Selasa, 19 Februari 2013

Addin

Addin


SPR Terkantoi Lagi.. Saksikanlah!!

Posted: 19 Feb 2013 09:35 AM PST

PETALING JAYA, 19 FEB: Penolong-penolong pendaftar dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh diheret kemuka pengadilan sekiranya terbukti bersekongkol di dalam penipuan pendaftar pengundi baru tanpa pengetahuan penama asal.Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mendakwa berdasarkan aduan yang diterima setakat ini, PKR mempunyai cukup bukti untuk mengheret mereka meskipun sebelum ini SPR tidak melihat perkara tersebut sebagai sesuatu yang luarbiasa.

Menurutnya, peningkatan mendadak jumlah daftar pengundi baru menunjukkan unsur-unsur kesalahan jenayah dari segi undang-undang negara seperti yang termaktub dibawah Akta Kesalahan Pilihan Raya Akta (5) 1954, Seksyen uuh3 (1) (a)."Seksyen berkenaan menyatakan, mana-mana orang yang dengan diketahuinya membuat apa-apa penyataan palsu dalam atau berkaitan dengan apa-apa permohonan supaya dimasukkan ke dalam mana-mana daftar pemilih.

"Boleh disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau di penjarakan dan di denda kedua-duanya," katanya dalam satu sidang media.Menurut Fuziah aduan yang diterima dari pelbagai latar belakang antaranya pelajar di luar negara, pemilih cukup umur, orang dewasa yang tidak pernah mendaftar dan juga ahli Puteri Umno.Pihak PKR menggesa semua yang didalam kategori di atas dengan segera memeriksa status pemilih mereka dilaman web SPR atau melalui wakil-wakil parti.

Tegasnya, SPR diminta memberi segala kerjasama untuk buatkan cabutan borang pendaftaran pemilih sekiranya di minta oleh pihak diri pemilih.Keengganan oleh pihak SPR untuk memberi kerjasama akan mengundang rakyat menaruh syak kepada SPR bahawa mereka dikawal oleh Umno-BN, ujar beliau lagi."Sekiranya didapati nama mereka di daftarkan tanpa pengetahuan, mereka disaran ke Pejabat SPR berdekatan dan buat cabutan borang permohonan mereka.

"Sekiranya tidak mendapat kerjasama daripada SPR sila laporkan kepada kami."Setelah mendapat borang cabutan. Sila buat laporan polis ke atas pendaftar yang melakukan kesalahan tersebut."Serah satu salinan borang cabutan dan laporan polis kepada kami. Pihak PKR akan lantik satu majlis peguam untuk meilhat kepada kes ini," ujarnya lagi. ~selangorku


Iklan C (ii)




Hampir Pasti Dr. Juanda Bertanding Tiket Pakatan Rakyat?

Posted: 19 Feb 2013 08:04 AM PST

SHAH ALAM - Malaysia perlukan landskap politik baru yang lebih bertanggungjawab akibat taraf pendidikan meningkat dan rakyat semakin matang dan memilih.

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkata, seseorang pemimpin perlu memahami aspirasi politik semasa kerana yang majoriti besar pengundi adalah terdiri daripada golongan muda. Menurutnya, ahli politik perlu berubah dan lebih bertanggungjawab jika mahu kekal relevan.

"Satu pandangan penting daripada seseorang pemimpin muda yang memahami aspirasi politik semasa yang majoriti besarnya adalah pengundi muda.

"Semua maklum Malaysia sedang mengalami transformasi besar-besaran dalam semua perkara terutama politik, sosial dan agama," katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menegaskan ulama bebas untuk bertanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan memilih mana-mana parti yang mereka mahukan. ~sinar harian



Iklan C (ii)



2 Pegawai Tinggi ATM Bakal Sertai Pakatan Rakyat

Posted: 19 Feb 2013 03:54 AM PST

Selepas sekurang-kurang dua orang pegawai tinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat keputusan menerjunkan diri ke dalam politik ia diikuti oleh empat pegawai tinggi Angkatan Tentera Di Raja Malaysia (ATM).

Empat orang pegawai tinggi ATM yang telah membuat pengakuan dan bersiap sedia melakukan penjelajahan menerangkan kepincangan kerajaan ialah, Lt. Jeneral (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid, Brig. Jeneral (B) Abdul Hadi Al Khatab, Laksamana Pertama (B) Imran Hamid (Laut) dan Brig. Jeneral (B) Najmi Ahmad (Kagat).

Kempat-empat pegawai tinggi ATM ini sudah membuat sidang akhbar menyatakan pendirian mereka dihadapan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim kelmarin dulu. Abdul Ghafir misalnya sudah mendedahkan bagaimana kemungkinan berlaku banyak salah laku dalam ATM terutamanya mengenai perihal pembelian peralatan ketenteraan.

Tindakan pegawai tinggi polis dan ATM ini nampaknya menjadi satu fenomena baru dan menguatkan lagi gelombang kebangkitan untuk menumbangkan kerajaan UBN. Nampak tindakan itu tidak terhenti di situ saja. Mengkagumkan penyertaan mereka bukan kerana ingin bertanding dalam pilihan raya tetapi atas tanggungjawab sosial mereka kepada negara ini.

Bagaimana ada di antara mereka akan diletak bertanding dalam pilihan raya sebagai persediaan untuk membolehkan suara mereka akan turut bergema di parlimen.

Salah seorang pegawai tinggi polis yang sudah menzahirkan diri ialah bekas Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Fauzi Shaari yang menyertai PAS. Beliau disebut-sebut akan diletakkan sebagai calon PAS di kerusi Parlimen Larut, Perak.

Dan maklumat terbaru diterima lewat malam ini, menyatakan dua orang lagi pegawai tinggi ATM termasuk seorang Panglima Angkatan Tentera akan mengambil keputusana sama. Mereka akan menyatakan sokongan terbuka kepada Pakatan Rakyat dalam usaha untuk menumbangkan kerajaan UBN pimpinan Najib Razak hari ini.

Kedua-dua pegawai tinggi itu akan membuat pengumuman tidak lama lagi, paling cepat ialah menjelang pembubaran parlimen yang dijangka minggu depan. Difahamkan antara sebab mengapa mereka membuat keputusan itu kerana tidak tergamak membiarkan penyelewengan dan penyalahgunaan wang rakyat yang dikaut atas nama keselamatan negara sebaliknya ia adalah untuk mengenyangkan kroni seperti mana mereka ketahui sendiri.

Tindakan bekas pegawai tinggi ATM ini menyerang balik kerajaan dilihat satu pukulan moral kepada Menteri Pertahanan yang kini disandang oleh Ahmad Zahid Hamidi. Tindakan mereka memberi gambaran bahawa menteri pertahanan hari ini gagal untuk mengawal gindak tanduk bekas pegawai tinggi tentera yang lazimnya akan tetap setiap bersama kerajaan selepas bersara.

Dikatakan semua penyelewengan dan salahguna kuasa itu bukan berlaku sewaktu Zahid menjadi menteri, tetapi di era Najib Razak memegang jawatan itu. Najib memegang kementerian itu sebanyak dua kali. ~mso



Iklan C (ii)



Najib Pasti Kecut Perut Baca Hasil Kajian Ini..

Posted: 19 Feb 2013 01:51 AM PST

KUALA LUMPUR 19 FEB: Barisan Nasional (BN) tidak lagi mempunyai kelebihan yang menyumbang besar kepada kemenangannya dalam pilihan raya sebelum ini, kata Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti (Umcedel), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.Menurutnya, ini kerana BN kini tidak lagi mampu melakukan persempadanan semula pilihan raya selepas hilang majoriti dua pertiga di Parlimen selepas pilihan raya umum (PRU) 2008.

Satu lagi kelebihan lain iaitu keupayaan untuk mengadakan pilihan raya secara mengejut juga lenyap kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menangguhkan PRU 13 terlalu lama."Contohnya pembangkang tidak bersedia sewaktu PRU diadakan pada 29 November 1999.

PKR (KEADILAN) hanya berusia enam bulan (ketika itu)," katanya dipetik Malaysiakini pada Seminar Politik dan Pilihan Raya Menjelang PRU 13 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hari ini.

"Ia juga merupakan musim tengkujuh pada masa itu, dan Suruhanjaya Pilihan Raya tidak berjaya mewartakan banyak nama pemilih baru (kerana pilihan raya mengejut)."Namun kali ini, ia bukan lagi isu kerana pembangkang sudah bersedia," katanya. ~keadilandaily



Iklan C (ii)



Sambutan Luar Biasa Ceramah Ustaz Azhar Idrus Di Singapura

Posted: 18 Feb 2013 10:19 PM PST


Sambutan Hebat UAI Di Singapura..sampai tak ada ruang di dalam dan luar Masjid..



 Jemaah di dalam masjid



Dikhabarkan ..Kuliah UAI Paling ramai  orang  Jemaah menghadiri ..di Masjid Sultan 



Seperti biasa..para jemaah begitu teruja..untuk mengambil gambar bersama UAI.


~FB Abu Luqman




Iklan C (ii)



Berita Baik Buat Pakatan Rakyat..

Posted: 18 Feb 2013 06:39 PM PST

PETALING JAYA 19 FEB: Selain empat bekas jeneral yang mengisytihar sokongan padu kepada Pakatan Rakyat tempoh hari, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan lebih ramai bekas pegawai tertinggi tentera lain akan mengikut jejak mereka.

Berucap pada Jelajah Merdeka Rakyat ke Kelana Jaya di sini, malam tadi, Ketua Umum KEADILAN itu bagaimanapun tidak menyatakan tarikh tepat tetapi berkata mereka akan berbuat demikian tidak lama lagi.

"Bayangkan, empat bekas jeneral sokong kita. Empat-empat sekaligus umum (sokong Pakatan). Saudara lihat nanti, hari-hari berikut (ada) berita-berita baik lagi," katanya.

Pada 16 Februari lalu, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid; Brigedier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab; Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid dan Brigedier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad, mengisytihar sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Ghafir ialah bekas Timbalan Angkatan Tentera Darat; Bekas Panglima Logistik di Markas Logistik Udara (Hadi); Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM (Imran) dan Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Najmi).

Anwar berkata, keempat-empat bekas jeneral itu juga memberi jaminan untuk memastikan keamanan berterusan di negara ini apabila berlaku perubahan politik di peringkat persekutuan.

"Ada khabar angin, kononnya kalau Umno kalah, akan kacau bilau negara ini. Tahu tentera kata apa? Kami (empat bekas jeneral) bertekad bersama ramai kawan-kawan kami, akan pastikan negara ini hormat Perlembagaan.

"Mereka akan bantu dan pastikan perubahan kerajaan secara aman jika Pakatan ditakdir menang PRU 13," katanya.

Selain tentera, beliau berkata, bekas pegawai tertinggi polis juga menyokong Pakatan termasuk bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari manakala bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan juga ada bertemu beliau.

"Maknanya apa? Mereka tahu ada peralihan (kuasa politik). Jadi, polis-polis yang ada bertugas di sini, baik sokong kita," katanya dengan nada berseloroh.

Anwar juga menegaskan beliau tidak berdendam dengan mana-mana pegawai dan anggota polis termasuk individu (bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor) yang pernah memukulnya pada 1998.

"Saya tak dendam. Yang pukul saya pun seorang saja. Tak apalah, sudahlah. Banyak polis kerjanya bagus, bagus," katanya. ~keadilandaily



Iklan C (ii)




Tiada ulasan: