Rabu, 20 Februari 2013

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Katanya Azmin cari TGNA di Mekah

Posted: 20 Feb 2013 03:21 AM PST

Disampaikan kepada gua, si J berkata, Azmin Ali ke Mekah untuk berjumpa TGNA. Isinya ialah mengenai kerusi Bachok. PKR mahu Bachok melalui Dr Zaiyadi. Ada pertukaran yang tertentu.

Pada gua, Bachok ni kerusi yang sensitif. Kerana gua tak sure rakyat PAS Bachok sanggup dilukakan 2 kali. Diperbodohkan berkali-kali.

Pada 2008, rakyat PAS Bachok terpaksa memilih orang luar. Dan orang luar itu telah khianat terhadap mereka dengan menggunakan logo PAS. Tapi kini, ketika luka belum sembuh, tiba2 PAS bagi PKR, gua tak tahu apa yang terjadi.

Gua takda masalah pun sesiapa. Dr Zaiyadi gua kenal. Dia layak jadi MP. Idea ada. Karisma ada. Ada orang perlekehkan keberanian dia untuk isytihar keluar UMNO dulu sebelum berniat nak bertanding di Bachok. Tapi melihatkan Dr Zaiyadi, gua tahu dia guna tektik Hasan Nash. Tunggu dipecat. UMNO juga tahu Zaiyadi tunggu peluang itu.

Cumanya... gua juga tahu pengundi PAS Bachok ada masalah luka dihiris2.

"Pakcik. PRU13 ni, gano kalu PAS beri PKR tanding?"

1. "Nate babi gapo gitu?"

2. "Lagu ni la kito oghe Bachok. Suppo bola."

Tiada ulasan: