Jumaat, 18 Januari 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[VIDEO] Pengakuan Fathul Bari Kahwin Senyap-senyap Di Siam

Posted: 18 Jan 2013 12:34 AM PST

Pengantin baru dah jawab isu dia nikah di siam senyap2.

14 minit dia ambik masa. Antara alasannya ialah:

1) dia nikah dgn org filipin
2) terpaksa nikah kat siam sbb nak islamkan minah tu
3) daftar nikah kat Ganu sbb wife org ganu
4) lambat daftar sbb sibuk berceramah
5) x hebahkan sbb nak tarbiyyah wife pakai tutup aurat

Well,

1) kalu stakat disebabkan nikah dgn org filipin, wife pun tau, rasanya prosedur mudah je kalu kat perlis.

X de pening kepala pun.

2) dia nak Islamkan minah tu sebab tu nikah kat siam. Maybe jabatan agama Islam malaysia ni x layak utk Islamkan minah tu kot. Maybe kedutaan filipina x de kat malaysia kot.

3) pasal daftar nikah, okey la. No problem.

4) pasal lambat daftar pun, okey la. Cuma nasib baik la dia x kena tangkap basah dalam tempoh tu.

5) x yah tunggu buat kenduri la. Memadai sehari lepas nikah, umum dalam media ke apa ke yg "saya dah nikah lg satu", tunjuk dokumen sekadar elak fitnah dan bagitau umum "saya akan tunjuk siapa isteri saya bila tiba waktunya". Bila ko senyap2 mcm ni, kan susah.

Apa2hal pun, aku xtau la org lain tp aku x kata ko salah nikah kat siam. Aku ucap tahniah lagi. Cuma lepas ni jgn la sorok2..

P/s - dia menyatakan kebanggaannya berjaya mengislamkan sorg kristian. Aku sendiri penah islamkan 3 org sahabat non muslim masa zaman sekolah aku - x perlu dibangga sgt sampai keluar hadis kott..

Member aku pensyarah kolej universiti tempatan pun mengislamkan someone melalui jalan nikah. X de pun dia sampai keluar hadis. Tapi dia bgtau org awal2 dia AKAN NIKAH. Bukan dah berbulan lepas tu baru bgtau. -FB

Ulasan GB

Sungguh menghairankan. Sibuk berceramah jadi alasan untuk melewatkan pendaftaran (melewatkan pematuhan undnag-undang syariah.

Sepatutnya Fathul Baru sudah boleh di dakwa di mahkaman lantaran kesalahan kerana mengabaikan pematuhan terhadap pendaftaran pernikahannya.



Laporan sebelum ini
klik untuk baca


,br>

[VIDEO & GAMBAR] Jakarta Dilanda Banjir Besar, 8 Maut

Posted: 17 Jan 2013 10:24 PM PST


Banjir besar: 8 maut, Jakarta diisytihar darurat

Kejadian banjir besar yang melanda kotaraya Jakarta sejak Selasa lepas telah mengorbankan lapan orang dan 15,447 orang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir setakat ini.

Berikutan keadaan banjir semakin buruk semalam hingga melumpuhkan aktiviti harian warga kota, kerajaan pentadbiran ibukota Jakarta telah mengisytiharkan keadaan darurat bencana banjir hingga 27 Januari ini.

Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) sejumlah 44 kawasan penempatan di 25 daerah kecil di Jakarta terjejas membabitkan penduduk berjumlah 94,624 orang.

Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono dan ibu negara (wanita pertama) Ibu Ani Yudhoyono turut meninjau beberapa kawasan penempatan penduduk yang dilanda banjir.

Gabenor Jakarta Joko Widodo turut meninjau ke kawasan banjir di pusat bandar dan beberapa kawasan penempatan penduduk, secara berasingan. - Bernama


Banjir Besar Jakarta 2013 Jadi Perhatian Internasional


Dalam artikelnya, Aljazirah menulis sekitar 20 ribu orang dipindahkan dan empat orang terkorban akibat banjir Jakarta.

Hujan lebat yang terjadi di Jakarta telah membawa penderitaan penduduk lainnya.

Banjir diberitakan telah biasa terjadi di Jakarta di musim hujan. Tapi, hujan yang terjadi pada Kamis hari ini membuat banjir meluas.

Banjir telah menggenangi perumahan, perkantoran, sekolah, hingga jalan-jalan ibukota yang dihuni 14 juta orang.

"Warga Jakarta tidak bisa masuk pejabat hari ini, dan di antara mereka ada yang terpaksa berjalan kaki atau menggunakan sepeda motor kerana kenderaan terhambat. Banjir Jakarta hari ini dilaporkan lebih buruk dari yang biasa terjadi tiap tahun," demikian antara lain isi artikel tersebut.

Aljazirah juga melaporkan, bahwa ketinggian air akibat banjir ini mencapai empat meter, lebih tinggi dari hari Rabu (16/1/2013) kemarin.

"Musim hujan, gundulnya hutan di bukit sebelah barat Jakarta, perencanaan yang kacau, serta keberadaan ratusan sungai menyebabkan banjir tersebut. Hal itu masih ditambah miskinnya infrastruktur yang memadai di Jakarta, meskipun pertumbuhan ekonomi di Indonesia dinilai menggembirakan," tulis Aljazirah.

-obornews






[VIDEO] Berdolak-dalik, Khairy Bakal Disaman Hina Mahkamah

Posted: 17 Jan 2013 06:31 PM PST

Keadilan pertimbang untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap Khairy Jamaluddin ekoran pembohongannya berhubung syarat penyelesaian (settlement terms) yang dimeterai dalam kes saman fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda Umno itu.

Semalam, Khairy menarik balik kenyataan beliau pada 2007 yang memfitnah Anwar sebagai pengkhianat Melayu, 'boneka' Amerika dan Yahudi.

Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali berkata, syarat penyelesaian yang dimeterai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh kedua-dua pihak semalam jelas menyatakan Khairy menarik balik pendiriannya.

"(Namun) kenyataan Khairy dalam Sinar Harian semalam menyebut 'beliau tidak menarik balik kenyataannya ke atas Anwar, tetapi cuma berkata apa yang dipetik itu tidak betul dan tidak tepat'.

"Beliau juga cuba gambarkan seolah-olah Anwar pohon perkara itu diselesaikan di luar mahkamah kerana bimbang dengan perbicaraan penuh," jelas Azmin pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.

Beliau berkata, dua kenyataan ini bukan sahaja angkuh dan bohong, malah bertentangan dengan syarat penyelesaian yang dimeterai kedua-dua pihak.


"Tindakan Khairy yang memutar belit persetujuannya sendiri di hadapan hakim boleh dikira menghina mahkamah," tegas Azmin.

Berikutan itu, kata Azmin, KEADILAN menimbang untuk heret Khairy ke mahkamah.

"Kita sedang pantau dengan rapat kenyataan Khairy…Kita akan ambil nasihat dari peguam (untuk tindakan selanjutnya).

"Malah, isu ini turut dibangkitkan dalam mesyuarat Biro Politik KEADILAN semalam," kata Azmin lagi.

Ketika ditanya wartawan, beliau turut menjelaskan Khairy sendiri yang memohon Syarat Penyelesaian ini dari mahkamah.

Khairy memfitnah Anwar dalam satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak dan disiarkan di media seluruh negara pada 3 Ogos 2007. -KD

Kes "Pak Janggut": Utusan Kalah Lagi, Pintu Rayuan Berakhir!

Posted: 17 Jan 2013 04:04 PM PST

Lima orang Hakim Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara menolak rayuan Utusan Malaysia ke atas keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang memihak kepada anggota Parlimen Shah Alam, Haji Khalid Samad.

Dalam keputusannya hari ini Mahkamah Persekutuan memutuskan tidak memberikan kebenaran kepada pihak Utusan untuk merayu sekaligus keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi sebelum ini dikekalkan.

Mahkamah juga memerintahkan Utusan membayar kos sebanyak RM10,000-00.

Lima orang Hakim yang bersidang di dalam rayuan hari ini adaalah Hakim Tan Sri Richard Malanjun, Hakim Datuk Bentara Luar Datuk Haji Hashim Bin Datuk Hj. Yusoff, Hakim Datuk Ahmad Bin Hj Maarof, Hakim Datuk Hasan bin Lah dan Hakim Datuk Jeffery Tan Kok Wha.

Mahkamah Rayuan pada 24 Mei 2012 telah menolak dengan kos rayuan Utusan Malaysia ke atas keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Utusan membayar gantirugi RM60,000-00 kepada Ahli Parlimen Shah Alam itu.

Pada 21 November 2011 Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Tuan Prasad Sandhosham Abraham telah memutuskan bahawa artikel di muka hadapan Utusan Malaysia bertarikh 10/9/2009 bertajuk ""ZULKIFLI BIDAS 'PAK JANGGUT' " adalah memfitnah ke atas YB Khalid Samad.

Antara lain artikel tersebut menulis:

"Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin membidas individu yang digelarnya 'Pak Janggut' yang sanggup memutar belit ayat-ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seskyen 23, Shah Alam yang menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk di kawasan itu.

Menurutnya, 'Pak Janggut' turut menyalahkan umat Islam di Seksyen 23 kerana tidak bersikap adil dalam membantah pembinaan kuil di kawasan kediaman mereka.

"Yang paling pelik, 'Pak Janggut' ini sanggup memutar belit ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil,"katanya."


Untuk rekod, pada tahun 2010 Khalid Samad telah memfailkan Writ Saman ke atas Utusan melalui Tetuan Mohamed Hanipa & Associates atas dakwaan artikel Utusan tersebut telah memfitnah beliau.

Mahkamah Tinggi memutuskan perkataan 'Pak Janggut' di artikel tersebut adalah merujuk kepada Khalid Samad kerana sebelum artikel tersebut diterbitkan Khalid Samad ada menulis surat kepada penduduk seksyen 23 Shah Alam supaya mereka berlaku adil walaupun ke atas orang bukan Islam dalam isu penempatan semula kuil hindu dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam.

Utusan telah memfailkan rayuan ke atas keputusan Hakim tersebut di mana rayuan tersebut telah didengar di Mahkamah Rayuaan.

Di Mahkamah Rayuan, Mahkamah telah membenarkan permohonan Notis Usul yang difailkan oleh peguam Khalid Samad bagi membatalkan rayuan Utusan atas alasan Notis Rayuan tersebut cacat kerana pihak Utusan telah gagal mendapatkan kebenaran Mahkamah Rayuan terlebih dahulu sebelum memfailkan rayuan mereka.

Sekaligus rayuan tersebut adalah bercanggah dengan seksyen 68 (1) (a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang memperuntukkan bahawa sebarang rayuan yang kurang dari RM 250,000-00 wajib mendapatkan kebenaran Mahkamah terlebih dahulu.

Mahkamah Rayuan juga memerintahkan Utusan membayar kos sebanyak RM10,000-00 kepada Khalid Samad.

Dengan penolakkan rayuan Utusan oleh Mahkamah Persekutuan hari ini maka usaha Utusan untuk merayu ke atas keputusan yang memihak kepada Khalid Samad berakhir.

Pada pendengaran rayuan hari ini , Khalid Samad diwakili oleh Cik Azhana binti Khairudin dari Tetuan Mohamed Hanipa & Associates manakala Utusan diwakili oleh Encik Mohana Kumar dari Tetuan Shafiee Mohan.

Menurut peguam Hanipa Maidin, Khalid akan memfailkan Notis Taksiran Kos di Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat bagi menuntut segala kos perbicaraan di Mahkamah Tinggi yang perlu dibayar oleh Utusan ke atas Khalid. -HD

Blogger UMNO, Pisau.Net Akhirnya Tersungkur Kerana Memfitnah!

Posted: 17 Jan 2013 07:10 AM PST


Isu tanah Kelantan: pisau.net akui fakta silap

IPOH – Selepas hampir sebulan kemelut isu pemilikan tanah seluas 4,200 hektar di Gua Musang, Kelantan menjadi topik hangat, sebuah blog, pisau.net yang memaparkan artikel berhubung isu berkenaan mengeluarkan kenyataan ralat.

Kenyataan ralat yang dikeluarkan 13 Januari itu menyebut bahawa tiada berlaku penukaran tanah bagi menebus jawatan Menteri Besar Perak antara dua pemimpin DAP iaitu, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming bersama Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Artikel bertajuk 'Pembetulan fakta tanah Ngeh dan Nga di Kelantan' itu menyebut bahawa berlaku percanggahan fakta tidak tepat yang diperoleh daripada sumber sebelum ini dan menyifatkan bertanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan demi kebenaran.

Mengulas perkara itu, Koo Ham yang juga Pengerusi DAP berkata, penafian yang dikeluarkan blogger itu jelas menunjukkan isu yang digembar-gemburkan selama ini tidak benar dan berunsur fitnah.

Menurutnya, ia juga jelas membuktikan bahawa Barisan Nasional (BN) Perak seakan kehabisan modal dengan menjadikan isu sedemikian sebagai mainan politik.

"Terbukti, tuduhan mereka sebelum ini tidak berasas. Saya akui, pendedahan yang dinyatakan blog ini sedikit sebanyak telah membersihkan nama kami, namun ia masih belum cukup," katanya pada sidang media, semalam.

Koo Ham yang juga Ahli Parlimen Beruas berkata, penyiaran artikel 'ralat' itu tidak memadai, sebaliknya beliau menuntut agar pengendali pisau.net tampil dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Katanya, pendedahan yang dilakukan bukan perkara kecil kerana memberi impak terhadap imej dan reputasi pemimpin Pakatan Rakyat (PR) terutama Nik Aziz.

"Selain menyiarkan artikel penuh di blog, kita juga mahu pisau.net membuat kenyataan awam berhubung penafian ini di lima akhbar arus perdana dalam tempoh tujuh hari sebaik surat rasmi diterima daripada kami," katanya sambil memaklumkan writ saman akan tetap diteruskan terhadap blog berkenaan.

pisau.net menyatakan pendedahan yang dilakukan mengenai skandal berkenaan bukan isu baru apabila blog pro pakatan MediaPerak.net pernah mendedahkan konflik sama pada Jun 2012.

Tinjauan semalam mendapati, laman blog berkenaan tidak lagi boleh diakses.

Isu pemilikan tanah berkenaan tercetus dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Perak ke-12, Disember lalu apabila Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menggesa Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberi penjelasan berhubung isu itu.

Pembelian tanah berkenaan didakwa sebagai ganjaran kepada DAP atas perjanjian membenarkan Mohammad Nizar yang juga Adun Pasir Panjang menjadi menteri besar.

Ulasan GB

Satu demi satu blogger pencacai UMNO terkedu lantaran fitnah-fitnah yang direka dan ditaburkan. Sebelum ini Novandri (Dr.Mim) memohon maaf secara terbuka kepada anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ekoran dakwaan AJK PAS Pusat itu seorang bishop.

Kes Papagomo disaman Datuk Husam masih berjalan di mahkamah dan yang menjelekkan, papagomo enggan mengaku blog itu miliknya.

Parpukari telah dikneali sebagai penyebar gambar palsu mengenai muslimat PAS yang kononnya diraba semasa HKR 112.

Sementara blogger-blogger pencacai UMNO yang lain sedang berbaris menunggu "ganjaran" masing-masing. GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

papagomo dan sekalian blogger pencacai pasti BINASA. Itu hukum kebenaran dan keadilan. Allah tidak akan mengizinkan kebatilan mengatasi kebenaran.

Pemfitnah, wartawan akhbar dan blogger pencacai akan tetap terhukum akhirnya. Kita sama-sama tunggu dan lihat.

Tiada ulasan: