Jumaat, 4 Januari 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Artis Seksi Akhirnya Dijamin Adik Tiri

Posted: 04 Jan 2013 02:55 AM PST

 
 [BERNAMA] PETALING JAYA - Pelakon dan model Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 27, lebih dikenali sebagai Zarina Anjoulie dijamin adik perempuan tirinya hari ini selepas dua hari berada dalam Penjara Kajang.

Pelakon berkenaan yang dijamin adik tirinya itu keluar dari bilik lokap kompleks mahkamah Petaling Jaya kira-kira pukul 10 pagi kelihatan tenang, memakai baju-T warna kelabu dan bercermin mata gelap.

Zarina bersama rakan lelakinya, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, didakwa di Mahkamah Majistret di sini Rabu lepas memiliki dua biji pil Eramin 5 anggaran seberat 0.6 gram, di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, pukul 5.30 petang pada 30 Dis lalu.

Kedua-duanya pelajar sebuah kolej swasta, dituduh mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret Nazri Omran membenarkan kedua-dua tertuduh, yang mengaku tidak bersalah, dijamin RM2,000 sementara menunggu sebutan semula kes pada 8 Feb depan.

Hanya Mohamad Fakhruzaim dapat mengemukakan penjamin manakala Zarina Anjoulie terpaksa dihantar ke penjara kerana tiada ahli keluarga yang hadir untuk menjaminnya.

Nazri memerintahkan kedua-dua tertuduh hanya boleh dijamin oleh ahli keluarga sahaja.
 
 
Laporan awal di sini.
 
 

[Gambar & Video] Ahli Kongres India Dipukul Penduduk Kerana Didakwa Merogol Seorang Wanita

Posted: 03 Jan 2013 11:51 PM PST

Bikram Singh Brahma ditampar oleh penduduk kampung.

Video yang memaparkan seorang ahli politik terkemuka India dipukul oleh penduduk kampung selepas didakwa merogol seorang wanita di rumahnya pada jam 2 pagi tersebar di Youtube.

Ahli Kongres, Bikram Singh Brahma daripada parti yang memerintah Wilayah Assam didakwa merogol seorang wanita di Kampung Santipura di daerah Chirang sebelum ditangkap oleh penduduk kampung tersebut.

Kejadian ini merupakan satu lagi jenayah seks yang mengejutkan selepas seorang wanita berusia 23 tahun meninggal dunia selepas dirogol beramai-ramai dan dicampak dari sebuah bas. Lima lelaki yang didakwa terlibat akan dihadapkan ke mahkamah untuk menghadapi perbicaraan.

"Orang ramai melaporkan hal ini lewat malam tadi selepas Ahli Kongres Bikram Singh Brahma didakwa merogol seorang wanita," Penguasa Polis Sanjeev Kumar Krishna memberitahu Deccan Chronicle.

Beliau dikatakan telah melawat Kampung Santipur di sempadan Bhutan sebelum didakwa  memasuki rumah seorang wanita dan merogolnya.

Brahma kemudiannya ditangkap dan dipukul oleh sekumpulan lelaki dan wanita yang turut menanggalkan bajunya.

Beliau kemudiannya diserahkan kepada pihak polis.

Ketua Menteri Tarun Gogoi, berkata sesiapa yang didapati bersalah kerana melakukan jenayah kejam "tidak akan terlepas, sama ada dia Ahli Kongres atau tidak." - DCM/DM


Brahma

Brahma




Deepak Didakwa Serah Dokumen Pembelian Barang Kemas RM13 Juta kepada Individu Tertentu Sebelum Sampai ke Tangan Pimpinan PKR

Posted: 03 Jan 2013 10:57 PM PST




Deepak Serah Sendiri Dokumen Pembelian Barang Kemas RM13 Juta

 
[Selangorku] PETALING JAYA, 3 JAN : Pendedahan dokumen yang menunjukkan pembelian barang kemas bernilai RM 13 juta yang didakwa untuk isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah sahih dan diserahkan sendiri oleh perniaga karpet, Deepak Jaikishan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam satu sidang media hari ini berkata, Deepak telah menyerahkan kesemua dokumen itu kepada individu tertentu yang dihubunginya sebelum ini dengan harapan ia akan dibawa oleh pimpinan PKR.

Menurut Rafizi, dokumen itu kemudiannya diserahkan kepadanya oleh individu terbabit yang juga merupakan pimpinan PKR untuk disemak dan dipastikan kebenarannya.

"Saya tidak mengambil apa-apa tindakan kerana berpendapat ia tidak mempunyai unsur kepentingan awam sekiranya seseorang berbelanja besar memberi hadiah kepada VIP tanpa ada bukti habuan atau projek yang terlibat.

"Berikutan tindakan Boustead Holdings Berhad mengumumkan akan membayar RM 160 juta untuk membeli syarikat milik Deepak dan tanah dari Awan Megah Sdn Bhd, saya berpandangan ia membuka dimensi baru bahawa dakwaan Deepak sebelum itu berkaitan dengan kepentingan awam.

"Selepas menyemak dokumen itu dan mendapatkan maklumat tambahan, saya yakin bahawa ia mempunyai asas kukuh untuk disiasat oleh pihak berkuasa," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR, di sini pagi tadi.

Sehubungan itu, katanya, kenyataan Deepak wajar dijadikan bukti dalam siasatan akan datang oleh pihak berkuasa memandangkan dokumen itu melibatkan syarikat dan urusniaga syarikat beliau sendiri.

Tambah Rafizi, beliau juga telah menerima persetujuan daripada individu yang menerima dokumen itu bagi membuktikan bahawa ia diperolehi daripada Deepak.

"Jelas membuktikan bahawa tindak tanduk dan tingkah laku Deepak sebelum ini tidak berkait rapat dengan PKR.

"Ia menyangkal percubaan Umno-BN yang menuduh kononnya ini satu perencanaan oleh PKR. Malah Deepak sendiri menyatakan kekecewaannya kerana pimpinan PKR dilihat keberatan untuk berbincang dengan beliau.

"Oleh itu, setelah mengadakan perbincangan bersama pimpinan parti, maka saya boleh bertemu dengan Deepak untuk meneliti segala bukti yang dimiliki, seperti yang didakwa sebelum ini," ujarnya.

Rafizi semalam mendedahkan dokumen yang didakwanya bukti pembelian barang kemas oleh syarikat Deepak dari dua syarikat di Hong Kong.

Antara dokumen yang didedahkan Rafizi adalah emel invois pembelian berlian dari syarikat Dehres Limited dan Firestone Co. Ltd dan slip pembayaran melalui dua buah bank.

Dokumen lain pula menunjukkan transaksi bernilai USD 3.9 juta (RM 11.8 juta) bagi pembelian cincin dan subang daripada Firestone Co Ltd.

Kesemua barangan kemas itu dibayar oleh dua syarikat Deepak iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd dalam tempoh tiga bulan Mac hingga Mei 2009, selepas Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri.

Bagaimanapun, di dalam beberapa laporan semalam, Deepak menafikan beliau membeli barang kemas tersebut.


P/s: Dalam laporan MK di sini menyatakan bahawa Deepak tidak mengulas lanjut sama ada beliau membayar atau tidak barang kemas mewah tersebut. 


Kedutaan Sahkan Wang Pampasan Diserahkan kepada Kerajaan Malaysia

Posted: 03 Jan 2013 10:33 PM PST



[HD] KUALA LUMPUR- Kedutaan Jepun di Malaysia mengesahkan kerajaan negara itu telah menyerahkan sejumlah wang pampasan kepada kerajaan Malaysia untuk diserahkan kepada buruh paksa pembinaan landasan keretapi Thailand Myanmar.

Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun ke Malaysia, Takaharu Suegami, ketika mengesahkan penyerahan wang itu berkata,

"Berdasarkan maklumat yang dikaji, kami dapati wang tersebut diserahkan sekitar tahun 1990an.

"Kami akan merujuk kepada Tokyo selepas ini (untuk maklumat lanjut)," kata beliau.

Ketika ditanya, siapa penerima pampasan ini, pegawai kedutaan Jepun itu berkata, "Kami tidak tahu macam mana kerajaan Malaysia mengagihkan wang pampasan itu."

Bagaimanapun, Takaharu berjanji akan merujuk balik dengan Tokyo berdasarkan dokumen yang diberikan hari ini.

Sekretariat Jejak mencari bekas buruh paksa dan waris landasan maut Siam Burma yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin mengunjungi Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur hari ini bagi mendapatkan maklumat lebih mendalam tentang pampasan itu.

Turut bersama dalam kunjungan itu, Naib Ketua Pemuda PAS Dr Raja Iskandar Al-Hiss, Ketua Operasi Jejak Safarizal Saleh, Penolong Pengerusi Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946 dan beberapa orang lagi wakil dari Jejak.

Dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini, Nizar mendakwa, kerajaan Jepun telah membayar RM207 bilion kepada kerajaan Malaysia sebagai pampasan kepada buruh paksa pembinaan keretapi itu.

Namun sehingga kini, tidak ada sebarang wang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada mangsa atau waris mereka.

Dalam kunjungan hari ini, Sekretariat Jejak juga meminta pihak negara Jepun memberi maklumat bila dan berapa jumlah pampasan kepada buruh binaan itu di hantar ke negara ini dan siapa yang mengesahkan penerimaan itu.

Dalam pertemuan sejam itu, Nizar turut meminta pihak Jepun menyerahkan senarai nama rakyat Malaysia yang menjadi buruh binaan landasan kereta api Siam-Burma 1942 hingga 1946 itu.

"Kita jumpa dengan pihak kedutaan Jepun petang ini, untuk mengesahkan maklumat yang kita perolehi itu benar atau sebaliknya.

"Sekiranya pihak Jepun masih menyimpan senarai buruh atau mangsa-mangsa dari Malaysia ini sila majukan kepada kami," katanya ketika ditemui.

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang turut mendedahkan beberapa surat pengesahan dan dokumen rasmi kepada wakil Kedutaan Jepu berkenaan.

Salah satu surat tersebut dari Kementerian Kewangan bertarikh 29 Mac 2011 menjelaskan, "kertas pertimbangan bagi kelulusan pengeluaran wang pampasan kepada buruk paksa ke Burma 1942 hingga 1946. Sukacita dimaklumkan peruntukan sejumlah RM207 billion telah diangkat oleh kelulusan kerajaan di mana prosesnya dimaklumkan kepada pejabat Peguam Negara dan di peringkat Kementerian Sumber Manusia".

Menurut Nizar, pihaknya sehingga kini tidak tahu di mana pampasan itu berada sama ada masih disimpan di dalam Perbendaharaan Negara atau Amanah Raya kerana tidak ada sebarang penjelasan dibuat kerajaan sehingga kini.

"Kita tidak tahu. Kalau wang itu masih ada dalam simpanan kerajaan kenapa tidak diberi balik kepada mangsa. Mangsa ada 30,000 yang boleh balik semula ke Malaysia walaupun ada yang meninggal dunia tetapi mereka masih ada waris melalui Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946".

Mengikut rekod persatuan bekas buruh paksa ini, jumlah 30,000 buruh ini melibatkan 60 peratus bangsa Melayu, 20 peratus India, 15 peratus Cina dan 5 peratus bangsa lain.

Nizar yang juga Ajk PAS Pusat berkata, dengan jumlah RM207 bilion itu setiap keluarga dianggarkan layak menerima sehingga RM3 juta wang pampasan.

"Banyak! pemberian pampasan ini kepada mangsa lebih baik dari ETP yang dibuat oleh kerajaan, sekurang-kurangnya dapat mengatasi sedikit masalah ekonomi orang Melayu," katanya.

Sejak didaftarkan secara rasmi pada 11 Januari 2011, persatuan terbabit telah memohon beberapa kali untuk mendapatkan wang pampasan dari kerajaan Malaysia tetapi hingga kini masih gagal.



P/s: Persoalannya, di manakah wang itu? Jika sudah difaraidkan, siapakah yang menibai wang yang banyak itu?
 
 
 
 

Isu Tanah Kelantan: Ngeh Koo Ham Saman Blog Pisau.Net & Berita Harian

Posted: 03 Jan 2013 07:46 PM PST



[MK] Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham telah memulakan tindakan undang-undang terhadap seorang blogger pro-BN dan sebuah akhbar harian berbahasa Melayu yang didakwanya telah melaporkan berita palsu terhadapnya dan rakan separtinya, Nga Kor Ming.

Berita tersebut didakwa berkaitan dengan kontroversi baru-baru ini yang melibatkan beliau dan Nga yang berkaitan dengan satu isu tanah di Kelantan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Ngeh (kiri) berkata bahawa tindakan undang-undang telah dimulakan terhadap blogger pisau.net, Mohd Jeffrey Amin Abdul Hamid dan Berita Harian kerana didakwa memfitnah beliau dan Nga.

Ngeh menyaman Mohd Jeffrey kerana posting di blognya yang bertajuk "Hot! Tanah 10,526 Ekar Sebagai Syarat Nizar Jadi Menteri Besar Perak Adalah Benar" pada 17 Disember.
 
Berita Harian pula berdepan dengan tindakan undang-undang itu bagi artikel bertajuk "Hutan Sungai Relai Gondol" yang disiarkan di muka depan pada 27 Disember dan satu ulang-siar posting pisau.net mengenai isu itu.

"Notis undang-undang sedang dikeluarkan kepada mereka dan tindakan undang-undang juga akan diambil terhadap mereka yang memfitnah kami," kata Ngeh, yang merupakan ahli Parlimen Beruas.

Menurut Ngeh, pisau.net telah "secara palsu dan berniat jahat" melaporkan bahawa kerajaan Kelantan telah menganugerahkan kepadanya dan Nga 10,526 ekar tanah sebagai pertukaran untuk perjanjian bagi melantik pemimpin PAS, Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak pada tahun 2008.

Beliau mendakwa bahawa blogger itu menggunakan nama samaran 'Encik Pisau Suka Hiris' untuk blog untuk menyembunyikan identitinya.
 
 
P/s: Harap-harap blogger mesra UMNO yang bakal disaman ini berani mengaku sebagai empunya blog. Jangan jadi seperti blogger mesra UMNO yang mencabar orang menyaman diri tetapi takut, kecut mengaku tuan punya blog Papagomo di sini.
 
 
 

Remaja Brazil Mahu Lelong Dara untuk Rawat Ibu Uzur

Posted: 03 Jan 2013 05:30 PM PST


[HM] BRASILIA: Seorang remaja Brazil mahu melelong daranya supaya wang yang diperoleh itu dapat membantu merawat ibunya yang uzur.

Menurut media tempatan, Rebecca Bernardo, 18, sedia mengorbankan daranya untuk mengadakan hubungan seks dengan mana-mana lelaki yang menawarkan bidaan tertinggi. 

Kini menuntut di sekolah menengah, Rebecca berkata, dia mendapat idea menjual kehormatan dirinya selepas membaca kisah Catarina Migliorini sebelum ini. Catarina menerima bayaran RM2.5 juta kerana menjual daranya akhir November tahun lalu. Sejurus selepas menawarkan daranya, Catarina mendapat bidaan daripada lelaki seluruh dunia.

Justeru, Rebecca berkata, dia berharap keadaan sama berlaku terhadap dirinya. "Wang yang diperoleh nanti akan digunakan merawat ibu saya yang terlantar akibat strok," katanya.

Sebelum ini, kata Rebecca, dia cuba menjual barangan kosmetik dan menjadi pelayan tetapi wang diperolehnya tidak mencukupi. Sementara itu, jiran Rebecca berkata, gadis terbabit tidak pernah tahu siapa bapanya.

Kata mereka, kakak Rebecca pula mati tahun lalu.

"Tiada sesiapa lagi yang boleh membantu kerana Rebecca tinggal bersama ibunya di rumah.

"Strok menyebabkan ibu Rebecca cuma mampu terbaring.

"Bagi kami, tindakan Rebecca itu boleh dianggap sebagai pilihan terakhir dia untuk membantu ibunya," katanya. Setakat ini bidaan tertinggi untuk dara Rebecca ialah RM170,000. - TS




Berahi Tidak Bertempat, Lelaki Cuba Rogol Isteri Jiran

Posted: 03 Jan 2013 04:00 PM PST



[Kosmo] KAJANG - Seorang wanita terselamat daripada menjadi mangsa rogol oleh jiran sendiri apabila jeritannya didengari isteri suspek dalam kejadian di sebuah rumah flat di Semenyih dekat sini kelmarin.

Kejadian pada pukul 8 malam itu dipercayai berlaku ketika mangsa yang sedang menonton televisyen seorang diri di ruang tamu ternampak kelibat seorang lelaki masuk ke dalam rumahnya.

Mangsa berusia 27 tahun dan telah mendirikan rumah tangga yang panik cuba lari ke dalam bilik tidur namun jatuh tergelincir di depan pintu bilik.

Kesempatan itu digunakan oleh suspek yang hanya memakai seluar pendek dan menutup muka dengan baju T untuk menindih mangsa.

Tindakan suspek itu menyebabkan mangsa dan suspek bergelut sebelum baju yang melilit muka suspek berusia 30-an itu tertanggal.

Mangsa yang terkejut melihat lelaki itu merupakan jiran sendiri menjerit meminta tolong sambil merayu supaya tidak diapa-apakan kerana mendakwa dirinya sedang hamil.

Jeritan itu didengari oleh isteri suspek yang kemudian masuk ke rumah mangsa untuk melihat apa yang berlaku.

Suspek yang panik melihat kelibat isterinya muncul terus melarikan diri tanpa sempat merogol mangsa.

Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan pengsan akibat dicekik oleh suspek ketika bergelut.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya sudah mengenal pasti suspek terlibat yang masih menghilangkan diri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu menyerang dengan niat hendak mencabul yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Tiada ulasan: