DIALOG RAKYAT |
- Deepak Serah Sendiri Dokumen Pembelian Barang Kemas RM 13 Juta
- Gangguan Bekalan Air : Syabas Gagal Baiki Pam Rosak Lebih Setahun
- Putu Halba di musim banjir
- Kesediaan tampil 'live' bukti jiwa besar Presiden PAS
- Muhyiddin Kudeta Kuasa Najib?
- Siasat kehilangan Wang Ehsan
- Mahkamah keluar sapina ke atas Zahid Hamidi
- Isu tanah: Propaganda murahan tajaan Umno
- Anwar: Harga saham FGV naik, guna dana KWSP
- Proses baik pulih tanah asrama Unisel ambil masa setahun
- SPR nafi dakwaan sekat tugas pemerhati PRU13
- Kerajaan rugi RM3.2 juta akibat banjir landa sekolah pantai timur
- Pahlawan negara Kanang Langkau meninggal dunia
- Hanya empat murid daftar diri
- Siar manifesto: SPR-RTM bincang kali ketiga
- 2 kereta Presiden NGO R disimbah cat merah
- Hadi mahu rakyat turun perhimpunan 12 Januari
- Allah buat Bible Melayu
- Agihan kerusi: MCA sedia tolak ansur
- JKR arah asrama Unisel ditutup
- Demi adil,PM dicabar beri Anwar slot di TV
- Beri peluang Muhyiddin ketuai PRU13
Deepak Serah Sendiri Dokumen Pembelian Barang Kemas RM 13 Juta Posted: 03 Jan 2013 07:00 AM PST PETALING JAYA : Pendedahan dokumen yang menunjukkan pembelian barang kemas bernilai RM 13 juta yang didakwa untuk isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah sahih dan diserahkan sendiri oleh perniaga karpet, Deepak Jaikishan. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam satu sidang media hari ini berkata, Deepak telah menyerahkan kesemua dokumen itu kepada individu tertentu yang dihubunginya sebelum ini dengan harapan ia akan dibawa oleh pimpinan PKR. Menurut Rafizi, dokumen itu kemudiannya diserahkan kepadanya oleh individu terbabit yang juga merupakan pimpinan PKR untuk disemak dan dipastikan kebenarannya. "Saya tidak mengambil apa-apa tindakan kerana berpendapat ia tidak mempunyai unsur kepentingan awam sekiranya seseorang berbelanja besar memberi hadiah kepada VIP tanpa ada bukti habuan atau projek yang terlibat. "Berikutan tindakan Boustead Holdings Berhad mengumumkan akan membayar RM 160 juta untuk membeli syarikat milik Deepak dan tanah dari Awan Megah Sdn Bhd, saya berpandangan ia membuka dimensi baru bahawa dakwaan Deepak sebelum itu berkaitan dengan kepentingan awam. "Selepas menyemak dokumen itu dan mendapatkan maklumat tambahan, saya yakin bahawa ia mempunyai asas kukuh untuk disiasat oleh pihak berkuasa," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR, di sini pagi tadi. Sehubungan itu, katanya, kenyataan Deepak wajar dijadikan bukti dalam siasatan akan datang oleh pihak berkuasa memandangkan dokumen itu melibatkan syarikat dan urusniaga syarikat beliau sendiri. Tambah Rafizi, beliau juga telah menerima persetujuan daripada individu yang menerima dokumen itu bagi membuktikan bahawa ia diperolehi daripada Deepak. "Jelas membuktikan bahawa tindak tanduk dan tingkah laku Deepak sebelum ini tidak berkait rapat dengan PKR. "Ia menyangkal percubaan Umno-BN yang menuduh kononnya ini satu perencanaan oleh PKR. Malah Deepak sendiri menyatakan kekecewaannya kerana pimpinan PKR dilihat keberatan untuk berbincang dengan beliau. "Oleh itu, setelah mengadakan perbincangan bersama pimpinan parti, maka saya boleh bertemu dengan Deepak untuk meneliti segala bukti yang dimiliki, seperti yang didakwa sebelum ini," ujarnya. Rafizi semalam mendedahkan dokumen yang didakwanya bukti pembelian barang kemas oleh syarikat Deepak dari dua syarikat di Hong Kong. Antara dokumen yang didedahkan Rafizi adalah emel invois pembelian berlian dari syarikat Dehres Limited dan Firestone Co. Ltd dan slip pembayaran melalui dua buah bank. Dokumen lain pula menunjukkan transaksi bernilai USD 3.9 juta (RM 11.8 juta) bagi pembelian cincin dan subang daripada Firestone Co Ltd. Kesemua barangan kemas itu dibayar oleh dua syarikat Deepak iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd dalam tempoh tiga bulan Mac hingga Mei 2009, selepas Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri. Bagaimanapun, di dalam beberapa laporan semalam, Deepak menafikan beliau membeli barang kemas tersebut. | ||||||
Gangguan Bekalan Air : Syabas Gagal Baiki Pam Rosak Lebih Setahun Posted: 03 Jan 2013 06:57 AM PST SHAH ALAM : Tindakan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menunding jari kepada Kerajaan Selangor bagi menutup kegagalan syarikat itu membekalkan air kepada pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur amat tidak bertanggungjawab. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, SYABAS patut menyelenggara semua aset pengagihan air seperti yang termaktub dalam Perjanjian Konsesi yang ditandatangani di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Selangor dan syarikat itu. "Sejak 1 Januari 2005, semua aset dan fasiliti pengagihan air milik Kerajaan Selangor diserahkan untuk dikendalikan sepenuhnya oleh SYABAS termasuklan Rumah Pam Wangsa Maju. "Oleh itu, tiada sebab mengapa SYABAS boleh menuding jari kepada kerajaan negeri," kata Abdul Khalid di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sekretariat akhbar pejabat Menteri Besar. Terdapat lima unit pam Rumah Pam Wangsa Maju dan siasatan mendapati bahawa gangguan bekalan air yang melanda Gombak dan Kuala Lumpur berpunca kegagalan kelima-lima pam tersebut. Siasatan tersebut dilakukan Jawatan Kuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor pada 2 Januari lalu. "Hasil lawatan ke Rumah Pam Wangsa Waju oleh jawatan (itu) pada 2 Januari dan melalui pemerhatian dari buku log operasi pam untuk tahun 2012, didapati bahawa pam nombor dua telah rosak melebihi setahun dan tidak pernah dibaiki," kata Abdul Khalid. Menteri Besar berkata, hasil siasatan jawatankuasa itu telah membuat kesimpulan bahawa Syabas : * gagal menyelenggara aset dan fasiliti bekalan air yang terletak dibawahnya bermula dari 1 Januari 2005 seperti di dalam perjanjian konsesi. * gagal mengenal pasti kerosakan pam-pam yang terdapat di Rumah Pam berkenaan dan kegagalan ini menyebabkan kerosakan lebih besar berlaku yang menyebabkan gangguan bekalan air kepada pengguna * gagal mengambil tindakan segera dalam membaik pulih kerosakan pam-pam tersebut * gagal memaklumkan kejadian sebenar kerosakan yang berlaku kepada Kerajaan Selangor. Sebaliknya, Abdul Khalid berkata, Syabas menggunakan isu ketidakcukupan air untuk menimbulkan suasana panik di kalangan pengguna. "Gangguan bekalan air kali ini adalah kemuncak kepada siri-siri kegagalan SYABAS memenuhi tanggungjawab kepada pengguna seperti yang termaktud dalam Perjanjian Konsesi. "Justeru, Kerajaan Selangor mendesak kerajaan Persekutuan membenarkan penstrukturan semula industri air diteruskan mengikut Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 (WSIA)," Abdul Khalid berkata. | ||||||
Posted: 03 Jan 2013 06:52 AM PST
(Nurihan Majid menjual putu halba di pusat perpindahan banjir) RANTAU PANJANG: Putu halba merupakan kueh yang paling popular di musim tengkujuh di sebelah Pantai Timur khususnya Kelantan dan Terengganu. Kebanyakkan peniaga menukar jenis jualannya buat sementara waktu semata-mata untuk mencari rezeki berganda di musim ini. Di Kelantan kueh ini banyak dijual di pekan-pekan kecil di setiap jajahan di negeri ini, termasuk di rumah khusus untuk mencari rezeki dengan kueh ini. Putu halba diperbuat dari ubi kayu dicampur dengan gula melaka, gula, halba dan seterusnya dicecah dengan kelapa menjadi tarikan ramai untuk dinikmatinya ketika panas. Harakahdaily sempat merakamkan seorang peniaga kueh ini di tempat perpindahan mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Kedai Tanjung, Rantau Panjang. Nurihan Majid, 47, pada asalnya meniaga tapai ubi kayu di Kedai Salor, namun menukar kueh ini kerana ianya lebih laku ketika musim banjir. "Ketika jualan hari biasa, nak dapat RM40 pun sukar, tapi rezeki musim tengkujuh ni alhamdulillah kadang-kadang dapat juga RM200 sehari,"ujarnya. Kerana tidak menang tangan, beliau dibantu oleh seorang rakan Hasnah Deraman, 35. Bermula jam 10.00 pagi, Nurihan memulakan jualannya sehingga 4.00 petang kecuali jualannya habis awal berbanding biasa. Menurut Nurihan, tahun lepas beliau dapat menjualnya enam biji RM2 kerana ubi sendiri, namun sekarang ubi beli yang telah siap diparut, harga agak mahal. "Syukurlah walaupun musim tengkujuh, kami masih dapat mencari rezeki dan pendapatannya lebih berbanding biasa,"ujarnya yang tinggal di Kampung Gajah Mati, Pasir Mas. Beliau mengakui dengan pendapatannya itu dapat membantu suami menyediakan kelengkapan sekolah pada anak-anaknya seramai tiga orang. Menurutnya, sebelum ini beliau tidak mengetahui bagaimana cara untuk membuatnya, bagaimanapun setelah mendapat tunjuk ajar dari kawannya, akhirnya beliau cuba membuatnya sejak tujuh tahun lalu. | ||||||
Kesediaan tampil 'live' bukti jiwa besar Presiden PAS Posted: 03 Jan 2013 06:48 AM PST
Ketua penerangannya Riduan Mohd Nor berkata, biarpun sedar berdepan resiko besar, namun kesediaannya itu sudah cukup menggambarkan keberanian berdepan pihak lawan secara berlapang dada. "Berbeza dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang enggan berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun berkali-kali didesak oleh rakyat," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini. Menurutnya lagi, kerajaan seharusnya menerima permintaan itu tanpa dolak dalih jika benar mahu penjelsan berhubung amanat itu yang kononnya mencetus polemik dan 'perpecahan' itu. Kata Riduan, permintaan Presiden PAS untuk 'on air' di televisyen itu ada rasionalnya. Ini kerana umum mengetahui media utama negara tidak pernah berpihak kepada pembangkang dan apa sahaja boleh terjadi sekiranya rakaman dibuat dengan pelbagai manipulasi dan suntingan. Lebih-lebih lagi ujarnya ianya berlaku dalam suasana hampir dengan pilihanraya umum ke 13. "Ada kebarangkalian keseluruhan ucapan Presiden PAS hanya tinggal beberapa minit sahaja selepas suntingan. Ini yang tidak diinginkan oleh Presiden PAS dan seluruh ahli PAS. "Yang menghairankan, beliau diserang siang dan malam, kenapa kerajaan pula enggan membenarkan Presiden PAS itu tampil menjelaskan kenyataan beliau," soalnya. | ||||||
Posted: 03 Jan 2013 06:46 AM PST MSO Menjelang 1 Januari 2013 dengan rasminya Muhyiddin Yassin mengambil alih (kudeta) 'kekuasan' dalam Umno daripada Najib Razak tanpa menukar status jawatan. Ramai yang tidak terperasan transisi secara senyap ini. Malahan di dalam Umno sendiri ramai yang tidak tahu mungkin menafikan kalau diberitakan hal ini. Mereka mengira ketiadaan Najib dalam negara sejak 30 Disember ialah rutin biasa kerana bercuti di luar negeri. Orang Umno apa lagi diperingkat bawahan seperti pemuda Gombak begitu naif untuk menafsir gerak dan gelombang dalam parti itu. Sebab itulah mereka mudah untuk diperdayakan oleh pemimpin mereka. Bagi tahu apa saja mereka akan percaya dan tidak terliur untuk 'mengogeh-ogehkan' apa saja diberi tahu. Kalau dikatakan ahli Umno taksub sampai peringkat hujung kasut mereka marah. Selain itu mereka yang menyayangi Najib cuba membuat penjelasan pemergian Najib ke luar negara di akhir tahun adalah kebiasaan, untuk berihat atau release tension. Lagi pun kebetulan beliau ada misi perdagangan dalam mencari pelabor untuk membahkan pendapatan negara. Indeks perdagangan negara perlu dinaikkan untuk memberi tahu rakyat Najib layak dan ada wibawa sebagai perdana menteri dan menteri kewangan. Najib kena lakukan dan membukti dia hebat dari Anwar Ibrahim kalau tidak dia akan ditolak oleh rakyat. Dia perlu memadamkan rekod pencapaian dibuat Anwar.
Najib dikesan berada di luar negara pada hari 28 Disember, beliau sempat hadir menziarahi body Lim Keng Yaik. Sampai hari ini Najib masih lagi belum menampakkan kelibat batang hidung. Sebelum asap pembakaran body Keng Yaik habis berarak ke udara Najib dan isterinya sudah menghilang. Ada juga desas desus mengatakan Najib mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin kanan Umno di London. Mereka terdiri dari pengerusi perhubungan Umno. Antara yang ke sana ialah Noh Omar, Mustapa Mohamed, Zambry Abdul Kadir dan yang lain-lain. Pertemuan itu kononnya untuk finalis calon-calon Umno. Kok ya.. pun kenapa sampai ke London tidak bolehkah difinaliskan di dalam negara. Apakah masalahnya? Biasanya kalau sesuatu bekalan atau bungkusan sulit itu digonggong jauh ke tempat asing besarlah masalah atau pun wap busuk yang ada dalam bungkusan itu pasti memeritkan hidung banyak pihak. Pun begitu pertemuan itu tidak menjadi isu kerana ia ditenggelami dengan apa yang berlaku di dalam negara. Pemerhati sendiri tidak begitu terfokus kepada Najib tetapi lebih melihat apa yang berlaku dalam negara (Umno). Pemerhati sedang melihat gelagat dan juga tindak tanduk Muhyuddin memenuhi beberapa slog kenegaraan sementera Najib pulang. Kemunculan Muhyiddin bersama isterinya, Noraini Abdul Rahman di malam mengira detik 12 malam menyambut tahun baru masihi memberi konotasi tersendiri. Tidak sepatutnya Najib masih berihat di luar negara atau shoping mega hujung tahun dengan Rosmah Mansor. Apakah shoping mega itu untuk menghabiskan wang yang diterima Rosmah dari pelbagai sumber komisyen? Detik 12 malam tidak penting, namun sebagai PM Najib harus bersama rakyat mengobarkan semangat dan mengelombangkan aspirasi tahun baru. Najib seharusnya mengepalai menanamkan azam untuk tahun 2013. Walaupun ada perutusan rasmi ia tidak mencukupi kerana rakyat mahukan sentuhan langsung. (Katanya peruntusan Najib dipotong 15 minit dari time asal). Atau apakah Najib sudah dapat merasai bahawa rakyat terutamanya generasi muda tidak begitu mengkaguminya jadi kehadirannya tidak dinanti. Mungkin Najib ingin mengelakkan malu sekali lagi seperti berlaku pada tahun lepas. Countdown detik 12 malam tahun baru yang dihadiri Najib tidak berapa ramai berbanding dengan majlis sama yang dihostkan oleh Azhar Idrus di Shah Alam. Jadi untuk tidak berulang aib itu lebih baik dia tidak bersama detik 12 malam untuk dia tidak dibandingkan sekali dengan Azhar Idrus. Mungkinkah begitu? Ketiadaan Najib dan diganti dengan Muhyiddin itu katanya ada sangkut paut dengan perkembangan terbaru di dalam Umno. Laporan terbaru mengenai porestasi UBN dan Najib tidak memihak kepada Najib. Najib yang sebelum ini dilaporkan oleh berbagai pusat penyelidikan (survey) yang menjadi pak angguk kepada Umno, memberi nilai dan graf tinggi kepada Najib. Peratus popularitinya meningkat dari bulan ke bulan, kononnya jauh meninggalkan populariti bakal PM Anwar Ibrahim. Tetapi laporan lain yang boleh dipercayai pula mendapati populariti Najib menurun di bawah 50%. Satu laporan kajian disediakan sebuah Pusat Pengajian Tinggi baru-baru ini katanya palsu dan ia dibuat untuk mempengaruhi pemikiran umum serta menyedapkan hati Najib saja. Najib sendiri tahu akan kebenaran dan result kajian itu. Ada cerita mengatakan pengarah kajian itu kena sepak oleh pegawai Najib. Penampilan Najib di perhimpunan agung Umno yang tidak begitu memberangsangkan turut memberi kesan kepada UBN. Antara punca utama ialah tiadak apa-apa pembaharuan dan lonjakan semangat dilakukan Najib dalam perhimpunan agung Umno lalu. Najib dilihat gagal untuk membangkitkan semangat orang di luar Dewan Merdeka menerusi perhimpunan berkenaan. Perhimpunan ke 60 itu sendiri lunyah dan lemah tanpa bersemangat. Tindakan Najib dan beberapa pemimpin lain terus-terusan menyerang dan menghina pemimpin Pakatan Rakyat tidak mendapat tindak balas memuaskan dari rakyat. Satu kajian sikap selepas itu mendapat kredibiliti Umno ditangan Najib semakin jatuh dan merendah ke bumi hina. Orang ramai yang mengharapkan menjelamanya politik yang gentleman dan berdasarkan fakta dan hujah rasional sesuai dengan edaran zaman kecewa degan Najib. Selain itu pendedahan taukeh karpet yang baik dengan Rosmah Mansor, Deepak Jaikishan turut memberi kesan buruk kepada Najib. Pendedahan itu menyebabkan rakyat mengenang kembali kepada kejadian yang menimpa jelitawan 'buah dada leper' Altantuya Sharribbu. Kegagalan Najib untuk menjawab dan menjelaskan menyebabkan rakyat mengesahkan bahawa apa-apa yang didedahkan oleh Deepak. Najib sendiri terkaku tatkala isu itu didedahkan. Seluruh sendi dan otatnya menjadi lemah gemulai sebaik mendengar pendedahan itu. Orang yang dijadikan pendokong dan hambanya dalam politik, Ahmad Zahid Hamidi yang mula menyelak kejantanan beriya untuk menjawab apa yang didedahkan Deepak, akhirnya diam membisu. Pembisuan Zahid itu menambahkan kecurigaan orang ramai kepada Najib dan menganggap apa didedahkan Deepak itu benar. Zahid hari ini jadi seperti tak ubah anak burung yang baru tetas yang tergelonsor dari sarangnya yang dibuat atas pokok tinggi. Kepanasan. Dia dikatakan melakukan kesilapan besar bila memberi reaksi terhadap pendedahan Deepak itu. Dalam politik kalau ada reaksi bermakna sesuatu itu ada prima facie. Atas prestasi dan perkembangan baru itulah menyebabkan ada olak baru di dalam Umno. Ada konsensus kecil dibuat di kalangan tertentu bahawa Najib tidak mampu untuk mengemudikan pilihan raya umum akan datang. Masalah dan isu yang mengelilingi dirinya dan isterinya, menjadi liabiliti kepada Umno. Justeru konsesus itu membuat keputusan orang lain hendaklah diletak di hadapan bagi mengelirukan rakyat bagi tidak menampakkan Umno bermasalah. Dalam hal ini Muhyiddin telah diberi tugas dan tanggungjawab serta menjadi tabir biru yang indah. Konsesus itu membuat penilaian kalau Muhyiddin duduk dihadapan menyebabkan rakyat tidak akan nampak Rosmah dan Altantuya serta Deepak. Muhyiddin pula setakat ini tidak ada isu-isu peribadi yang boleh menggeletek hati rakyat untuk diketawakan seperti mana rakyat mentertawakan Najib yang cuba menyembunyikan segala macam isu itu. Dalam pada itu Mahathir Mohamad direstui memainkan peranan besar. Mahathir kini secara tidak langsung menjadi penasihat eksekutif kepada pengarah pilihan raya BN, yang disandang oleh Mahyuddin secara kudeta dari Najib. Sebab itulah kini Mahathir bergerak ke hulur ke hilir memberi penerangan dan juga arahan. Demi untuk menang Mahathir terpaksa menambah beberapa jenis pil suplimen lagi untuk menjadi kesihatannya tidak terganggu. Katanya Mahathir sendiri mengakui kerjanya untuk memastikan UBN menang kali ini adalah paling kuat berbanding dengan kerja yang sama sebelum ini. "Saya tidak sesungguh hari ini untuk memenangkan BN," katanya. Beberapa siri pertemuan dengan pimpinan bahagian atau pun entiti Melayu dan NGO yang kononnya berjuang membela Melayu dan Umno juga diadakan. Hampir setiap hari program untuk Mahathir diatur. Lihat di media PB siapa yang kerap muncul hari ini, Mahathir atau siapa. Kekerapan Mahathir muncul dan ruang yang diperolehinya di tv lebih tinggi berbanding dengan pemimpin kanan Umno yang lain, Zahid Hamidi, Hishamuddin, Shefei Afdal dan lain-lain. Mahathir seakan bertindak menjadi ketua pemuda, ketua wanita dan ketua puteri dan juga sekaligus hantu kepada Umno! Hebat. Mengenai Najib di luar negeri, apakah dia sengaja untuk mennguji keupayaan Muhyiddin dan Mahathir? Kalau benar seperti yang dijangkakan itu, ia adalah satu kesilapan. Mahathir yang kini dianggap sebagai bomoh tua yang mampu mengubati sakit Umno dan menyihirkan orang Melayu tua dengan mitos dan bidaahnya sudah memperolehi momentum untuk bergerak terus mengatur strategi dan agendanya. Apa dilakukan Mahathir dan Muhyiddin ialah untuk memastikan Najib tidak mengepalai pilihan raya. Sudah ada agenda di sebalik kerja kuat untuk kemenangan UBN itu adalah untuk menyingkir Najib dari menjadi perdana menteri. Mahathir ada perhitungan lain dalam hal ini, bukan dia begitu rindu sangat Muhyiddin jadi PM, tetapi dia mahu anaknya Mukhriz segera menduduki kerusi timbalan perdana menteri. Kemenangan UBN bagi Mahathir bukan juga untuk menyelamatkan Najib, Rosmah dan lain-lain tetapi utamanya menyelamatkan dirinya sendiri. Kerana sudah pasti kalau UBN jatuh nasib Mahathir akan jadi seperti Hosni Mubarak atau Saddam Hussein, Salbadon Milosevic ataupun para diktator lain. Yang terbayang dimata Mahathir kini bukan lembaga anaknya berada di kerusi TPM tetapi jerjak-jerjak besi, tirani. Sesunggunya ketiadaan Najib sehari dua ini bukan satu kebiasaan tetapi ia perlu dilihat dengan penuh misteri. Dan orang Umno kena buat perhutungan apakah mahu Mahathir atau Najib? Ha guana Mat, Mat mana lagi Mat Maslan lah. Fikir Mat...saham Felda terus merudum. | ||||||
Posted: 03 Jan 2013 06:40 AM PST
(Orang ramai yang berdemo depan pejabat JPP Kota Bharu) KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan didesak agar menuntut pihak Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), menyiasat dan membentangkan Laporan Kewangan Jawatankuasa Wang Ehsan Kelantan, kepada rakyat negeri ini. Ini berikutan adanya laporan, sejumlah RM12.3 juta telah lesap dari akaunnya. Justeru itu, satu memorandum telah dihantar oleh Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti), kepada pihak JPP, tengah hari tadi, di bangunan JPP Kota Bharu. "Ini memorandum kali ke dua dari pihak kami kepada JPP bagi membentangkan laporan kewangan wang ehsan yang lesap sebanyak RM12.3 juta," kata Presiden Royalti, Nazri Deraman dalam sidang medianya, selepas menyampaikan memerandum kepada wakil JPP, di sini. "Pihak kami juga dapat tahu, sebanyak RM2 juta dari wang royalti minyak yang dijadikan sebagai wang ehsan di negeri ini telah disalurkan kepada Umno bahagian negeri Kelantan. "Walaupun menurut maklumat dari Kerajaan Persekutuan bahawa wang ehsan ini digunakan sebagai peruntukan membina kemudahan infra, namum begitu ianya digunakan oleh pihak JPP dan Umno bahagian sesuka hati mereka bagi kepentingan mereka," ujarnya. Bermula tahun 2010, jumlah sebenar wang ehsan yang disalurkan kepada JPP sentiasa berubah-rubah. Perbezaan ini dapat dilihat melalui kenyataan dari Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Husin, iaitu peruntukan sebanyak RM49.1 juta. Manakala menurut kenyatan yang dibuat Datuk Mustapha Mohamed dan juga Perdana Menteri peruntukannya sebanyak RM61.4 juta. "Telah terbukti jumlah sebenar wang ehsan berubah dan terdapat penyelewengan yang ketara yang berlaku kerana perbezaaan yang ketara iaitu sebanyak RM12.3 juta," tegasnya. Katanya lagi, pihak Royalti akan mengambil tindakan ke peringkat yang lebih tinggi sekiranya JPP mengambil sikap mendiamkan diri sehingga ke peringkat antarbangsa. Sementara itu, pihak Royalti juga meminta agar JPP ditutup kerana kerajaan negeri yang ada sekarang ini ialah kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui demokrasi sejak tahun 1990. Adalah satu percabulan kepada semangat persekutuan iaitu menghormati kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan apabila JPP ditubuhkan. Dalam himpunan bagi menyampaikan memorandum berkenaan, beberapa pihak yang mewakili kumpulan masing-masing telah menyampaikan ucapan, antaranya wakil mahasiswa, wakil kaum wanita Kelantan dan wakil anak muda Kelantan. Memorandum berkenaan telah disampaikan oleh Nazri Deraman sebagai Presiden Royalti kepada Penolong Pengarah (Khas) JPP, Mohd Hanif Aiman Mohd Anuar Musardar. | ||||||
Mahkamah keluar sapina ke atas Zahid Hamidi Posted: 03 Jan 2013 06:37 AM PST
Sapina itu dikeluarkan oleh mahkamah atas permohonan Datuk Husam Musa yang menyaman blogger Papa Gomo. "Mahkamah telah meluluskan permohonan saya untuk sapina Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi. Ini kerana, Ahmad Zahid kenal siapa Papa Gomo ini apabila beliau membenarkan blogger ini memasuki kapal selam Scorpean sebelum ini," kata Husam kepada Harakahdaily. Husam menyaman Papa Gomo ekoran satu laporan fitnah yang dibuat blogger Umno itu melalui blognya. Writ saman tersebut difailkan Husam melalui peguam Hisham Fauzi baru-baru ini dengan menuntut gantirugi sebanyak RM10 juta, memohon maaf secara bertulis, gantirugi teladan, gantirugi melampau dan gantirugi punitif. Selain itu injunksi menghalang defendan atau ejen atau pembantu berkomunikasi, memberi komen, mengulangi penerbitan kenyataan-kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif. Defendan melalui blog; http://www.papagomo.com bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll' diterbit pada 6 Disember tahun lepas cuba mengaibkan Husam dengan menyiarkan gambar tersebut. Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri menyifatkan gambarnya dimanipulasikan sehingga memberikan gambaran plaintif sedang berpimpin tangan dengan seorang perempuan Cina. Defendan atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris beralamat di Villa Apartment, Jalan 5/23 e, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis; "Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan crdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni." Dalam writ samannya Husam menjelaskan gambar itu sebenarnya menunjukkan beliau ketika itu bersama rombongan kerajaan Kelantan ke China sedang berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan diikuti oleh jurubahasanya, seorang perempuan warganegara China. Plaintif sebelum ini mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut supaya memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi. Bagaimanapun defendan gagal dan enggan berbuat demikian. | ||||||
Isu tanah: Propaganda murahan tajaan Umno Posted: 03 Jan 2013 06:35 AM PST
KOTA BHARU: Temuilah sesiapa sahaja yang bersedia memburukkan kerajaan negeri dan PAS, pastinya ada peluang untuk disiarkan di muka hadapan akhbar. Kalau sebelum ini pemimpin NGO Umno yang sering dimuatkan dalam akhbar Umno, namun sekarang tidak kira siapa lagi, boleh muat janjinya menghodohkan kerajaan negeri. Inilah kaedah yang diulang-ulang bagi memastikan propaganda murahan setiap kali menjelang pilihan raya mampu membantu Umno Kelantan. Sedangkan isu pembangunan tanah bagi projek ladang hutan di Gua Musang sudah dijelaskan berkali-kali tiada kaitan dengan jawatan Menteri Besar Perak ketika Pakatan Rakyat menang pada Mac 2008. Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, nampak sangat pemimpin Umno ketandusan isu sehingga mengulang-ulang perkara sama tanpa fakta. "Sepatutnya tidak berbangkit lagi isu tanah yang cuba dikaitkan dengan pemimpin DAP Perak kerana penjelasan panjang lebar sudah diberi. "Tanah itu dimajukan kerajaan negeri dengan kerjasama syarikat swasta di Gua Musang pada 2005. Anehnya mengapa pula cuba dikaitkan dengan tawaran jawatan Menteri Besar di Perak pada Mac 2008. "Tidak sukar bagi memahami isu terbabit kalau diteliti kronologi yang berlaku. Lagi pun dua pemimpin DAP yang cuba dikaitkan Umno hanya membeli saham syarikat terbabit tahun lepas," katanya di sini. Akhbar Umno sebelum ini mendakwa tanah tersebut diberi kepada pemimpin DAP Perak sebagai habuan setelah mereka menyerah kerusi Menteri Besar Perak kepada PAS selepas pilihanraya umum 2008. Lagi pun projek ladang tersebut mendapat sokongan dua kementerian iaitu Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi menghantar surat kelulusan kepada Upayapadu Plantation Sdn Bhd pada 12 Oktober 2005. Surat itu ditandatangani menteri terbabit Datuk Peter Chin Fah Kui. Manakala surat kedua daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah Malaysia kepada Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Malaysia bertarikh 16 Januari 2006 turut menyokong permohonan syarikat tersebut. Surat tersebut ditandatangani Timbalan Menteri di kementerian berkenaan, Datuk Dr Awang Adek Hussin. Dr Muhammad Fadzli berkata, beberapa akhbar masih lagi memainkan isu tanah seluas tanah 10,526 hektar dimajukan projek ladang hutan, biar pun penjelasan sudah diberi. Forum jawab fitnah Umno Sehubungan itu katanya, bagi membolehkan orang ramai mendapat penjelasan lebih lanjut forum bertajuk "Gadai Tanah Kelantan: Menjawab Fitnah Umno" akan diadakan di Kelantan Trade Centre pada 5 Januari ini bermula jam 9 malam. "Exco Pendidikan, Datuk Mohd Amar Abdullah akan menjelaskan secara terperinci isu tersebut memandangkan tanah yang dimajukan terbabit milik Yayasan Islam Kelantan," katanya di sini. Manakala Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud akan menghuraikan isu-isu yang ditimbulkan berkaitan Amanat Haji Hadi. Oleh itu orang ramai dijemput hadir bagi mendengar kupasan berkaitan isu berkenaan untuk mengelakkan mereka terpengaruh dakyah murah disebarkan media Umno. | ||||||
Anwar: Harga saham FGV naik, guna dana KWSP Posted: 03 Jan 2013 03:21 AM PST Anwar (kanan), bekas menteri kewangan, berkata penilaian bank menunjukkan bahawa harga saham tersebut adalah kenaikan buatan, tetapi tidak menamakan bank-bank yang terlibat. "Jika kita melihat analisis bebas seperti daripada bank-bank, harga sebenar adalah RM3.50 seunit," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini. Anwar berkata, harganya pada RM4.62 adalah kerana campurtangan dalam bentuk pembelian oleh KWSP, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dan institusi-institusi lain. Anwar mengeluh ketika minyak sawit dan harga getah jatuh, kerajaan tidak berbuat apa-apa untuk meringankan kehidupan mereka yang bergantung hidup pada komoditi tersebut. Sebaliknya, katanya, FGV telah disenaraikan di bursa saham dan peneroka telah dijual 800 unit saham, tetapi tidak boleh menjual selama enam bulan. Anwar mendakwa, mereka yang mendapat manfaat daripada penyenaraian FGV ialah para kroni, termasuk pengerusi FGV dan lembaga pengarah yang mendapat saham dan menjualnya awal untuk mendapat keuntungan dan Kemudian harga turun. Beliau menegaskan bahawa sejak tahun lepas, harga minyak sawit mentah telah susut 23 peratus daripada RM3,225 setan metrik kepada RM2,477 setan metrik, manakala gred harga tawaran getah beku gred SMR CV jatuh 12 peratus daripada RM10.87 sekilogram kepada RM9.61 sekilogram. Anwar berjanji apabila Pakatan Rakyat berkuasa, ia akan menubuhkan Tabung Kebajikan Komoditi Negara yang akan bertindak sebagai skim jaringan keselamatan sosial. | ||||||
Proses baik pulih tanah asrama Unisel ambil masa setahun Posted: 03 Jan 2013 03:06 AM PST Kira-kira 3,000 penuntut Unisel yang menginap di asrama tersebut akan ditempatkan di beberapa premis lain. SHAH ALAM: Proses membaik pulih struktur tanah asrama Universiti Selangor (Unisel) yang mendap dijangka mengambil masa setahun dengan anggaran kos antara RM40 juta hingga RM60 juta. Naib Canselornya Prof Dr Anuar Ahmad berkata sepanjang tempoh itu, kira-kira 3,000 penuntut Unisel yang menginap di asrama tersebut akan ditempatkan di beberapa premis lain. Ini termasuk bangunan milik Unisel di Kota Puteri yang akan dijadikan asrama sementara kepada kira-kira 1,000 penuntut termasuk yang akan mendaftar pada Sabtu ini, katanya pada sidang media, di sini hari ini. "Kos yang dikenakan kepada penuntut tetap sama iaitu RM200 seperti penginapan di kolej kediaman sebelum ini, malah kita turut menyediakan kemudahan pengangkutan dan Internet kepada penuntut di semua premis sementara," katanya. Menurutnya berdasarkan laporan kerosakan bangunan itu yang dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor, aktiviti mendapan masih aktif di kawasan bangunan yang menjejaskan sistem utiliti termasuk pendawaian elektrik. Hantar surat kepada JNSB Katanya pihak universiti juga sudah menghantar surat kepada syarikat pengurusan asrama Unisel, Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB), sehari selepas menerima laporan daripada JKR, meminta tindakan segera diambil bagi mengatasi masalah itu. "Kita masih tidak menerima sebarang respons dari pihak Jana Niaga dan masih menunggu untuk tempoh beberapa hari lagi sebelum tindakan susulan diambil bagi memastikan masalah ini dapat diatasi dengan segera," katanya. Anuar berkata JNSB juga wajar menyerahkan 'built operate transfer' (BOT) kepada Unisel sekiranya mereka tidak mampu menanggung kos baik pulih bangunan asrama berkenaan. Sementara itu, Exco Pendidikan Selangor Dr Halimah Ali berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM20 juta bagi membantu Unisel membaik pulih struktur bangunan asrma berkenaan. Beliau berkata tindakan memindahkan penghuni asrama itu perlu selari dengan nasihat yang dikeluarkan JKR bagi memastikan penuntut selamat dan selesa ketika kerja baik pulih dijalankan. Bernama | ||||||
SPR nafi dakwaan sekat tugas pemerhati PRU13 Posted: 03 Jan 2013 03:01 AM PST SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak dakwaan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berhubung sekatan terhadap kumpulan pemerhati bebas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang disifatkan sebagai satu pembohongan untuk mengelirukan rakyat. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, dakwaan yang dibuat Saifuddin itu tidak berasas dan meminta beliau tampil sendiri untuk mendapatkan penjelasan dan gambaran sebenar mengenai perkara itu daripada SPR. "Saya lihat kenyataan yang dibuat beliau tidak tepat sama sekali dan menganggapnya sebagai cuba untuk mengelirukan rakyat sedangkan tuduhan yang dibuat itu langsung tidak berlandaskan maklumat yang sebenar dan tepat," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu rancangan Hello Malaysia terbitan BernamaTV. Beliau berkata segala peraturan yang ditetapkan SPR ke atas pemerhati bertujuan untuk memastikan pilihan raya berjalan lancar. Wan Ahmad berkata, pemerhati tidak dibenar bercakap dengan mana-mana ejen parti dan petugas SPR di pusat mengundi supaya tugas mereka tidak terganggu di samping tidak dibenar bercakap kepada media bagi mengelak berlaku pelbagai kenyataan dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab. "Mereka yang dilantik adalah mengikut undang-undang dan tertakluk kepada akujanji pelantikan yang tidak membenarkan mereka berkomunikasi dengan pihak ketiga sebelum laporan hasil pemantauan diserah kepada SPR. "Adalah tidak logik pemerhati dibenar untuk menemuduga petugas SPR yang dilantik...jangan cakap kalau tiada fakta yang betul, saya cabar Saifuddin untuk dapatkan kepastian penjelasan daripada SPR sendiri," katanya. Saifuddin dalam satu sidang akhbar hari ini mendakwa panduan yang dikemukakan SPR kepada pemerhati berkenaan bukan sahaja menyekat malah tidak munasabah. Sementara itu, Wan Ahmad berkata, SPR akan menyerahkan akreditasi kepada lima badan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik sebagai pemerhati iaitu Merdeka Centre, Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas), Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham), Transparency International, Pusat Kajian Dasar Awam, (CPPS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) sebagai pemerhati dalam masa terdekat. Bagaimanapun penguatkuasaan tugas mereka hanya akan bermula apabila Parlimen dibubar. - Bernama | ||||||
Kerajaan rugi RM3.2 juta akibat banjir landa sekolah pantai timur Posted: 03 Jan 2013 02:58 AM PST SINAR HARIAN Beliau berkata Terengganu mencatat kerugian tertinggi iaitu RM1.9 juta membabitkan 39 sekolah, diikuti Kelantan (RM424,900 dengan 34 sekolah) dan Pahang (RM309,650 membabitkan sebuah sekolah). Beliau ditemui pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan di sini, yang memulakan hari pertama sesi persekolahan 2013 hari ini. Kelewatan itu disebabkan sekolah berkenaan terbabit banjir. Mengulas lanjut, Mohd Puad berkata kerugian disebabkan kerosakan peralatan sekolah seperti kerusi, meja dan komputer yang sebahagiannya ditenggelami air walaupun sudah diletak di tempat tinggi. "Selain itu, kerugian juga disebabkan kejadian tanah runtuh seperti yang berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Jeneris di sini dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) di Kuantan, Pahang yang berlaku pada 31 Disember lalu. "Di SMK Kuala Jeneris kita melihat aliran air masih berlaku dan runtuhan itu telah menimpa bangunan asrama... walaupun penghuni belum masuk ke asrama, kita dah buat arahan kepada pihak konsultan untuk ambil tindakan untuk membaiki keadaan cerun tersebut," katanya. Bagi SBPI Kuantan itu, Jabatan Kerja Raya mengesahkan tiga blok yang menempatkan asrama puteri, dewan makan dan rumah pengetua sebagai tidak selamat, katanya. Sehubungan itu, kementerian menangguhkan pendaftaran pelajar tingkatan dua, tiga dan empat kepada 6 Jan, manakala pelajar tingkatan satu pula akan mendaftar pada 13 Januari dan pelajar tingkatan empat akan mendaftar pada 29 Januari, katanya. Mohd Puad berkata kementerian juga telah memutuskan untuk memindahkan 271 pelajar yang menghuni asrama puteri itu ke bangunan rumah kedai yang disewa untuk tempoh tiga bulan bagi membolehkan runtuhan di bangunan terbabit dibaiki. "Kita jangka proses membaiki runtuhan itu akan mengambil tempoh tiga bulan jadi kita akan sewa rumah kedai sejauh 1.5 kilometer untuk sementara waktu. "Kita juga telah mengarahkan Jabatan Pelajaran Negeri Pahang menyediakan pengangkutan iaitu bas JPN dan sekolah lain utk mengangkut pelajar ini ke sekolah," katanya. Ditanya mengenai tindakan kementerian dalam menangani masalah banjir yang sering berlaku di beberapa sekolah di Hulu Terengganu, Mohd Puad berkata pihaknya memohon kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran untuk melihat beberapa aspek, terutama perparitan di kawasan berkenaan. "Oleh kerana Hulu Terengganu ini kawasan rendah, ia membabitkan juga pihak-pihak yang lain...kita tahu bahawa kos untuk kita buat sistem saliran yang komprehensif itu melibatkan kos yang agak tinggi. "Sebab itu dalam menghadapi banjir ini, kita ada prosedur 'payung' iaitu peralatan dan dokumen penting perlu diletakkan di tempat atas, namun mungkin banjir melanda ketika musim cuti sekolah, jadi perkara ini tidak dapat dielakkan dan berlaku kerosakan yang mengakibatkan kerugian," katanya. - Bernama | ||||||
Pahlawan negara Kanang Langkau meninggal dunia Posted: 03 Jan 2013 02:56 AM PST SINAR HARIAN KUCHING - Pahlawan negara Datuk Temenggong Kanang Langkau, meninggal dunia awal hari ini di Hospital Umum Sarawak. Mendiang berusia 68 tahun. Beliau meninggal dunia pada pukul 1.45 pagi, tidak lama selepas digegaskan ke hospital setelah pengsan di rumah akibat sesak nafas, kata balunya Datin Brawang Chunggat. "Kami sekeluarga masih terkejut kerana beliau tidak pernah mengadu sakit dan memang kelihatan sihat walafiat," katanya kepada Bernama. Kanang, yang bersara sebagai Pegawai Waran 1 daripada 8 Batalion Ranger, Angkatan Tentera Malaysia, merupakan soldadu tunggal yang menerima pingat Sri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) iaitu pingat keberanian tertinggi negara, ketika masih hidup.- Bernama | ||||||
Posted: 03 Jan 2013 02:54 AM PST BAGAN DATOH - Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Rebak, di sini, merupakan salah satu antara 113 sekolah rendah yang mempunyai bilangan murid paling sedikit dan paling mengejutkan, hanya empat murid didaftar di sekolah tersebut. Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Tebing Rebak, Hajar Abdul Samad berkata, sekolah itu hanya mempunyai seorang murid dalam tahun satu, tiga, lima dan enam. Menurutnya, masalah kekurangan murid di sekolah tersebut bermula sejak 10 tahun lalu, yang mana hanya tinggal 12 murid pada ketika itu dan bilangan murid semakin susut dari setahun ke setahun. "Kampung Tebing Rebak mempunyai 120 penduduk sahaja, yang mana terdapat 40 rumah. Kebanyakan penduduk terdiri daripada mereka yang sudah berusia, manakala remaja lepasan sekolah berhijrah ke bandar untuk mencari rezeki. Ia antara punca masalah kekurangan murid di sekolah ini. "Sebelum ini, PIBG ada mempelawa murid dari sekolah lain sebagai salah satu cara menambah bilangan murid, namun gagal," katanya ketika ditemui, semalam. Beliau turut memaklumkan bahawa SK Tebing Rebak telah dibina sejak 1950 dan kini dikendalikan Guru Besar, Muhaini Ibrahim dengan dibantu empat guru serta seorang kakitangan sokongan. Tidak menjadi halangan Menceritakan serba sedikit latar belakang sekolah, Hajar memaklumkan, pada awalnya SK Tebing Rebak menerima kehadiran 54 murid dan dikatakan meningkat setiap tahun sebelum bermulanya masalah kekurangan murid. Katanya, masalah berkenaan bagaimanapun tidak menjadi halangan kepada ibu bapa dan penduduk Kampung Tebing Rebak untuk bersama-sama menjayakan pelbagai program anjuran pihak sekolah. Lebih membanggakan, menurut Hajar, SK Tebing Rebak tetap diiktiraf mendapat pencapaian terbaik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di peringkat daerah dan negeri pada tahun lalu sungguh pun hanya mempunyai empat murid. "Walaupun mempunyai bilangan murid sedikit, sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan komputer serta internet, perpustakaan, program makanan tambahan (RMT) dan menerima pelbagai bantuan daripada Kementerian Pelajaran. Sama seperti sekolah lain. "Pihak sekolah juga tetap menjalankan pelbagai aktiviti termasuk sukan tahunan sekolah dengan melibatkan penduduk kampung," jelasnya. Sesi pembelajaran diteruskan Sementara itu, Pemangku Pengarah Pelajaran Negeri, Mohd Idris Ramli berkata, sesi pembelajaran di SK Tebing Rebak akan diteruskan selagi ada murid mendaftar dan belajar di situ. Menurutnya, mana-mana murid yang belajar di sekolah dalam negeri Perak, termasuk SK Tebing Rebak mempunyai hak mendapat pendidikan walaupun hanya tinggal seorang murid sahaja dalam sesebuah sekolah. "Bagaimanapun, kita akan meneliti keperluan guru mengikut waran ditetapkan dan satu penyelarasan akan dibuat mengikut jumlah murid serta kelas yang layak bagi SK Tebing Rebak," katanya. Kelebihan bagi murid Masalah kekurangan murid di SK Tebing Rebak secara tidak langsung beri kelebihan kepada muridnya mendapat layanan istimewa termasuk murid tahun satu, Ahmad Nursyarwani Ahmad Kamal yang baru mendaftar di sekolah itu, semalam. Ahmad Nursyarwani bukan sahaja mendapat layanan istimewa, malah menjadi anak emas pada hari pertama persekolahannya. Murid tahun satu SK Tebing Rebak itu menjalani persekolahan bersama tiga murid lain, iaitu Muhammad Zulkiflie Ikhmal Mohd Fauzie, 9, Muhammad Azrul Tarmizi, 11, dan Muhammad Azrol Amri Salim, 12. Sungguhpun hanya seorang diri dalam kelasnya, Ahmad Nursyarwani tetap ceria dan bersemangat menempuh alam persekolahan. "Seronok sekolah walaupun seorang diri dalam kelas tetapi saya ada kawan lain dari kelas lain," katanya. Ahmad Nursyarwani juga menyatakan tidak bosan belajar seorang diri, malah teruja dapat belajar pelbagai mata pelajaran pada hari pertama persekolahannya. "Hari ini saya belajar macam-macam dari cikgu. Seronok sangat walaupun hanya ada tiga orang kawan di sekolah dan bila besar nanti, saya mahu menjadi seorang angkasawan," katanya. | ||||||
Siar manifesto: SPR-RTM bincang kali ketiga Posted: 03 Jan 2013 02:47 AM PST SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan perbincangan kali ketiga dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bagi memperincikan kaedah penyiaran manifesto parti-parti politik yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Timbalan Pengerusinya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, penyiaran manifesto membabitkan semua parti, yang julung kali diadakan menerusi radio dan televisyen, akan menjadi catatan sejarah pilihan raya negara ini. Justeru beliau berkata, SPR akan mengambil langkah seterusnya berbincang dengan RTM tentang kaedah terbaik untuk menguruskan proses penyiaran manifesto tersebut. "Sebelum ini pun kita sudah bincang tapi ini kali ketiga sebelum keputusan dibuat dan diumumkan kepada media kelak. "Perbincangan kali ketiga ini adalah untuk memperincikan kaedah pengurusan yang tepat bagi penyiaran manifesto semua apti politik itu," kata beliau kepada Sinar Harian Online hari ini. Sebelum ini, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan RTM bersama SPR telah menetapkan kaedah bagi penyiaran manifesto oleh semua parti politik. Parti politik yang ingin membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing di RTM hanya dibenarkan berbuat demikian secara rakaman dan bukannya secara langsung. Pakatan Rakyat (PR) tidak bersetuju kaedah rakaman, tetapi SPR bertegas meneruskannya dengan kaedah yang telah dipersetujui sebelum ini. Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata, penyiaran manifesto semua parti politik akan diadakan pada tempoh kempen pilihan raya. Wan Ahmad berkata, perkara itu satu langkah yang bertujuan mentransformasikan sistem politik dan amalan proses demokrasi di Malaysia. "Ini proses demokrasi dan transformasi politik negara, diharap tidak ada pihak yang akan pertikaikannya," katanya lagi. | ||||||
2 kereta Presiden NGO R disimbah cat merah Posted: 03 Jan 2013 02:46 AM PST KOTA BHARU - Dua kereta milik Presiden Gabungan Profesional Menuntut Royalti Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (NGO R), Nazri Deraman dan isterinya pecah cermin belakang di samping disimbah cat merah dalam kejadian di Nilam Puri pagi tadi. Akibat kejadian itu, Nazri menanggung kerugian lebih RM 3,000. Nazri mengesyaki perbuatan khianat itu dilakukan pihak yang iri hati terhadap perjuangan beliau yang menuntut bayaran royalti minyak ke atas rakyat Kelantan daripada Kerajaan Pusat. Ekoran kejadian itu, beliau akan membuat laporan polis. | ||||||
Hadi mahu rakyat turun perhimpunan 12 Januari Posted: 03 Jan 2013 02:44 AM PST Pakatan Rakyat dan NGO merancang mengadakan perhimpunan besar-besaran sebelum menghadapi pilihan raya umum ke 13. KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdul Awang meminta rakyat turun ke perhimpunan kebangkitan di Stadium Merdeka 12 Januari ini. Dalam blog rasmi parti, Presiden PAS itu berkata: "Saya menyeru kepada seluruh ahli dan penyokong PAS khususnya di semua peringkat untuk turun memberi sokongan kepada himpunan ini. "Dalam masa yang sama, kerjasama semua pihak penting bagi memastikan himpunan berjalan dengan aman dan para peserta mesti mengekalkan disiplin yang tinggi sebagaimana biasanya," tegasnya sebagaimana di siarkan Harakah. Pakatan Rakyat dan NGO merancang mengadakan perhimpunan besar-besaran sebelum menghadapi pilihan raya umum ke 13. "Kedatangan tahun 2013 merupakan satu debaran bagi rakyat Malaysia kerana pada tahun ini, mahu atau tidak mahu, PRU13 pasti diadakan. "Memilih kerajaan dalam menentukan masa depan negara dan rakyat menjadi tanggungjawab besar agar negara selamat dan nasib rakyat terbela," tambah bekas Menteri Besar Terengganu itu. | ||||||
Posted: 03 Jan 2013 02:40 AM PST Subky LatiffSaya tidak bercadang untuk berbalah dengan fatwa melarang penggunaan panggilan Allah sebagai ganti Tuhan bagi Bible versi Melayu. Seruan Ketua Menteri Lim Guan Eng supaya dibenarkan Bible Melayu menggunakan panggilan Allah menyusahkan sekutu DAP dalam Pakatan Rakyat untuk menghadapi dakyah BN menjelang PRU13 dan boleh mengurangkan peluang meraih sedikit undi dari orang Islam yanag tidak tegar Umno dan kurang tekun ibadatnya. Mat rempit yang kurang pegangan agamanya pun akan celik bila seperti itu disentuh. Apapun Allah itu adalah nama khas bagi Tuhan Seru Sekalian Alam. Ada nama umumNya yang lain seperti dalam Asmaul Husna yang 99 itu, tetapi nama Allah itu tidak boleh dikongsi selain untuk Allah Yang Maha Esa saja. Allah itulah nama Tuhan bagi langit dan bumi, bagi bahasa yang digunakan ikan dan semua haiwan, bagi tumbuh-tumbah dan bagi batu-batu pejal. Allah itulah nama esa Tuhan untuk semua. Ialah Tuhan untuk semua manusia beragama atau pun sama ada mereka memanggilnya Allah atau pun tidak. Hatta iblis, ahli maksiat yang pertama di alam ini sejak juta-juta tahun lalu memanggil Allah kepada Allah. Maka bagaimana hendak menyekat mana-mana makhluk memakai nama Allah walaupun mereka tidak beriman kepada Allah? Adaun Allah itu adalah nama bagi Tuhan Yang Tunggal. Tidak boleh dipakai kepada cabang-cabang tuhan yang lain. Konsep ketuhanan dalam Kristian tidak esa seperti Islam. Ia ada kesatuan tiga dalam satu iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak buat Jesus dan Tuhan Ibu buat bonda Jesus. Maka ketiga-tiganya adalah Tuhan. Maka apakah ketiga-tiga akan memakai nama Allah? Maka payah bagi umat Islam untuk memikirkan bagaimana Allah itu tidak dipakai oleh satu zat yang tunggal? Itulah antara yang menyebabkan Islam merasa Kristian tidak layak memakai panggilan Allah. Apapun ia bukan masalah orang Islam. Ia adalah masalah Kristian dan biar ia menyelesaikannya. Bagaimana ia hendak menggunakannya biarlah ia menentukan. Peraturan bagi Islam di Malaysia melarang Bible Melayu memakai Allah sebagai ganti Tuhan. Berapa lama ia dapat dipertahankan hanya Allah yang mengetahui. Apapun pengguna Bahasa Melayu di kalangan Kristian berusaha dulu supaya kalimah Allah dipakai oleh seluruh penganut Kristian di dunia dan Bible semua versi baik dalam apa bahasa jua memakai panggilan Allah sebagai panggilan Tuhan. Biar Pope memerintahkan dulu semua penganut Katholik menggunakan panggilan Allalh dan semua Bible yang baru dicetak tidak lagi menggunakan Tuhan tetapi menggantinya dengan Allah. Dan biar gereja sedunia juga mengambil tindakan yang sama betapa tiada lagi menggunakan sekadar Tuhan saja tetapi menggunakan Allah. Biar Pope dan gereja sedunia memerintahkan semua Bible yang ada dimusnahkan dulu dan semua Bible baru yang dipakai baik dalam apa bahasa menggunakan panggilan Allah. Apabila Allah sudah menjadi panggilan rasmi Tuhan bagi Kristian baik Khatolik dan Protestan, baik Kristian Koptik di Mesir dan Kristian di Greece dan Rusia, maka ketika itu Allah tidak lagi eksklusif bagi agama Islam, barulah Bible dalam bahasa Melayu itu dibincang semula. Dalam situasi seperti itu payahlah bagi Majlis Fatwa untuk membantahnya. Penulis adalah bekas Ketua Penerangan PAS | ||||||
Agihan kerusi: MCA sedia tolak ansur Posted: 03 Jan 2013 02:37 AM PST PUTRAJAYA - MCA bersedia bertolak ansur dan melepaskan kerusi tradisi yang ditandinginya kepada parti komponen lain jika cara itu menjamin kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, secara umumnya, kerusi yang sedia ada secara tradisi akan diteruskan, tetapi ia terserah kepada keputusan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Menurutnya, beliau tidak menolak kemungkinan berlaku percaturan sama ada pengurangan atau pertambahan kerusi sedia ada. "Tidak semestinya bertukar dan kemungkinan akan berlaku pertambahan, ini secara logiknya. Saya tidak boleh katakan sekarang. Jika MCA mempunyai peluang, kita ada kekuatan, mengapa tidak.. begitu juga keadaannya dengan parti lain. "Itu terpulang kepada pucuk pimpinan untuk tambah atau tukar dan bergantung kepada keadaan," katanya kepada Sinar Harian semalam. Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam berkata, marginal adalah perkara yang perlu diperhalusi untuk menang dan yang lebih penting untuk mempertahankan mandat dan kuasa pemerintahan BN. Pada PRU 2008, MCA menang 15 kerusi Parlimen daripada 40 kerusi yang ditandingi. Sebelum ini Soi Lek juga menyatakan kesediaan parti itu untuk melepaskan kerusi tradisi yang ditandingi kepada parti komponen dan tidak akan menuntut mana-mana kerusi jika parti itu tidak berpeluang menang. Dalam pada itu, Ka Siong berkata, MCA kini telah 95 peratus bersedia menghadapi PRU yang akan berlangsung pada bila-bila masa sahaja. Katanya, MCA tidak terjerat dengan keyakinan melampau, meskipun optimis BN mampu menawan kembali negeri-negeri yang kalah. "Itu komitmen kami untuk kekalkan kerusi sedia ada," katanya. | ||||||
JKR arah asrama Unisel ditutup Posted: 03 Jan 2013 02:31 AM PST Asrama Universiti Selangor (Unisel) di Bestari Jaya telah diarahkan tutup oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Audit Negara sementara menunggu kerja-kerja naik taraf selesai. Naib Canselor Unisel, Prof Anuar Ahmad berkata pelajar yang telah mendaftar akan diletakkan di lima tempat yang berdekatan dengan universiti berkenaan. "Pelajar-pelajar akan bertempat Azalea Court, Bandar Tasik Puteri (asrama perempuan), Asrama Unisel Kota Puteri, rumah banglo dan berkembar di Bukit Minyak Bestari Jaya, Taman Ilmu Bestari Jaya dan Mega Crystal Resort, Kuala Selangor. "Setiap pelajar perlu membayar RM200 setiap bulan, termasuk kos pengangkutan, utiliti dan perkhidmatan lain," katanya dalam satu kenyataan yang dipaparkan di laman web rasmi universiti berkenaan. Katanya pelajar juga boleh mencari penginapan mereka sendiri jika mereka berminat. Difahamkan bahawa ramai pelajar dan ibu bapa sangat kecewa dengan perkara tersebut. Sementara itu, Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab dalam isu pendidikan, Dr Halimah Ali dijangkan membuat kenyataan berhubung isu itu pada Khamis. | ||||||
Demi adil,PM dicabar beri Anwar slot di TV Posted: 03 Jan 2013 02:27 AM PST Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu beri Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil di siaran televisyen sebagai bukti beliau serius dengan transformasi yang dicanangnya. Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ia ekoran tuntutan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan kesediaan untuk tampil di RTM, diikuti Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang turut mahu diberi ruang sama. "Sebagai sebuah negara demokrasi, setiap pihak wajar mendapat hak yang sama, termasuk untuk muncul di media arus perdana," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu. "Ruang itu harus juga diberi kepada pembangkang. Ini perkara asas demokrasi dan sejajar dengan slogan transformasi Najib," katanya ketika dihubungi. Menurut Nik Nazmi, kali terakhir Anwar muncul di televisyen pada 2008, sewaktu debat harga minyak bersama Menteri Penerangan ketika itu, Datuk Ahmad Shabery Chik. "Najib berjanji untuk beri semua pimpinan termasuk pembangkang berkempen menjelang pilihan raya. Ia sepatutnya dijadikan kebiasaan bagi menjamin proses pendemokrasian di negara ini," tambahnya. Jun lalu, jemaah menteri meluluskan kertas kabinet yang dikemuka Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Ia kononnya memberi peluang sama rata kepada setiap parti politik yang bertanding pada PRU 13 untuk menjelaskan manifesto mereka menerusi stesen televisyen. | ||||||
Beri peluang Muhyiddin ketuai PRU13 Posted: 03 Jan 2013 02:23 AM PST Shahbudin HusinBelum pun sempat Najib menjawab pelbagai persoalan yang dilemparkan kepadanya berhubung urusniaga yang dipaksakan antara LTAT dengan Deepak dan Raja Ropeah serta kaitan dengan isterinya Rosmah Mansor, tiba-tiba sebutir bom lagi digugurkan untuk menggegarkan atmosfera politik negara. Kali ini merupakan pendedahan oleh Rafizi Ramli melalui sumber yang dipercayai dekat dengan Deepak, tentang bagaimana peniaga karpet itu didakwa telah membayar sebanyak RM13 juta untuk barangan kemas, cincin dan batu permata untuk isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. Yang lebih menakjubkan, pendedahan yang turut disertakan dengan bukti invois dan resit bayaran, ialah pembelian semua barang kemas sebanyak RM13 juta itu hanya untuk tempoh 3 bulan sahaja. Hebat! Malaysia Boleh! dan satu lagi bukti isteri pemimpin kita juga boleh menyamai kehebatan isteri-isteri pemimpin dunia yang pernah menjadi mainan bibir antarabangsa sebelum ini seperti Imelda Marcos, Laila Ben Ali, Suzanne Hosni Mubarak dan seumpamanya. Meskipun Najib dilihat cuba menyelesaikan kemelut Deepak-Rosmah-Raja Ropeah dengan membawa masuk tabung wang pencen askar iaitu LTAT untuk membeli syarikat Deepak dengan bayaran RM30 juta iaitu jumlah kos yang telah dikeluarkannya sebelum ini, kemarahan Deepak nyata masih membara. Beliau tidak saja mengeluarkan buku mengenai penglibatannya dalam akaun bersumpah kedua penyiasat persendirian, P Balasubramanian bertajuk Black Rose yang mengaitkan Najib dan Rosmah didalamnya, pendedahan mengenai pembelian barang kemas RM13 juta ini seperti memberi isyarat bahawa Deepak tidak akan berhenti setakat ini sahaja. Dipercayai lebih banyak pendedahan beserta bukti-bukti mengenai Rosmah dan Najib akan didedahkannya lagi selepas ini. Dengan tempoh edah kerajaan yang ada sekarang akan berakhir pada 28 April 2013 dan pilihanraya umum mesti diadakan sebelum tempoh itu, UMNO dan BN akan terus kelemasan jika satu demi satu bom lagi digugurkan oleh Deepak selepas ini. Dengan menyerang Rosmah, imej dan kredebiliti Najiblah yang paling terjejas dimata umum. Rosmah bukan saja dilihat seorang isteri yang menyusahkan suaminya tetapi juga membebankan UMNO, BN dan kerajaan. Beliau amat berbeza dengan isteri-isteri Perdana Menteri sebelum ini. Watak dan perlakuannya amat bertentangan dengan Toh Puan Rahah, Toh Puan Suhaila, Tun Siti Hasmah, Tun Endan dan Tun Jeanne yang amat disenangi rakyat dan terhindar daripada melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebiasaan serta kewajaran sebagai isteri seorang Perdana Menteri. Sepanjang menjadi Perdana Menteri, Najib sentiasa dibebankan dengan pelbagai pendedahan mengenai Rosmah yang menjadi isterinya lebih 20 tahun lalu iaitu selepas Najib menceraikan isteri pertamanya, Tengku Puteri Zainah Iskandar. Dari keghairahan suka berbelanja mewah, longgokan beg tangan, cincin, timbunan pakaian mahal, mengadakan lawatan ke luar negara menggunakan kemudahan jet kerajaan, kemaruk dengan gelaran First Lady sehinggalah kepada suka menunjuk seolah-olah sama berkuasa macam Perdana Menteri, semuanya menjadi bahan percakapan dan sekaligus beban kepada Najib. Dari masyarakat kelas atasan yang tinggal di Bukit Damansara hinggalah ke budak-budak sekolah rendah di ceruk setinggan, perbualan mereka jarang terlepas daripada topik mengenai Rosmah. Ada saja bahan tidak manis yang menjadi bahan perbualan mengenai Rosmah yang sampai ke telinga mereka dan kemudian dijadikan bahan bualan. Dengan pelbagai pendedahan mengenai perilaku Rosmah selama ini, dan yang terbaru mengenai pembelian barang kemas RM13 juta yang bayarannya dibuat oleh Deepak, dan mungkin lebih banyak lagi selepas ini, Rosmah kini sudah menjadi beban berat bagi Najib. Najib tidak mungkin berupaya menghadapi pilihanraya umum akan datang dengan selesa selagi beban itu ada disisinya. Sudahlah beliau sendiri terpalit dengan pelbagai isu, menteri-menteri kabinet juga ramai yang terdedah tembelang masing-masing dengan pelbagai skandal, pendedahan mengenai Rosmah tentunya menambahkan lagi serabut di kepalanya. Ketika suaminya berserabut, Rosmah sepatutnya menjadi pendamping yang mampu membawa ketenangan kepada jiwa suaminya. Sebaliknya kehadiran Rosmah sepanjang Najib menjadi Perdana Menteri, hanya menjadi beban dan juga kebencian rakyat. Ramai pemimpin UMNO sendiri yang geleng kepala dengan perangai Rosmah ini. Mereka sendiri tidak yakin UMNO mampu melawan arus penolakan rakyat berikutan satu demi satu karenah yang ditunjukkan oleh Rosmah selama ini. Mereka percaya halangan terbesar Najib untuk mencapai kemenangan dalam pilihanraya umum nanti adalah kerana adanya Rosmah seperti wataknya yang ada sekarang. Sekiranya Rosmah mempunyai watak seperti Toh Puan Rahah, Toh Puan Suhaila, Siti Hasmah, arwah Endon atau Tun Jeanne, mereka percaya Najib akan mampu muncul sebagai pemimpin yang baik dan disegani ramai. Dengan hadirnya Rosmah bersama karenahnya itu, rakyat turut menolak Najib. Najib turut dipersoalkan kerana tidak berani menegur atau menasihati isterinya. Rakyat bimbang jika Najib terus diberi sokongan dan memenangi pilihanraya akan datang, karenah Rosmah akan lebih menjadi-jadi dan tidak terkawal lagi. Dengan kerajaan yang rapuh dan masih menumpang mandat yang diperolehi daripada Pak Lah pada 2008 pun, Rosmah sarat dengan pelbagai isu, apatah lagi jika kemenangan selesa diperolehi selepas pilihanraya umum nanti. Sebab itu, oleh kerana piliharaya mesti diadakan sebelum 28 April ini, harapan Najib untuk memperbaiki keadaan dan membetulkan persepsi rakyat mengenai dirinya, kepimpinannya, masalah yang diwujudkan isterinya dan seterusnya mencipta kejayaan buat UMNO dan BN, sebenarnya sudah hampir tertutup. Jalan di hadapannya adalah jalan mati. Menunggunya hanyalah gaung yang dalam. Untuk memberi sedikit nafas dan kekuatan kepada UMNO dan BN, Najib semestinya berundur. Hanya itu pilihan yang ada. Najib mesti melakukan pengorbanan jika tidak mahu UMNO dan BN dikorbankan oleh rakyat melalui peti undi. Topik Najib dan Rosmah kini sudah mendominasi isu-isu yang membebankan UMNO dan BN. Najib mesti memberi ruang masa dan tempoh yang ada beberapa bulan ini untuk timbalannya, Muhyiddin mengambil alih baton kepimpinan UMNO dan kerajaan dan mengemudi jentera menghadapi PRU 13 nanti. Dengan perubahan kepimpinan, persepsi rakyat juga akan turut berubah. Muhyiddin juga tidak terlalu banyak pekung seperti Najib. Isterinya juga mempunyai watak yang lebih disenangi rakyat berbanding Rosmah. Meskipun belum pasti mampu mencipta kejayaan gemilang, peluang Muhyiddin lebih cerah berbanding jika UMNO dan BN terus dipimpin Najib dan diselubungi awan mendung ciptaan Rosmah. Hanya pengunduran Najib satu-satunya peluang yang ada bagi UMNO dan BN memperbaiki kedudukannya. Penulis pernah menjadi wartawan beberapa akhbar di tahun 80an dan 90an, pernah juga berkhidmat di MARA. Pada tahun 1996-2000 menjadi Setiausaha Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Pemuda Umno Malaysia dan 2004-2008 menjadi Naib Ketua Pemuda dan AJK Umno Bahagian Wangsa Maju. Telah menghasilkan dua buah buku politik bertajuk Najib PM Terakhir…dan Kesilapan-Kesilapan Najib.Beliau memiliki laman blog di shahbudindotcom.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan