WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- LAGI KEJAYAAN RAKYAT LAWAN PEMERINTAH
- Lajim yakin 18 kerusi Parlimen Sabah bakal ditawan Pakatan
- AYAH MAHATHIR DARI MANA?
- 5 tahun saja jika langkah PR sumbang (LM)
- Ciri-ciri sebagai pembangkang sudah terbentuk dalam UMNO
- ISHHHH....AWAT TAK DAK AKAII....
- BN sudah bersedia jadi pembangkang (LM)
LAGI KEJAYAAN RAKYAT LAWAN PEMERINTAH Posted: 27 Jan 2013 09:04 PM PST Kejayaan rakyat, pelabur terbesar Rapid Pengerang tarik diri(Sidiqin Omar)KUALA LUMPUR 27 JANUARI: Firma minyak dan gas dari Jerman, Badische Anilin und Soda Fabrik (BASF) menarik diri dari projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang, Johor. Setiausaha Gabungan NGO Pengerang (GNP), Kapten Hasnul Ahmad, berkata BASF selaku pelabur terbesar projek kontroversi berkenaan, menarik diri kerana memikirkan reputasi syarikat pada masa depan. "Isu alam sekitar, pemilikan tanah dan kampung warisan punca BASF tarik diri. Isu Rapid bukan saja jadi isu nasional tapi sudah menjadi isu dunia. "Mungkin tak tahan dengan tekanan dan himpunan (anti-Rapid), (maka) BASF tarik diri," katanya kepada Keadilan Daily, hari ini. Beliau juga menyifatkan penarikan syarikat berpangkalan di Eropah itu sebagai kejayaan rakyat hasil tekanan badan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk tempatan dan sokongan Pakatan Rakyat. BASF pada kenyataan rasmi 21 Januari lalu membuat pengumuman rasmi untuk menarik diri dari projek yang dianggar bernilai RM60 bilion itu. Perjanjian Utama (HOA) ditandatangai kedua-dua pihak pada 5 Mac 2012 dengan BASF melabur RM4 bilion dalam projek Rapid. Mengikut terma perjanjian, sebuah entiti baru akan ditubuhkan dengan BASF memegang 60 peratus kepentingan manakala Petronas 40 peratus yang kini mencari rakan niaga baru. Kedua-dua pihak merancang untuk memiliki, membangun, membina, mengoperasi fasiliti pengeluaran produk petrokimia di Rapid. Pada kenyataan media itu, Hasnul bagaimanapun kesal berikutan kerajaan Johor langsung tidak membuat pengumuman rasmi berhubung penarikan syarikat berkenaan. "Itu tanggungjawab mereka. Sepatutnya buat pengumuman kerana rakyat ialah pemilik kepentingan," kata Hasnul. | ||
Lajim yakin 18 kerusi Parlimen Sabah bakal ditawan Pakatan Posted: 27 Jan 2013 08:54 PM PST Lajim yakin 18 kerusi Parlimen Sabah bakal ditawan Pakatan(Oleh Norutul Ilham)GEMAS 28 Jan: Ahli Parlimen Beaufort, yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lajim Ukin, yakin 18 kerusi Parlimen negeri itu akan berjaya dirampas pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13). Katanya, rakyat Sabah berani membuat perubahan walaupun diugut pelbagai cara oleh Umno BN. "Sudah lama saya sertai politik, daripada umur 31 tahun. Kali ini melihatkan kebangkitan rakyat Sabah, saya yakin sekurang-kurangnya 18 kerusi Parlimen Umno akan tumbang. "Kalau kamu ke Sabah sekarang, tanya mood mereka, moodnya seperti tahun 1995 ketika berlaku perubahan kuasa," katanya ketika menyampaikan Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Pekan Pasir Besar, Gemas, Negeri Sembilan, malam tadi. Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, perjuangannya dalam karier politik untuk menentang Umno berlandaskan prinsip keadilan demi rakyat Sabah. "18 tahun saya bersama Umno, tapi langsung tiada kemajuan dan pembangunan. Dulu gaji saya RM40,000 tapi sekarang 4 sen pun tak ada. "Sabah adalah negeri paling kaya dengan hasil minyak sahaja RM20 bilion setiap tahun, tapi jalan raya, air ada masalah, elektrik tiga kali seminggu terputus, bukan salah ibu mengandung, tapi salah pilih kerajaan yang ada sekarang," katanya disambut gelak 10,000 hadirin. Tambah Lajim, sikap berterusan Umno itu akan membawa padah dalam PRU akan datang kerana rakyat Sabah sudah hilang kepercayaan kepada mereka. "Walaupun Tun Mahathir (Mohamad) sendiri pergi kempen ke Sabah, sudah tiada guna. Kerana beliau sendiri akan tenggelam dengan labu-labunya," katanya. Lajim sebelum ini mengisytihar keluar BN, malah meletak jawatan sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu, Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Pengerusi Umno BN Beaufort. Beliau menubuhkan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang menyokong Pakatan Rakyat. Selain beliau, Ahli Parlimen BN-Tuaran, Wilfred Bumburing turut keluar BN dan menubuhkan Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang juga menyokong Pakatan. PPPS dan APS menjadi wadah bagi memastikan negeri yang kaya sumber alam tapi paling miskin di Malaysia itu, ditawan Pakatan pada PRU 13. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43952 | ||
Posted: 27 Jan 2013 04:39 PM PST | ||
5 tahun saja jika langkah PR sumbang (LM) Posted: 27 Jan 2013 08:20 AM PST PR langkah jangan sumbang Di Pasir Gudang Johor, ada ahli-ahli UMNO tutup bilik gerakan tanda protes kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Johor iaitu Ghani Othman. Di Pengakalan Chepa, Kelantan ada ahli UMNO menganjurkan tunjuk perasaan menolak Dali Husein, Ketua UMNO Bahagian daripada dicalonkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. | ||
Ciri-ciri sebagai pembangkang sudah terbentuk dalam UMNO Posted: 27 Jan 2013 04:07 AM PST Ciri-ciri sebagai pembangkang sudah terbentuk dalam UMNOStrategi terakhir UMNO dan BN untuk memenangi pilihanraya kali ini ialah dengan memisahkan PAS dengan DAP dan telah saya sebut dalam posting saya yang lepas. BN menggunakan isu agama, siapa yang mengudakan dan dikudakan di antara PAS dengan DAP dan juga isu kononnya kaum Cina akan menguasai kerajaan jika PAS dan DAP mendapat mandat bersama Parti Keadilan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang. Tetapi cara ini tidak berkesan lagi kerana kali ini. Buat pertama kalinya hampir keseluruhan rakyat bercakap dan mentelaah tentang politik. Rakyat tahu yang tuduhan orang Cina dan DAP akan menguasai politik dan kerajaan itu ialah untuk menakutkan orang Melayu untuk bersama DAP dalam memperjuangkan kerajaan yang bersih dan matlamat PAS yang mahukan sebuah kerajaan yang mampu untuk mengaddinkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Matlamat BN untuk memecahkan DAP dangan PAS itu adalah satu tektik yang berkesan dalam pilihanraya-pilihanraya yang lalu tetapi isu itu tidak lagi diterima oleh rakyat sekarang kini. PAS pula telah membuktikan bahawa parti itu mampu untuk menjadi pilihan yang menggantikan UMNO sebagai parti Islam yang dikuasai oleh orang Melayu. DAP pula merupakan parti yang diminati oleh orang Cina dan kaum-kaum lain kerana sifatnya sebagai parti berbilang kaum dan bangsa. Lagi pun jika DAP memenangi semua kerusi pun ia tidak akan mampu untuk membentuk kerajaan sendirian seperti yang dimomokkan oleh BN dalam siri kempennya keseluruh negara. DAP tetap mengakui bahawa orang Melayu merupakan kaum yang terbesar dan perlu mendapatkan sokongan kaum Melayu untuk menjadi parti yang berkesan di dalam kerajaan setelah Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya nanti. Itulah sebabnya urusan untuk mendapatkan pembaharuan politik hanya boleh dilakukan oleh kedua parti ini dengan sokongan Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat ini merupakan premis terbaik bagi rakyat bersatu dengan kuat kerana kegagalan UMNO membina budaya hidup bersama dalam sebuah negara yang majmuk seperti negara ini. BN telah gagal kerana sifat parti-parti di dalamnya yang merupakan parti-parti yang berdasarkan kepada keahlian mereka mengikut kaum dan bangsa. Masa berubah dan pemikiran rakyat turut berubah mengikut masa dan zamannya. Pemikiran yang betul tidak datang dengan cepat tetapi apa yang berlaku dalam BN hari ini membuatkan rakyat berfikir dan melakukan tehakik yang jelas diantara rakyat untuk memberikan persepsi buruk yang sedang di alami oleh BN sekarang ini. BN sebenarnya bermusuhan dengan rakyat yang berfikir. BN lebih suka kepada rakyat yang tumpul pemikiran mereka kerana ketumpulan pemikiran itu memudahkan UMNO untuk mengelirukan pemikiran rakyat dan itulah sebenarnya cara BN selamat selama ini. Dalam usaha lain, BN khususnya Perdana Menteri berkata yang BN akan memperbetulkan apa yang telah salah dilakukan oleh BN serta semua kelemahan BN semasa mentadbir negara kita. Tetapi mereka lupa yang BN telah diberikan mandat itu setiap pilihanraya sebalum ini. Kenapa tidak juga berlaku apa yang mereka janjikan sekarang ini. Sedar kah atau tidak janji BN sekarang ini merupakan janji-janji yang telah di buat sejak puluhan tahun dahulu. Jika selama ini BN tidak berjaya melakukannya malahan menjadi penyebab pula kepada masalah yang kita hadapi hari ini, apa yang boleh meyakinkan kita yang BN tidak akan gagal seperti dahulu lagi? Sesungguhnya UMNO dan pimpinannya tidak akan dapat lagi menghilangkan persepsi rasuah sebagai isu yang terbesar dalam pilihanraya kali ini. Isu ini sememangnya isu dan stigma yang melekat kuat terhadap UMNO dan rasuah itu merupakan isu sinonim dengan UMNO. Rakyat tahu rasuah itu adalah faktor terbesar yang menyebabkan rakyat terutamanya yang masih berada diatas pagar dalam pilihanraya kali ini. Itulah sebabnya segala usaha BN untuk mendapatkan dukungan rakyat itu sentiasa gagal. Selagi persepsi rakyat yang UMNO itu rasuah tidak dapat di buang dari pemikiran rakyat kegagalan itu tetap berterusan sehingga BN benar-benar berada dipetak pembangkang di dalam dewan-dewan legislatif persekutuan dan negeri-negeri dalam persekutuan ini. Pendeknya UMNO dan BN perlu menerima hakikat yang setiap parti politik dalam sebuah demokrasi itu tetap akan melalui proses turun naik itu. Bagi BN, ia telah mendapat mandat yang berterusan sejak merdeka dan kali ini ia tetap akan melalui proses yang biasa dalam sesuatu demokrasi itu, iaitu giliran untuk menjadi pembangkang pula. Lagi pun sikap dan sifat UMNO akhir-akhir ini sudah menunjukkan 'attribute' sebagai parti pembangkang dengan jelas. Oleh kerana sudah terbentuk 'attribute' sebagai pembangkang maka tidaklah susah lagi UMNO untuk menjadi pembangkang yang diharapkan sebagai pembangkang yang baik selepas pilihanraya nanti. UMNO akan lebih baik sebagai pembangkang kerana parti itu akan membentuk pemimpin yang berfikir setelah menjadi pembangkang. Selama ini pimpinan parti itu melakukan kerja tanpa berfikir dan hanya bertindak mengikut nafsu dan kemahuan individu pemimpin mereka sahaja, bukannya mengikut kemahuan rakyat yang ramai. | ||
ISHHHH....AWAT TAK DAK AKAII.... Posted: 27 Jan 2013 04:02 AM PST Bendera PKR dan PAS diconteng dengan lambang Salib di negeri Johor
Tidak cukup dengan berbagai-bagai jenis keganasan dan vandalisma yang dilakukan oleh samseng-samseng yang diupah RM30 oleh UMNO terhadap apa saja yang menjadi milik PKR/Pakatan Rakyat.. kini bendera pula menjadi mangsa.. Kejadian dilaporkan telah berlaku di sebuah negeri yang dikatakan sebagai Kubu kuat terakhir bagi UMNO di Selatan Semenanjung.. Meskipun negeri tersebut merupakan kubu kuat bagi UMNO sebuah parti yang membela nsaib orang Melayu kononnya, perlu kita ketahui bahawa orang Melayu di Johor adalah orang Melayu paling miskin di Malaysia. Ini menurut Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas baru-baru ini dalam satu kenyataan yang boleh di baca di ( SINI ) Mungkin kerana terdesak kerana kemiskinan maka samseng upahan UMNO di Johor terpaksa mengambil upah menconteng bendera PKR dan PAS dengan lambang salib pula.. Laporan dari MSO mengatakan.. Satu perbuatan jahat yang sungguh mencelakan dilaporkan berlaku di Johor malam tadi apabila bendera PAS dan PKR dicalitkan (print) dengan lambang salib. Kejadian itu berlaku di Batu Pahat Johor. Budaya apa agaknya yang pemimpin-pemimpin UMNO cuba terapkan di sini selain dari budaya kurang ajar dan tidak bertamaddun? Saksikan juga bagaimana di negeri ini anak-anak Melayu yang masih bersekolah diajar untuk menjadi kurang ajar dengan menunjukkan isyarat lucah kepada beberapa pemimpin dari Pakatan Rakyat di ( SINI ) | ||
BN sudah bersedia jadi pembangkang (LM) Posted: 27 Jan 2013 03:32 AM PST Ciri-ciri sebagai pembangkang sudah terbentuk dalam UMNO Strategi terakhir UMNO dan BN untuk memenangi pilihan raya kali ini ialah dengan memisahkan PAS dengan DAP dan telah saya sebut dalam posting saya yang lepas. BN menggunakan isu agama, siapa yang mengkudakan dan dikudakan di antara PAS dengan DAP dan juga isu kononnya kaum Cina akan menguasai kerajaan jika PAS dan DAP mendapat mandat bersama Parti Keadilan Rakyat dalam pilihan raya yang akan datang. TERKINI: Nik Aziz sambut ulangtahun kelahiran di rumah Karpal Apa harapan lagi yang ada pada Umno/BN untuk memutuskan hubungan antara PAS dan DAP dengan perkembangan mutakhir ini sedangkan tarikh pilihan raya umum ke-13 semakin hari semakin hampir. .... |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan