RAKYAT MARHAEN |
- Gangguan Kembara Oren, PAS Pahang kunjungi polis
- Mat Sabu: 'Memang, niat kami mahu guling kerajaan BN'
- Patrick Teoh in hot water over Facebook post
- Fenomena Listen! Listen! Listen!.. Let Me Speak!
- Batu T : BN sesuai masuk tong sampah
- HKR112: Kehadiran 500,000 amaran akhir kepada BN
- MIC leader gives SW1M chief a backstroke
- Sharifah Zohra Jabeen, now you listen listen listen, Anwar Ibrahim cakap
- Listen : Surat bukti Tun Dr Mahathir minta DANA PRU sama Tel Aviv
- Listen : Inilah AMANAT yang di GELAPkan Ameno...
- Mat Sabu: Himpunan memang untuk guling k'jaan UMNO@BN pada PRU13
- Universiti gelanggang pertentangan idea
- Dengarlah (Listen)
- MOF: Memo k'jaan terima pampasan RM207b dipalsukan..ha..ha..nak tutup bangkai gajah...!!!!!
- Isu ‘listen’ bukti Umno tolak beri pendidikan percuma – Rafizi
- NGO Kelantan anjur seminar pantau pilihan raya
- Listen, Listen, Listen Zohra
- Listen : Pemuda PAS simpati nasib Sharifah
- Duit pampasan: Utusan kantoi sah BN penipu!
- Pendedahan Deepak akan dikartunkan
- Felda shares: Was EPF, KWAP ‘pressured’ to buy?
- Selipar Pohrah + Melayu Bangang... umno/bn Sukaaa...!!!!
- Pasca #KL112 : Risalah burukkan Pakatan Rakyat di HKR
- Anwar Menang Saman, Khairi Tarik Balik Fitnah.
- Pasca #KL112 : Pujian Najib Kepada HKR Tidak Ikhlas
Gangguan Kembara Oren, PAS Pahang kunjungi polis Posted: 15 Jan 2013 09:19 PM PST KUANTAN: Dewan Harian PAS Pahang diketuai Pesuruhjayanya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah membuat kunjungan mesra ke Ibu Pejabat Kontijen Polis Kuantan, semalam. Mereka disambut mesra oleh Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani dan para pegawai tinggi polis Pahang. Hampir semua anggota Dewan Harian PAS Pahang hadir dalam perjumpaan itu termasuk tiga timbalan pesuruhjaya Ustaz Yusof Embong, Dr Hamzah Jaafar dan Nasruddin Hassan, setiausaha Roslan Zainal, bendahari Musaniff Abdul Rahman, Ketua Dewan Ulamak, Ustaz Mokhtar Senik, Ketua Pemuda PAS, Ustaz Shahril Azman dan Ketua Penerangan, Ustaz Suhaimi Saad. "Perjumpaan itu bertujuan untuk bertukar-tukar pandangan berhubung beberapa isu berbangkit mutakhir ini," Tuan Ibrahim memberitahu Harakahdaily pagi tadi. | ||
Mat Sabu: 'Memang, niat kami mahu guling kerajaan BN' Posted: 15 Jan 2013 09:16 PM PST Katanya, PR tidak pernah dan tidak akan mencapai sasaran itu dengan mengadakan perhimpunan atau demonstrasi jalanan. "Tipu kalau saya kata tak ada. Memang kita niat nak guling kerajaan tapi melalui pilihan raya," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat Pas di sini, hari ini. Beliau berkata demikian menjawab dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kelmarin bahawa himpunan yang turut dikenali sebagai #KL112, sebagai cuba meniru apa yang berlaku di sesetengah negara Arab dengan niat menjatuhkan kerajaan. | ||
Patrick Teoh in hot water over Facebook post Posted: 15 Jan 2013 09:08 PM PST Actor and famous radio presenter Patrick Teoh lands himself in hot soup after a Facebook posting insensitive to Muslims. Teoh, who is also a blogger known for his crude language, posted the comment while reacting to the PAS-led Kedah state government's statement on Jan 9 that officials and singers for the 1Malaysia Chinese New Year celebration, scheduled in Alor Setar on Feb 15, must be properly attired and were encouraged to perform motivational songs. The state government also said it would shut down the programme if there was "extreme singing and dancing". Below is his Facebook posting posted yesterday; [The 3rd most laughable statement discovered today… The January 9 guidelines to the organisers of the 1 Malaysia Chinese New Year Celebration 2013 (by the PAS Kedah state government)… included, among other things, the appropriate attire for officials and singers. It also stated that performers are encouraged to sing motivational songs and that if extreme singing and dancing activities were to take place, the state government has the right to shut down the programme. Encouraged to sing motivational songs!!! What kind of f**king motivation they want? Give up individuality and be sheep? Pray 5 times a day? Cover up all women? What???!!! And while they are at it, please tell us what the f**k extreme singing and dancing is? Quran-thumping mother f**kers!!!] This comment has raised heckles among Muslims with many posting nasty replies. However, about an hour ago Teoh apologised for the earlier comment. His apology states: Read More / Baca Lagi >> | ||
Fenomena Listen! Listen! Listen!.. Let Me Speak! Posted: 15 Jan 2013 09:06 PM PST 'Virus' terbaru yang menular telahpun menjadi fenomena pantas di Malaysia, malah mungkin telah tembus ke beberapa negara luar seperti Brunei, Thailand, Indonesia dan Singapura. Read More / Baca Lagi >>Walaupun tidak menjangka akan berterusan lama, masih boleh dikatakan, ini merupakan pencapaian yang hebat apabila dua wanita yang pertamanya tiada jawatan prima dalam politik, tidak pun dikenali masyarakat besar sebelum ini, dan tidak juga siapa yang mengaku mengenali beliau sehingga kini, berjaya mencetus fenomena ini dalam tempoh sekelip mata. Manakala wanita yang kedua menepati ciri-ciri yang pertama, cuma bezanya nasib beliau berubah menjadi pujaan masyarakat apabila semua mula menyanjungnya dan ingin mengaku mengenali beliau. Dan saya terpaksa mengakui mengenali beliau sebagai seorang yang aktif dengan aktiviti kepimpinan kemahasiswaan, cuma beliau tidak mengenali saya. Impak peristiwa yang berlaku melampaui senario politik semasa secara santai dan tajam. Tanpa perlu membuka siaran lawak jenaka, ia masih mampu menyejukkan sebentar kepanasan kepala menghadap politikus menjawab sana-sini bagi menjustifikasikan kebenaran perjuangan masing-masing. Dan kesannya ini jelas merentas segala elemen kemasyarakatan yang wujud, pastinya kerana ia melibatkan tunjang sosial negara dan budaya timur rantau ini. | ||
Batu T : BN sesuai masuk tong sampah Posted: 15 Jan 2013 09:02 PM PST KUALA LUMPUR: Pelbagai cara dibuat oleh orang ramai dalam kempen mereka untuk melawan BN dalam pilihan raya umum akan datang ini. Bagi sekumpulan aktivis, mereka merekabentuk baju T untuk dipakai semua orang bagi menyatakan kebencian mereka kepada BN. "Saya buat ini untuk berkongsi perasaan saya terhadap BN," kata Mohamad Ali Darus ketika menerangkan reka bentuk baju T yang menunjukkan tempat yang layak untuk BN adalah tong sampah. Beliau yakin, jika ramai orang yang memakai baju ini, ia akan menjadi satu kempen yang baik untuk menentang BN. "Bagi saya ia memang sentimen rakyat sekarang. Cuma kita perlu ajak mereka menyuarakannya secara jelas iaitu dengan memakai baj ini agar semua orang berani untuk ke hadapan melawan BN," katanya. Baju T yang beliau jual murah sahaja iaitu RM15 dan bayaran pos adalah RM6 untuk Semenanjung Malaysia. | ||
HKR112: Kehadiran 500,000 amaran akhir kepada BN Posted: 15 Jan 2013 09:00 PM PST KUALA LUMPUR: Sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112) menegaskan kehadiran 500,000 ke himpunan Sabtu lalu merupakan amaran akhir rakyat kepada kerajaan BN. Pengerusi HKR, Mohamad Sabu berkata, himpunan tersebut jelas menggambarkan amaran rakyat agar kerajaan menjalankan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dengan telus. "Himpunan baru-baru ini merupakan amaran kepada BN agar melakukan pilihan raya dengan telus dan adil. "Kalau berlaku penipuan, rakyat akan keluar ke jalan raya lagi untuk humban mereka," kata beliau dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini. (Gambar atas) Mohamad juga berkata, pihaknya sudah membuktikan bahawa mereka memberikan kerjasama kepada pihak polis dan bersedia untuk terus bekerjasama dengan pihak keselamatan. Read More / Baca Lagi >> | ||
MIC leader gives SW1M chief a backstroke Posted: 15 Jan 2013 08:59 PM PST S Vell Paari says that Sharifah Zohra Jabeen lacks the 'mental evolution' needed to debate with law undergraduate KS Bawani. "It will take the SW1M president another five million years to evolve to a stage that will allow her to debate with law undergraduate KS Bawani," said S Vell Paari. Sharifah drew brickbats after a 24-minute video of her patronising Bawani at a forum held at Universiti Utara Malaysia went viral on the Internet. When Bawani had posed questions on free education and Bersih, Sharifah interrupted the undergraduate by saying "listen" and "let me speak" umpteen times to silence the law student. She also snatched the microphone from Bawani and said that the undergraduate should move to another country if she wanted free education and added that even animals had problems. However, Sharifah did not attempt to answer the questions posed by Bawani and her condescending attitude received applause from other undergraduates in the hall. Vell Paari said that the younger generation now was more aware of the happenings around them and were becoming assertive. "Gone were the days when students were uninterested in politics and were only concerned about cultural programmes. They are now talking about civil rights and a transparent government. "Bawani is a good example of this. Instead of trying to suppress them, we should learn how to communicate with them," he said. The MIC leader also said that he was glad that students were becoming more enlightened, saying it would keep politicians on their toes at all times. 'Apologise to Bawani' Read More / Baca Lagi >> | ||
Sharifah Zohra Jabeen, now you listen listen listen, Anwar Ibrahim cakap Posted: 15 Jan 2013 08:52 PM PST Sharifah Zohra Jabeen, listen listen listen. Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin; now you listen listen listen, Datuk Seri Anwar cakap. "Mahasiswa bukan alat untuk diguna dan diperbodohkan! 'Salute' dengan keberanian menjelaskan fakta! Viva mahasiswa Malaysia!," kata Anwar dalam facebooknya. Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tabik di atas keberanian KS Bawani, mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) yang menuntut hak golongan itu untuk mendapatkan pendidikan percuma dari pemerintah. Katanya, mahasiswa bukan kelompok yang boleh dibodohkan sesuka hati oleh mana-mana pihak. "Mahasiswa bukan alat untuk diguna dan diperbodohkan! 'Salute' dengan keberanian menjelaskan fakta! Viva mahasiswa Malaysia!," kata Anwar dalam facebooknya. Read More / Baca Lagi >> | ||
Listen : Surat bukti Tun Dr Mahathir minta DANA PRU sama Tel Aviv Posted: 15 Jan 2013 08:49 PM PST Satu surat rasmi kerajaan Malaysia yang telah di bocorkan oleh kekitangan JPM menunjukkan Perdana Menteri Malaysia pada masa itu Dr M telah memohon dana dari Tel Aviv iaitu negara Israel. Jelas ianya menmalukan negara dan membuktikan bahawa negara kita berhubungan baik dengan regim zionis Israil. Apa lagi penyokong2 umno nak kata? listen!!! listen!!! ulang 44 kali | ||
Listen : Inilah AMANAT yang di GELAPkan Ameno... Posted: 15 Jan 2013 08:45 PM PST Listen... Listen... Listen... Najib, listen here... Pay some respect and listen... P/S: Yang paling best sekali tentulah stetmen warak dari Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya... hehe... "It was also perfectly acceptable for Christians to use teh word "Allah"... UFB | ||
Mat Sabu: Himpunan memang untuk guling k'jaan UMNO@BN pada PRU13 Posted: 15 Jan 2013 08:37 PM PST Pengerusi penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat Mohamad Sabu hari ini dengan menyindir berkata himpunan yang berlangsung pada 12 Januari lalu sememangnya bertujuan untuk menggulingkan kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang. "Memang kami mahu gulingkan kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang," kata naib presiden PAS itu secara berjenaka dalam satu sidang media pagi tadi. "Jadi (bekas perdana menteri) Tun Mahathir (Mohamad) jangan bimbang. Dia boleh berada di Malaysia atau bercuti di mana-mana jika kami mengambil alih Malaysia," katanya. Beliau mengulas kenyataan Tun Mahathir yang dilaporkan mendakwa himpunan Sabtu lalu di Stadium Merdeka itu bertujuan menjatuhkan kerajaan BN. | ||
Universiti gelanggang pertentangan idea Posted: 15 Jan 2013 08:34 PM PST Peristiwa yang berlaku di UUM yang sekarang ini heboh diperkatakan di media sosial perlu difahami dengan teliti punca berlakunya masalah tersebut. Pertama begitu sedikitnya mahasiswa yang sanggup bangkit mempertahankan pendapatnya dan hanya menjadi tukang angguk. Tahniah keatas saudari Bawani yang berani dan juga berhujah menggunakan bahasa yang elok dan tidak emosional. Kedua adalah pentingnya mahasiswa (dan juga pensyarah) diberi peluang meluahkan pendapat. Apatah lagi dalam sebuah program yang mahu dilihat sebagai forum inteletual. Pada masa kini memang telah banyak program seperti ini namun kebanyakannya menjadi semacam pseudo-inteletual dan orang yang dipanggil bukan daripada ahlinya. Sepatutnya program seperti forum ini adalah gelanggang pertentangan idea di mana orang yang berkenaan berbincang secara aman dan bukan menjadi tempat menyerang individu tertentu dan memaksakan pendapatnya ke atas orang lain. Ini namanya gejala pembodohan mahasiswa. Di program seperti ini juga kita dapat melihat mahasiswa mana yang betul-betul memahami peranannya sebagai mahasiswa berbanding rakan-rakanya yang lain yang melihat menjadi mahasiswa sekadar tuntutan kerja pada masa hadapan. Saya fikir kerajaan telah banyak membuka banyak ruang kepada mahasiswa untuk meluahkan pendapat dengan pengurangan kekangan di dalam AUKU dan perkara sepatutnya disambut oleh mahasiswa. Manakala kakitangan universiti sepatutnya lebih memahami kehendak mahasiswa dan tidak hanya melabel pihak yang berani sebagai pembangkang. Akhirnya kita semua setuju bahawa universiti adalah tempat untuk mendidik pemimpin masa depan. Sekiranya gejala pembodohan di universiti terus menular maka bersedialah rakyat Malaysia untuk dipimpin oleh pemimpin yang bodoh. | ||
Posted: 15 Jan 2013 08:32 PM PST Semalam, kita digemparkan oleh sebuah video yang disebarkan di YouTube, memaparkan perjalanan sebuah forum yang diadakan di Universiti Utara Malaysia. Forum tersebut bertajuk "Seiringkah Mahasiswa dan Politik" dan perkara yang mengejutkan adalah tindakan panel forum terbabit, Saudari Sharifah Zohrah Jabeen yang memberi respon kepada pertanyaan pelajar UUM, Bawani dengan cara yang agak keterlaluan. Berikutan daripada video ini, pelbagai reaksi telah diberikan oleh semua pihak terutamanya para mahasiswa. Majoriti mahasiswa merasakan bahawa perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku apatah lagi tujuan forum tersebut diadakan adalah untuk menjadi medium interaksi dalam kalangan mahasiswa dan ahli panel berhubung isu-isu politik. Malah, selaku Presiden Suara Wanita 1 Malaysia, sebuah NGO, tindakan tersebut sememangnya tidak boleh diterima dan secara peribadi, saya masih tercari-cari rasional saudari Sharifah bertindak sedemikian. Saya tidak mahu mengulas dengan lebih terperinci tentang intipati kenyataan Saudari Sharifah kerana saya percaya, semua sahabat mahasiswa sudahpun menonton video ini dan mendengar dengan jelas "hujah" yang diberikan oleh Saudari Sharifah. Perkara yang ingin saya tekankan adalah berkenaan soal integriti Saudari Sharifah yang saya kira tidak menggambarkan profesionalisme yang sepatutnya, sesuai dengan status beliau selaku seorang Presiden. Saya percaya dan sentiasa akan percaya, semua orang mempunyai hak untuk menyatakan apa yang dirasai. Segala firasat, teori, pandangan mahupun kritikan sewajarnya diberikan ruang yang adil untuk disalur dan dikongsi. Apatah lagi, dengan adanya forum sebegini, soalan-soalan "panas" memang merupakan sesuatu yang pasti dan atas sebab itulah, ahli panel perlu bijak menangani. Read More / Baca Lagi >> | ||
MOF: Memo k'jaan terima pampasan RM207b dipalsukan..ha..ha..nak tutup bangkai gajah...!!!!! Posted: 15 Jan 2013 08:31 PM PST Yang UTUSAN Lapurankan Ni Ape...??? Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan, dakwaan itu yang dikatakan berpunca daripada memo yang dikeluarkan kementerian bertarikh 29 Mac 2011 adalah palsu. "Memo tersebut telah dipalsukan dan satu laporan polis telah dibuat pada 26 September tahun lepas. kes ini sedang disiasat polis," kata kenyataan itu. Penjelasan Kementerian Kewangan terpaksa dibuat selepas laman-laman blog pembangkang mendakwa wujudnya pembayaran RM207 bilion dari Jepun tetapi wang tersebut kononnya telah dilesapkan. Read More / Baca Lagi >> | ||
Isu ‘listen’ bukti Umno tolak beri pendidikan percuma – Rafizi Posted: 15 Jan 2013 08:26 PM PST KUALA LUMPUR 16 Jan: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, kerajaan tetap berdolak-dalik melaksanakan sistem pendidikan percuma walaupun hak itu dituntut sendiri oleh mahasiswa di universiti. Katanya, rakaman video 'listen' bukti tindak balas pemimpin Umno menafikan pendidikan percuma adalah hak rakyat. "Bermula dari awal Pakatan Rakyat perkenalkan kaedah pelaksanaan pendidikan percuma, pemimpin Umno BN tidak pernah dapat menjawab angka yang kita beri. Kini kehadiran video dan cara Sharifah Zohra respon terhadap hujah Bawani membuktikannya," kata Rafizi ketika dihubungi. "Hujah dan angka-angka Bawani membuatkan rakyat semakin sedar serta percaya bahawa sistem pendidikan percuma memang boleh dilaksanakan," sambungnya. Isu ini meletup selepas klip video berdurasi 24 minit yang dirakam dalam sebuah forum suara mahasiswa anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memaparkan panelis, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menegur dan enggan memberi ruang kepada KS Bawani memberikan pandangan. Syarifah Zohrah adalah Timbalan Ketua Wanita Kongress Indian Muslim Malaysia (Kimma), komponen baru dalam BN. Terpalit dengan isu ini, Presiden Kimma, Senator Datuk Syed Ibrahim Kader semalam menafikan Syarifah bukan lagi ahli kongres itu, dan berkata, beliau sukar dikawal. Dalam forum tersebut, Bawani memberikan pandangan mengenai Bersih dan penerajunya, Datuk S Ambiga dan Datuk A Samad Said. Beliau turut menegaskan kepada penganjur bahawa negara mampu menawarkan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti. Read More / Baca Lagi >> | ||
NGO Kelantan anjur seminar pantau pilihan raya Posted: 15 Jan 2013 08:20 PM PST KOTA BHARU: Dalam usaha mempastikan perjalanan Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) keputusannya mampu melambangkan keputusan rakyat terbanyak, Gabungan NGO Kelantan (GNK) yang dianggotai lebih 20 NGO akan menganjurkan seminar mengenai pemantauan pilihan raya. Pengerusi GNK, Dr Abdul Halim Yusof berkata, seminar itu amat penting agar perjalanan PRU13 terlaksana berdasarkan 'pemantauan terarah' mengikut piawaian yang diperakui. Katanya, seminar itu akan diadakan pada 19 Januari ini mulai jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang di Balai Islam, Lundang. Menurutnya, pihaknya telah pun mengundang peserta dari agensi kerajaan termasuk pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam). | ||
Posted: 15 Jan 2013 08:19 PM PST Keberanian seorang siswi dan ketololan seorang penceramah mendapat reaksi ikhlas daripada masyarakat. Video yang dirakam pada 8 Disember 2012 tersebar luas di ruang siber sejak beberapa hari lalu dan segera mendapat reaksi daripada masyarakat pelbagai kaum. Saya pula merasakan perlu untuk mendokumentasikan pandangan rakan-rakan terhadap tindakan wanita berkenaan yang tiba-tiba menjadi lebih popular berbanding "wanita pertama" Datin Seri Rosmah Mansor. Sebenarnya, laporan mengenai tuduhan Presiden Pertubuhan Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) dan Timbalan Ketua Wanita Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) Kebangsaan pada majlis forum "Seiringkah Mahasiswa dan Siswi dengan Politik?" bahawa pengerusi bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk Ambiga Sreenevasan adalah seorang anarkis tersiar dalam laporan K Pragalath di Free Malaysia Today (9 Disember 2012). Zohra yang juga menggunakan nama manja "Nikki Da Best" didapati turut memaparkan beberapa kenyataan anti-Ambiga dan anti-Bersih di Facebook baru-baru ini. Paparan itu juga mendapat perhatian dan kritikan ramai. Read More / Baca Lagi >> | ||
Listen : Pemuda PAS simpati nasib Sharifah Posted: 15 Jan 2013 08:16 PM PST Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) merakamkan simpati terhadap nasib yang menimpa Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin, Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) yang mencetuskan kontroversi apabila bertindak keterlaluan ke atas seorang mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani di dalam satu majlis forum yang diadakan di universiti tersebut baru-baru ini. Ini kerana, pemimpin UMNO/Barisan Nasional kelihatan memisahkan diri dari tindakan Sharifah dan mula menafikan kaitan dengannya ekorannya tindakannya yang dilihat akan menjauhkan golongan mahasiswa daripada UMNO/Barisan Nasional. Di antara pemimpin yang dlilihat memberikan kenyataan tidak menyebelahi Sharifah dalam isu ini ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Shaifudin Abdullah, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan Timbalan Ketua Pemuda MIC V.Mugilan. Read More / Baca Lagi >> | ||
Duit pampasan: Utusan kantoi sah BN penipu! Posted: 15 Jan 2013 08:12 PM PST GEMPAR BERITA BERKENAAN WANG PAMPASAN BURUH PAKSA, UMNO DIKANTOIKAN OLEH AKHBAR UTUSAN YANG MEREKA SAYANGI, BERITA PADA 10 MEI 2007 MENYATAKAN WANG PAMPASAN BURUH DIGUNAKAN UTK MENUBUHKAN MISC SEBUAH SYARIKAT KRONI IAITU ANAK TUN MAHATDIR. 15 JAN 2013 MEMBERITAHU JEPUN TIDAK PERNAH MEMBERI WANG TERSEBUT KEPADA KERAJAAN MALAYSIA. JADI YANG MANA SATU BERITA BENAR??? KITA DESAK KERAJAAN WAJIB BAYAR KEMBALI BERSAMA KEUNTUNGAN 4% KEPADA 30,000 RAKYAT YANG TERLIBAT.RAKYAT SENDIRI BOLEH NILAI. | ||
Pendedahan Deepak akan dikartunkan Posted: 15 Jan 2013 08:10 PM PST Setelah diteliti, saya dapati pendedahan yang dibuat oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan adalah satu pendedahan yang penting kerana ia melibatkan salah guna kuasa yang serius, korupsi serta pembunuhan. Tambahan pula individu yang didakwa terlibat adalah pemimpin tertinggi negara, Datuk Seri Najib Tun Razak serta isterinya Datin Seri Rosmah Mansor. Saya mungkin tidak bersetuju dengan semua tindakan Deepak, tetapi isu yang dibawanya adalah salah satu skandal terbesar negara kerana itu wajar diangkat dalam bentuk visual. Antara lain Deepak mendedahkan manipulasi SD kedua oleh P. Balasubramaniam serta peguam yang terlibat, isu di sebalik pembunuhan Altantuya dan isu tanah melbatkan Ketua Wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah. Ia menjadi lebih buruk apabila Perdana Menteri dan isterinya membisu dan media-media kawalan kerajaan juga menggelapkan berita tersebut. Kerana itu menjadi tanggungjawab saya sebagai kartunis untuk mengkartunkan isu ini dalam bentuk buku untuk penyebaran dan kefahaman orang ramai. Kartunis politik, Zunar | ||
Felda shares: Was EPF, KWAP ‘pressured’ to buy? Posted: 15 Jan 2013 08:09 PM PST A Sabah PKR leader has accused the government of gambling with EPF and KWAP's money. KOTA KINABALU: Sabah PKR has accused the Barisan Nasional government of gambling with the Employees' Provident Fund (EPF) and Retirement Fund Incorporated (KWAP) money and incurring on paper losses of about RM327 million and RM295 million respectively.The party's secretary cum national supreme council member Dr Roland Chia Ming Shen said the board of directors of the two national pension funds must be answerable for the RM75 million paper loss which they collectively incurred, as a result of buying Felda Global Ventures Holdings (FGV) shares. He said this was due to shares being bought despite market analysts generally recommending against the stock since Aug 9 last year. He noted that since the listing of FGV, collectively EPF had bought 46 million shares while KWAP bought 10 million, bringing the total shares to 275 million and 253 million, respectively. "The buying behaviour of EPF and KWAP are extremely unprofessional and seemingly unbecoming of a pension fund," he said in a statement issued here. Chia warned that if the analysts' predictions were correct, EPF's losses could worsen from RM40 million to RM146 million in 12 months, Read More / Baca Lagi >> | ||
Selipar Pohrah + Melayu Bangang... umno/bn Sukaaa...!!!! Posted: 15 Jan 2013 08:08 PM PST Berulang kali gua nonton bideo forum UUM, menyampah binti meluat la pulak nengok gelagat betina sundal si selipar pooorrraahhh jamban binti syed miskin baukary... yang tak tau asal usul keturunan tuuu... hahaha..., mana taknya Syed KimmaK pun dah tak mengaku sedara.... Menantu Hantu Pak lah pun tak mengaku sedara jugak.... tapi betina tu bawa nama 1Malaysia untuk sebuah NGO (SW1M).... hahahaha... Errrr.... slogan 1Malaysia tu PAS punya ke... PKR punya ke... atau DAP yang punya slogan.... lu orang pikiaq la sendiri eekkkkk.... gua nak letak noktah... tak mau sembang pasal betina sundal tu lagiii... she's a low class bitch..... hahahaha...!!!! Bila minah India tu buat perbandingan sistem pendidikan dengan negara luar... that bitch kata tak boleh buat perbandingan pulakkkk.... TETAPI..... Apabila harga minyak naik..... siap masuk suratkhabar dan media elektronik boleh pulak buat perbandingan dengan negara lain...... untuk isu pendidikan percuma tak boleh pulak..., apa punya auta yang keraaaaa...jaan bn/umno dah ajar kepada rakyat Malaysia beb....???? Gua betul2 tak paham dengan mentaliti pencacai umno laknatullah khususnya dengan Selipar Pooorraaahhh Jamban Syed Miskin Baukary... apatah lagi dengan mentaliti melayu2 yang berada dalam Dewan tuuuu.... hahahaha... Read More / Baca Lagi >> | ||
Pasca #KL112 : Risalah burukkan Pakatan Rakyat di HKR Posted: 15 Jan 2013 08:08 PM PST Antaranya memaparkan imej pemimpin-pemimpin utama DAP serta foto pemimpin revolusi Iran pada tahun 1979 iaitu Ayatollah Ruhollah Khomeini. Risalah-risalah bersaiz kecil menyerupai wang kertas bertaburan di Jalan Kinabalu di hadapan Masjid Negara. 'Wang kertas' satu ringgit itu bertema 'Dynasty Reserve Note' dan 'Worthless Paper' yang mempunyai imej Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha DAP, Lim Guan Eng dan isteri Guan Eng, Betty Chew yang juga merupakan Adun Kota Laksamana di Melaka. Bagaimanapun tidak dapat mengecam identiti seorang lagi imej wanita di sebelah imej Kit Siang yang bertajuk 'Lim Dynasty'. Imej di sebelah kiri 'wang kertas' di atas tajuk 'Singh Dynasty' ialah Pengerusi DAP, Karpal Singh; ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Adun Datuk Keramat (Pulau Pinang), Jagdeep Singh Deo. Gobind dan Jagdeep merupakan anak kepada Karpal. Read More / Baca Lagi >> | ||
Anwar Menang Saman, Khairi Tarik Balik Fitnah. Posted: 15 Jan 2013 07:58 PM PST KUALA LUMPUR 16 Jan: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes saman terhadap Khairy Jamaluddin Abu Bakar berikutan Ketua Pemuda Umno itu menarik semula kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum KEADILAN dan kes selesai. Semalam, Khairy menarik balik kenyataan tersebut dan mengambil pendirian beliau tidak pernah berkata demikian. "Sekarang Khairy mengatakan beliau tidak pernah mengucapkan kata-kata tersebut. Ini bertentangan dengan pendiriannya sebelum ini. Pihaknya tarik balik dan kita berpuas hati," kata Anwar mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. "Khairy kata saya pengkhianat Melayu, dah tarik balik maksudnya saya ni pahlawan Melayulah…," seloroh Anwar yang berpuas hati dengan keputusan tersebut. Ekoran tindakan Khairy itu, Anwar mengingatkan pemimpin Umno agar berhenti menggunakan saluran media sesuka hati untuk memburukkan imej beliau. Peguam mewakili Anwar, Haijan Omar turut berpuas hati dengan penarikan tersebut. "Dia (Khairy) menarik balik sebab bertentangan dengan pendirian beliau sebelum ini. Kita berpuas hati dan setuju untuk selesaikan," kata Haijan kepada pemberita. | ||
Pasca #KL112 : Pujian Najib Kepada HKR Tidak Ikhlas Posted: 15 Jan 2013 06:45 PM PST Najib Razak tampaknya cuba hendak menunjukkan baik dengan pembangkang dan dalam masa sama untuk melembutkan hati rakyat apabila beliau mengucapkan terima kasih kepada para peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) Sabtu lalu kerana himpunan itu berlangsung dalam keadaan aman dan tidak menimbulkan sebarang kekalutan dan kekacauan seperti sebelum ini.
Sejak lebih 10 tahun lalu 'ini kalilah' perdana menteri mengucap terima kasih kepada pembangkang. Cara itu terima kasih itu menunjukkan Najib setidak-tidak ada sedikit telor masak merah. Begitu pun beliau tetap 'bermukah kata' dengan mengatakan kejayaan himpunan itu adalah kerana kejayaan polis kawal keselamnatan. Pujian terhadap polis itu menjadi pesimis kepada mereka yang menyertai himpunan. Apa yang boleh lakukan pada hari itu, dari bentuk mana kawalan dilakukan polis? Sekali lagi Najib mendapat gambaran serong mengenai peranan polis. Apakah sebuah halikeptor yang berlegar-legar di langit stadium hari itu adalah pasukan polis yang membuat kawalan agar hujan tidak turun? Walhal yang patut dikalungkan ucapan terima kasih dan syabas di atas kejayaan himpunan itu adalah rakyat dulu (PR) sebelum berterima kasih kepada polis. Najib perlu memahami faktor utama kejayaan himpunan - tidak kecoh dan berlaku sebarang kekecauan ianya adalah kerana sifat profesional seluruh penyokong Pakatan Rakyat. Selama ini kenapa himpunan menjadi tegang, kecoh dan bagaikan perang ialah kerana sikap polis yang terlalu gila mempertahankan kerajaan UBN atas keyakinan dengan cara itu sajalah rakyat boleh dihambat dan dihalang. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan