Selasa, 19 Februari 2013

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


Najib, Hishamuddin & KP Imigresen boleh juga di halau keluar dari negara asing kerana terlibat jadi dan sorok penjenayah luar di malaysia....!!!!

Posted: 18 Feb 2013 06:47 PM PST

 

Senator Australia Nick Xenophon telah diusir pulang pada pukul 10.30 malam tadi  selepas ditahan selama 15 jam di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) kerana didakwa menjadi 'musuh negara'.

Xenophon, yang mendarat di terminal LCCT di Sepang pada jam 6:40 pagi kelmarin dengan penerbangan AirAsia, ditahan pihak berkuasa Imigresen sebaik saja tiba.

Xenophon memberitahu akhbar Sunday Mail Australia bahawa beliau sedang ditahan di kawasan dengan semua sel tahanan penuh dengan wanita.

Katanya, beliau dimaklumkan yang beliau merupakan "musuh negara" dan akan dihantar menaiki penerbangan berikutnya untuk pulang ke negaranya.

Menurut senator itu, walaupun tidak dibenarkan membuat sebarang panggilan telefon, tetapi beliau sempat menghubungi akhbar Australia itu ketika ditinggalkan bersendirian dalam bilik soal siasat.

Ketua Kakitangan pejabat Ketua Pembangkang, Ibrahim Yaakob, yang bergegas ke LCCT untuk menguruskan perkara itu, memberitahu Malaysiakini bahawa pegawai imigresen mendapati nama Xenophon telah disenaraihitamkan dalam sistem jabatan tersebut.

"Para pegawai tidak menyatakan sebarang sebab lain, tetapi Xenophon memberitahu kami bahawa dia dimaklumkan bahawa dia ialah musuh negara ini," kata Ibrahim ketika dihubungi.

Ibrahim juga berkata Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia telah tiba di LCCT dan sedang berusaha untuk menghubungi kementerian luar Malaysia.

Sementara itu, peguam Mohd Radzlan Jalaludin, yang berjaya bertemu dengan Xenophon, memberitahu Malaysiakini bahawa senator itu ditahan di bawah Seksyen 8 (3) Akta Imigresen sebagai seorang yang "dilarang '.

"Beliau baik, dilayan dengan baik. Mereka sediakannya makan tengah hari, "katanya.

Menurut AFP, Menteri Luar Australia Bob Carr berkata pegawai Australia telah berhubung dengan Xenophon, serta menteri luar dan menteri dalam negeri Malaysia, dan sedang mengusahakan 'pembebasanya' dengan segera.

"Penahanan Senator Xenophon adalah satu tindakan yang mengejutkan dan mengecewakan dari sebuah negara yang Australia sentiasa mengekalkan hubungan diplomatik yang kukuh," katanya dalam satu kenyataan.

Senator bebas adalah sebahagian daripada delegasi empat anggota Australia yang mengambil inisiatif untuk meneliti sistem pilihan raya Malaysia selepas kerajaan Australia menolak permohonan Anwar mendapatkan pemerhati bebas bagi memantau pilihan raya umum akan datang.

Tiga lagi anggota delegasi itu ialah MP Mal Washer, Senator John Williams, dan MP Steve Georganas.

Delegasi itu dijadualkan bertemu dengan Anwar pada hari Isnin, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz pada hari Selasa, serta NGO lain dan ahli parlimen pembangkang.

Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka masih belum berlepas ke Malaysia.

Menurut Ibrahim, mereka telah memutuskan untuk membatalkan lawatan mereka selepas apa yang berlaku kepada Xenophon.

"Ini akan menjejaskan nama Malaysia di peringkat antarabangsa," katanya.

Xenophon menghadiri perhimpunan BERSIH 3.0 tahun lepas sebagai pemerhati antarabangsa dan turut menjadi sasaran gas pemedih oleh polis anti-rusuhan, yang menyuraikan peserta demonstrasi menuntut reformasi pilihan raya itu.

'Arahan dari atas'

Xenophon memberitahu ABC News 24 Australia bahawa beliau tidak menjangka akan ditahan semasa ketibaannya di Kuala Lumpur.

Katanya, pegawai imigresen berkenaan "sangat sopan" tetapi mereka memberitahunya bahawa mereka menerima "arahan dari atas" untuk menahannya.

"Saya mendapatinya luar biasa. Saya pernan ke sini sebelum ini [dan] Saya telah membuat kenyataan mengenai keadaan demokrasi di Malaysia sebelum ini.

"Tetapi pada kali ini jelas seseorang yang berkuasa dalam kerajaan Malaysia tidak mahu saya di sini," katanya.

Xenophon cemar imej Malaysia

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad berkata dalam mesej teks kepada AFP bahawa Xenophon telah "mencemarkan imej negara ini" dan telah diklasifikasikan sebagai "pendatang yang dilarang".

Beliau kemudian menjelaskan dalam satu kenyataan bahawa Xenophon telah disenaraihitamkan kerana beliau menghadiri "protes jalanan haram" di Kuala Lumpur tahun lepas.

"Malaysia adalah sebuah negara yang bebas dan demokratik, tetapi tiada siapa yang mengatasi undang-undang. Pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mana-mana individu yang dianggap telah melanggar undang-undang negara," kata Alias.

"Xenophon telah memasuki Malaysia untuk beberapa kali sebelum ini dan dia telah mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti haram yang melanggar undang-undang Malaysia," katanya dalam kenyataannya.

Alias menjelaskan bahawa senator itu juga didapati telah membuat dakwaan tidak berasas dan menyebarkan pembohongan mengenai Malaysia.

"Larangan masuk terhadap Xenophon adalah prerogatif kerajaan Malaysia, selaras dengan undang-undang dan perlembagaan negara," katanya.

Xenophon berkata beliau menghadiri perhimpunan reformasi pilihan raya April lalu sebagai pemerhati sambil mengkaji sistem pilihan raya Malaysia.

"Ia nampak seolah-olah bahawa kerajaan takut diteliti," katanya melalui telefon dari lapangan terbang.

"Ini dalam fikiran saya mengesahkan bahawa mereka (pilihan raya) tidak akan menjadi adil".

 

 

penyapu sial

 

kerajaan  UMNO-BN malaysia melindungi  keluarga penjenayah  russia yang menipu  bapa tirinya

kerajaan UMNO-BN malaysia juga melindungi penjenayah yang terlibat dengan skandal scorpene di peranchis dan pembunuhan altantuya...

 

kerajaan UMNO-BN malaysia terlibat melindungi penjenayah ini yang terlibat dengan rasuah rm 40 juta dan / atau pengubahan wang haram

 

Tindakan pihak Imegresen menahan dan mengusir senator Australia, Xenophon adalah satu tindakan bangang yang mengandungi risiko yang besar. Ia amat mencemar imej negara kerana hanya dengan mengistiharkan beliau sebagai "musuh negara".

Kita ingin  mengingatkan bahawa Najib, Hishamuddin Tun Hussein dan Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad  juga boleh  ditahan di mana-mana negara asing terutama Australia kerana sebab diisytriharkan musuh negara berkenaan...di sebabkan negara berkenaan  tidak ingin bersekongkol  dengan pimpinan yang  jadi penjenayah dan melindungi penjenayah luar di negara ini...!

UMNO -BN bela mafia....halau pemantau suruhanjaya pilihanraya dari luar tapi tergamak berpakat menyorok penjenayah di negara ini...

Posted: 18 Feb 2013 06:29 PM PST

di halau...takut rahsia UMNO-BN menipu pilihanraya  terbongkar...!!!

anak saudara  kepada penjenayah  UMNO-BN Sabah....bapak saudara dia terlibat  rasuah rm 40 juta....!!!!

bapak saudara  penjenayah filipina yang terlibat dengan skandal rm 40 juta

penjenayah russia yang menipu bapak tirinya   juga di sorok najib altantuya  di negara ini

penjenayah laki bini  keturunan monggolia dan pakai topeng botox  di lindungi  kerajaan UMNO-BN....!!!!

Tindakan Kerajaan Umno BN mengusir Ahli Parlimen Australia, Senator Nick Xenophon dari Malaysia tetapi pada masa sama, melindungi penjenayah dikehendaki Filipina, Manuel Karingal Amalilio  sangat sangat  di kesali .

Kedatangan Xenophon hanya untuk bertemu Datuk Seri Anwar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.

Tetapi kelmarin beliau diusir balik ke Australia. Sebabnya Umno BN takut Xenophon kesan penipuan daftar pemilih SPR.

Umno kata kerajaan United Kingdom pun hantar keluar pendatang (haram). Apa persamaan pendatang haram dengan Senator Xenophon?..

Kerajaan Umno BN pada masa sama melindungi Amalilio yang dikehendaki di Filipina ekoran terlibat dalam penipuan melibatkan RM900juta di negara berkenaan.

Presiden Filipina, Benignio Aquino buat kenyataan, desak pihak berkuasa Malaysia serahkan Amalilio agar beliau dapat disiasat dan didakwa.

Peguam Negara (Tan Sri Abdul Gani Patail) cepat-cepat suruh tangkap. Dalam tempoh dua hari, terus dipenjara. Ini perbicaraan paling cepat di dunia...

Jadi, seorang senator tidak boleh masuk (Malaysia), penjenayah curi RM900 juta pula diberi perlindungan di Sabah?..

Xenophon dihantar pulang ke Australia pada jam 10.30 malam 16 Februari lalu, selepas ditahan 15 jam di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Sepang.

Amalilio yang juga anak saudara Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman sebelum ini ditahan ejen Biro Siasatan Kebangsaan Filipina (NBI) di Ranau.

Bagaimanapun, sebelum sempat menaiki pesawat, polis Malaysia menahan mereka atas alasan Amalilio adalah rakyat Malaysia dan pasport Filipina yang dimilikinya, palsu...

 

 

penyapu sial

 

 

apa nak heran?
pendatang haram dengan senjata, diajak berunding...
rakyat sendiri dengan garam dan mineral water dipijak, disembur...

bakal menantu pun pejenayah dilindungi..

siap boleh jadi warganegara malaysia lagi... kita nee nak mampus jaga nama baik malaysia di mata dunia... nee senang2 sj penjenayah dapat kerakyatan malaysia.... sampai bila la depa2 yg bengong2 dok sokong umno lg.. ingat siapa yg lawan penjajah dan siapa yg ampu penjajah.. jgn minda kita di jajah oleh propaganda TV mengatakan org UMNO adalah pejuang negara... sebenarnya umno lah perosak negara

Tiada ulasan: