WARKAH SERATING |
Posted: 04 Jan 2013 03:15 AM PST 1. Saya adalah dari kalangan 'technology savy' lawyer. Saya akan melabur produk-produk yang berkepentingan dalam memudahkan kerja-kerja saya. 2. Pada peringkat awalnya saya melabur dalam produk Nokia. Saya pernah menceritakan tentang kecanggihan produk Nokia E-71. Di mana saya berblog menggunakannya. 3. Kemudian saya beralih kepada produk BlackBerry. Saya juga berblog menggunakannya. 4. Saya pada peringkat awalnya tidak dapat mengesan kecanggihan dan kematangan produk Apple. 5. Sehinggalah apabila Steve Jobs meninggal dunia baru saya berjinak-jinak dengan produk Apple. 6. Saya pada peringkat awalnya melabur dalam memiliki majalah-majalah yang membicarakan tentang produk-produk Apple. 7. Kemudian apabila telah faham tentang keunikan produk-produk tersebut maka baru saya membeli MacBookAir pertama saya. 8. Kemudian saya melabur dalam iPhone 4S. 9. Setelah keluar iPhone 5 saya memilikinya. 10. Saya pernah memiliki Samsung Galaxy Tablet 7.0 tetapi saya memberinya kepada anak saya yang berumur 4 tahun kerana apabila saya mengguna bluetooth keyboard ia memberi lambat tindakbalas dan beberapa aplikasi dalam Android market tidak matang lagi. 11. Kemudian saya pada hari ini membeli Apple wireless keyboard. Produk ini berbeza dengan keyboard Samsung untuk tablet 7.0. Ia memberi tindakbalas yang segera apabila menekan kekunci keyboard dan paparan skrin iPhone 5. 12. Percayakah anda posting ini saya menggunakan iPhone 5 dan wireless keyboard sahaja? |
You are subscribed to email updates from WARKAH SERATING To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan