Sabtu, 23 Februari 2013

Addin

Addin


Muhyiddin Sambut Kepulangan PI Bala DenganTangisan Gembira?

Posted: 23 Feb 2013 03:00 PM PST


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan berbesar hati menyambut kepulangan P.Balasubramaniam (PI Bala). Beliau dijangka sampai ke Malaysia pada 24 Februari ini jam 6.00 petang dan SAMM mengajak orang ramai turut bersama menjemput PI Bala di KLIA.

PI Bala telah menghilangkan diri secara misteri selepas menukar pengakuan bersumpahnya dan muncul beberapa kali di media alternatif membuat pendedahan sensasi yang membabitkan nama besar sebelum ini. Kepulangan PI Bala bakal menghurai segala kecelaruan yang menyelubungi kes pembunuhan Altantuya khususnya.

PI Bala adalah susuk yang penting kerana beliau merupakan orang yang terakhir bertemu Altantuya sebelum kematiannya yang penuh tragis.

Justeru, SAMM dalam masa terdekat akan menyediakan ruang dan pentas berskala besar untuk PI Bala memberi penerangan dan penjelasan mengenai apa yang sebenarnya berlaku.

che'GuBard
Ketua Penyelaras SAMM



Iklan C (ii)




Dr. Asri Pun Pandai Buat Lawak..

Posted: 23 Feb 2013 08:55 AM PST



Dr. Asri pun pandai buat lawak.. he.. he.. he..!! Kalau macam ni gayanya.. agak-agaknya Dr. Asri bertanding atas tiket apa ye?..



Iklan C (ii)




Gambar Yang Menyakitkan Hati Pemimpin Dan Pencacai Umno.. Saksikanlah!!

Posted: 23 Feb 2013 03:47 AM PST


Gambar yang di upload oleh Sdra. Kumar Ayavoo. Kelab Penyokong PAS sedang menaikkan bendera parti di kawasan Indian Settlement, Kg Pandan (Parlimen Titiwangsa).

10-20 tahun lalu, kita tidak pernah fikirkan suasana begini akan berlaku. Marilah kita sama-sama jangan khianati perjuangan ini.

~greenboc



Iklan C (ii)




Panas!! Teman Rapat Najib Ni Nyaris Kena C4?

Posted: 23 Feb 2013 02:42 AM PST

KUALA LUMPUR 23 FEB: Flora Ong, wanita yang didedah Deepak Jaikishan kerana didakwa memiliki hubungan rapat dengan Datuk Seri Najib Razak, dipercayai hampir mengalami nasib sama dengan warga Monggolia, Altantuya Shaariibu.Bercakap kepada Keadilan Daily, Deepak mengaku menerima arahan daripada Datin Seri Rosmah Mansor untuk mencari Flora di rumahnya di Ampang bersama beberapa orang lain untuk dibawa menemui isteri Perdana Menteri itu.

"Rosmah marah apabila dapat tahu Flora dianugerah projek dari suaminya. Bagaimanapun, Flora enggan mengikut Deepak untuk bertemu Rosmah kerana bimbang mengalami nasib sama seperti Altantuya," katanya.

Deepak mendakwa, Rosmah mengarahkannya untuk mencari dan  membawa Flora bertemu dengannya selepas mengetahui wanita berkenaan  dianugerah dua kontrak secara runding terus oleh Najib Razak berdasarkan hubungan 'rapat' mereka.

Katanya, Flora dianugerah projek bernilai RM2 bilion di Sabah dan Sarawak yang dibayar pendahuluan melalui sebuah bank utama Amerika berpangkalan di Singapura manakala satu lagi projek ialah rawatan air di Lembah Pantai.

"Bagaimanapun, hal ini 'reda' beberapa hari kemudian selepas Setiausaha Kanan Politik dari Kementerian Kewangan, Datuk Zakiah Ibrahim yang bertanggungjawab memperkenal Flora kepada Najib, dipecat.."Saya juga diarah menyampaikan amaran kepada Flora supaya tidak berhubung dengan Najib," katanya. ~keadilandaily


Iklan C (ii)




Petanda Terbaru BN Bakal Berkubur Di Sabah

Posted: 22 Feb 2013 11:37 PM PST

SABAH 23 FEB: Sokongan rakyat Sabah terhadap Pakatan Rakyat jauh lebih hebat berbanding gelombang penukaran kerajaan negeri sebelum ini, katabekas pemimpin Umno negeri itu.Bekas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Ahmad Shah Tambakauyang mengisytihar menyertai KEADILAN minggu lalu menyifatkan gelombang 'Ini Kalilah' tidak dapat disekat oleh Umno."Apabila Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing keluar BN dan sokong Pakatan, sambutan masyarakat Kadazan Dayak Murut begitu kuat.

"Masa saya masih dalam Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (Berjaya)  pada 1985 pun tidak sekuat ini," katanya kepada Keadilan Daily.Beliau bersama-sama Yapin Gimpoton mengisytihar menyertai KEADILANketika lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sabah pada hari pertama Tahun Baru Cina pada 10 Februari lalu.

Bekas Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Keningau itu bertekad membawa  obor semangat perubahan itu ke setiap pelusuk masyarakat pedalaman diSabah."Berdasarkan pemerhatian, sekitar Pantai Barat Sabah dan pedalaman sudah tolak Umno. Kali ini, rakyat Sabah sudah berani lawan Umno secara terbuka."Ternyata mereka sedia, Sabah tidak kisah untuk tukar kerajaan. Kerajaan ini zalim, kita tukar sahaja," katanya.

Kata Ahmad, rakyat Sabah bukan saja mahu menukar kerajaan negeri, bahkan berhasrat menukar kerajaan Persekutuan berikutan jemu dengan janji BN."Rakyat tolak Umno BN seperti kita menangkan Berjaya dan selepas itu rakyat tukar pula kepada Parti Bersatu Sabah (PBS)," katanya.Beliau juga tidak peduli dengan tohmahan konon penyertaannya dalamKEADILAN kerana mahu menjadi calon, sebaliknya fitnah itu dijadikanpembakar semangat untuk menghumbankan Umno.

Ahmad kecewa lantaran tabiat rasuah di kalangan pemimpin Umno semakin buruk dan menjadi-jadi hingga menyebabkan kemarahan rakyat."Ramai pemimpin Umno Sabah terlibat skandal aliran wang haram, kebas balak, rampas tanah. Banyak sangat rasuah tapi ada pihak buat tidak tahu sahaja," katanya.

Beliau juga kesal kerana pemimpin Umno BN langsung tidak mempeduli isu pembelaan rakyat Sabah."Sudah lama kita buat perhati perkembangan politik Sabah. Bermula apabila Wilfred bawa isu Hak Tanah Adat ke Parlimen tetapi tiada perkembangan sehingga beliau keluar BN."Pada masa sama, kita tengok bagaimana KEADILAN buat kerja, banyakyang dibongkar untuk kebaikan rakyat," katanya. ~keadilandaily



Iklan C (ii)





Penjelasan Terbaru Ustaz Azhar Idrus Berkenaan Isu Penerima BR1M Di Tuduh Haiwan Oleh TGNA

Posted: 22 Feb 2013 07:26 PM PST

KUALA TERENGGANU: Serangan yang dibuat oleh Perdana Menteri dan timbalannya terhadap Mursyidul Am PAS dijawab oleh penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (gambar).Beliau berkata, Tuan Guru Nik Aziz bukan kata penerima BR1M itu seperti haiwan tetapi menjadikan penerimanya seperti haiwan.

"Sebenarnya apa yang kita dengar dalam video clip bukan Tok Guru kata kepada penerima BR1M seperti haiwan, cuma Tok Guru kata orang yang memberikan BR1M tulah cuba menjadikan orang yang menerima seperti haiwan."Umpama bagi makan, lepas tu sembelih."Maknanya jahatnya orang nak bagi bantuan bila perlu sahaja, bila jauh dengan pilihanraya tak hulur pun bantuan," kata Ustaz Azhar dalam kuliahnya di Masjid Pengadang Baru dekat sini.

Beliau ditanya, "apa komen ustaz mengenai Tuan Guru Nik Aziz kata orang yang ambil BR1M ni seperti haiwan?"Ini ekoran tuduhan Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyidin Yasin bahawa Tuan Guru Nik Aziz menganggap penerima BR1M ini haiwan.

Bagi Ustaz Azhar, ini semua punca mencari pembalahan, "Ni buah cari baloh."Sehubungan dengan itu, beliau meminta semua pihak berhati-hati dengan sebarang laporan media."Jadi lening (sekarang ini) kene hati-hati lah banyak putar belit dan spin berita nak nak musim mengundi ni."Yang tak pernah nampak muka pun dan kerap masuk kampung dah. Tujuan ape?

Nak tolong ke untuk kepentingan tertentu?"Jadi kene bijoklah, jangan percaya tanpa selidik," tegas penceramah bebas dari Terengganu yang sangat terkenal itu.Baru-baru ini, Tuan Guru Nik Aziz berkata,"Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi."Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.

Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang."Jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil)."Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia," kata Tuan Guru Nik Aziz.

Analogi haiwan

Sementara itu, para pengguna laman sosial mula menyebarkan analogi mengenai kenyataan kedua-dua pemimpin Umno itu ketika mereka mengulas isu ini.Berikut adalah analogi itu:Seorang atok memarahi dua orang cucunya, Ali dan Abu yang suka bergaduh..Atok: Korang ni macam anjing dengan kucing.. pantang jumpa asyik nak bergaduh..Ali: Sampai hati atok cakap kami haiwan....Abu: Ali! Itu peribahasa la samdol! ~harakahdaily



Iklan C (ii)





Tiada ulasan: