Sabtu, 5 Januari 2013

.

.


Umno Kelantan Sudah Mula Gaduh

Posted: 05 Jan 2013 03:04 AM PST

SUSUPAN SENJA                                                                                                                   

Barang kali tidak ada berita lain paling panas di Kelantan hari ini dalam padang politik melainkan cerita tunjuk perasaan di lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa, Kota Bharu oleh beberapa orang ahli Umno yang meminta supaya Dali Hussin tidak dipilih menjadi calon.

Dali ialah bekas ketua pemuda Umno Kelantan dan kini adalah Ketua Bahagian Umno Pengkalan Chepa.

Dengar khabar banyak juga sepanduk dan kain rentang diangkat semasa tunjuk perasaan berkenaan. Di sebuah kain rentang terpampang tulisan antara lain menyebut "ketua-ketua cawangan". Bermakna yang tunjuk perasaan itu terdiri dari ahli Umno sendiri.

Tidak jelas lagi apakah sebab musababnya. Khabarnya tunjuk perasaan itu mahukan agar Dali tidak dipilih menjadi calon. Satu memorandum juga hendak diserahkan kepada Pengerusi Umno Kelantan Mustapa Mohamed tetapi gagal.


Apa yang terdengar Dali dikatakan mengamalkan kronisme di Pengkalan Chepa. Kronisme apa tidak pula dijelaskan lanjut. Sikap kronisme itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ketua-ketua bahagian.

Menurut maklumat dalam usaha melaporkan perkara itu kepada pihak tertinggi dalam parti termasuk presiden dan timbalan presiden juga telah dibuat tetapi tidak ada apa-apa tindakan. Selalu berlaku begitu (ketidakpedulian) di dalam Umno dimana laporan orang bawahan tidak dipedulikan yang kemudian menimbulkan masalah.

Contohnya apa yang berlaku dalam Umno Bahagian Tanah Merah. Segelintir ahli tidak senang dengan politiking ketua bahagiannya, Ikhmal Hisham yang dikatakan memaslukan keahlian. Ekoran itu laporan dibuat kepada Pejabat Setiausaha Agung namun ia dibekukan begitu saja. Apa jadi, akhirnya maslaah keahlian palsu di dalam Umno Kelantan terpaksa diheret ke mahkamah ekoran itu juga menyebabkan Umno Tanah Merah berkucah.

Tampaknya begitu juga apa yang berlaku di Pengkalan Chepa. Sebelum ini Umno Pengkalan Chepa adalah bahagian yang agak lantang dan kerap mencabar Nik Abdul Aziz Nik Mat. Segala tindakan Umno Pengkalan Chepa seolah-olah menunjukkan ia berada dalam kekompakan. Tetapi dengan apa yang berlaku hari ini ia memberi gambaran sebaliknya.

Dengan apa yang berlaku di Pengkalan Chepa itu memberi petanda kurang baik kepada Umno Kelantan. Kalau tunjuk perasaan dan desakan ke atas Dali itu merupakan protes dalaman, ini bermakna kejadian cas keting dan sebotaj sesama sendiri tidak dapat dielakkan.

Sebelum ini sudah kedengaran berlaku rasa tidak puas hati di kalangan ahli dan pimpinan Umno di beberapa buah bahagian berhubung masalah calon. Perihal calon boleh menang (winnable candidate) ini sudah merebak perlahan-lahan ia membakar seperti api membakar dalam sekam.

Katanya ada pimpinan bahagian yang merasakan mereka lebih layak dan senior dalam parti kurang senang dengan penampilan beberapa calon boleh menang. Mereka juga mendakwa sudah bertahun menggerak jentera parti serta mendekati ahli serta sudah berbelanja ratusan ribu tiba-tiba bila calon hendak diserahkan kepada orang lain ia kurang disenangi.

Sudah kedengaran desas desus dan cakap-cakap mengatakan sekiranya pihak atasan tetap mengutamakan calon boleh menang dan mengenepikan calon pilihan bahagian, calon berkenaan akan disebatoj. Jika ini berlaku ia boleh merosakan potensi Umno untuk merampas Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang.

Justeru apa yang berlaku bakal memeningkan Mustapa Mohamed sebagai ketua Umno Kelantan. Di Kelantan dengarnya sekurang-kurang empat atau lima calon boleh menang akan diletakkan bertanding dalam pilihan raya akan datang. Idea winnable candidate yang cetuskan Najib Razak ini juga katanya telah mencelarukan keadaan.

Ada pimpimpin yang katanya bersetujuan dengan konsep calon boleh menang itu tetapi ianya di depan saja tetapi bersedia melakukan sebotaj di belakang. Insiden yang berlaku di Pengkalan Chepa itu perlu disekat oleh pihak Umno. Kalau ia tidak disekat, aksi-aksi protes calon itu akan berjangkit dan merebak ke kawasan lain.

Sudah pasti tunjuk perasaan di airport itu akan menjadi idea kepada pihak-pihak lain pula yang tidak berpuas hati dengan keputusan atau pemilihan calon di bahagian masing-masing. Tambahan pula berlaku di Kelantan di mana orang Kelantan ia unik dan sedia berpatah arang berkerat rotan dalam apa juga situasi jika mereka kecewa. [wm.kl.6:54 pm 05/01/13]

DAP Masih Lagi Berintegriti Berbanding Umno

Posted: 04 Jan 2013 05:02 AM PST

IKTIBAR                                                                                                                                   

Tindakan  Pengarah Pilihan Raya DAP, Pooi Weng Keong meletak jawatan ekoran kesilapan teknikal dalam pengiraan undi pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP Kebangsaan bulan lalu perlu dihormati dan diambil iktibar.

Di antara ahli Umno menyertai DAP, Ariff dan Aspan.
Apa yang dilakukan Weng Keong memberi markah besar kepada DAP. Bahawa anggota parti itu bertanggungjawab dan sedia mengambil risiko atas apa yang berlaku, hatta kesalahan teknik.

Apa dilakukan oleh Weng Keong itu tidak wajar diketawakan atau disinis tetapi patut ditiru oleh semua ahli politik tanpa mengira parti. Walaupun pengakuan itu menjejaskan maruah dirinya, dan boleh menjejaskan partinya, tetapi ia adalah tindakan terbaik demi menjaga maruah dan integriti partinya.

Ekoran salah teknik, salah kira itu menyebabkan seorang calon Melayu yang mendapat undi untuk menduduki salah satu 20 kerusi CEC terkeluar. Ketiadaan wakil Melayu menjadi isu dan kritikan oleh pihak musuh DAP terutamnaya MCA, Umno dan Gerakan. Macam-macam dituduhkan terhadap DAP di mana Umno menyifatkan DAP  meminggirkan Melayu.

Kritikan-kritikan seperti itu tidak dapat dihindarkan di dalam dunia politik. Politik itu sendiri tidak sekata dan tidak selari. Semua dilakukan oleh pembangkang tidak betul bagi parti memerintah dan begitu juga sebaliknya. Di sinilah jahat dan jijitnya manusia politik.

Apabila Weng Keong membuat pengakuan dan apolegetik, musuh-musuh DAP membaham parti itu dari sudut lain pula. Direka isu pula isu kononnya ia sengaja dibuat untuk membolehkan wakil Melayu menduduki dalam CEC. Rendah sekali moral mereka yang beranggapan demikian dan tidak dapat menilai diri mereka berbanding dengan DAP.

Tampaknya MCA yang berlebihan mengkritik DAP di dalam isu salah kira ini tetapi tidak Umno. Kenapa? Umno mungkin sedar diri untuk tidak ikut sama mengkritik DAP kerana apa yang berlaku dalam Umno lebih teruk "silap tekniknya" berbanding dengan apa dialami DAP itu. Mungkin Umno dapat menyedari yang dosa mereka dalam proses pemilihan lebih "mukhalazah" dari Umno.

Tahun 1987 semasa berlaku pertandingan merebut jawatan presiden Umno di antara Mahathir Mohamad dengan Tengku Razaleigh Hamzah telah berlaku silap teknik, salah kira yang sebenanry tipu kira. Pada mulanya pertandingan itu sudah dimenangi oleh Tengku Razaleigh. Tetapi selepas perkiraan undi dihentikan selama 25 minit, bila dikira semula Mahathir pula yang diistyharkan menang sebanyak 43 undi.

Tragedi ini tercatat dalam sejarah dan minda orang Umno yang lama. Perkiraan itu terus menjadi tanda tanya dan tidak dapat diterima oleh sebahagian besar ahli Umno. Namun Umno sampai ke saat ini belum membuat penjelasan terhadap silap teknik itu. Ertinya di sini Umno sedia membungkus "kesalahan"nya sampai ke bila-bila tidak seperti mana DAP yang lebih bertanggunagjawab telus dan berintegriti.

Hal-hal begini walaupun kecil tetapi ia diperhatikan oleh orang ramai. Mungkin disebabkan intgriti atau disiplin DAP lebih mampan berbanding Umnolah maka ada ahli-ahli Umno menyertai parti itu. Antara mereka ialah Aspan Alias, Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz dan lain-lain. Tunggu ulasan Mat... Mat mana lagi, Mat Maslanlah. [8:53 pm 04/01/13]

Tiada ulasan: