Tukar Tiub |
- NAJIB RAZAK AKAN CABUT LARI TIDAK LAMA LAGI
- SENYUM SENYUM POLITIK - SENI MELAWAN
- HANYA SATU PILIHAN - KITA TURUN KE JALAN RAYA
- BAHAYA AMAT SANGAT - RAKYAT TAHU ASAL USUL MADEY
- ANAK MUDA ROYALTI SUDAH SAMPAI KE TERANGGANU
- PEMECAH BERITA - BERITA BARU MASUK DARI MASJID UITM PERAK
- KENAPA PENDAKWA TAK TANYA - SIAPA UPAH SIRUL DAN AZILAH?
NAJIB RAZAK AKAN CABUT LARI TIDAK LAMA LAGI Posted: 04 Jan 2013 05:00 PM PST MERAH HIJAU KUNING HITAM PUTEH JINGGA SEMUA TURUN KE JALAN RAYA NAJIB RAZAK LANTIK SYARIKAT ALI BABA DAN SYARIKAT PEMBUAT BERUS GIGI UNTUK MEMBINA PUSAT PENGAJIAN PERTAHANAN NASIONAL Awan Megah Sdn Bhd ("Awan Megah") dianugerahkan projek penswastaan pembinaan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional ("Puspahanas") milik Kementerian Pertahanan melalui satu perjanjian bertarikh 8 Jun 2005 yang disertakan bersama. Projek penswastaan tersebut melibatkan kerja-kerja merekabentuk dan membina (design and build) sebuah kolej latihan tentera. Sebagai balasan kepada kerja-kerja merekabentuk dan membina Puspahanas, Kementerian Pertahanan berjanji akan memindahkan tiga bidang tanah iaitu PT220 (seluas 96.825 ekar), Lot 1158 (seluas 45.420 ekar) dan PT216 (seluas 81.085 ekar). Tanah-tanah seluas 223.33 ekar ini pada asalnya diambil oleh Kerajaan Persekutuan bagi tujuan membina kem tentera. Menteri Pertahanan semasa kontrak ini dianugerahkan kepada Awan Megah adalah Dato' Seri Najib Tun Razak. Oleh itu, beliau bertanggungjawab sepenuhnya kepada keputusan untuk melantik Awan Megah. Awan Megah adalah syarikat yang dimiliki oleh Raja Ropiaah Raja Abdullah, Ketua Wanita Umno Selangor. Berdasarkan semakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Awan Megah adalah sebuah syarikat yang tidak pernah mempunyai apa-apa aktiviti sejak ia ditubuhkan. Maklumat kewangan yang terakhir yang difailkan dengan SSM adalah bagi tahun kewangan 31 Disember 1993 yang menunjukkan syarikat itu tidak menjalankan apa-apa aktiviti. Sehingga kini, tidak ada sebarang aktiviti yang dijalankan oleh Awan Megah seperti mana rekod terkini SSM bertarikh 23 Mei 2012. Ini bermakna, di antara tahun 1994 hinggalah sekarang, Awan Megah tidak mempunyai apa-apa transaksi dan kekal sebagai syarikat yang tidak aktif. Ini juga bermakna, Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Pertahanan telah melakukan penyelewengan dan salahlaku rasuah apabila beliau menganugerahkan projek penswastaan bernilai puluhan juta ringgit ini dalam tahun 2005 kepada Awan Megah, sedangkan jelas Awan Megah bukanlah sebuah syarikat pembinaan yang berkemampuan untuk menjalankan projek tersebut. Awan Megah hanyalah syarikat Ali Baba yang dilantik Dato' Seri Najib Tun Razak dan diberikan 223.33 ekar tanah lumayan. Oleh sebab itulah, Awan Megah terpaksa melantik sebuah syarikat lain sebagai "rakan kongsi" untuk membiayai dan menyiapkan sepenuhnya projek itu. "Rakan kongsi" yang dipilih adalah sebuah syarikat bernama GuppyUnip Sdn Bhd. Syarikat ini hanya berjaya mendapatkan kemudahan kredit dari United Overseas Bank (UOB) yang diluluskan pada 21 Julai 2010, iaitu lima tahun selepas projek ini dianugerahkan kepada Awan Megah. Ini bermakna projek ini tergendala selama lima tahun gara-gara Awan Megah tidak mempunyai modal dan masih mencari-cari rakan kongsi. 1. Keseluruhan modal sebanyak RM59.25 juta (iaitu pinjaman TL1 hingga TL4) adalah pembayaran bagi pihak Awan Megah 2. Pembayaran premium kepada Kerajaan Selangor bagi pindahmilik geran dan pertukaran status bagi tanah 223.33 ekar juga akan dibiayai oleh GuppyUnip Sdn Bhd 3. Kos bagi kerja-kerja penyediaan tapak untuk membangunkan tanah 223.33 ekar itu turut dibiayai oleh GuppyUnip Sdn Bhd Saya merumuskan bahawa GuppyUnip Sdn Bhd menanggung keseluruhannya kos pembinaan Puspahanas dan kos pembangunan tanah 223.33 ekar itu kerana Awan Megah milik Ketua Wanita Umno Selangor hanyalah membuat keuntungan atas angin. Keadaannya sekarang samalah seperti keseluruhan projek dan tanah-tanah ini telah diserahkan kepada GuppyUnit Sdn Bhd. Lebih memeranjatkan, GuppyUnit Sdn Bhd bukanlah syarikat yang berpengalaman dalam bidang pembinaan. Semakan dengan SSM menunjukkan bahawa syarikat ini hanyalah ditubuhkan pada 9 Disember 2009 (dokumen SSM disertakan bersama). Lebih teruk lagi, syarikat ini ditubuhkan dan dikuasai oleh Cheong Chow Koh (melalui pegangan keluarganya dan syarikat utamanya Unip Berhad). Perniagaan utama Cheong Chow Koh melalui Unip Berhad adalah sebagai pengilang berus gigi (sila rujuk laman web www.unipberhad.com yang disertakan bersama). Kesimpulannya: 1. Dato' Seri Najib Tun Razak melantik Awan Megah milik Ketua Wanita Umno Selangor yang tidak pernah menjalankan apa-apa aktiviti untuk merekabentuk dan membina Puspahanas, lalu dianugerahkan tanah seluas 223.33 ekar 2. Secara tidak langsung, Dato' Seri Najib Tun Razak juga telah melantik sebuah syarikat pengeluar berus gigi untuk membina Puspahanas dan menyerahkan tanah 223.33 ekar kepada syarikat ini Ini adalah satu pengkhianatan kepada anggota tentera yang berkorban demi rakyat. Ia juga perlakuan rasuah dan penyelewengan secara terang-terangan yang dilakukan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak yang wajib disiasat dengan segera. RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI KEADILAN 4 JANUARI 2013 --------- |
SENYUM SENYUM POLITIK - SENI MELAWAN Posted: 04 Jan 2013 04:30 PM PST |
HANYA SATU PILIHAN - KITA TURUN KE JALAN RAYA Posted: 04 Jan 2013 06:30 AM PST UMUR SUDAH 77 TAHUN TAPI LAWAN TETAP LAWAN PAK SAMAD AKAN TURUN PADA MALAM 11 JANUARI akan bersama KEBAGKITAN RAKYAT 12 JAJNUARI Pembangkang Desak Pengurusan Stadium Merdeka Segera Lulus Lokasi Himpunan Aman 12 Jan KUALA LUMPUR: Pembangkang pada Jumaat mendesak supaya pihak pengurusan Stadium Merdeka menyegerakan kelulusan permohonan lokasi Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dijadualkan akan berlangsung secara aman di stadium itu pada 12 Januari ini. Pengarah Sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat, Mohamad Sabu berkata, ini kerana ia adalah kehendak Perdana Menteri, Najib Razak sendiri yang mencadangkan supaya Stadium Merdeka digunakan untuk tujuan mengadakan perhimpunan. "Maka kita memohon Stadium Merdeka dan berarap agar pihak stadium mematuhi arahan dan saranan Perdana Menteri. "Oleh itu, kita harap kelulusan disegerakan supaya pihak kami, sekretariat dan sebagainya dapat menjalankan kerja dengan licin dan teratur," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, Jumaat. Sehubungan itu, beliau meminta kelulusan itu diluluskan dengan segera bagi memudahkan tugas sekretariat di samping pihak polis dapat menyediakan garis panduan keselamatan pada himpunan. Ini kerana katanya, pihak sekretariat sudah menghantar surat kepada Ketua Polis Dang Wangi pada 2 Januari lalu berkaitan dengan kerjasama berhubung keselamatan semasa himpunan berlangsung. "Polis juga berharap supaya pihak stadium menyegerakan kelulusan tempat perhimpunan yang akan berlangsung pada 12 Januari ini. "Polis sudah memaklumkan menerima surat pemberitahuan itu. Setakat ini kerjasama begitu baik dan berjalan lancar," katanya. Beliau menambah, selain surat kepada Ketua Polis Dang Wangi, sekretariat turut menghantar surat kepada pejabat Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bagi mengadakan pertemuan antara pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan polis mengenai keselamatan perhimpunan dan gerak kerja menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13. Ditanya apakah tindakan sekiranya permohonan menggunakan Stadium Merdeka tidak diluluskan, Mohamad Sabu bagaimanapun yakin ianya akan mendapat kelulusan. "Ia akan diluluskan kerana Perdana Menteri yang membuat 'titah'. Perhimpunan tetap akan diadakan. "Pilihan pertama adalah Stadium Merdeka, pilihan kedua Stadium Merdeka dan pilihan ketiga Stadium Merdeka. Kami jamin himpunan ini merupakan perhimpunan paling aman," katanya mengenai perhimpunan yang menyasarkan kehadiran sejuta rakyat itu. ----------- |
BAHAYA AMAT SANGAT - RAKYAT TAHU ASAL USUL MADEY Posted: 04 Jan 2013 01:30 AM PST Penasihat PKR jadi Perdana Menteri boleh bawa kemusnahan negara Kuala Lumpur: Jangan beri peluang kepada Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri walaupun hanya untuk lima tahun jika tidak mahu melihat negara dimusnahkan. Itulah ingatan Mahathir Mohamad ketika rakyat mula meramal tarikh pilihan raya yang semakin hampir kerana tempoh penggal Parlimen sekarang akan berakhir pada April depan. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit.... KAH KAH KAH.... KAH KAH KAH....kah kah kah.. kah kah kah... MEMANG BAHAYA... SIAPA KATA TAK BAHAYA.... kah kah kh.. kah kah kah...BAHAYA PERTAMA MADEY AKAN DI TANGKAP.... kah kah akh.. kah kah kah... BAHAYA KE DUA PETRON AKAN HILANG KONTREK... kah kah kah.. jkah kah kah...BAhAYA KE TIGA ... PUNCA HARTA MADEY AKAN DI SIASAT.... kah kah kah woit... DAn DAN DAN YANG PALING BAHAYA.... kah kah kah... kah kah kah...GAMBAR SEORANG INDIA BEERNAMA KUTTY AKAN MUNCUL.... kah kah kah.. kah kah kah.... GAMBAR ITAM LAGI LEGAM.... kah kah kah.. NOTA: maka orang melayu baru sedar bahawa madey bukan melayu tetapi keling beasal dari india kah kah kah |
ANAK MUDA ROYALTI SUDAH SAMPAI KE TERANGGANU Posted: 03 Jan 2013 10:25 PM PST PENGUMUMAN sesiapa yang ingin berbasikal sama sila lihat jadual dan bersedai untuk berkayoh hari ini tim ROYALTI telah sampai ke TERANGGANU JADUAL BERBASIKAL KE KUALA LUMPUR 1 Jan - kota bharu - kok lanas 2 jan - kok lanas - Bachok - p.puteh 3 Jan - p.puteh - penarek 4 Jan - penarek - KT - Rusila 5 Jan - rusila - Dungun 6 Jan - Dungun - chukai 7 Jan - chukai - kuantan - gambang 8 Jan - gambang - temerloh 9 Jan - temerloh - bentong 10 Jan - bentong - gombak 11 Jan - gombak - klcc 12 Jan - klcc - stadium merdeka -------- |
PEMECAH BERITA - BERITA BARU MASUK DARI MASJID UITM PERAK Posted: 03 Jan 2013 10:08 PM PST KHUTUBAH ANTI NAJIB KHUTUBAH ANTI NAJIB laporan dari perak baru diterima imam dari pusat islam UITM PERAK telah bersabda : "hindarlah kamu dari KPOP dan GANGNAM STYLE..." apakah imam ini tidak sedar bahaw KPOP adalah musik yang amat amat diminati oleh najib razak apakah imam ini tidak sedar bahawa KPOP telah dibawa datang oleh najib razak ke pesta belia di putrajaya tahun ini apakah imam ini tidak sedar ketika pesta hari belia ini najib telah naik ke pentas untuk menari dengan KPOP ATAU ... JENG JENG JENG ini memang ditulis ini memang di rancang ini memang sebahagian dari ajenda untuk nyahkan najib -------- |
KENAPA PENDAKWA TAK TANYA - SIAPA UPAH SIRUL DAN AZILAH? Posted: 03 Jan 2013 08:30 PM PST SIAPA UPAH SIRUL DAN AZILAH kenapa PENDAKWA TIDAK TANYA SOALAN INI BahasaMusa Hassan enggan komenkisah terbaru kes pembunuhan Altantuya"Saya dah kata banyak kali, Najib tidak terlibat dengan pembunuhan Altantuya. Ini kerja (Abdul) Razak Baginda," katanya merujuk kepada bekas penasihat politik Najib yang mempunyai hubungan dengan Altantuya. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit.... NEGARA INI SUDAH GILA.... kah kah kah.. kah kah kah... SEMUA LEMBAGA DAULAH TELAH HANCUUUSSS...kah kah kah.. woit...INI KENYATAAN BEKAS KETUA POLIS NEGARA!.... kah kah kah.. kah kah kah... KENAPA TAK ADA SIASATAN DI LAKUKAN...kah ah kah.. kah kah kh ..BEKAS KETUA POLIS KATA INI KERJA RAZAK BAGINDA....kah kah kah.. kah akh akh... MAHKAMAH BEBASKAN RAZAK BAGINDA...kah kah kla.. woit... TANGKAP LAAA MUSA HASAN TANYA APA YANG DIA TAHU...kah kah kah... kah kah kah...INI SALAH SATU SEBAB KITA MESTI TURUN KE JALAN RAYA.... kah kah kah -------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan