Sabtu, 19 Januari 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Kejayaan HKR #KL112: Antara kecekapan polis dan komitmen penganjur

Posted: 19 Jan 2013 09:39 PM PST

Oleh Greencresent
Syabas untuk sakretariat Himpunan Mega Kebangkitan Rakyat atas kejayaan penganjuran HKR112, terutamanya Tuan Haji Mohamad Sabu selaku pengerusi. Mungkin tidaklah terlewat untuk dinukilkan asas "bicara kejayaan" di sebalik HKR112 tersebut.

Sesungguhnya Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari (HKR112) di Stadium Negara lalu telah mencipta sejarah. Paling bersejarah, ia sudah ditarafkan sebagai "pengisytiharan Merdeka Kedua" oleh Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. 
Menurut Tuan Guru, HKR 112 itu adalah ulangan pengisytiharan "Merdeka" yang pertama oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 31 Ogos 1957. Justeru di sebalik simbolik "Merdeka Kedua" sebenarnya adalah berpandukan semangat kebangkitan rakyat pada kali ini - saat pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang menyaksikan perkongsian hasrat semuaa lapisan rakyat untuk melakukan perubahan kuasa politik demi mengisi ruang kemerdekaan yang sudah melepasi usia 55 tahun ini. 
Sehubungan itu, HKR112 itu telah dianggap petunjuk jelas rakyat bangkit untuk menolak Barisan Nasional pada PRU13 nanti. Meskipun pihak pemimpin Barisan Nasional, termasuk Datuk Seri Mohd Najib cuba mencari mileage dengan menganggap ia suatu testimoni betapa Akta Perhimpunan Aman yang mereka gubal sudah berjaya. 
Sementara pihak pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk Tuan Haji Mohamad Sabu  sedia berterima kasih kepada pihak polis kerana memberi kerjasama baik menurut lunas undang-undang dan standard operating procedures (SOP) pengawalan perhimpunan.
Read More / Baca Lagi >>

UMNO sekarang nie di luar pun hodoh dan di dalam pun hodoh...!!!

Posted: 19 Jan 2013 09:36 PM PST

Sekadar berkukok seorang diri.. Ajak face to face untuk debat semua menikus

Tanda yang paling jelas UMNO itu usang ialah ketidak-mampuan untuk mengubah keadaan dan persepsi buruk rakyat terhadap parti itu dengan keseluruhan kepimpinannya. 
Banyak pihak telah mengkritik dan memberikan pandangan yang berbagai-bagai untuk memperbaiki parti itu tetapi UMNO tetap dengan sikap dan perangai yang sama tanpa ada tanda-tanda untuk berubah kepada kebaikan.
Segala kesalahan moral dan jenayah yang dilakukan oleh UMNO dan BN selama ini tetap terus berlaku dan rakyat sudah tiada pilihan selain dari melakukan yang drastik terhadap parti pemerintah itu. 
Betul lah kata setengah pendapat orang, keadaan ini adalah kehendak yang 'natural' dan ianya berlaku kepada semua parti-parti dan pertubuhan siasah yang sudah lama dan usang dimana-mana.
Ahli-ahli serta penyokong-penyokong tegar UMNO masih dalam sindrom penafian dan masih bertegas mengatakan UMNO akan menang dan ada yang mengatakan yang parti itu akan mendapat sokongan 2/3 dalam Dewan Parlimen kali ini. Tetapi hakikatnya tindakan mereka hanyalah untuk menyedapkan hati mereka sahaja kerana keadaan sebenarnya adalah di sebaliknya.

Pendatang Disusukan : ‘Tujuh kali ulang-alik ke Sabah, saya serik’ ..anak bangsa dihambat...!!!

Posted: 19 Jan 2013 09:36 PM PST


Faizada
Mariam menunjukkan Mykad adik-adik Faizada yang telah diproses tanpa sebarang masalah.
 
PASIR GUDANG – Hasrat Faizada Aldam, 23, mendapatkan Mykad masih belum tercapai, meskipun sudah dua kali berulangalik ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya.

Ibunya, Mariam Sarian, 48, berkata, 3 Januari lalu dia dihubungi JPN Johor Bahru yang memintanya berurusan dengan Unit Sabah JPN Putrajaya.

Bagaimanapun menurutnya, hasil perjumpaan dengan pihak berkenaan pada 8 Januari memintanya menyediakan dokumen lengkap walaupun turut dibawa bersama adik-beradik lain.

"Pada 14 Januari, sekali lagi saya ke Putrajaya, tapi malangnya pihak JPN meminta saya balik berurusan dengan JPN Sabah kerana katanya sudah dikuatkuasakan akta undang-undang baru.

"Saya keliru kerana kenapa sampai dua kali saya ke Putrajaya baru diarahkan berurusan dengan JPN Sabah, sedangkan saya bukan orang senang nak berulang-alik begini," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Mariam berkata, tujuh kali berulang-alik ke JPN Sabah sebelum ini membuatnya serik kerana sudah terlalu banyak wang digunakan untuk menguruskan Mykad Faizada.

Menurutnya, dia juga bersedia menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sekiranya status Ida diragui sebagai anak kandungnya, asalkan Ida mendapat haknya sebagai warganegara Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Menggantung khidmat pakar ekonomi Bank Islam tindakan memalukan

Posted: 19 Jan 2013 09:34 PM PST

Oleh Aspan Alias
Penggantungan perkhidmatan Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin, minggu lepas kerana memberikan pandangan peribadi secara 'professional' berhubung dengan pilihanraya ke13 adalah satu isu panas. Isu ini menjadi sebutan dan perbincangan di kalangan para professional dan rakyat kelas menengah dan ia dibincang di mana-mana

Penggantungan perkhidmatan beliau itu merupakan satu tragedi dan ia tidak di sangka-sangka boleh berlaku di dalam sebuah negara demokrasi. Saya tidak terfikir perkara seperti ini boleh dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab dan sikap ini harus di perangi habis-habisan untuk mengelak ia berlaku dan berulang lagi.  Saya pernah berkata di dalam UMNO bercakap benar adalah ditegah dan memberikan pandangan yang tidak disukai oleh yang berkuasa adalah jenayah.
Pandangan Azrul merupakan pandangan dari sudut 'professional' dan tidak kena mengena dengan kecenderungan politik beliau. Beliau bercakap dalam satu majlis forum di Singapura sebagai pandangan seorang professional kerana keputusan pilihanraya sememangnya mempunyai 'consequence' besar terhadap ekonomi negara. Pandangan beliau yang berkemungkinan keputusan pilihanraya ada tiga: 1) kemenangan Pakatan Rakyat dengan kemenangan tipis 2) kemenangan BN dengan tipis dan 3) kemenangan besar Pakatan Rakyat.
Mengikut analisa beliau (Azrul) secara professional, beliau mengandaikan yang BN hanya akan memenangi di antara 97 sehingga 107 kerusi dalam pilihanraya nanti dan ia tidak mencukupi untuk membentuk kerajaan. Keadaan ini mengikut Azrul tidak akan menjadikan kerajaan PR menjadi satu kerajaan yang kuat kerana memenangi pilihanraya dengan majoriti yang kecil.
Read More / Baca Lagi >>

Cina Kelantan sokong tuntutan 'R'

Posted: 19 Jan 2013 09:32 PM PST

KOTA BHARU: Gabungan Pertubuhan Tiong Hua Kelantan (GPTHK) berikrar akan menyertai gerakan menuntut royalti minyak untuk Kelantan melalui ngo 'R'.

Dalam pertemuan dengan ngo 'R' di sebuah restoran dekat sini, mereka mencapai tiga kata sepakat iaitu:

1. Menyokong penuh tuntutan royalti petroleum negeri Kelantan. Bayaran
harus dibuat melalui akaun kerajaan negeri supaya rakyat boleh menyemak dan menghukum melalui Dewan Undangan Negeri.

2. Akan melancarkan R kaum Cina dalam masa terdekat.

3. Mengadakan pertemuan dan menyerahkan deklarasi tuntutan dan hasrat kaum Cina terhadap perbelanjaan dan pengurusan hak hasil bumi tersebut.

Pertemuan itu diadakan bagi mengetahui perkara sebenar tuntutan NGO berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

Lagi projek runding terus UMNO/BN kepada kroni

Posted: 19 Jan 2013 09:28 PM PST

KUALA LUMPUR, 20 JAN: Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menjelaskan kepada rakyat mengenai pemberian kontrak bernilai RM23 juta secara runding terus kepada syarikat milik pemimpin UMNO untuk melatih guru pendidikan jasmani (PJ).
Pakar Strategi Pilihanraya DAP, Dr Ong Kian Ming, berkata beliau pertikai kerana kontrak itu diberi melalui rundingan terus kepada sebuah syarikat yang ditubuh pada 2008 untuk menceburi perniagaan dalam peralatan sukan dan pasaran produk di Malaysia.
"Kami juga pertikai keputusan melantik sebuah kolej di Amerika Syarikat (AS) berasaskan kaedah pengajaran eksklusif secara jarak jauh dan pembelajaran dalam talian. Kolej sedemikian pasti tidak mempunyai fakulti pengajaran dan sumber mencukupi untuk menyampaikan program pengajaran secara bersemuka, terutama bagi 1,000 guru yang sepatutnya mendaftar dalam program itu berbanding anggaran semasa pelajar di USSA adalah kurang daripada 600 orang.
"Walaupun berniat baik menyediakan latihan semula untuk guru PJ, terutama mereka yang tidak berkelayakan," katanya dalam kenyataan media, semalam.
Dr Ong berkata, pada 17 Januari lalu, Muhyiddin dianugerahkan Doktor Kehormat oleh Akademi Sukan Amerika Syarikat (USSA), yang berpusat di Daphne, Alabama, atas usaha beliau "untuk meningkatkan pendidikan fizikal untuk membantu dalam pembinaan sebuah negara "melalui inisiatif "Satu pelajar – Satu Sukan".
Read More / Baca Lagi >>

Mahathir boleh disiasat bawah Akta Hasutan- Aziz Bari

Posted: 19 Jan 2013 09:27 PM PST

KUALA LUMPUR 20 Jan: Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Profesor Dr Abdul Aziz Bari, berkata, Akta Hasutan boleh dikenakan ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mempersoal kedudukan orang Cina dan India yang diakui perlembagaan.
Beliau mengulas syor Mahathir agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat pemberian kerakyatan kepada sejuta pendatang asing di Persekutuan Tanah Melayu, sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.
"MCA dan MIC patut kutuk Mahathir sebab bekas PM itu mempertikaikan kedudukan orang Cina dan India. Mereka juga boleh buat laporan polis sebab Mahathir seperti berkata kedudukan warganegara mereka didapati secara tidak sah,
"Mahathir boleh disiasat di bawah Akta Hasutan sebab ini mempertikaikan kedudukan bangsa lain dan boleh menimbulkan rasa tak selesa (pelbagai kaum)," ujar pakar undang-undang ini.
Terdahulu, Aziz berkata, pemberian kewarganegaraan kepada orang Cina dan India oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj adalah berdasarkan kepada kontrak sosial yang dipersetujui Umno sendiri.
"Ia adalah asas kepada penerimaan mereka terhadap kedudukan istimewa Melayu di bawah perkara 153 di bawah Perlembagaan Persekutuan," tegasnya.
"Mana dia MCA, MIC dan Gerakan? Mereka patut kecam Mahathir dan tinggalkan BN sekiranya pimpinan Umno tidak menegur kebiadaban Tun Dr Mahathir itu," tegasnya.

Pas tidak akan tarik balik keputusan Majlis Syura

Posted: 19 Jan 2013 09:25 PM PST


Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh
SHAH ALAM – Pas tidak akan menarik balik keputusan Majlis Syura berhubung kalimah ALLAH walaupun Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh meminta untuk kaji semula.

Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, pendirian itu tidak akan berubah seperti yang dijelaskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas bermesyuarat dengan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, Majlis Syura telah menetapkan bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu, dan tidak akan mengkaji semula pendirian tersebut.

"Terdapat dua situasi yang membabitkan isu ini, pertama adalah terjemahan kitab Bible dalam Bahasa Melayu tidak dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH menggantikan God atau Lord.

"Kedua, masyarakat bukan Islam yang menghadiri majlis keramaian dan ceramah Pas tidak dihalang untuk menyebut Allahuakbar (contoh), kerana itu adalah hak mereka," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Read More / Baca Lagi >>

Listen! Listen! When I Speak, Listen! [1 Hour Remix Edition]

Posted: 19 Jan 2013 09:23 PM PST

Kantoi : Najib Cakap Jangan Politik Isu Pendidikan Di Kelantan? Mari Tengok Surat ni!

Posted: 19 Jan 2013 09:13 PM PST

http://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/528951_216357741835014_1826117735_n.jpg

http://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/397407_10200422085777637_164207236_n.jpg

mu mari buat onar kat kelate, rakyat dah tahu perangai puak umno. habis masuk dalam jabatan kerajaan paksa dan suruh rakyat pekerja kerajaan jadi balaci kepada umno?

ppppuuuiiiiihhhh! puak cikgu lebih cerdok dari ketua bahagian yang kerja makan duit projek!

cis!

Listen : Sharifah Zohra "Listen" bukan ahli Kimma..ha..ha.. semua orang tak mau kawan dengan dia...!!!!

Posted: 19 Jan 2013 09:12 PM PST


Rohaini Datuk Syed Ibrahim JOHOR BAHRU - Kepimpinan Puteri Kongres Indian Muslim Malaysia (Kimma) memberi amaran kepada pembangkang supaya tidak mengaitkan moderator kontroversi Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dengan parti berkenaan.

Ketuanya, Rohaini Datuk Syed Ibrahim berkata, Sharifah Zohra merupakan bekas Timbalan Ketua Wanita Kimma Kebangsaan bagi sesi 2010/2012 dan tidak lagi menyertai Kimma selepas jawatan berkenaan diisi oleh individu lain.

"Apa yang diucapkan oleh beliau ketika forum berkenaan berlangsung sebagai Presiden Suara Wanita 1Malaysia (SW1M). Tugasnya sebagai Timbalan Ketua Wanita Kimma Kebangsaan tamat pada April 2012 yang lalu.

"Jadi beliau sudah tidak ada kena-mengena dengan Kimma lagi. Saya minta parti pembangkang tidak memperbesar-besarkan isu ini. Jangan jadikan isu ini sebagai agenda untuk mengalih perhatian menjelang pilihan raya umum (PRU) yang bakal tiba tidak lama lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Deepak vs Najib, Rosmah: DEFENSIVE MACC already taking sides, issues rare statement

Posted: 19 Jan 2013 09:09 PM PST

Deepak vs Najib, Rosmah: DEFENSIVE MACC already taking sides, issues rare statementControversial carpet dealer Deepak Jaikishan claimed he was "not in the (right) state of mind" to be questioned over his claims last week and asked for a postponement, says the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).
MACC's response was issued yesterday, a day after Deepak said he was told on Friday to return at a later date with documents pertaining to his allegations surrounding private investigator P. Balasubramaniam's second sworn statement in 2008.
The second statutory declaration, was in relation to the 2006 high-profile murder of Mongolian Altantuyaa Shaariibuu.
"Deepak was greeted by one MACC officer (yesterday) and he subsequently told the officer that he was supposed to be at the MACC office because he had made an appointment with a reporter.
"When asked if he was ready to give his statement, Deepak told the officer that he was 'not in the state of mind' to have his statement recorded and requested that he does so on January 22, 2013, at 5pm," the commission's Deputy Chief Commissioner, Datuk Mohd Shukri Abdull, said in a statement.
Defensive MACC already taking sides
Deepak had told said on Friday that he expects to reveal everything to the MACC after he had recently admitted that he helped to get Balasubramaniam to repudiate his earlier statutory declaration on the matter, including finding two lawyers to draft the new statement.
Read More / Baca Lagi >>

Biskop kata kenyataan Ibrahim Ali 'berapi-api'

Posted: 19 Jan 2013 09:08 PM PST



Biskop Katolik Dr Paul Tan Chee Ing berkata seruan presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali supaya orang Islam membakar kitab Injil yang menggunakan kalimah Allah adalah "kenyataan berapi-api yang melampaui batas wacana sivil di Malaysia."
Ketua gereja Katolik Melaka-Johor itu berkata beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk  mengambil tindakan memandangkan kenyataan itu kini diketahui khalayak umum.

Katanya, ini juga merupakan waktu terbaik untuk melihat sama ada slogan 1Malaysia yang dicanangkan kerajaan mengandungi apa-apa makna atau hanya slogan untuk meraih undi.

Beliau mengulas kenyataan MP Pasir Mas itu, seperti dipetik dalam satu laporan portal Free Malaysia Today, yang menggesa orang Islam supaya membakar naskhah bible dalam bahasa Inggeris – Al-Kitab – untuk menghentikan tindakan mengina sensitiviti orang Islam.

Laporan itu menyebut, Ibrahim menyatakan demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan dalam satu konvensyen PERKASA di Pulau Pinang.

Ucaptama program tersebut disampaikan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

‘Listen, listen, listen’ mewakil sistem pembelajaran negara, kata Anwar

Posted: 19 Jan 2013 09:08 PM PST

Anwar berkata hanya melalui pendidikan, kebenaran akan dapat disebarkan. – File pic
KUALA LUMPUR, 20 Jan – Insiden "listen ... listen ... listen" yang menimbulkan kekecohan di laman media sosial yang mengaitkan Bawani KS dan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin adalah budaya pendoktrinan yang mewakili sistem pendidikan di negara ini, dakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jelas Anwar, insiden tersebut bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana pelajar di negara ini diajar melalui kaedah "listen" seperti dalam video di laman YouTube tersebut.
"Kalau orang kata ini suatu yang luar biasa berlaku, tak betul ... listen, listen, listen, ini mewakili sistem yang ada, ini kaedah anak kita diajar," kata Anwar dalam ucapan ketika majlis kutipan dana untuk Pilihan Raya Umum ke-13 DAP di sini malam tadi.
Kaedah sedemikian jelas pemimpin pembangkang itu  telah bermula sejak pelaksanaan Biro Tata Negara (BTN) yang mana pelajar diarahkan untuk menuruti arahan tanpa sebarang pertanyaan.
"Dulu mereka disuruh ikut BTN, bila dipesoalkan, akan kata khianat Melayu ..."
"Ia falsafah politik rasis dan autoritarian yang diibaratkan pemimpin berkuasa penuh terhadap rakyat," tegas Anwar di hadapan lebih 3,000 hadirin majlis tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

PRU: 'Ambo nak umum dah', kata Najib..ha..ha...ada berani..!!!!

Posted: 19 Jan 2013 09:06 PM PST

KOTA BHARU - Teka-teki Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) terus mendapat perhatian di mana hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membayangkan pembubaran Parlimen akan dibuat dalam masa terdekat.

Berucap pada Majlis Janji Ditepati di Pusat Transformasi Luar Bandar di sini, Presiden Umno menegaskan, pihaknya sudah bersedia, sambil mahu rakyat  memberi undi kepada Barisan Nasional (BN).

"Ambo (saya) nak umum pilihan raya dah, hari ini dalam majlis nak tanya adakah rakyat bersedia menyokong BN ?" kata beliau yang juga Pengerusi BN sambil menerima sorokan lebih 30,000 penyokong.

Dalam ucapan itu, Najib turut mengumumkan tujuh janji kepada rakyat Kelantan sekiranya BN diberi mandat untuk mentadbir negeri.

Antaranya, pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai, stadium baru, menyediakan kemudahan air, perumahan rakyat, kampus Universiti Teknologi Mara kampus  Kota Bharu dan masjid terbesar di Kelantan.

HKR #KL112: IDEAS sifatkan situasi menang-menang

Posted: 19 Jan 2013 09:05 PM PST


KUALA LUMPUR: Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) menyifatkan kejayaan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) 12 Januari lalu sebagai 'situasi menang-menang'.

Pengurus Projek dan Operasi IDEAS, Amin Ahmad berkata, rakyat berjaya membuktikan HKR berlangsung aman walaupun jumlah peserta jauh lebih ramai berbanding himpunan sebelum ini.

Manakala kerajaan pula katanya, dapat menunjukkan komitmen mereka terhadap transformasi yang mahu dilakukan.

"Sudah tentu kita tidak dapat mengelak daripada sejumlah kritikan dan juga sikap ahli politik yang akan mengambil peluang mendakwa perhimpunan ini adalah satu petunjuk positif bagi mereka, sama ada pembangkang atau kerajaan.

"Tapi lebih penting daripada itu ialah rakyat mempunyai keyakinan bahawa mereka mempunyai suara dan meskipun jumlahnya hanya satu orang, kebebasan bersuara ini mesti dijamin," kata beliau kepada Harakahdaily.

Respons kepada tuntutan rakyat

Beliau juga berkata, semua pihak khususnya kerajaan harus memberi perhatian kepada tuntutan rakyat.

Tegasnya, tidak semua tuntutan mesti dilihat sebagai satu serangan kepada kerajaan sebaliknya apa sahaja tuntutan yang dikemukakan harus dilihat sebagai petunjuk bahawa rakyat masih percaya kepada fungsi kerajaan.
Read More / Baca Lagi >>

JMR : Anwar ‘mengeteh’ bersama rakyat sebelum berpidato di Shah Alam

Posted: 19 Jan 2013 09:04 PM PST

SHAH ALAM 20 JANUARI: Lebih 5,000 rakyat hadir ke program Jelajah Merdeka Rakyat di tapak pasar malam Seksyen 17 Shah Alam malam tadi, sekaligus membuktikan Selangor kekal kubu kuat Pakatan Rakyat.
Meskipun program bertembung dengan perlawanan bola sepak Liga Super antara Selangor dengan Pahang, namun, kehadiran ramai itu menunjukkan rakyat dahagakan maklumat sebenar dari pemimpin Pakatan.
Meskipun hanya duduk di tepi jalan, tanpa khemah berbumbung yang selesa, kehadiran rakyat berbilang kaum, pelbagai lapisan usia dan latar belakang melambangkan semangat untuk melakukan perubahan politik yang tinggi.
Puluhan warung niaga 'pasang siap' juga didirikan manakala meja makan di Medan Selera Seksyen Seksyen 17 penuh 'ditempah' hadirin, yang 'sambil-sambil' makan, turut  mendengar ceramah.
Antara pimpinan Pakatan yang berucap ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim, Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail dan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Pegawai Pusat Khidmat Rakyat DUN Batu Tiga Shah Alam dilihat sibuk mengedar kalendar, risalah, pemegang kunci dan Selangor Kini.
Suasana menjadi gamat sebaik ketibaan Datuk Seri Anwar Ibrahim,  namun Ketua Umum KEADILAN itu tidak terus ke pentas ceramah sebaliknya meluangkan masa 'mengeteh' bersama petugas dan aktivis KEADILAN serta penduduk setempat di warung berdekatan.
Kehadirannya menjadi tumpuan, malah orang ramai mengambil peluang bersalaman dan merakam gambar sekali gus membuktikan pimpinan Pakatan, mudah didekati.

Amaran : "Kami ke jalan raya jika PRU tipu"

Posted: 19 Jan 2013 09:03 PM PST

SELAYANG: Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112), Mohamad Sabu berjanji akan menghimpunkan lebih ramai rakyat lagi jika berlaku sebarang penipuan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Jika berlaku demikian, beliau berjanji, rakyat tidak akan pulang selagi kerajaan yang naik secara penipuan itu tidak turun.

"Kita janji, jika kerajaan tak turun, kita tidak akan pulang," katanya dengan disambut tepukan gemuruh para hadhirin.

Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS itu berkata demikian ketika memberikan ceramah di tapak Uptown, Bandar Tasik Puteri malam tadi.

Turut serta memberikan ceramah bersama beliau adalah Dr Dzulkefly Ahmad (anggota Parlimen Kuala Selangor), Datuk Mohd Arif Sabri (bekas Ketua Penerangan Umno Pekan) dan Faris Musa (Pengerusi Jingga 13.)

Lebih 1,000 menyertai ceramah anjuran PKR itu.

Sudah beberapa himpunan dibuat untuk mendesak agar pilihan raya umum diadakan dengan bersih.

Bersih, Bersih 2 dan Bersih 3 dibuat bagi menuntut pilihan raya yang bersih dilakukan.
Read More / Baca Lagi >>

Listen : PM umum tujuh projek besar di Kelantan selepas PRU13...mana royalti kami...!!!

Posted: 19 Jan 2013 09:01 PM PST

KOTA BARU, 20 Jan – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan tujuh projek besar yang bakal dilaksanakan bagi memajukan Kelantan tidak lama lagi.
Projek tersebut merangkumi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Baru, pembinaan stadium baharu, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan melibatkan 3,000 unit.
Projek lain adalah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Baru, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar dan projek menyelesaikan masalah air.
Najib berkata tujuh projek ini akan juga dimasukkan dalam manifesto BN nanti.
"Ambo (saya) sebut tujuh perkara ini dan hanya sebahagian sahaja dari manifesto. Tidak lengkap lagi.
"Ambo hendak simpan. Nanti ambo datang lagi, ambo umum yang lain. Ambo simpan modal," katanya ketika berucap merasmikan program Jelajah Janji Ditepati di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjung di sini hari ini. – Bernama

Mahathir biadap, buta sejarah- Prof Dr Aziz Bari

Posted: 19 Jan 2013 08:57 PM PST

KUALA LUMPUR 20 Jan: Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing, menerima kecaman pelbagai pihak termasuk pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari.
Menyifatkan kenyataan itu biadap dan mengarut, Aziz berkata, kewarganegaraan yang diberi oleh bapa kemerdekaan itu berbeza ketika Mahathir berkuasa sebagai perdana menteri.
"Tunku beri kewarganegaraan bukan dengan tujuan menipu pilihan raya. Apa yang Tunku buat sebahagian tuntutan dan persetujuan kemerdekaan. Ada syarat tertentu yang diakui undang-undang sebagaimana negara-negara lain,"
"Mereka tidak datang ke sini sebagaimana Pendatang Tanpa Izin (PATI) sekarang, tetapi kesan pentadbiran British. Faktor menipu dalam pilihan raya, tidak ada dalam kes Tunku,"
"Tunku mengenakan syarat tertentu yang sebahagiannya dimasukkan dalam peruntukan perlembagaan. Ia dilakukan secara terbuka, bukan mencuri-curi dan berselindung sebagaimana Mahathir," ujarnya dalam satu kiriman emel kepada Keadilan Daily.
"Mahathir bukan sahaja biadab dan buta sejarah, tetapi mempersoalkan kedudukan orang Cina dan India yang diakui oleh perlembagaan," tambah beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Bersumpah tanpa beri penjelasan perangai budak-budak – Chegubard

Posted: 19 Jan 2013 08:56 PM PST

KUALA LUMPUR 19 JANUARI: Perangai Datin Seri Rosmah Mansor yang bersumpah tetapi tidak memberi penjelasan mengenai pembelian cincin berlian RM24 juta, tak ubah macam budak-budak, kata Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin.
"Kena ingat, orang persoalkan sebab pembaziran dan salah guna kuasa. Rosmah kena tampil bagi penjelasan, bukan sumpah-sumpah macam budak-budak," katanya kepada Keadilan Daily.
Rosmah baru-baru ini dilapor bersumpah kononnya beliau tidak memiliki cincin RM24 juta tetapi mengakui ada melihat cincin itu apabila dibawa masuk ke Malaysia untuk dipamer 'kepada orang yang ada duit.'
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu berkata, perbuatan bersumpah itu hanya menambah kecurigaan rakyat berikutan pendedahan Deepak Jaikishan dibuat lengkap dengan dokumen tertentu.
Badrul Hisham berkata, sumpah yang dibuat Rosmah sama sekali tidak tidak menjawab persoalan berbangkit berhubung pembelian cincin yang tertera namanya sebagai pemilik berdasarkan dokumen kemasukannya ke negara ini.
"Saya dedahkan bagaimana nama Rosmah tertera sebagai penerima, itu persolannya. Kalau dia cakap tak beli, kenapa dokumen ada nama dia?" katanya.
Beliau juga menyifatkan bersumpah menjadi trend yang diguna pakai pemimpin Umno BN menjelang pilihan raya bagi memenangi hati pengundi tanpa perlu memberi penjelasan terhadap sesuatu isu.
"Politik sumpah berlaku apabila menjelang pilihan raya, tengok perkara sama dilakukan Datuk Seri Najib Razak masa dekat pilihan raya kecil Permatang Pauh.
"Jadi itu tandanya pilihan raya makin hampir. Kenapa Rosmah pula yang bersumpah? Kerana sekarang, beliau beban kepada Umno BN," katanya yang dikenali dengan nama Chegubard.

Prof UM: Umno jadi mangsa kejayaan sendiri

Posted: 19 Jan 2013 09:30 AM PST

PUTRAJAYA - Umno, yang telah menyumbang kepada pembangunan nasional sejak pemerintahan Barisan Nasional (BN) sepanjang lebih dekad lalu,  turut menjadi mangsa kepada kejayaannya sendiri dalam perkembangan politik tanah air.

Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Mohamad Abu Bakar berkata, dengan berkurangnya kebergantungan rakyat kepada parti itu, Umno bukan hanya terpaksa berhadapan dengan parti pembangkang, tetapi juga terpaksa 'bertembung' dengan komponen BN.

"Umno juga terpaksa berurusan dengan parti-parti komponen BN termasuk dari Sabah dan Sarawak.

"'Alignment' politik yang diwujudkan sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) tidak setakat membuka ruang dan peluang kepada penyertaan untuk memudahkan mobilisasi rakyat," katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Lanskap Politik Malaysia Selepas PRU12 dan Menjelang Tahun 2020 di sini, hari ini.

Read More / Baca Lagi >>

MIC is dead, Umno dying: M'sian Indians won't fall for Najib's EMPTY PROMISES

Posted: 19 Jan 2013 09:21 AM PST

MIC is dead, Umno dying: M'sian Indians won't fall for Najib's EMPTY PROMISES Prime Minster Najib Razak is now at the end of his tether and desperately trying to gain Indian votes after the UMNO-led government had neglected this 'relegated' ethnic group for the past 55 years. He wants the Indians to give him a strong mandate in the 13th general elections but alas, this is not going to happen.
Najib is aware that Indian voters can help Barisan Nasional (BN) win in many constituencies in the country. But the Indians cannot be easily swayed this time around.
BN is a coalition where UMNO has more say than all the other component parties. This does not bode well for the coalition and the poor minority groups in the country. Today, however, UMNO has been reduced to almost half of its previous political strength and other component parties in the coalition have been rated as 'totally irrelevant' in the country's political landscape.
Indians are a forgotten community
UMNO and BN have already lost hope in Malay and Chinese votes and they are now pursuing hard to 'catch' Indian votes. But then Indians too have lost faith in UMNO and BN. Thanks to the two-party system the country now has.
If truth be told, UMNO and BN today have lost their way with the resurgence of an alternative coalition in the country – Pakatan Rakyat (PR).
For the past 55 years UMNO leaders have kept promising the displaced Indians the moon, but the party has not lived up to their promises. Indians have now realised that UMNO's promises are like piecrust, made to be broken.
The country has gone through 12 general elections and each time an election comes UMNO-MIC leaders will beg for Indian support. In actuality, Indians are a 'forgotten community in Malaysia' under 55 years of BN rule. They will only be remembered just before the elections.
Indians have long been neglected by UMNO in education, public service development programmes, economy and social programmes. Indians have become the new 'under-class' in the country under the race-based policies of UMNO-led government.
Despite all the sugary promises given to the pitiable Indians by UMNO- MIC leaders UMNO's old and present policies of race and religion have not helped these marginalised Indians in anyway. MIC and other Indian leaders in BN are more interested in scrambling for posts, position, honorific titles and business opportunities.
Indian leaders in BN are there only to warm the seats as they cannot do much to push 'Big Brother' UMNO to look into the plights of the unheeded Indians.
With crumbs and pittance
The Indian poor today fittingly represent the 'underside' of Malaysia's economy.  Despite the country's outer appearance of 'racial harmony and opportunity for all', many in the Indian community have limited access to housing, education and jobs.  About 70 percent of Malaysian Indians work as rural and urban labourers, and they constitute among the poorest ethnic groups in the country.
After 55 years of UMNO-led government, Indians are still lagging behind other ethnic groups in almost all the economic sectors. Another five-year mandate for BN will further diminish the hopes of the poor Indians. Bribing the poor Indians to vote for BN with crumbs and pittance is not the solution to the problems faced by this ethnic group.
Votes given to UMNO and BN will only help secure UMNO's position in a race-centric polity.  The poor Indians cannot anymore depend on UMNO-MIC to change their fate.
Though Indians form just 8 percent of the total population, they account for almost 60 percent of those who live in poverty. Indians rank lowest in national elementary-school examinations and about two in every 10 Indian children do not even attend primary school. The drop-out rates among Indian children is only second to the Orang Asal.
And 60 percent of Indian children in school are handicapped when it comes to the command of the National language and English.
Indian minorities are neglected
Read More / Baca Lagi >>

FELDA MACAM HAK KELUARGA 3 ABDUL (1)

Posted: 19 Jan 2013 07:59 AM PST

Faizol Ahmad, pengarah besar sangkut masih tak faham dan masih bodoh ape tugas Felda yang sebenarnya. Hari ini satu lagi seminar besar diadakan selepas seminar pegawai selang beberape hari lalu. Seminar diadakan diPWTC yang dinamakan seminar Nusantara. Seminar ini sepatutnya JAKIM menjadi tuan rumah atau menteri Rais Yatim yang jadi penganjur. Tetapi Faizol merelakan tengkuknya dipulas, lalu sanggup menanggung biawak hidup felda jadi penaja.
Bukan sedikit belanja, kosnya lebih rm3 juta. Bajet sudah tentu dari akaun peneroka! Bukan sikit tu Faizol, nak guna duit Felda, tak sayang duit ke???
Peliknya:-
• kenape Persatuan Generasi Bestari yang anjurkan?
• mengape persatuan ini jadi anker dan taukehnya pulak memberi ucapan dalam perasmian pagi ini?
• bukan kah persatuan ini hanya bermatlamat mencari nama dengan menggunakan dana Felda?
• mengapa dibiarkan persatuan ini mendapatkan dana Felda?
• siapa kah Yusof Din?
• apa kaitan dengan Isa Samad, Faizol dan seorang pengarah Felda?
Mengapa orang yang sama mendapat tajaan Felda dalam:-
• program imam ke singapura rm1 juta lebih,
• program perhimpunan belia diUITM rm6 juta?
• mengapa Yusof Din menyertai rombongan Isa Samad dan Faizol diLondon tahun lalu?
• siape yang mengenali Yusof Din? Apa kaitan Yusop Din dengan Inmind Holding?
Kalau nak taja padan2 lah. Jimat2 lah. Itu bajet peneroka. Jangan joli sakan panggil PM resmi, Asyik2 guna nama PM,

PAS sedia dialog isu ‘Allah’ dengan mana-mana tokoh Kristian

Posted: 19 Jan 2013 07:54 AM PST

PETALING JAYA, 19 Jan — PAS hari ini menyatakan kesediaan untuk berdialog dengan mana-mana tokoh agama Kristian berhubung pertikaian berkenaan penggunaan kalimah Allah untuk golongan bukan Islam di negara ini. Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, ia bagi mengelakkan terusnya berlaku pertikaian berhubung perkara itu dan menjurus kepada "perangkap politik" yang dimainkan Umno dan Barisan Nasional (BN).
"PAS bersedia mengadakan dialog dengan tokoh Kristian mengenai kalimah Allah ... bukan kita menghentam satu sama lain di dada akhbar," katanya di hadapan lebih 3,000 pengundi Cina di sini ketika majlis kutipan dana anjuran DAP.
Tegasnya yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu (gambar), dua sentimen utama yang menjadi mainan Umno dan BN adalah agama dan perkauman.
"Perkara akhir yang tinggal adalah perkauman dan agama, inilah yang kita bimbang kerana hal agama perkauman bukan dimain disudut statistik, tapi emosional.
"Kalau rakyat terperangkap dalam propaganda Umno, BN ini, mereka akan bernafas semula," katanya merujuk kepada situasi Umno yang dakwanya semakin tenat.
"Inilah peringatan saya kepada kita semua," tegas Mat Sabu.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: