Anak Sungai Derhaka |
Kononnya nak pertahan Kalimah Allah tapi langgar perintah Allah.. Posted: 23 Feb 2013 04:45 AM PST Gambar di atas tu ialah gambar dari Utusan kononnya sebahagian dari 5,000 rakyat Kedah yang menyertai program jelajah bermotosikal menentang penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu anjuran Perkasa Kota Setar di Hadapan Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah hari ini.. Dan berikut pula adalah laporannya.. ALOR SETAR 23 Feb.- Kira-kira 5,000 rakyat negeri ini menyertai program jelajah bermotosikal menentang penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kota Setar hari ini. Kononnya nak pertahan kalimah Allah dari digunakan oleh Kristian.. tapi dalam masa yang sama ada pesertanya yang jelas melanggar perintah Allah.. Tengoklah sendiri.. Pertahan Kalimah Allah, tapi langgar perintah Allah.. apa kejadah depa ni? |
Nik Aziz samakan penerima BR1M dengan binatang?.. Betul ke?.. Video ini memberikan jawapannya.. Posted: 22 Feb 2013 06:02 PM PST Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyamakan penerima bantuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan haiwan, sebagai menghina rakyat dan amat keterlaluan. Beliau turut mempersoal kenyataan itu yang tidak konsisten memandangkan pakatan pembangkang terutamanya di Selangor turut menjanjikan beberapa perkara yang bersifat kewangan. "Apa beza dengan janji dia (pakatan pembangkang) di Selangor. Elaun untuk ibu tunggal, bayaran elaun anak ke tadika, janji air percuma...itu kan pemberian kewangan juga? Apa beza dengan BR1M? Jadi takkanlah Nik Aziz nak kutuk bila kita buat dan bila pakatan buat dia tak kata apa-apa?. "Itu pendirian tidak konsisten kalau itu (BR1M) dikira amalan tidak baik dan disama dengan haiwan... kenapa dia tak kata apa-apa bila pakatan janji... janji itu pula tidak ditunaikan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan khas dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Sarawak dan Majlis Tertinggi komponen parti BN negeri. Najib mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas itu yang menyamakan usaha murni kerajaan memberi pelbagai bantuan kepada rakyat seolah-olah memberi hampas kelapa, padi dan jerami kepada ayam dan lembu. Itu apa yang dilaporkan oleh Lidah Rasmi UMNO di ( SINI ) Berikutan dengan kenyataan Najib yang mengutuk TG Nik Aziz itu, maka bersahut-sahutanlah Blogger-blogger Pro UMNO memainkan isu ini tanpa usul periksa.. Berbagai sumpah seranah yang dilontarkan mereka terhadap TG Nik Aziz.. Tetapi apakah benar apa yang dimainkan oleh kebanyakkan Blogger dan Media tunggangan UMNO itu?? Video berikut memberikan jawapannya.. saksikan dan fahamilah apa sebenarnya yang dikatakan oleh TG Nik Aziz.. "Orang Yang Menawarkan (Wang) Kepada Orang, (Sama Seperti) Kalau Kita Panggil Ayam Nak Suruh Ayam Datang Dekat, Kita Tabur Hampas Kelapa, Tabur Padi. Kalau Nak Panggil Lembu Kita Bubuh (Bagi) Jerami. Tapi Kalau Nak Beri Islam, Kita Nak Panggil Ayam Cakap Nak Ceramah, Mana Ayam Datang, Nak Panggil Lembu, Mana Datang, Jadi Kalau Kita Beri Barang Kepada Orang, Beri RM10, RM50 (Orang Akan Datang Ambil). Ini Bukan Cara Islam, (Cara) Islam Ialah Beri Ilmu Kepada Manusia" kata Tok Guru Nik Aziz. Ada ke TG Nik Aziz sebut pasal BR1M???... UAI kata apa? |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan