Tukar Tiub |
- MUHYIDDIN SEDANG BERSIAP SEDIA UNTUK NAIK TAHTHA
- ADA YANG MULA BUNUH DIRI - ADA MAYAT YANG DIGALI
- NAJIB TIPU HAPUSKAN ISA - RAMAI MASIH DIPENJARA TANPA BICARA
- INTAN BERLIAN 13 JUTA RINGGIT - DEEPAK RASUAH ROSMAH UNTUK DAPAT TANAH
- SATU LAGI MENJADI MANGSA GENGSTER BERLESEN
- ARAHAN TELAH MULA SAMPAI UNTUK TURUN KE JALAN RAYA
- KITA KE JALAN RAYA SEBELUM KE PILIHAN RAYA
- TUKAR TIUB MEMECAH BERITA - SENARAI COOL DAN POYO KELUAR
MUHYIDDIN SEDANG BERSIAP SEDIA UNTUK NAIK TAHTHA Posted: 03 Jan 2013 06:00 PM PST AZAM TAHUN BARU satu juta STADIUM MERDEKA sila baca berita dibawah ini sila baca betul betul satu malaysia sedang tertanya tanya kemana hilang nya rosmah kenapa tak terkinjak kinjak lagi satu malaysia sedang bertanya kemana hilang nya najib ucapan tahun baru pun pakai tape tahun lalu apa sudah jadi? dari maklumat yang diterima muhyiddin akan ke amerika tidak lama lagi sebelum ke amerika lihat duta besar amerika telah jumpa muhyiddin apa tujuan muhyiddin ke amerika? nak kenalkan diri kepada penguasa amerika bahawa sebenarnya muhyiddinlah yang sedang mengurus dan mentadbir negara najib telah patah najib telah lembik najib telah lunkup najib telah lunyai maka amerika wajib menerima muhyiddin sebagai pm baru untu malaysia NAJIB DAN ORANG MELAYU orang melayu kalau anak isteri mereka kena tibai si suami akan bersuara ![]() apabila seorang eee bernama deepak tuduh macam macam tentang isterinya najib bukan sdaje takut bini nampaknya najib ini penakut BOLEH KAH SI PENAKUT JADI PM kalau anak isteri kena tibai najib senyap mustahil jika malaysia diserang musthil jika rakyat di serang najib berani bersuara! ![]() Muhyiddin terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia Ketika pertemuan sejam itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dan Jones membincangkan pelbagai usaha mengukuhkan hubungan dua hala dalam pelajaran terutama program Bantuan Pengajaran Bahasa Inggeris Fulbright (ETA) bagi membantu meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah menengah di negara ini. Tahun ini, program ETA akan diperluaskan ke Perak dan sejumlah 75 peserta ETA itu akan memulakan tugasan selama 10 bulan bagi memperkaya dan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di sekolah terpilih di empat negeri bagi melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang yang menguasai Bahasa Inggeris. Program itu ditadbir bersama Suruhanjaya Pertukaran Pendidikan Malaysia-Amerika Syarikat. - TIEWNAMA ![]() --------- |
ADA YANG MULA BUNUH DIRI - ADA MAYAT YANG DIGALI Posted: 03 Jan 2013 06:00 PM PST KOMENTAR TUKAR TIUB tanah di pengerang sedang dirampas kelmarin satu keluarga bunuh diri yang hidup tidak selamat yang mati lagi tak selamat Tanah kubur pun UMNO kebas! Kerana tiada tanah untuk d jual, tanah kubur pn habis d jual ,ape yg pasti kroni be end punya kerje trmasuk ketua negeri Johor. SATU JUTA ialah AZAM TAHUN BARU ![]() --------- |
NAJIB TIPU HAPUSKAN ISA - RAMAI MASIH DIPENJARA TANPA BICARA Posted: 03 Jan 2013 05:30 PM PST GERAKAN MANSUHKAN ISA KENYATAAN MEDIA : 3 JANUARI 2013 SOLIDARITI BERSAMA HIMPUNAN 12 JANUARI, SEMUA TAHANAN ISA PERLU DIBEBASKAN SEGERA Hari ini merupakan hari yang ke setahun, empat bulan dan 19 hari daripada tarikh pengumuman pemansuhan ISA yang dibuat oleh Perdana Menteri pada sambutan hari Malaysia tahun 2011. Cukup nyata bahawa pengumuman itu sekadar pengumuman kosong apabila sehingga ke hari ini, masih ada tahanan ISA yang dikurung di Kem Tahanan Kamunting. Tidak cukup dengan itu, pengumuman itu juga diikuti dengan penggubalan satu undang-undang yang mirip kepada ISA walaupun tidak serupa. Undang-undang ini turut menghalalkan penahanan tanpa bicara dan penangkapan sesuka hati oleh pihak polis. Akibat penipuan Kerajaan ini, 23 orang masih menjadi mangsa akta zalim ISA. ![]() ![]() ![]() GMI telah mengambil inisiatif untuk turun bertemu rakyat terbanyak dengan turut serta secara aktif dalam jelajah Himpunan Kebangkitan Rakyat di Johor, Penang dan Perak. Ruang yang disediakan semasa himpunan itu telah GMI gunakan sebaik mungkin bagi mendedahkan rakyat mengenai cerita sebenar disebalik pemansuhan ISA. Di setiap lokasi himpunan, GMI telah mengedarkan risalah mengenai kempen Bebaskan Tahanan ISA kepada masyarakat umum selain berkesempatan memberi ucapan penerangan di pentas yang disediakan untuk aktivis NGO. Melalui desakan yang konsisten daripada rakyat, GMI percaya kerajaan akan terpaksa akur untuk membebaskan kesemua tahanan ISA. ![]() Syukri Razab Sekretariat Gerakan Mansuhkan ISA Penyelaras Suara Rakyat Malaysia (Suaram) ![]() ![]() -------- |
INTAN BERLIAN 13 JUTA RINGGIT - DEEPAK RASUAH ROSMAH UNTUK DAPAT TANAH Posted: 03 Jan 2013 04:30 PM PST INI TUNTUTAN RAKYAT DEEPAK MENYERAHKAN DOKUMEN KEPADA ORANG KETIGA, PIHAK BERKUASA WAJAR SIASAT Saya sedia maklum reaksi Deepak Jaikishan mengenai dokumen-dokumen yang membabitkan syarikat-syarikat beliau yang kini didedahkan kepada umum. Saya ingin mengesahkan beberapa perkara: 1. Saudara Deepak memang menyerahkan sendiri dokumen-dokumen itu kepada individu tertentu yang dihubunginya sebelum ini dengan harapan ia akan dibawa oleh pimpinan KEADILAN; 2. Beliau sebelum ini mendakwa dokumen-dokumen itu adalah bukti yang beliau ada mengenai salahlaku dan rasuah membabitkan Dato' Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor; 3. Selepas beberapa ketika, dokumen-dokumen itu diserahkan kepada saya oleh individu terbabit untuk disemak dan dipastikan kesahihannya, seperti amalan biasa di dalam KEADILAN; 4. Saya tidak mengambil apa-apa tindakan kerana berpendapat ia tidak mempunyai unsur kepentingan awam sekiranya seseorang berbelanja besar memberi hadiah kepada seorang VIP tanpa ada bukti ada habuan atau projek yang terlibat; 5. Berikutan tindakan Boustead Holdings Berhad mengumumkan akan membayar RM160 juta untuk membeli syarikat milik Saudara Deepak dan tanah dari Awan Megah Sdn Bhd, saya berpandangan ia membuka dimensi baru bahawa dakwaan Saudara Deepak sebelum itu berkaitan dengan kepentingan awam; 6. Selepas menyemak dokumen-dokumen itu dan mendapatkan maklumat tambahan, saya yakin bahawa ia ada asas kukuh untuk disiasat oleh pihak berkuasa. ![]() Oleh yang demikian, saya berpendapat kenyataan-kenyataan Saudara Deepak wajarlah dijadikan bukti dalam siasatan yang akan datang oleh pihak berkuasa memandangkan dokumen-dokumen itu melibatkan syarikat beliau dan urusniaga syarikat beliau (termasuklah slip pemindahan wang dari akaun syarikat beliau). Fakta-fakta ini tidak disanggah atau dinafikan oleh Saudara Deepak, sekadar enggan mengulasnya buat ketika ini. Saya akan memberikan sepenuh kerjasama kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan. Saya juga telah berbincang dengan individu yang mendapat dokumen-dokumen ini dari Saudara Deepak dan beliau bersetuju untuk memberi keterangan bagi membuktikan bahawa dokumen-dokumen ini diperolehi dari Saudara Deepak. Jelasnya, tindak tanduk dan tingkah laku Saudara Deepak sebelum ini tidak berkait dengan KEADILAN. Ia menyangkal percubaan Umno yang menuduh kononnya ini satu perencanaan oleh KEADILAN. Saudara Deepak sendiri menyatakan kekecewaan beliau kerana saya dan beberapa pimpinan KEADILAN dilihatnya keberatan untuk duduk berbincang dengan beliau. Oleh yang demikian, saya telah berbincang dengan pimpinan parti dan bersetuju bahawa saya boleh bertemu dengan Saudara Deepak untuk meneliti bukti-bukti yang beliau ada, seperti yang didakwa sebelum ini. Saya akan mengaturkan satu pertemuan dalam masa terdekat untuk mendengar perancangan beliau dan meneliti bukti-bukti yang didakwa beliau. Semoga ini akan membantu merungkai pelbagai persoalan mengenai integriti Dato' Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor yang semakin menjadi isu hangat. RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI KEADILAN 3 JANUARI 2013 ![]() ![]() |
SATU LAGI MENJADI MANGSA GENGSTER BERLESEN Posted: 03 Jan 2013 06:30 AM PST TIDAK ADA JALAN LAIN 12 JANUARI KE JALAN RAYA KOMENTAR TUKAR TIUBmati dibunuh polis bukan satu yang baru mata mata diwujudkan untuk membantu kita tapi hari ini mata mata yang kita bayar gajinya membaham kita pula maka masanya telah sampai untuk kita semua bangun melawan telah beratus mati di rumah pasong telah berpuluh kes mati dibawa ke mahkamah satu habuk taraaaak malah kes polis bunuh aminulrashid juga telah dibebaskan walau pun sah ini ini kesa bunuh 17 das tembakan kepada anak kecil berumur 15 tahun kugan francis teoh sarbini dan dan beratus lagi semuanya dibunuh oleh gengster berlesen mereka diberi lesen oleh united malays national organisation jawapan kita : satu juta - 1 juta - one million turun ke jalan raya pada 12 januari hanya jalan raya pilihan kita Keluarga remaja mati ditendang polis tuntut keadilan PETALING JAYA 4 Jan: Keluarga Mohd Azrul Zulkifli menuntut keadilan di atas kematian remaja itu selepas motosikalnya ditendang polis. Dalam kejadian awal pagi 25 Disember lalu, motosikal yang ditunggang Mohd Azrul, 19, dikatakan terbabas selepas ditendang anggota polis berpakaian preman. Bapa mangsa, Zulkifli Hashim, 49, dan rakan allahyarham, Khairul Azrisham Abu Kassim, memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya, 11.30 pagi tadi kepada ASP Lim Chee Koon ![]() --------- |
ARAHAN TELAH MULA SAMPAI UNTUK TURUN KE JALAN RAYA Posted: 03 Jan 2013 05:30 AM PST AZAM TAHUN BARU SATU JUTA KUALA LUMPUR Hadi mahu rakyat turun perhimpunan 12 Januari Pakatan Rakyat dan NGO merancang mengadakan perhimpunan besar-besaran sebelum menghadapi pilihan raya umum ke 13. ![]() Dalam blog rasmi parti, Presiden PAS itu berkata: "Saya menyeru kepada seluruh ahli dan penyokong PAS khususnya di semua peringkat untuk turun memberi sokongan kepada himpunan ini. "Dalam masa yang sama, kerjasama semua pihak penting bagi memastikan himpunan berjalan dengan aman dan para peserta mesti mengekalkan disiplin yang tinggi sebagaimana biasanya," tegasnya sebagaimana di siarkan Harakah. Pakatan Rakyat dan NGO merancang mengadakan perhimpunan besar-besaran sebelum menghadapi pilihan raya umum ke 13. "Kedatangan tahun 2013 merupakan satu debaran bagi rakyat Malaysia kerana pada tahun ini, mahu atau tidak mahu, PRU13 pasti diadakan. "Memilih kerajaan dalam menentukan masa depan negara dan rakyat menjadi tanggungjawab besar agar negara selamat dan nasib rakyat terbela," tambah bekas Menteri Besar Terengganu itu. ![]() --------- |
KITA KE JALAN RAYA SEBELUM KE PILIHAN RAYA Posted: 02 Jan 2013 09:49 PM PST BUKU INI AKAN TERBIT TIDAK LAMA LAGI sila NANTIKAN PELANCARAN SATU JUTA AZAM Ini adalah tulisan saya yang akhir untuk tahun 2012. Minggu hadapan tulisan saya muncul ditahun yang baru. Saya mengucapkan selamat tinggal 2012 dan selamat datang 2013. Kalendar Maya juga telah berakhir untuk satu pusingan selama 26 ribu tahun. Heboh-heboh dalam Kelender Maya tentang dunia ini akan kiamat pada 21 Disember lalu telah meleset. Perjalanan hidup manusia diteruskan dengan gangguan koma, sengkang dan tanda tanya. Noktah akhir masih jauh lagi. Minggu ini media – akhbar dan radio – saperti biasa telah menjadi Pak Sibuk dengan mengajak warga membuat azam baru. Juga media ini meminta pendengar dan pembaca untuk melihat kembali azam tahun lalu sama ada telah dapat dikotakan atau hancur ditengah jalan. Saya sendiri tidak pernah membuat apa-apa azam untuk tahun baru yang lepas-lepas. Untuk saya mustahil azam saya hanya muncul ditahun baru. Mustahil saya ini hanya akan membuat azam hanya di tahun baru. Saya tidak melihat lojik dan rasional yang kita hanya membuat azam ditahun baru. Apakah kalau tidak ditahun baru kita tidak ada kepuayaan untuk membuat azam. Hidup ini bukan saperti syarikat untuk dihitung sama ada untung atau rugi dari tahun ke tahun. ![]() Pada malam berakhirnya 2012 dan bermulanya 2013 saya berazam untuk menghasut 1 juta warga Malaysia untuk turun berhimpun di Kuala Lumpur. Azam tahun baru saya cukup jelas lagi benderang. Saya berazam untuk meghasut 1 juta warga turun pada hari Sabtu 12 Januari 2013 akan datang ini . 1 juta ini akan mula berhimpun di Stadium Merdeka pada jam 2:00 petang. Lihat dan perhatikan azam saya kali ini – ada memiliki tarikh , waktu-waktu yang wajib diikuti termasuk juga dimana azam saya ini akan meledak. ![]() Saya membuat azam ini kerana saya merasakan bahawa masa dan ketikanya telah sampai untuk warga bertindak. Tindakan yang saya azamkan bukan tindakan individu persaorangan. Azam yang menghasut 1 juta warga ini bertujuan untuk memastikan ajenda individu tidak diketepikan. Malah ajenda individu inilah yang dikumpulkan untuk menjadi ajenda 1 juta Himpunan Kebangkitan Rakyat. Azam saya untuk menghimpunkan 1 juta warga di Kuala Lumpur memiliki asas yang kukuh. Azam saya ini bukan muncul secara tertiba. Azam ini juga bukan lahir dari angan-angan dan mimpi-mimpi. Azam menghimpunkan 1 juta warga ini muncul dari lembah siasah tanah air kita. Azam 1 juta rakyat berkumpul berlatar belakangkan politik yang wujud hari ini. ![]() Mengetahui dalam PRU13 ini nanti akan berlaku banyak penipuan telah menjadikan warga marah , bengis dan berdendam. Ada juga warga yang menjadi sinikal. Dan ada juga warga yang hilang punca seolah-olah tidak ada jalan keluar. Kemarahan, sinikal atau putus asa individu ini untuk saya tidak memiliki apa apa makna yang hakiki. Kemarahan individu akan terus menjadi kemarahan individu. Kemarahan individu sampai kiamat tidak akan membawa apa apa perubahan. Tetapi bayangkan jika azam 12 Januari saya ini berjaya direalisasikan - kemarahan individu ini dapat dikumpulkan untuk menjadi kemarahan satu juta warga. Jika ini berlaku maka ianya akan membawa makna yang baru. ![]() Angka 1 juta ini muncul sesudah Bersih berjaya menghimpunkan lebih dari 250,000 warga pada 28 April 2012 yang lalu. Warga sebanyak ini telah menuntut agar dijalankan pilihan raya yang bersih dan adil di Malaysia. Tuntutan ini telah gagal. Jika 250,000 warga gagal dengan tuntutan dijalalan raya maka adalah lojik untuk dibawa 1 juta pula ke jalan raya. Jika gerombolan yang berkuasa tidak mengindahkan suara 250,000 orang maka mari kita duga dengan suara tuntutan 1 juta. Tarikah dan waktu Himpunan Kebangkitan Rakyat ini sengaja dipilih berhampiran dengan tarikh PRU13. Tarikh ini bukan muncul secara TIDAK sengaja. Tarikh ini dipilih untuk memberi tekanan maksimum kepada United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya. Juga memberi tekanan kepada lembaga SPR. ![]() ![]() Saya juga berazam ingin melihat apakah gerombolan Perkasa dan Ngo yang sealiran dengannya akan cuba menggangu gugat kekuatan satu juta rakyat. Saya juga mahu melihat apakah Silat Cekak Leher akan berubah untuk menjadi Silat Cekak Pinggang apabila melihat 1 juta dijalan raya. Tetapi semua ini hanyalah hujah sampingan kenapa 1 juta perlu turun pada 12 Januari ini. Azam utama – hujah utama dari 1 juta orang ramai turun berdemo ke jalan raya ini adalah tanda amaran. Satu juta kemarahan rakyat itu adalah ada satu juta amaran kepada United Malays National Organisation. Ini adalah amaran agar SPR dan United Malaysa National ORganisation TIDAK akan menjalankan penipuan dalamn PRU13 yang akan datang ini. ![]() Dari kajian lembaga akademia saperti MERAP – Malaysian Electoral Roll Analysis Project - umum telah diberitahu tentang rancangan jahat SPR untuk memasukan nama-nama 'warga asing' ke dalam senarai undi. Justeru, adalah membuang masa untuk saya menuliskan lagi contoh dan bukti penipuan yang sedang berjalan dan sedang dirancang. Memadailah saya nyatakan disini sajelas mungkin bahawa 1 juta rakyat yang keluar ke jalan raya ialah amaran awal. Satu juta ini keluar untuk mendindingi diri mereka agar tidak lagi mahu kena tipu. Tetapi, jika United Malays National Organisation dan SPR menjalankan 'projek tipu' mereka dalam PRU13 ini nanti maka 1 juta ini hanya percubaan awal. ![]() Memang betul ini bukan Arab Spring. Malaysia bukan Mesir. Malaysia bukan Arab. Kita memiliki budaya dan politk yang berbeza dengan budaya dan politik Arab. Justeru saya akui apa yang berlaku di Malaysia ini bukan Arab Spring tetapi apa yang sedang berlaku di sekarang ini ialah Malaysian Durian – keras , tajam tetapi isinya lemak, lembut dan manis. Durian Malaysia inilah yang sedang memberi amaran kepada United Malays National Organisation dan baruanya yang bernama SPR. Satu juta yang akan berhimpun pada 12 Januari 2013 ini akan membawa kain rentang yang amat jelas – jangan tipu undi – kalau tipu undi 5 juta lagi akan turun - . Lima juta rakyat akan turun ke jalan raya jika mereka merasa mereka telah ditipu. Lima juta ini bukan satu amaran tetapi satu azam dan janji. ( TT) ![]() NOTA: tulisan ini telah disiarkan dalam akhbar SUARA KEADILAN tekini sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini sila pukul talipon 03-22-72-40-45 ------- |
TUKAR TIUB MEMECAH BERITA - SENARAI COOL DAN POYO KELUAR Posted: 02 Jan 2013 07:56 PM PST AKTIVITI PALING COOL TAHUN 2012 - mengkibarkan sang saka rakyat pada malam 30 ogos 2012 - menurunkan bendera muka najib di pwtc - berkhemah di dataran merdeka - memijak jalur gemilang - memijak muka najib - menonggengkan buntut pada muka najib.... - masuk lokap kerana tibai rosmah dan dan dan..... .... senarai penuh akan menyusul tim dan sidang redaksi tukar tiub sedang berbicang hangat untuk mewujudkan senarai cool dan poyo.... ![]() KEMARAHAN PEMBACA Poyo la TT...lambat plak release... on SIAPA COOL DAN SIAPA POYO - TUNGGU DAN NANTI Publish | Delete | Spam Anonymous on 1/2/13 mana senarai cool/poyo??? da 2 januari ni!!! on TURUN TIBAI ROSMAH MUNCUL KEMBALI TT, terlalu banyak senarai Cool & poyo 2012, tapi just cadangan aku ajelah untuk buat situasi jadi lagi gamat sempena KL112, Mohon semua pembaca Blog ko rate satu artikel TERHANGAT !!! kat Blog MAS, Isu sama macam yang ko pernah kupas tentang gagak hitam sebelum neh and inilah punca kenapa negara kita selalu sangat ada isu yang tak ada penghujung... Selamat Tahun Baru 2013~~!! on SENARAI COOL AKAN MUNCUL - TUNGGU DAN NANTI |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan