Ahad, 27 Januari 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


DON'T WORRY DR M, you will escape: Sabah RCI meant to whitewash & suppress the truth!

Posted: 27 Jan 2013 09:24 PM PST

With the Sabah Royal Commission of Inquiry (RCI) into illegal immigrants beginning its second week of public hearings tomorrow, the question posed by the former Kuala Lumpur CID chief Datuk Mat Zain Ibrahim deserves attention – whether the RCI  would prove to be "an exercise in futility" as it is merely intended as a whitewash and a "sandiwara" by the Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and the Attorney-General Tan Sri Gani Patail to suppress the truth in the "citizenship-for-votes" scandals in the Land Below the Wind?
DON'T WORRY DR M, you will escape: Sabah RCI meant to whitewash & suppress the truth!None of the RCI's eight terms of reference is directed to identity those responsible for the treacherous acts against the country or for the RCI to propose any action to be taken on those responsible.
So far, there is no response to Mat Zain's call on the Inspector-General of Police  to open investigation papers following the revelations in the RCI that the late Megat Junid Megat Ayob and Abdul Aziz Shamsuddin were involved in Ops Durian Buruk, as they involved betrayal and acts of treason of the highest order.
Citing his own case in June 2000, when he was heading the KL CID, Mat Zain said the police initiated investigations against  the Prime Minister, Datuk Seri Dr. Mahathir immediately after Datuk Seri Anwar Ibrahim lodged a report on the day the former director-general of the Anti-Corruption Agency, Shafee Yahaya, gave his evidence during a civil trial, citing the then PM for abuse of power for closing its probe on former Economic Planning Unit director-general Ali Abul Hassan.

Mat Zain said: "What I intend to emphasise here is that police investigations commenced immediately in that instance, without having to wait for the trial to be over or for a decision to be made by the court.
"Similarly, in the revelations made during the current Sabah RCI, the IGP need not wait for any clearance from anybody to investigate the matter.

Read More / Baca Lagi >>

AG : Kerajaan sedia ambil tindakan berdasarkan laporan RCI

Posted: 27 Jan 2013 09:20 PM PST

TAWAU, 28 Jan – Kerajaan bersedia mengambil tindakan terhadap apa jua laporan dan resolusi daripada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang sedang menyiasat kehadiran pendatang asing tanpa izin di Sabah,  kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Beliau berkata sekiranya terdapat unsur jenayah, maka tindakan akan diambil dan jika didapati terdapat sesuatu yang tidak betul ia akan diperbetulkan.
"Ya (kita sedia ambil tindakan). Kita semua mesti ingat, kalau kesalahan jenayah, kita akan ambil tindakan. Kalau ada perkara yang tak betul akan dibetulkan. Itu janji kerajaan. Itu sebab kita ada RCI. Kalau kerajaan tak mahu buat (RCI), tak ada RCI.
"Tetapi kita mesti ingat, apabila kita bercakap tentang pendakwaan jenayah ini, kita kena tengok lagi adakah cukup bukti. Dalam RCI ini apa-apapun orang cakap boleh diterima, tanpa buktipun kita terima. Bukti keterangan khabar angin pun kita terima.
Read More / Baca Lagi >>

8 perkara utama mengenai RCI Sabah

Posted: 27 Jan 2013 09:13 PM PST



 
Ada yang menggelarkannya sebagai Projek IC dan ada yang mengenalinya dengan nama Projek M. Namun apa juga gelarannya, berikut merupakan perkara yang diperolehi daripada siasatan suruhanjaya diraja ke atas isu imigran Sabah – khususnya operasi sulit yang memberi peluang kepada warga asing untuk mengundi dan menggulingkan kerajaan pimpinan PBS Sabah.

1. Sekurang-kurang terdapat dua operasi sulit yang dikenal pasti.

G17 (atau Kumpulan 17)

Pemimpin: Bekas ketua Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Sabah Abdul Rauf Sani (1990-1992).

Individu dikenali yang terlibat: Para pegawai JPN: Kee Dzulkifly Kee Abdul Jalil, Yakup Damsah, Asli Sidup.

Ahli politik yang dikaitkan: Setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad pada masa itu, Tan Sri Aziz Shamsuddin.

Tempoh masa: Sejak 1990.

Modus operandi:


Pegawai JPN Sabah memproses antara 40,000 hingga 100,000 kad pengenalan untuk warga asing. Butiran dan tandatangan di kad pengenalan pada masa itu diproses dengan tangan.

Selepas butiran ditulis di kad berkenaan mengikut borang permohonan yang dibekalkan kepada pegawai tersebut, ia kemudiannya dihantar ke ibu pejabat JPN di Petaling Jaya untuk dilamina sebelum dikembalikan ke Kota Kinabalu.Read More / Baca Lagi >>

Keluarga Sugumaran mahu siasatan, bukan inkues

Posted: 27 Jan 2013 09:06 PM PST

Keluarga dan penyokong Sugumaran akan berdemonstrasi untuk menuntut bedah siasat kedua diatas kematiannya. – Gambar fail
KUALA LUMPUR, 28 Jan – Keluarga C. Sugumaran menolak cadangan untuk mengadakan inkues terhadap kematian pengawal keselamatan itu minggu lepas dan sebaliknya mendesak untuk siasatan pembunuhan, kata peguam N. Surendran. Dalam kiriman pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider hari ini, naib presiden PKR itu berkata ini adalah kerana waris Sugumaran percaya lelaki berusia 39-tahun telah dibunuh di tangan polis dan tidak mati akibat serangan jantung.
"IPK Slg (ibu pejabat polis kontinjen Selangor) memberitahu kita mereka melihat untuk menjalankan inkues. Keluarga menolak panggilan untuk inkues-mereka mahu penyiasatan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan pendakwaan bagi pembunuhan - terdapat bukti-bukti yang jelas dan terdapat saksi.
"Inkues hanya diperlukan jika terdapat keraguan dengan punca yang menyebabkan kematian," kata Surendran dalam kiriman pesanan ringkas malam tadi.
Beliau menambah polis masih belum bersetuju untuk bedah siasat kedua tubuh badan Sugumaram walaupun terhadap bantahan dari keluarga.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan rancang konvensyen khas menjelang PRU13, lancar manifesto

Posted: 27 Jan 2013 07:08 PM PST

SHAH ALAM - Susulan kejayaan menganjurkan Himpunan Kebangkitan Rakyat awal bulan ini, Pakatan Rakyat (PR) sedang membuat persiapan untuk mengadakan konvensyen kebangsaan, dijangka selepas sambutan Tahun Baru Cina atau awal Mac ini, antara lain membentangkan intipati manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Tarikh tepat dijangka diputuskan pada mesyuarat PR minggu ini.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, konvensyen kali ini akan mengetengahkan dasar dan program PR kepada rakyat menjelang PRU13.

"Pertemuan ini akan digunakan sebagai peluang untuk memberi gambaran awal mengenai manifesto Pakatan," kata beliau ketika dihubungi.

"Tarikh belum dipastikan, tetapi selepas sambutan Tahun Baru Cina, atau awal Mac," katanya sambil menambah, konvensyen itu akan memainkan peranan sebagai "platform membuka prakempen pilihan raya."

"Agenda utama adalah manifesto PRU kami," katanya.

Kali terakhir konvensyen PR berlangsung adalah dua tahun lalu di Pulau Pinang.

Read More / Baca Lagi >>

Kunjungan TG Nik Aziz ke rumah Karpal disambut air mata gembira

Posted: 27 Jan 2013 07:04 PM PST


(PENUH KECERIAAN ... Tg Nik Aziz memotong kek harijadinya ke 82 di rumah Karpal Singh dengan diperhatikan keluarganya)

KUALA LUMPUR: Sikap positif yang ditunjukkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengunjungi Pengerusi DAP Karpal Singh disambut air mata gembira oleh para penyokong Pakatan Rakyat.

Ini kerana, bagi mereka hubungan erat antara pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat akan menambahkan keyakinan rakyat untuk mentadbir negara dengan baik apabila Pakatan berjaya ke Putrajaya nanti.

Petang semalam, Tuan Guru Nik Aziz mengunjungi Karpal Singh di Gelugor Pulau Pinang dalam suasana perayaan Thaipusan sedang meriah di kawasan kediaman Karpal itu.

Tuan Guru Nik Aziz dengan ditemani Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Salleh Man, disambut gembira oleh Karpal dan keluarganya.  Tuan Guru Aziz berkunjung ke rumah Karpal dalam rangka lawatan beliau ke Pulau Pinang semalam dan malam tadi.
Read More / Baca Lagi >>

Ali Rustam fitnah Pakatan Rakyat

Posted: 27 Jan 2013 07:03 PM PST


MELAKA: PAS Melaka melahirkan rasa kesalnya apabila seorang yang bertaraf Ketua Menteri boleh lagi membuat fitnah.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari (gambar) dalam kenyataannya berkata, kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam bahawa Pakatan Rakyat akan membuang separuh kakitangan awam sekiranya berkuasa adalah fitnah.

Ali menyatakan demikian semasa menyampaikan ucapan di hadapan guru-guru yang dikerah menyambut kedatangan Tan Sri Muhyiddin Yasin ke Melaka pada 22 Januari lalu.

"Sebelum dia buang kita, kita akan buang dia," antara ayat yang digunakan oleh Ali Rustam untuk menimbulkan kebencian kakitangan awam kepada Pakatan Rakyat.

"PAS Melaka merasakan adalah tidak wajar seorang Ketua Menteri sanggup mengeluarkan fitnah sedemikian dihadapan kakitangan awam," kata Adly.

Kenyataan Ali itu diselangi dengan beberapa rasa tidak puas hati kakitangan awan dengan berkata "apa yang dia merepek tu", kata Adly.

Dakwah politik dekati pengundi PRU13

Posted: 27 Jan 2013 07:00 PM PST


Dakwah politik  dekati pengundi PRU13
KETUA Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi yang mengetuai Dewan Pemuda Pas Pusat sejak empat tahun lalu, mengakui Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) merupakan cabaran besar buatnya dalam menerajui sayap parti. Bukan mudah menggalas tanggungjawab dan membawa hala tuju parti dalam meraih sokongan pengundi.

Ikuti perkongsian perjalanan dan kemajuan yang dicapai sayap pemuda itu bersama Wartawan Sinar Harian, NOOR AZURA SAHRIL & NOOR FAIZAL GHAZALI  bersama Jurugambar, ROSLI TALIB.

Apakah perancangan masa depan Ustaz untuk keseluruhan jentera Pemuda Pas?

Saya sebagai pemegang amanah Ketua Pemuda Pas, perlu mencorakkan masa depan Pemuda sebagai jentera parti yang menepati piawaian sebagai agen perubahan. Oleh itu, perlu untuk memperbaharui corak dan gaya fikir melalui anjakan paradigma, dan mendepani cabaran semasa.

Saya sasarkan melalui tiga segmen utama, iaitu Pemuda Pas perlu memiliki akidah yang benar dan keyakinan yang tinggi kepada ALLAH. Keduanya, adalah pemikiran Islam yang syumul dengan merangkumi semua tasawur Islam yang luas dan ketiga sahsiah yang soleh dan menepati tuntutan syariat.

Ini sangat penting dalam membina masa depan dan kepimpinan anggota dalam Pas dengan adanya penglibatan tiga sinergi yang mantap dalam Pemuda iaitu ulama muda, profesional muda dan aktivis muda.

Ketiga-tiga sinergi ini akan menjadi sayap penting dalam parti. Ini struktur organisasi Pemuda Pas yang bergerak secara jangka panjang yang gabungan sinerginya mantap dan seimbang.

Bagaimana pula dengan perancangan Pemuda untuk menarik sokongan lebih ramai golongan muda menyertai Pas dan Pakatan Rakyat?

Read More / Baca Lagi >>

Kenyataan Muhyiddin Berkenaan Langat 2 Kelirukan Rakyat

Posted: 27 Jan 2013 06:59 PM PST

MB PC Songkok 01
CHERAS, 28 JAN : Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diingatkan supaya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat terutama berhubung pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tindakan Muhyiddin yang membelakangkan kuasa Kerajaan Negeri Selangor berhubung kelulusan projek Langat 2 jelas menyalahi undang-undang.
Menurutnya, ia sekaligus memberi gambaran bahawa Kerajaan Pusat yang ditadbir oleh Umno-BN bebas melakukan apa sahaja yang bertentangan dengan Perlembagaan Negara.
"Muhyiddin ialah seorang Menteri yang dilantik di bawah Perlembagaan Negara, dia tidak boleh melanggar Perlembagaan. Beliau tidak boleh membuli rakyat Selangor, kena ikut undang-undang. Kalau dia tidak ikut undang-undang, macam mana rakyat mahu ikut?
"Beliau kena berhati-hati dalam membuat kenyataan ini terutama jika kita menjawat jawatan tinggi. Malah, dia akan diketawakan oleh pemerhati antarabangsa kerana Malaysia merupakan satu-satunya negara yang tidak mahu mematuhi undang-undang dan bebas melakukan apa sahaja," katanya ketika mengadakan lawatan kerja di Parlimen Bandar Tun Razak.
Read More / Baca Lagi >>

A complete WIPEOUT of BN component parties in GE13, thanks to you DR M!

Posted: 27 Jan 2013 06:58 PM PST

A complete WIPEOUT of BN component parties in GE13, thanks to you DR M!Do we have to rewrite our history now? The former Prime Minister, Mahathir Mohamad, had proposed a Royal Commission of Inquiry (RCI) to investigate the granting of citizenship to one million foreign immigrants in the Federation of Malaya before it gained independence in 1957.
This supposedly must have included Mahathir's father who came to Malaya from Kerala as an immigrant.
It must be a sickening magniloquence coming from a former prime minister whose survival in politics many times before very much depended on non-Malay votes. With this declaration coming from Mahathir just before the 13th general elections will see the complete wipe out of the component parties allied to UMNO in Barisan Nasional (BN).
Strongly affirming them for single citizenship
It was indeed a fair and just move by Tunku Abdul Rahman and the Reid Commission that these immigrants were granted citizenship. It was not deliberately done for political 'whys and wherefores' but to achieve Independence for Malaya collectively – Malays and non-Malays. Neither were these immigrants frantically planted in political plebiscites to give advantage to any political parties at the time.
Tunku did not give out citizenship to misrepresent the electoral process. The non-Malays who resided in Malaya then had a right to citizenship, which was approved by all – Malays and the British – including the Conference of Rulers, and this was all done in an overt manner.
It was not a covert scheme but an open policy taken on and recognised by the British and Malayans at the time. This is what is written in our history books and annals for all to digest.
In fact it was in1952 that the government issued an ordinance that granted citizenship to almost 1.5 million non-Malays, and also prohibited dual citizenship, forcing the non-Malays to choose between their ancestral homeland and Malaya.
Read More / Baca Lagi >>

Forum 'Kebebasan Akademik dan Hak' - Part 8

Posted: 27 Jan 2013 06:43 PM PST

PTI : RCI Skandal X-Files

Posted: 27 Jan 2013 03:56 PM PST

PTI : IC PROJEK BUKAN SALAH UMNO..."KITA BUKAN PENGKHIANAT NEGARA"

Posted: 27 Jan 2013 03:49 PM PST

Egypt's Morsi declares 'state of emergency'

Posted: 27 Jan 2013 03:45 PM PST

Scripture readers: Why burn when you can learn?

Posted: 27 Jan 2013 03:44 PM PST

Gugur Nasha: Pas yakin langkah Majlis Syura tidak beri kesan besar

Posted: 27 Jan 2013 03:37 PM PST

SHAH ALAM - Keputusan Majlis Syura Pas menggugurkan keanggotaan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dari menganggotai badan tertinggi parti itu dilihat tidak akan memberi kesan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan Majlis Syura adalah mengikut prosedur dan semua pihak telah maklum mengenai perkara itu.

"Ini adalah prosedur biasa, semua orang maklum mengenainya dan tindakan yang dikenakan pun berikutan beberapa peraturan yang dilanggar oleh beliau (Nasharuddin)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Majlis Syura Pas hari ini mengesahkan telah menggugurkan keanggotaan Nasharuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Bachok yang pernah disebut akan diambil tindakan disiplin tahun lalu, atas alasan telah melanggar beberapa peraturan badan tertinggi itu.

Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin  didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura.

"Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Hindraf hilang sentuhan, masyarakat India sudah bersama BN ????

Posted: 27 Jan 2013 03:35 PM PST

Duapuluh peratus pengundi India masih di atas pagar, dengan BN dan Pakatan Rakyat (PR) berkongsi sokongan dari lebihan pengundi. – Gambar oleh Choo Choy May
 
KUALA LUMPUR,  28 Jan - Keputusan kerajaan untuk menarik balik larangan terhadap Hindraf tidak akan menambahkan banyak sokongan masyarakat India terhadap Barisan Nasional (BN), kata penganalisis, oleh kerana gabungan pemerintah itu sudah mempunyai majoriti undi dari komuniti tersebut. Dengan masa yang strategik sepanjang hujung minggu, pentadbiran Najib bersetuju untuk menghalalkan Hindu Rights Action Force (Hindraf), pergerakkan yang memimpin perhimpunan besar-besaran menentang kerajaan pada tahun 2007 bagi menuntut hak masyarakat India.
Peristiwa bersejarah yang menyaksikan lebih 30,000 kaum India berarak di ibukota dan bermandi gas pemedih mata serta air kimia, dikatakan sebagai punca BN hilang sokongan masyarakat tersebut pada pilihan raya 2008.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Akhir Mac atau awal April?

Posted: 27 Jan 2013 03:33 PM PST

Oleh TOK PERAK
WALAUPUN Datuk Seri Najib Tun Razak masih bermain teka-teki, ramai orang sudah menjawab soalan paling popular ketika ini: Bila pilihan raya?
Februari tidak mungkin, maka ada orang kata Mac. Tetapi bulan ketiga kalender orang putih itu ada 31 hari. Timbul soalan, yang mana satu daripada yang 31 hari itu orang kita akan membuat penentuan?

Dia orang kata minggu terakhir Mac, iaitu mana-mana satu hari dari 25 hari bulan hingga habis bulan. Ada pula yang kata, Mac tidak mungkin, sebaliknya awal April lebih munasabah, tetapi bukan 1 April sebab itu dikira 'April Fool'.

Tetapi apa salahnya mengundi pada April Fool? Orang mengundi tidak semestinya 'fool' @ bodoh. Sudah lima tahun menunggu, mereka kini berkobar-kobar untuk memangkah, tidak kira pada hari April Fool atau tarikh-tarikh lain.
*PUJIAN patut diberi pada Najib. Betapa pun orang bertubi-tubi tanya, tidak kira bila dan di mana, beliau kelihatan tenang, macam tidak ada apa-apa. Boleh tersenyum dengan wartawan, malah boleh berlawak.
Dia boleh pergi ke sana-sini, terkini ke Gaza – PM pertama yang sudi dan berani menjejakkan kaki di wilayah yang 24 jam bergolak. Beliau sedia membantu Gaza, antaranya dengan menyediakan tempat dan biasiswa kepada rakyat negara itu yang ingin menuntut di Malaysia.
Malah, beliau menawarkan diri untuk menjadi orang tengah mendamaikan Hamas dan Fatah. Beliau berjaya menjadi orang tengah yang berjaya menamatkan pertikaian antara puak Islam dengan kerajaan Filipina.
Pendek kata Najib menampakkan ketenangan dan kematangan, dalam menghadapi saat-saat gelisah ketika orang sibuk bercakap mengenai PRU13. Tetapi, ada juga orang kata PM ke sana-sini, untuk menenangkan fikiran yang berserabut. Betul atau tidak hanya beliau yang tahu.

Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Perjumpaan 2 orang musuh utama Umno BN......

Posted: 27 Jan 2013 03:00 PM PST


Di sebalik laporan bahawa kedua-dua mereka bertembung dalam isu hukum hudud dan bagi menyatakan hubungan erat dalam Pakatan Rakyat (PR), Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam mengunjungi rumah Pengerusi DAP, Karpal Singh di Jelutong, Pulau Pinang.
Nik Aziz tiba di kediaman Karpal kira-kira jam 3 petang dan meluangkan masa selama 20 minit di kawasan yang meriah dengan sambutan Thaipusam di Jalan Scotland.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berada dalam rangka lawatan ke Pulau Pinang untuk memenuhi beberapa program anjuran Pas di negeri itu.
Ia dilihat sebagai pertemuan bersemuka kedua selepas konvensyen nasional PR tahun 2009 di Shah Alam dan juga ketika Himpunan Kebangkitan Rakyat di ibu negara 12 Januari lalu.
Dalam kunjungan itu, Nik Aziz turut memotong kek yang disediakan Karpal sebagai tanda ulang tahun kelahirannya ke-82, sambil disaksikan pemimpin DAP, Pas dan PKR.
Karpal yang gembira dengan kehadiran Nik Aziz itu berkata, beliau terkejut kerana pemimpin Pas itu tiba 30 minit lebih awal.
"Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku.
Read More / Baca Lagi >>

Berahim KAKU kena penampar...

Posted: 27 Jan 2013 02:42 PM PST

Aku dah agak dah...
Berahim Ali tu takat sembang kencang ja...
Ingat negara tak dak undang-undang ka...??
Dan yang lebih pentingnya, Islam ada ajar ka bakar kitab agama lain...??
Jelas, ini bukan kerja rakyat yang bertamadun, pencetusnya juga berfikiran jumud... bagai katak dibawah tempurung... Dan hanya katak-katak yang sama spesis saja yang akan membuat bising yang amat kuat, lebih-lebih lagi katak puru atau katak longkang.... namun kosong....
Tahniah rakyat Malaysia kerana tidak mudah termakan politik kebencian yang ditanam oleh Umno neh..... Tahniah! ini semua kerja orang umno. Rakyat malaysia sudah boleh berfikir mana yang baik dan yang mana tak baik...
**********************************
Acara 'bakar Bible' di P Pinang tiada sambutan
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : 5 tahun saja jika langkah PR sumbang

Posted: 27 Jan 2013 02:42 PM PST

Di Pasir Gudang Johor, ada ahli-ahli UMNO tutup bilik gerakan tanda protes kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Johor iaitu Ghani Othman.
Di Pengakalan Chepa, Kelantan ada ahli UMNO menganjurkan tunjuk perasaan menolak Dali Husein, Ketua UMNO Bahagian daripada dicalonkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Di Melaka, bekas Ketua Pemuda UMNO Negeri keluar UMNO menyertai PAS, di Kedah seorang bekas menteri keluar UMNO dan menubuh parti baru, di Sabah Timbalan Menteri letak jawatan dan keluar UMNO menyertai Pakatan Rakyat PR. Dan ramai lagi sedang menanti ketika yang sesuai, untuk keluar meninggalkan UMNO.

Pilihan Raya Umum semakin hampir. UMNO semakin nazak, kuasa seakan-akan terlepas, kerakusan akan terbongkar, nasib tidak menentu, kerajaan separuh tumbang.

Apa agaknya akan berlaku selepas Pilihan Raya Umum ke-13 ini? Apakah Malaysia akan menerima sebuah kerajaan baru yang adil dan telus yang meletakkan keutamaan membela rakyat sebagai asas mentadbir secara sama rata.

Menolak dan menghukum mereka yang melakukan rasuah dan menzalami rakyat. Membahagikan harta khazanah negara kepada yang berhak. Tidak membazir, membangun negara yang seimbang serta membela nasib rakyat yang terhimpit dengan kemiskinan. Mengagihkan kekayaan negara dengan sempurna dan memerintah dengan amanah.
Read More / Baca Lagi >>

Egypt's Port Said hit by renewed deadly clash

Posted: 27 Jan 2013 02:34 PM PST

Killing continues at Port Said funerals

Posted: 27 Jan 2013 02:32 PM PST

Sejarah Kejahatan UMNO : Peristiwa Lubuk Merbau 1985

Posted: 27 Jan 2013 07:26 AM PST

http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/196420_157442037740133_2062606887_n.jpg Peristiwa Lubuk Merbau 1985 berlaku apabila seorang jentera pilihan raya PAS bertembung dengan penyokong UMNO di Felda Lubuk Merbau,Padang Terap,Kubang Pasu,negeri Kedah. Ketika itu kedua-dua belah parti sedang sibuk berkempen dalam Pilihan raya kecil Padang Terap 1985.

Lebih kurang 2 km dari tempat ceramah Ustaz Fadhil itu adalah ceramah UMNO dan penceramahnya ada Ketua Pemuda UMNO iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak yang diadakan di Balai Raya Felda Lubok Merbau.

Dua petugas bergelimpangan di dalam longkang. Salah seorang daripadanya telah dibawa ke hospital dan telah meninggal dunia. Beliau adalah Othman Talib. Rupa-rupanya beliau telah dipukul atau dihentak diatas kepalanya, walaupun tidak berdarah tetapi hentakan itu adalah sangat parah. Suhaimi Said dan Syed Ibrahim, iaitu AJK PAS Pusat yang juga seorang peguam, telah pergi ke Balai Polis Lubuk Merbau untuk membuat laporan polis. Antara mereka yang hadir ialah Man Kadir (Pak Jabit) dan Pak Harun. Buku bertajuk 'Peristiwa Berdarah Felda Lubuk Merbau' dan 'Peristiwa bergambar Felda Lubuk Merbau' telah diharamkan. Penulis dua buku ini Suhaimi Said telah ditahan di bawah ISA.[1]

Antara mangsa dalam tragedi Felda Lubuk Merbau pada 18 Januari 1985 ialah :
Ibrahim bin Tahir - ditetak dengan senjata tajam
Nasir bin Muhammad- dipukul dengan besi di kepala
Shamsuddin bin Sulaiman - ditetak dua liang di kepala dan ditikam di muka dan dahi.
Ayub Mat Shah - dihentak dengan bata dan ditikam dengan botol pecah dan dipukul dengan kayu.
Ahmad bin Tahir - dipukul dengan kayu,dibaling dengan batu-bata di muka.
Osman bin Talib - retak di kepala dan terbunuh.
Sehingga kini, kes tersebut tidak dapat diselesaikan.[2]
Read More / Baca Lagi >>

JMR : RIBUAN RAKYAT PASIR BESAR GEMAS N9 BANGKIT BERSAMA PAKATAN..!!!

Posted: 27 Jan 2013 06:39 AM PST



Tiada ulasan: