Sabtu, 19 Januari 2013

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Anak muda berperanan awasi penipuan SPR pada PRU 13 – Anwar

Posted: 19 Jan 2013 07:13 PM PST

Anak muda berperanan awasi penipuan SPR pada PRU 13 – Anwar

KAJANG 19 JANUARI: Anak muda termasuk mahasiswa perlu berperanan sebagai 'mata' bagi menyekat penipuan ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 berlangsung, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Masa PRU 13, kita mahu puluhan ribu mahasiswa turun bantu di luar, bukan kacau orang, bukan sekat orang tapi pastikan jangan ada penipuan.

"Penipuan akan ada tapi kita kena kurangkan. Insya-Allah kita tawan Putrajaya," kata yang mengakui meletakkan harapan tinggi kepada generasi muda.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata, anak muda boleh memain peranan sebagai alat penerangan ke peringkat bawah, selain mengesan penipuan melalui kecanggihan teknologi.




"Ada orang beritahu, buat apa buang masa dengan anak-anak muda, lagi pun mereka tidak mengundi. Saya kata – walaupun tak mengundi tapi mereka boleh beri penerangan kepada ramai orang.
"Malah, saya dapati anak-anak muda mempunyai kepakaran IT. Mereka buat kerja ini, semak balik dan dapat puluhan ribu bukti," katanya disambut sorakan kira-kira 300 anak muda.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada program "Meet Anwar" – Dialog Anak Muda Bersama Anwar Ibrahim di Hotel Oriental Crystal di sini, petang semalam.
Anwar percaya penipuan undi akan berulang pada PRU 13 berdasarkan peningkatan luar biasa jumlah pengundi baru selain kekeliruan daftar pemilih berikutan kekangan butiran peribadi dalam sistem Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Adakah pilihan raya akan datang bebas dan adil? Tidak. Saya bagi contoh angka penipuan – pengundi baru Selangor 450,000 tapi yang tidak dapat dikesan berdasarkan nama dan alamat rumah – 130,000.
"SPR kata tak apa tidak ada pun asalkan daftar, ada. Jadi boleh mengundi. Bagi contoh penipuan, tarikh lahir 20 Ogos 1939, pohon Januari 1950. Jadi siapa yang mendaftar?" katanya.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43518

BONGKAR

Posted: 19 Jan 2013 02:54 PM PST


Fakta & analisis yang digeruni BN (LM)

Posted: 19 Jan 2013 07:57 AM PST

Ekonomis digantung tugas pertahan analisisnya

Ketua ekonomis Bank Islam yang telah digantung tugasnya kerana meramalkan kemenangan tipis Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang, mempertahankan analisisnya dan berkata ia dibuat secara profesional.

Dalam satu kenyataan hari ini,  Azrul Azwar Ahmad Tajudin berkata, beliau membuat analisis tersebut secara profesional, jujur dan saksama, selaras dengan amalan terbaik dalam industri selepas mengambil kira faktor-faktor yang patut dimasukkan dalam analisis seumpama itu. 

Bacaan setersunya:   Fakta & analisis yang digeruni BN

UUM: Universiti Umno Malaysia? (LM)

Posted: 19 Jan 2013 02:29 AM PST

Bawani dakwa pelajar diwajib hadir forum SW1M

Mahasiswa jurusan undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM), Bawani KS menegaskan bahawa pihak kampus itu harus bertanggungjawab terhadap penganjuran forum mahasiswa dan politik yang didakwanya sebagai satu 'brainwash'.

Bercakap dalam temubual dengan Malaysiakini petang semalam, Bawani (kanan) turut mempersoalkan mengapa kehadiran mahasiswa diwajibkan khususnya penghuni Dewan Penginapan Pelajar Proton, sekiranya universiti menyatakan mereka tidak mempunyai kaitan dengan forum itu. 

Bacaan seterusnya:   UUM: Universiti Umno Malaysia?

Pendatang haram diberi IC, 300,000 rakyat tempatan ‘merempat’

Posted: 18 Jan 2013 10:40 PM PST

Pendatang haram diberi IC, 300,000 rakyat tempatan 'merempat'

(Oleh Arif Juhani)
PUTARAJAYA 18 Jan: Naib Presiden KEADILAN, N Surendran mengutuk keras Tun Dr Mahathir Mohamad yang memberi kerakyatan kepada warga asing, tetapi menindas ratusan ribu rakyat mendapatkan kad pengenalan (IC).
Katanya, mantan Perdana Menteri itu boleh dianggap penderhaka ekoran membenarkan pendatang asing menjadi warganegara.
"Mahathir dan pemimpin Umno yang terbabit dalam pemberian IC kepada orang asing adalah penderhaka kerana mengizinkan perkara ini berlaku," katanya kepada pemberita selepas bertemu pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), di sini bagi mendapat respon berhubung masalah 300,000 masyarakat India tidak memiliki kad pengenalan.
Surendran mendesak PDRM segera menyiasat Mahathir ekoran skandal pemberian beratus ribu status kerakyatan kepada warga asing di Sabah dan memberi keadilan kepada rakyat yang menjadi mangsa kezaliman Umno BN.
"Situasi ini serius, anak yang lahir di Malaysia sukar mendapat kad pengenalan atas alasan tidak munasabah, sebaliknya warga asing dapat kerakyatan.
"Dalam hal ini, Mahathir adalah penderhaka negara kerana membebankan rakyat yang tidak mendapat IC sekaligus menafikan hak keistimewaan yang sepatutnya diterima seperti faedah pendidikan, kesihatan dan pekerjaan," kata Surendran.
Sementara itu, Pengarah Guaman KEADILAN, Latheefa Koya membidas alasan tidak munasabah JPN berkenaan status permohonan masyarakat India, seperti pemohon tidak fasih berbahasa Melayu.
"KEADILAN masih menunggu syarat khusus dari JPN, kononnya tidak dipenuhi pemohon sedangkan 99 peratus pemohon yang dibawa (ke JPN) lahir di Malaysia," katanya.
"JPN wajar bertolak ansur dan praktikal kerana terdapat masalah pembuktian dokumen ibu bapa dari pemohon.
"Ini masalah yang diwarisi, mustahil mereka dapat menyerahkan dokumen ibu bapa sedangkan ada pemohon di kalangan warga emas," jelasnya.
Turut hadir, Senator S Ramakrishnan; Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad;  Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud; Ahli Parlimen Teluk Intan, M Manogaran dan aktivis Pakatan Rakyat.
Ikut serta, dua pemohon remaja, Hari, 14, dan Haran, 12, dari Rumah Kebajikan Agathis, Petaling Jaya.
KEADILAN sebelum ini mengadakan himpunan aman "Duduk Bantah" 12 Disember lalu sebagai desakan agar masalah rakyat Malaysia yang dinafi mendapatkan kad pengenalan diselesaikan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43463

Tiada ulasan: