Telok Bakong Online |
BN Parit Dapat Calon Orang Luor'..Udah Tak De Orang Tempatan Yang Cordek Cordeknye Ke? Posted: 18 Feb 2013 03:30 PM PST
Timbul persoalan siapakah yang akan mengisi tempat yang telah dikosongkan oleh YB Nizar Zakaria ini.Desus desas hebat menyatakan Calun Parlimen Parit ini akan diisi oleh YB Tajuddin Rahman dari Pasir Salak.Khabar khabar angin ini dapat diperkuatkan lagi dengan adanya khabar khabar dari Kg Gajah yang menyatakan bahawa Tajudin Rahman ini tidak dicalonkan untuk wakili Parlimen Pasir Salak.Terdapat juga cubaan cubaan untuk berunding dengan pihak PAS disana oleh kumpulan ini disamping tindakan tindakan sabotaj parti. Imbas sejarah kembali pada tahun 1999,dimana faktor utama kekalahan BN semasa itu ialah hadirnya orang luor yang bertanding di Parlimen Parit,walaupun Menteri,ianya jelas ditolak mentah mentah oleh orang UMNO Parit sendiri.Sogokan wang tunai tidak memberi kesan,Orang Parit masih dahagakan sumbangan dan buah fikiran calun tempatan.Mungkinkah fenomena yang sama akan berlaku pada PRU ini. Sekiranya pemimpin tempatan tidak dapat mengisi tempat untuk menjadi YB,Apa akan terjadi pada pengikut pengikut mereka.kita sedia maklum bahawa pengikut setia mereka ini bukan lah berjuang dengan sukarela,mereka berjuangan atas kepentingan.Jadi bila calun mereka tidak dapat bertanding,bagaimanakah mereka ini dapat mengintai projek atau peluang peluang untuk mengisi katung sendiri? Msinc-Senang cerita..alang alang menyeluk pekasam ,biar sampai kepangkal lengan.Alang alang tak dapat..bior semua tak dapat...hi..hi.. |
You are subscribed to email updates from Telok Bakong Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan