agamanya Kehadirannya di negara pengusung faham liberalisme yang jauh dari sistem nilai sosial tersebut. Ia tetap berpakaian muslimah sejati dan tidak mempengaruhinya untuk berganti pakaian ketat dengan hiasan murahan di sana-sini seperti perhiasan kejahiliyahan layaknya barangan murahan. Tujuh orang professor wanita menyatakan keislaman mereka. Allah pun meninggikan darjat mereka dengan agama ini. Agama yang selama ini menjadi satu kebanggaan tersendiri bagi peribadi seperti Ummu Abdul Aziz. Akhirnnya dari seorang muslimah yang berusaha untuk mengajak umat ini kepada jalan Allah. Ia fungsikan dirinya sebagai media turunnya hidayah bagi siapa yang Allah kehendaki. Dengan cara seperti ini ia mampu merubah pandangan rendah mereka terhadap agama yang Allah redhai ini. La ilaha ilallah ….semoga Allah sentiasa memberikan taufikNya kepada dirimu, Ummu Abdul Aziz. Allah jaga dirimu sehingga benar-benar bermanfaat bagi agama dan umat ini... Amiin | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Separuh Bayaran Beli Kenderaan Adalah Untuk Membayar Cukai Posted: 13 Feb 2013 12:42 AM PST Skuad BOSebab itulah katanya, cerita harga gula naik harga, harga tepung naik harga adalah akibat dari kegiatan monopoli. Beliau menjelaskan, ada empat keperluan dalam hidup manusia seharian iaitu rumah kediaman, makanan, pakaian dan keperluan kenderaan yang perlu disediakan oleh pemerintah dan tidak boleh dikawal. Namun begitu, beliau berkata, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) gagal menjadikan ajaran Islam dan contoh tauladan nab Muhammad SAW, justeru telah mengawal keperluan hidup tersebut. Antaranya, kata beliau adalah harga kenderaan yang tinggi kerana dikenakan cukai yang banyak dikenakan oleh pemerintah. "Harga kereta kita (kalau) RM40,000, lebih kurang antara RM15,000 hingga RM16,000 adalah cukai, (kalau) bayar sebanyak RM400 sebulan sebagai ansuran beli kereta, diantara RM150 hingga RM200 (sebenarnya) adalah untuk membayar cukai kepada pemerintah,"ujarnya. oleh itu, beliau menyeru supaya rakyat membuat perubahan memilih Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang yang menjanjikan harga kenderaan lebih murah. Beliau berkata demikian dalam Majlis Forum Perdana RasuluLlah SAW sebagai Ikon Ekonomi, yang dadakan di Kampung Bukit Tunggal, dekat sini pada Isnin 11 Februari. Beliau yang menjadi moderator Forum yang membariskan ahli panel terdiri daripada ADUN Bukit Tunggal, YB Dr Alias Razak, Aktivis NGO Gabunfan Anak terengganu Hj Ahmad Amzad Hashim dan pedakwah terkemuka Ustaz Haalin Baharin. Dr Khairudin berkata, Islam mempunyai kaedah dalam menyelsaikan ekonomi ummah, antaranya hadis RasuluLlah SAW yang memberikan panduan bahawa rakyat dan pemerintah, berkongsi dalam tiga perkara; air, api dan padang ragut. Pemerintah tidak boleh memperniagakan ketiga-ketiga perkara tersebut dan meletakkan harga yang tinggi, lalu menyusahkan hidup rakyat. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Umno Juara Fitnah; Hishamuddin Ulangi Cabaran Posted: 13 Feb 2013 12:39 AM PST Wartawan Buletin KUALA TERENGGANU - Umno dan Barisan Nasional (BN) sedang menjadikan 'fitnah' sebagai kempen politik untuk menimbulkan prejudis dan hasad dengki serta memecahbelahkan rakyat, dalam keadaan part itu kini sedang 'panik', umpama orang sedang lemas. Ketua Dewan Pemuda PAS Kemaman, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, rakyat negeri Terengganu khususnya perlu mengetahui Umno adalah 'juara fitnah' sedang menimbulkan suasana tidak selesa dengan mengadakan siri demonstrasi jahat dan mengedarkan video lucah. "pada 5 Februari lalu, dia gunakan lambang PAS dalam demonstrasi isu kalimah ALLAH yang diadakan di perkarangan Masjid Sultan Ahmad, Chukai, sebelum itu di masjid terapung Kuala Ibai, demonstrasi yang sama.......selepas tu bergerak ke Pahang, "hujung bulan lepas (Januari) dia sebar CD fitnah 'Tanah Melayu DiLanggar Todak' pada Majlis agihan bantuan awal sekolah RM100 di dewan MPK Chukai, kemudia edar dalam ramah mesra MB bersama Pekida di Kuala Terengganu, "semalam kita dapat maklumat dia edar CD fitnah itu di seluruh Kemaman,"ujarnya ketika ditemui selepas menyampaikan tazkirah di Kampung Gong Datuk dekat sini, hari ini, Selasa 12 Februari. Menurutnya, keadaan 'panik' Umno Terengganu terserlah apabila Timbalan Exco Agama Terengganu, YB Ramli Nuh, sering menjadikan 'maki hamun' dan 'fitnah' sebagai modal pada setiap kali beliau berucap kepada rakyat. "kita dapat maklumat, Timbalan Exco Agama Terengganu pun dah 'panik'.........sampai 'meracau' tak tentu hala, maki sana maki sini, fitnah sana fitnah sini, banyak putar belit, "dia kata DAP nak ganti PAS, munasabahlah sikit YB........mana ada kerusi dun terengganu yang DAP bertanding!,"tegas Hishamuddin. Katanya, YB Ramli Nuh pun sering cabar orang untuk berdebat, sedangkan dulu saya dah buat satu cabaran tetapi tidak ada apa-apa respon daripada beliau. Justeru, kali ini, kata Ustaz Hishamuddin yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT), beliau akan meminta pihak DPPNT menghantar surat rasmi bagi menyahut cabatran Timbalan Exco Agama negeri itu. Sebelum itu, dalam tazkirahnya, beliau berkata, perjuangan dakwah nabi Muhammad SAW bukan hanya berbentuk ritual ibadat semata-mata, tetapi RasuluLlah menjadikan politik sebahagian daripada agama dengan menunjukkan kepintaran politik yang dapat menundukkan kaum Yahudi dan Nasrani serta menghantar surat kepada pemerintah di Timur dan Barat ketika itu. Katanya, berpilihanraya adalah kaedah moden yang dibenarkan menjadi wasilah oleh para ulamak, menjadi sebahagian daripada proses tanggungjawab berpolitik dalam Islam untuk memartabatkan pemerintahan Islam. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Impian 'Penghuni Rumah Kotak' Miliki Rumah Selesa Menjadi Kenyataan Posted: 13 Feb 2013 12:35 AM PST Wartawan BuletinMenurut Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat, rumah yang sedang dalam pembinaan itu cukup untuk kehidupan tiga beranak Siti Azma. "Sekarang ini kita (sedang bina rumah) cukuplah untuk dia (Siti Azma) dengan anak-anaknya duduk, (kita bina) rumah asas dulu (dengan) semua 'bajet' ok dah (rasanya) cukup dah, "sekarang kita buat kerja-kerja simen dulu, kemudian kita (akan) lantik kontraktor untuk (buat) bahagian atap........kita rasa sempat kut (untuk menambah dana),"jelasnya. [lihat Video] Beliau berkata demikian ketika melawat kerja-kerja gotong royong pembinaan rumah tersebut yang dimulakan secara gotong royong di Kampung Telaga Mas, Paka, dekat sini pada Ahad 10 Februari. Walau bagaimana pun, kata beliau, anggaran kos pembinaan rumah itu mungkin melebihi RM15,000 dan beliau berjanji akan menyiapkan pembinaan secepat yang mungkin. "(kita akan siapkan) secepat yang mungkin kerana kita dah punggah barang dia (robohkan rumah kotak) dan semua batu-bata (simen dan lain-lain) orang dah hantar belaka, "jadi....sumbangan masyarakat (saya ucap) AlhamduliLlah, maknanya sumbangan rakyat (begitu tinggi) memberi bantuan kepada projek kita ini,"ujarnya. Beliau selaku Pengerusi MTD Paka mengucapkan terima kasih kepada semua pihak memberikan sumbangan sehingga terkumpulnya dana bagi pembinaan rumah tersebut dan juga kepada semua petugas yang memberikan sumbangan tenaga 'bergotong royong' bagi mendirikan rumah yang menjadi impian Siti Azma selama ini. Berita terkait sebelum ini; Tiga Selebriti 'Sebak' Melihat Hidup Penghuni 'Rumah Kotak' Dahsyatnya Fitnah ADUN Paka! |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan