WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
LISTEN ! LISTEN ! LISTEN ! JANGAN BAWA ANAK KU KE PERHIMPUNAN POLITIK, WAHAI GURU Posted: 15 Jan 2013 08:22 PM PST Tertarik membaca komen FaceBooker, Sle Edar, teman saya yang mengulas perlunya pihak sekolah untuk mendapatkan kebenaran ibu/bapa/penjaga sekiranya mahu membawa anak-anak mereka ke mana-mana perhimpunan politik. Baca komen beliau; Sle Edar Listen Listen Listen Listen Listen Listen Listen Listen Ramai cai UMNGOK menyokong tindakan UBN bawa kanak2 sekolah ke majlis mereka... baik lah saya nak buat sikit huraian Mak/ayah penjaga yang sah menghantar anak ke sekolah, mereka isi borang dan sebagainya. Maknanya sekolah sebagai penjaga. Kat sekolah keselamatan terjamin, ada pengawal keselamatan, pintu pagar berkunci, ada pengawas dan guru yg memerhati gerak geri. Bila ada program UBN kanak2 di bawa. Pergi tempat terbuka, siapa yang akan memerhati keselamatan mereka. Nak harapkan guru memang tak akan menjaga mereka ini sebab biasanya guru2 ini akan dapat tempat duduk VIP. Siapa penjaga yang sah untuk mereka. Jika sesuatu kejadian buruk berlaku seperti kemalangan, diculik dan sebagainya siapa hendak di persalahkan? Kerajaan Malaysia kah, Kementerian Kewangan kah, Pejabat Pendidikan Negeri kah, sekolah kah, guru kah... jadi siapa? Semasa program PR kanak2 ini dibawa oleh penjaga yang sah. Mereka akan memastikan keselamatan anak2 mereka sendri... Dah sampai masanya para ibu dan bapa membawa hal ini kepada PIBG. Bangkitkan isu ini. Jangan jadikan anak2 anda mangsa politik yang tidak bertanggung jawap. IBU BAPA WAJIB melarang anak mereka dibawa keluar dari sekolah tanpa pengetahuan mereka. Jika selama ini pihak sekolah nak bawa keluar anak anda untuk sebarang aktiviti perlu mendapat kebenaran bertulis. Dah sampai masanya jika pihak sekolah nak bawa anak anda untuk mengikuti program UBN pun perlu mendapat kebenaran dari ibu bapa Pihak Sekolah sepatutnya berfikir panjang.. anda seorg yang berpelajaran takkan perkara ini pun tak boleh nak fikir |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan