Selasa, 15 Januari 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Janda anak satu dicekup dalam keadaan bogel dengan lelaki asing

Posted: 15 Jan 2013 06:41 PM PST



DUNGUN : Seorang janda montel kemaruk seks dicekup dalam keadaan berbogel bersama pasangannya di sebuah bilik hotel murah, dekat sini, pagi semalam.

Ketika serbuan di sebuah hotel murah di bandar Kuala Dungun, kira-kira jam 7.30 pagi itu, pasangan terbabit dikatakan dalam keadaan memalukan dan hanya menutupi badannya dengan selimut dibekalkan pihak hotel.

Dengan pelaburan RM15 untuk menyewa bilik hotel murah, janda beranak satu yang difahamkan sudah dua tahun kesepian setelah bercerai dengan suaminya itu mendaftar masuk kira-kira jam 7 petang sebelum menghubungi teman lelakinya yang tinggal di Kuala Terengganu untuk dijadikan pasangan bagi menyempurnakan aksi panas.

Walaupun terpaksa menaiki bas awam sejauh hampir 80 kilometer, buah hati janda berkenaan yang bekerja di kedai aluminium di Kuala Terengganu itu sanggup datang dari jauh semata-mata untuk memenuhi keinginan seks pasangannya yang bekerja sebagai tukang masak.

Janda terbabit ketika pengakuan beberapa kali melakukan hubungan seks dengan teman lelaki 'import' yang masih bujang itu dan perbuatan terkutuk itu dilakukan di rumah saudara angkatnya di Kuala Terengganu..

Sharifah Zohra memang bersikap liar - Presiden KIMMA

Posted: 15 Jan 2013 06:11 AM PST

January 15, 2013
KUALA LUMPUR, 15 Jan — Pembicara kontroversi Sharifah Zohra Jabeen yang menyerang seorang mahasiswi secara terbuka dalam satu forum di Universiti Utara Malaysia (UUM) bukan lagi ahli Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) kata presidennya Senator Datuk Syed Ibrahim Kader dan mendakwa tingkahlaku bekas timbalan Ketua Wanita KIMMA Kebangsaan tersebut sukar dikawal.
Pembicara tersebut adalah presiden sebuah pertubuhan tidak pernah didengari dikenali sebagai Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) yang dilihat rapat dengan BN, dilihat didalam video mencaci seorang mahasiswi yang bangkit menyatakan pendiriannya mengenai perhimpunan aman anjuran Bersih 2.0 dan pehimpunan menuntut pendidikan percuma - dengan mengeluarkan kenyataan "bila dalam program kami, kami benarkan anda bercakap" dan "apabila saya bercakap, anda dengar."
"Banyak panggilan telefon saya dapat yang bertanyakan perkara sama.
"Jadi, saya ingin tegaskan beliau sudah tidak bersama KIMMA lagi. Segala yang beliau lakukan dan katakan sekarang tidak lagi melibatkan kami dan bukan pendirian kami," tegas Syed Ibrahim yang tidak menyatakan secara terperinci sama ada Sharifah Zohra dibuang daripada parti atau sudah meletak jawatan.
Ekoran kontroversi video tersebut, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan rakannya Khairy Jamaluddin juga mempertahankan mangsa sikap biadap tersebut, Bawani dalam laman Twitter mereka.
Syed Ibrahim mengakui kelantangan dan sikap agresif Sharifah Zohra semasa berada dalam KIMMA dan telah menerima pelbagai laporan negatif mengenai individu tersebut.
"Ya, kami memang tahu tentang sikap liar dan agresif beliau (Sharifah Zohra) ini dan susah nak kawal beliau ini," tambah beliau lagi.
"Namun, beliau kini tidak berada dalam parti lagi."
Forum "Seiringkah mahasiswa dan politik?" diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah pada 8 Disember lepas, akan tetapi hanya heboh selepas video tersebut dimasukkan di Youtube minggu lalu.
Klip selama 24 minit itu memaparkan seorang ahli panelnya Sharifah Zohra Jabeen menegur Bawani, yang bangun bercakap di forum itu, membangkitkan kepada penganjur forum apa yang dia percaya pembentangan mereka yang tidak betul mengenai Bersih dan penerajunya, Datuk S Ambiga dan Datuk A Samad Said.
Bawani juga menegaskan sejumlah negara mampu menawarkan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti dan bertanya mengapa Malaysia tidak boleh berbuat demikian, diikuti dengan tepukan penonton.
Ketika Bawani sedang bercakap, Sharifah turun dari pentas dan berdiri di depannya.
Bawani tidak mempedulikan tindakan Sharifah itu dan terus bercakap.
Sharifah kemudian berkata "dengar" kira-kira 11 kali sebelum bertindak mengambil mikrofon, sambil menghulurkan tangannya bersalam dengan Bawani dan mengucapkan terima kasih kepadanya.
"Nombor satu, ini adalah program kami dan kami dibenarkan untuk bercakap. Nombor dua, apabila saya bercakap, (anda) dengar," kata Sharifah kepada Bawani.
Tindakan Sharifah telah menerima banyak kritikan daripada rakyat Malaysia yang menonton klip video tersebut.




Hormati Pelajar, Sharifah Zohra Digesa Minta Maaf

  
Tuesday, 15 January 2013 22:29
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pemuda MIC, V Mugilan berkata, adalah penting suara mahasiswa diberi perhatian apabila ia menyentuh mengenai pembaharuan pendidikan dan pembangunan negara. 
Pendapat mereka perlu didengar kerana ia akan membantu mengubah persepsi dan menyediakan idea kreatif bagi menambah baik masa depan mereka di negara ini.


Dipetik Bernama, beliau menegaskan, sistem pendidikan dan negara boleh memenuhi keperluan kebanyakan mahasiswa dengan menggalakkan kebebasan dan berdikari dan mampu menyuarakan pendapat dengan bebas.

"Bagaimana kita nak harap mereka menjadi warganegara yang boleh didekati pada masa depan jika kita tidak membenarka mereka turut serta dalam perbincangan mengenai dasar-dasar yang memberi kesan kepada mereka hari ini," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Mugilan mengulas klip video 24 minit yang menunjukkan pertikaman lidah antara anggota panel Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dan pelajar undang-undang Universiti Utara Malaysia KS Bawani, yang menjadi topik hangat perbincangan dalam forum Internet dan Facebook.

"Malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengiktiraf bahawa mahasiswa di universiti-universiti tempatan telah menjadi lebih vokal dan kritikal tentang kerajaan dan melonggarkan beberapa undang-undang membenarkan pelajar menyertai politik.

 "Kami (MIC) kecewa dengan Sharifah Zohra, sebagai seorang anggota panel, tidak dapat mengawal keadaan secara bijaksana dan berdiplomasi," katanya.

Tinjauan ke atas Facebook menunjukkan forum, bertajuk 'Seiringkan Mahasiswa dan Politik' berlangsung pada 8 Disember dan video mengenai sesi soal jawab itu hanya dimuatnaik dalam YouTube, Rabu lepas.

"Pagi ini, lebih daripada 170,000 pendapat mengenai video itu telah menarik sejumlah besar "dislikes".

Satu laman diwujudkan dalam Facebook - 'Kami mahu Sharifah Zohra Jabeen memohon maaf secara terbuka kepada Cik Bavani', dengan 26,814 'likes' pada laman itu.

Dalam pada itu, Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail berkata, pihaknya kesal dengan insiden yang tercetus di antara Sharifah Zohra dan Bawani apabila pelajar itu dimalukan pada forum berkenaan.

"Semua sedia maklum bahawa program yang dihadiri oleh Bawani ialah sesi forum dialog yang pengisiannya pastilah berkisar kepada pemahaman dan sesi soal jawab.

"Srikandi yang meneliti persoalan yang cuba dibangkitkan oleh Bawani dalam program itu melihat bahawa Bawani cuba untuk menyuarakan pendapat dan persoalan yang jelas berkaitan dengan pemasaalahan yang dekat dengan generasi muda hari ini.

"Sharifah telah memperlihatkan ketidakmatangan beliau dalam berhadapan dengan kenyataan dan persoalan yang diberikan oleh Bawani," kata beliau.

Katanya, Srikandi melihat ia sebagai satu sikap yang biadap, tidak matang dan tidak profesional.

"Persoalannya jelas, Bawani bicara soal isu yang menekan mahasiswa, isu yang membelenggu mahasiswa namun jawapan yang diberikan hanyalah dengar!

"Untuk itu dalam ruang demokrasi di negara ini yang dilihat semakin tercemar dengan budaya "diam dan dengar", ia menjelaskan bagaimana suara rakyat tanpa mengira siapa pun jika yang dibangkitkan itu ialah soal kelemahan kerajaan maka ia harus 'didiamkan'," katanya lagi.

Siti Aishah berkata, Srikandi mengambil pendirian bahawa Bawani berhak diberikan ruang tanpa dimalukan dan mendesak Sharifah Zohra dalam kadar segara memohon maaf kepada Bawani dan seluruh mahasiswa.

"Mungkin Puan Sharifah harus diingatkan bahawa dia bakal berhadapan dengan ribuan anak muda yang tidak akan hanya 'diam dan dengar', tetapi akan bangkit bersama dalam mempertahankan hak mereka," katanya sambil menambah, "ini masa untuk generasi muda bangkit dengan prinsip bahawa budaya biadap dan usaha pembodohan ini harus ditolak."


Sinar Harian

Tiada ulasan: