RAKYAT MARHAEN |
- Penyelesaian terbaik isu Amanat Haji Hadi. Ini cadangan TGNA
- Mohamad Hasan lawan Mohd Taufik hangatkan politik Negeri Sembilan
- Kematian Azrul: Sebuah noktah déjà vu
- SPR menipu untuk pastikan Umno menang
- Amanat Hadi: UMNO Tiba-tiba Jadi Penakut Berdepan Kebenaran
- NAJIB LANTIK SYARIKAT ALI BABA DAN PEMBUAT BERUS GIGI BINA PUSAT PENGAJIAN PERTAHANAN NASIONAL!!!!!
- GMI seru keluarga, bekas tahanan ISA hadir 12 Jan
- Mat Sabu: PAS kekal dengan pendirian bukan Islam boleh guna kalimah Allah
- Rais pernah kata 'kalau dengar dari RTM, langsung tak berbunyi'
- Perbicaraan kes Bersih 3.0 28 Feb
- Boustead: Rundingan dengan syarikat Deepak bukan baru
- Selesai dahulu penempatan graduan Bahasa Inggeris
- Harga sebenar saham FGV RM3.50 seunit?
- Exco: Syabas gagal tangani krisis air
- Pakatan tubuh Tabung Komoditi RM100j sebaik tawan Putrajaya
- KEADILAN terus bongkar salah guna wang pencen tentera
- Siapa Tahu Di Mana Najib Altantuya Sebenarnya Berada?
- Batal Penjelasan Amanat, Terbukti Umno Parti Penakut dan Pemfitnah.
- Conflicting claims over Besut's 'MAN-MADE' flood
- Kalau tanah kubur pun Umno tak boleh jaga macam mana nak jaga Melayu
- INILAH JADINYA!!! Bila jutawan Jackpot jadi cybertrooper kempen untuk UMNO..
- Dari blogger pro-Najib [Deepak tu macai Mahathir?]
- Faktor Calon Lebih Penting
- WHAT ARE MUHYIDDIN & KA SIONG DOING? New school year but same old problems!
- DEEPAKGATE heats up as spotlight turns to MinDef and LTAT
Penyelesaian terbaik isu Amanat Haji Hadi. Ini cadangan TGNA Posted: 03 Jan 2013 08:13 PM PST |
Mohamad Hasan lawan Mohd Taufik hangatkan politik Negeri Sembilan Posted: 03 Jan 2013 08:07 PM PST Menteri Besar dan Pesuruhjaya PAS itu dikatakan sedia untuk bersemuka satu lawan satu dalam PRU 13. PETALING JAYA: Politik Negeri Sembilan `digegarkan' dengan kemungkinan berlaku pertembungan antara Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd Taufek Abdul Ghani dalam pilihan raya umum akan datang. Inilah perkembangan politik yang hangat diperkatakan di negeri itu pada bulan Jun lalu. Berikut ialah laporan-laporan mengenai perkembangan-perkembangan menarik yang berlaku pada empat bulan tahun 2011 iaitu Mei, Jun, Julai dan Ogos. Mei 2012 Seramai 125 peneroka dari Felda Raja Alias, Negeri Sembilan dan Felda Gugusan Bera, Pahang memfailkan sebuah injuksi di Mahkamah Tinggi Seremban bagi menghalang CIMB dan AmIslamic Bank daripada memproses permohonan pinjaman mereka untuk membiayai pembelian saham dalam penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH). Kisah seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun yang ketagih minum susu dengan botol susu bayi. Farah Sauffiah Rahmat dari Seremban menghabiskan 15 botol sehari dan tiada selera makan turut disiarkan. Pakatan Rakyat Melaka optimis bahawa mereka mampu membentuk kerajaan negeri selepas PRU-1, bagaimanapun analisa FMT membayangkan cita-cita tersebut agar sukar dikecapi mengambil kira trend dan geo-politik pengundi berdasarkan pecahan kaum di negeri itu. Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, P Gunasekaran menggelar mereka yang mengadakan bantahan di hadapan kediaman Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Datuk S Ambiga dengan menjual burger dan melakukan senaman punggung sebagai 'pondan' atau bacul. Jun 2012 Menteri Besar Negeri Sembilan dan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan menjadi tumpuan pada bulan Jun apabila sumber dalaman Umno memberitahu FMT bahawa Mohamad yang juga merupakan Adun Rantau bersedia melakukan 'checkmate' ke atas Mohd Taufek yang juga merupakan Adun Paroi. Mohamad dikatakan akan bertanding kerusi Paroi pada PRU-13. Read More / Baca Lagi >> |
Kematian Azrul: Sebuah noktah déjà vu Posted: 03 Jan 2013 08:06 PM PST Kejahatan pihak polis lebih terserlah apabila berlaku cubaan untuk 'melepaskan diri' dengan menuduh si mati sebagai penjenayah sedangkan siasatan belum lagi dijalankan. Peristiwa kematian seorang remaja Mohd Azrul Zulkifli yang maut selepas motosikal yang dipandunya didakwa ditendang seorang anggota polis merupakan satu lagi detik hitam yang mencerminkan keganasan penguasa di dalam negara ini. Pihak polis tidak akan mengaku bersalah di atas motto 'polis sentiasa betul' yang diamalkan sejak sekian lama. Apa lagi yang boleh diharapkan, Mohd Azrul Zulkifli telah pun meninggal dunia dan polis yang bertanggungjawab akan akhirnya dilepaskan dari kandang pesalah. Ini hakikat dari pengalaman rakyat. Kejadian yang berlaku ini adalah episod sekual dari insiden malang yang menimpa arwah Aminulrasyid suatu ketika tidak lama dulu. Hanya yang berbeza ialah tiada sebarang tembakkan dilepaskan oleh pihak polis berbanding 21 das tembakkan yang dilepaskan ke arah kereta yang dipandu Aminulrasyid, namun fundementalnya – kasualiti nyawa tetap berlaku. Ia melambangkan kegagalan demi kegagalan pihak polis dalam menjaga keselamatan awam, dan ia menjadi lebih gagal apabila pihak polis langsung tidak mengakui kesilapan apatah lagi untuk pihak polis secara rasminya mengungkapkan permaafan. Dari sudut moraliti pula, kejahatan pihak polis lebih terserlah apabila berlaku cubaan untuk 'melepaskan diri' dengan menuduh si mati sebagai penjenayah sedangkan siasatan belum lagi dijalankan. Sudahlah mangsa mati dibunuh, dituduh pula penjenayah pra-perbicaraan. Kebiadapan tahap apa lagi yang boleh ditakrif untuk diterima akal? Apakah polis sendiri tidak faham polisi perundangan? Read More / Baca Lagi >> |
SPR menipu untuk pastikan Umno menang Posted: 03 Jan 2013 08:05 PM PST Kaedah penggunaan dakwat kekal pada hari mengundi berbeza dengan tuntutan Bersih dan Pakatan Rakyat. SEREMBAN: Ahli Jawatankuasa Pemandu Himpunan Kebangkitan Rakyat , Hishamuddin Rais berkata pengunaan dakwat kekal masih tidak mampu menghalang penipuan pada hari mengundi.Ini kerana sistem dan cara pengunaan dakwat itu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berbeza dengan yang dituntut Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) dan Pakatan Rakyat. Dalam ceramah Pra Himpunan Kebangkitan Rakyat 'Menuju #KL 112-Sejuta Rakyat' di sini malam kelmarin, Hishamuddin berkata tuntutan Bersih ialah mahu pengunaan dakwat kekal pada kuku jari untuk menghalang pemilih mengundi berulang kali di pusat mengundi yang berbeza. "Kita mahu selepas seseorang telah mengundi, maka dicalitkan dakwat kekal pada kuku jari pengundi tersebut sebagai tanda telah mengundi. "Dengan cara ini pengundi ini tidak boleh masuk semula ke mana-mana pusat mengundi selepas itu. "Tetapi SPR pula akan melaksanakan sistem yang tidak pernah diamalkan oleh mana-mana negara di dunia yang menggunakan sistem dakwat iaitu seseorang pengundi akan dicalitkan dakwat terlebih dahulu sebelum diberikan kertas undi untuk mengundi. "Maknanya jika seorang itu merupakan pengundi hantu, maka beliau tetap boleh masuk ke pusat mengundi tanpa sekatan kerana sistem SPR itu sendiri memberi maksud bila kuku jari individu itu dicalit dengan dakwat kekal maka individu itu boleh mengundi. Read More / Baca Lagi >> |
Amanat Hadi: UMNO Tiba-tiba Jadi Penakut Berdepan Kebenaran Posted: 03 Jan 2013 08:01 PM PST Pas Selangor menyifatkan tindakan kerajaan Umno/Barisan Nasional (BN) tidak membenarkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bersiaran langsung menerusi RTM dan TV3 kerana takut kepada kebenaran. Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, siaran langsung sejam itu membolehkan Abdul Hadi beri penjelasan lanjut. "Kita tidak mahu rakaman, takut dipotong (disunting). Barisan Nasional (BN) kata siaran langsung Abdul Hadi berbahaya dan menteri tidak benar penjelasan dibuat secara langsung. "Di negara luar, mereka akan tunjuk (siaran) secara langsung, tapi di sini, tidak berani," katanya ketika diminta mengulas pendirian Pas Selangor mengenai isu Amanat Haji Hadi. Sebelum ini, Abdul Hadi menyatakan kesediaannya menjawab soalan dikemukakan sepanjang sesi penjelasan isu Amanat Haji Hadi. Read More / Baca Lagi >> |
NAJIB LANTIK SYARIKAT ALI BABA DAN PEMBUAT BERUS GIGI BINA PUSAT PENGAJIAN PERTAHANAN NASIONAL!!!!! Posted: 03 Jan 2013 08:00 PM PST Awan Megah Sdn Bhd ("Awan Megah") dianugerahkan projek penswastaan pembinaan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional ("Puspahanas") milik Kementerian Pertahanan melalui satu perjanjian bertarikh 8 Jun 2005 yang disertakan bersama. Read More / Baca Lagi >>Projek penswastaan tersebut melibatkan kerja-kerja merekabentuk dan membina (design and build) sebuah kolej latihan tentera. Sebagai balasan kepada kerja-kerja merekabentuk dan membina Puspahanas, Kementerian Pertahanan berjanji akan memindahkan tiga bidang tanah iaitu PT220 (seluas 96.825 ekar), Lot 1158 (seluas 45.420 ekar) dan PT216 (seluas 81.085 ekar). Tanah-tanah seluas 223.33 ekar ini pada asalnya diambil oleh Kerajaan Persekutuan bagi tujuan membina kem tentera. Menteri Kewangan semasa kontrak ini dianugerahkan kepada Awan Megah adalah Dato' Seri Najib Tun Razak. Oleh itu, beliau bertanggungjawab sepenuhnya kepada keputusan untuk melantik Awan Megah. Awan Megah adalah syarikat yang dimiliki oleh Raja Ropiaah Raja Abdullah, Ketua Wanita Umno Selangor. Berdasarkan semakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Awan Megah adalah sebuah syarikat yang tidak pernah mempunyai apa-apa aktiviti sejak ia ditubuhkan. Maklumat kewangan yang terakhir yang difailkan dengan SSM adalah bagi tahun kewangan 31 Disember 1993 yang menunjukkan syarikat itu tidak menjalankan apa-apa aktiviti. |
GMI seru keluarga, bekas tahanan ISA hadir 12 Jan Posted: 03 Jan 2013 07:56 PM PST Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menyeru bekas tahanan dan keluarga tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari ini. Sekretariat GMI, Ahmad Shukri Razab berkata, salah satu tuntutan yang diketengahkan dalam perhimpunan itu ialah menuntut kerajaan membebaskan semua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Semalam, katanya, genap setahun empat bulan dan 19 hari daripada tarikh pengumuman pemansuhan ISA yang dibuat oleh Perdana Menteri pada sambutan Hari Malaysia tahun 2011. Bagaimanapun, katanya, sehingga ke hari ini, masih ada tahanan ISA yang dikurung di Kem Tahanan Kamunting. Di samping itu, katanya dalam satu kenyataan semalam, ia diikuti dengan penggubalan satu undang-undang yang mirip kepada ISA. Oleh itu, katanya, GMI menyeru semua bekas mangsa ISA, keluarga mangsa dan rakyat Malaysia untuk turun pada 12 Januari dan menyuarakan tuntutan agar kerajaan segera membebaskan kesemua tahanan ISA. Perhimpunan besar itu dirancang sebagai acara penamat kepada perhimpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan pembangkang di seluruh negara sejak beberapa bulan lalu. Read More / Baca Lagi >> |
Mat Sabu: PAS kekal dengan pendirian bukan Islam boleh guna kalimah Allah Posted: 03 Jan 2013 07:56 PM PST KUALA LUMPUR, 4 Jan — PAS kekal dengan pendirian yang dikeluarkan oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam sebagai rujukan kepada tuhan, kata Mohamad Sabu. Timbalan Presiden PAS itu berkata, polemik penggunaan kalimah Allah hanya timbul di Semenanjung Malaysia akan tetapi tidak pernah menjadi masalah dikalangan penganut Islam dan Kristian di Timur Tengah dan Malaysia Timur. "Presiden PAS (Abdul Hadi Awang) pernah keluarkan kenyataan pada tahun 2010 untuk tidak melarang penganut agama selain Islam untuk menggunakan kalimah Allah. "PAS masih kekal dengan pendirian itu," kata beliau yang dikenali sebagai Mat Sabu (gambar) apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider. Pada tahun 2010 ketika polemik penggunaan kalimah Allah timbul, presiden PAS menggeluarkan kenyataan mengenai pendirian parti tersebut. "Kesimpulannya, kita tidak boleh melarang mereka menggunakan perkataan Allah di kalangan mereka sendiri, dalam ibadat mereka dan amalan mereka, walau pun salah maksud dan maknanya yang asal mengikut bahasa kita," kata Abdul Hadi dalam kenyataan bertarikh 7 Januari 2010. Read More / Baca Lagi >> |
Rais pernah kata 'kalau dengar dari RTM, langsung tak berbunyi' Posted: 03 Jan 2013 07:55 PM PST KUALA LUMPUR: "Tuan-tuan dengarlah, tapi kalau dengar daripada TV3, mungkin lain bunyinya. Kalau dengar dari RTM, jangan katakan lain bunyi, langsung tak berbunyi..." Demikian sedutan ucapan Datuk Seri Dr Rais Yatim sewaktu menjadi Timbalan Presiden Parti Melayu Semangat 46 pada satu majlis satu ketika dahulu. Kini beliau selaku Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan membuat kenyataan yang berbelit-belit berhubung 'Amanat Haji Hadi' apabila Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta diberikan masa satu jam untuk menjelaskan 'amanat' itu secara langsung menerusi TV1 dan TV3. Di bawah adalah ulasan daripada blog Pejuang Rakyat berhubung perkara itu. Read More / Baca Lagi >> |
Perbicaraan kes Bersih 3.0 28 Feb Posted: 03 Jan 2013 07:54 PM PST KUALA LUMPUR 4 Jan: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan perbicaraan kes Bersih 3.0 pada 28 Februari. Ia ekoran Hakim Datuk Mahmud Abdullah menolak permohonan tiga pemimpin KEADILAN – Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamed Azmin Ali dan Badrul Hisham Shaharin untuk mengetepi pertuduhan kes itu dengan alasan mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa. Keputusan itu dibacakan dalam kamarnya pagi ini. Peguam Ram Karpal yang hadir di mahkamah mewakili Anwar mahu memfailkan rayuan untuk mengenepi keputusan itu dan menyemak perintah majistret yang melarang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka. Hadir sama mendengar keputusan, Badrul Hisham. Pada 22 Mei lalu, Ketua Umum, Timbalan Presiden serta Ketua Cabang Rembau itu didakwa di Mahkamah Sesyen kerana dituduh menyertai protes jalanan yang kononnya menimbulkan kekecohan di ibu negara. Mereka mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyertai protes jalanan kononnya bagi maksud membantah perintah Majistret Zaki Ashraf Zubir yang melarang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka serta amaran supaya orang awam tidak hadir, berada atau mengambil apa-apa bahagian dalam apa-apa perhimpunan, antara 28 April hingga 1 Mei 2012. Read More / Baca Lagi >> |
Boustead: Rundingan dengan syarikat Deepak bukan baru Posted: 03 Jan 2013 07:12 PM PST Pemegang Saham Astacanggih Sdn Bhd, di mana peniaga permaidani Deepak Jaikishan ada kepentingan di dalamnya, telah membuat satu tawaran untuk menjual kepentingan mereka kepada Boustead Holdings Bhd pada Jun tahun lepas. Ini telah dinyatakan dalam makluman Boustead Holdings 'kepada Bursa Malaysia semalam. Menurut makluman tersebut, pengambilalihan 80 peratus Astacanggih merupakan langkah korporat untuk memperolehi kepentingan 80 peratus dalam pembangunan tanah 200 ekar di Bukit Raja pada jumlah harga RM160 juta atau RM18.37 sekaki persegi. Makluman itu yang difailkan oleh Boustead Holdings mungkin akan meredakan dakwaan bahawa syarikat itu, yang sebahagiannya dimiliki oleh kementerian pertahanan, mengambilalih Astacanggih untuk mendiamkan Deepak (kiri). Peniaga permaidani itu telah membuat pendedahan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor sejak perhimpunan agung Umno pada akhir November lalu. Read More / Baca Lagi >> |
Selesai dahulu penempatan graduan Bahasa Inggeris Posted: 03 Jan 2013 07:11 PM PST KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Pendidik Kebangsaan (GMPK) menggesa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) segera menyelesaikan masalah pengangguran graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang masih berlarutan. Read More / Baca Lagi >>"GMPK melihat KPM gagal mengatasi masalah yang berulang dalam proses penempatan guru ini. Ini bukan kali pertama bahkan saban tahun ia berlaku seolah-olah tidak ada perancangan jangka masa yang panjang untuk menyelesaikan permasalahan ini," ujar Pengerusi GMPK merangkap Naib Presiden Gamis, Mohd Faiz Ismail. Katanya, GMPK akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat supaya menyegerakan selesai masalah pengangguran guru dengan mempercepatkan penempatan guru dan GMPK turut akan menyampaikan bantahan terhadap hasrat kerajaan Malaysia mengambil guru Bahasa Inggeris dari India sedangkan (graduan) guru Bahasa Inggeris masih belum ditempatkan lagi. Sebelum ini, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pernah mengeluarkan kenyataan tidak beretika yang mempermainkan harapan graduan ISMP. |
Harga sebenar saham FGV RM3.50 seunit? Posted: 03 Jan 2013 07:10 PM PST KUALA LUMPUR: Adalah bahaya kerajaan memanipulasi harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) yang sebenarnya bernilai rendah tetapi menyuntik dana institusi seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menunjukkan harga yang lebih tinggi tetapi palsu. Read More / Baca Lagi >>Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) berkata, sudah banyak contoh betapa harga saham yang bukan membayangkan harga pasaran sebenar akan memperjudikan nasib para pelabur kecil kerana terpedaya dengan kenaikan yang diperbuat tersebut. "Dengan melakukan tindakan ini bermakna kerajaan terlibat dalam kegiatan spekulasi pasaran saham yang amat bahaya bukan sahaja kepada pelabur tetapi juga kepada ekonomi negara," ujarnya dalam satu kenyataan. Ini, ujarnya akan menjadikan kerajaan tidak bertanggungjawab kepada pasaran modal dengan memalsukan aliran pasaran sebenar. Justeru, katanya Teras kesal apabila analisis bebas menunjukkan harga sebenar saham FGV adalah RM3.50 seunit sedangkan RM4.62 adalah harga kerana campur tangan dalam bentuk pembelian oleh KWSP, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dan institusi-institusi lain. |
Exco: Syabas gagal tangani krisis air Posted: 03 Jan 2013 07:08 PM PST SHAH ALAM – Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) didakwa cuai dalam penyelenggaraan rumah pam Wangsa Maju yang dianggap penyebab gangguan bekalan air sekitar Kuala Lumpur, Gombak dan Ampang. Pengerusi Jawatan Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, hasil siasatan Kerajaan Negeri mendapati kesemua lima pam termasuk dua pam dalam simpanan (standby pump) turut rosak. Menurutnya, keraguan timbul apabila dua pam yang jarang digunakan turut rosak menunjukkan bahawa syarikat konsesi air itu gagal menyelenggarakannya dengan baik. "Bagaimana dua standby pump yang tidak selalu digunakan boleh rosak? Ini jelas menunjukkan kecuaian Syabas dalam penyelenggaraan berkala peralatan di bawah kendaliannya. "Kecuaian itu mengakibatkan 60,000 penduduk terpaksa berhadapan krisis air," katanya ketika diminta mengulas mengenai krisis air yang melanda Lembah Klang sejak seminggu lalu. |
Pakatan tubuh Tabung Komoditi RM100j sebaik tawan Putrajaya Posted: 03 Jan 2013 07:07 PM PST KUALA LUMPUR 4 Jan: RM100 juta akan disuntik dalam Tabung Kebajikan Komoditi Negara yang akan ditubuhkan sebaik Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan Persekutuan baru, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ia merupakan skim jaringan sosial bagi membantu keluarga yang ekonominya bergantung kepada komoditi utama. Tabung dalam bentuk pinjaman mudah, takaful perlindungan, bantuan pendidikan dan sebagainya itu akan menampung pendapatan sebaik harga komoditi utama jatuh ke bawah paras minima. "Setakat ini, pentadbiran Najib Razak tidak pernah bentangkan rancangan khusus membendung kejatuhan harga bagi mengurangkan beban keluarga yang terkesan," katanya pada kenyataan. Read More / Baca Lagi >> |
KEADILAN terus bongkar salah guna wang pencen tentera Posted: 03 Jan 2013 07:06 PM PST KUALA LUMPUR 4 Jan: KEADILAN hari ini akan meneruskan siri pendedahan penyelewengan berhubung anugerah kontrak kepada Awan Megah Sdn Bhd sehingga menyebabkan salahguna wang pencen tentera berjumlah RM160 juta. Pendedahan oleh Pengarah Strategi, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin itu akan dibuat pada sidang media di ibu pejabat parti, Petaling Jaya 11 pagi ini. |
Siapa Tahu Di Mana Najib Altantuya Sebenarnya Berada? Posted: 03 Jan 2013 05:38 PM PST Bila melihat tajuk artikel di atas membabitkan manusia paling berkuasa di Malaysia, teringat saya kepada satu rancangan kanak-kanak yang popular tidak lama dulu, 'Di Mana Joe Jambul'. Seolahnya, mencari di mana sebenarnya Najib Altantuya umpama mencari penjenayah seperti Joe Jambul yang kerapa bertukar lokasi bagi mengelak ditangkap pihak berkuasa. Buat masa ini persoalan utama yang timbul mengaitkan tajuk di atas adalah, di mana Najib Altantuya kini berada? Ada yang mengatakan dia sudah berada di London, United Kingdom bersama-sama beberapa menteri kabinet dari Umno selain beberapa menteri besar. Namun, belum ada sebarang pengesahan dibuat oleh mana-mana pihak termasuk Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang kebiasaannya akan melaporkan segala aktiviti termasuk jika dia bercuti dari tugas dan untuk tempoh berapa lama. Malah, agensi berita rejim Barisan Nasional (BN) iaitu Bernama juga turut sepi daripada melaporkan pemergian Najib Altantuya ke mana-mana destinasi dan untuk tujuan apa. Read More / Baca Lagi >> |
Batal Penjelasan Amanat, Terbukti Umno Parti Penakut dan Pemfitnah. Posted: 03 Jan 2013 04:51 PM PST Idris Hj Ahmad Terbukti dan teruji Umno sebuah parti yang tidak berani berhujah dan suka memfitnah. Umno hanya berani bercakap tanpa lawan. Berani melawan dengan lawan yang diikat kaki tangan, kemudian istihar dia sebagai pemenang, kerana lawannya telah dipukul TKO. Isu amanat menambah satu lagi hujah bahawa memang Umno bukan parti yang suka mencari kebenaran. Isu ini dibiarkan untuk dipolitikkan menjelang pilihanraya di dalam usaha memancing undi. Umno memperalatkan semua pihak untuk dijadikan pelampung bagi menyelamatkan kapal Umno yang sudah hendak karam. Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan beberapa orang mufti telah diambil untuk menjadi benteng pertahanan Umno. Walau pun isu ini sudah berlalu lebih 31 tahun sejak 7 April 1981. Tindakan Jakim dan ulamak pengampu yang tumpang sekaki telah tercalar. Apa tidaknya isu yang sudah berlalu lebih 31 tahun baru disedari tentang bahayanya. Masyarakat melihat betapa lembabnya institusi ini, seolah-olah menjadi talian hayat untuk Umno. Read More / Baca Lagi >> |
Conflicting claims over Besut's 'MAN-MADE' flood Posted: 03 Jan 2013 04:46 PM PST Contradictory claims by Terengganu Menteri Besar Ahmad Said and the state's Northern Agriculture Development Project's (KETARA) engineer over the cause of the massive flood in Besut has caught the attention of PAS Youth. The wing's chief Nasrudin Hassan noted Ahmad's statement that the walls at Paya Peda dam had to be broken in order to ease pressure on the dam, which then led to massive flood in Kampung Padang Bual, Besut. However, two days later, an engineer from KETARA claimed that the dam's walls had been affected by erosion. "Why was there such a contradiction between Ahmad and KETARA engineer, Wee Yit Ming? Why was there no notice issued to local residents if it was true that the walls needed to be broken down?" Nasrudin asked. Nasrudin said the construction of Paya Peda dam had been carried out Jaks Resources Berhad in a joint-venture with Pembinaan Sujaman Sdn Bhd since November 2009, and is expected to complete in July 2013. He pointed out huge discrepancy with the figures for the cost of the project as provided by Ahmad and Agriculture and Agro-based Industry, and the Work ministry's Construction Industry Development Board. "Which is the correct figure - the figure by CIDB at RM166 million or the one announced by Agriculture ministry and Menteri Besar at RM333 million?" asked Nasrudin. Nasrudin said there was no Emergency Response Plan to mitigate flood and urged an independent committee to be formed to investigate what residents had described as 'man-made flood' in Besut. |
Kalau tanah kubur pun Umno tak boleh jaga macam mana nak jaga Melayu Posted: 03 Jan 2013 04:44 PM PST Perkara ini jika berlaku di Kedah ,Kelantan dan Selangor mampoih la jenuh jawab.TV3 suku dan Utusan Meloya akan jadi batu api yang bila dibuang ke dalam sungai pun boleh menyala.Tapi kerana berlaku di negeri tumpah darah Umno maka ianya diberikan alasan yang ada kepentingan perut dan kroni maka layak lah tanah kubur itu dipindahkan.Panggillah golongan jual agama berfatwa demi kepentingan projek petrokimia yang juga turut musnahkan perkampungan Melayu tradisi sejak sekian lama.Mufti cadang tangguh kerja alih kubur Pengerang Jabatan Mufti negeri akan menghantar surat cadangan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Johor supaya menangguhkan sementara kerja-kerja pemindahan kawasan perkuburan masyarakat Islam di Pengerang, di Kota Tinggi. Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin berkata, hasil lawatan ke tapak perkuburan baharu di Punggai, beliau mendapati ia belum siap sepenuhnya termasuk tidak mempunyai sistem perparitan, landskap dan pagar. Read More / Baca Lagi >>"Kita harap pihak yang berkenaan dapat perhalusi dahulu perkara ini sebelum urusan pemindahan 1,545 kubur termasuk 940 yang tidak berwaris membabitkan tujuh kampung dipindahkan ke kawasan berkenaan. Beliau berkata demikian selepas majlis amanat Mufti Negeri Johor sempena projek penyediaan tapak dan kerja-kerja pengalihan perkuburan Islam untuk projek pembangunan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) di Kota Tinggi, hari ini. Majlis itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC), Mohd Yazid Jaafar dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat Datuk Harun Abdullah. Sebelum itu, Mufti dan rombongan turut melawat tapak perkuburan Islam yang baharu di Punggai, selain tanah perkuburan Islam di Teluk Empang dan Kampung Jawa Darat. Beliau juga berkata Jabatan Mufti akan memberi perhatian terhadap rungutan penduduk tentang jarak kubur antara satu sama lain yang terlalu dekat iaitu hanya 0.3 meter selain beberapa kelemahan semasa prosedur pemindahan kubur. |
INILAH JADINYA!!! Bila jutawan Jackpot jadi cybertrooper kempen untuk UMNO.. Posted: 03 Jan 2013 04:43 PM PST Di bawah ini adalah posting terbaru seorang jutawan Jackpot bergelar Dato' yang telah mempertikaikan manifesto Pakatan Rakyat yang dikeluarkan PAS kawasan Larut di laman fb nya Silap dia,kalau ye pun nak jadi cybertropper,bukalah akaun lain yang tdk mendedahkan identiti sebenar.. Tambah2 pulak posting tersebut dibuat dalam group fb yg di dalamnya terdapat banyak penyokong2 PR yang tau tentang latar belakangnya. Akibatnya,beliau telah menjadi bahan ejekan cybertrooper Pakatan Rakyat.. haha,dgr tu apa hujahnya..sokong umno dpt BRIM,anak sekolah dapat RM 1OO..lagi dapat apa dato' sokong Umno..? orang melayu susah boleh ubah taraf hidup,caranya tikam nombor ekor...kalau menang jadi jutawan,siap dapat Dato' lagi..Oleh itu jgn sokong PAS,nanti PAS menang org melayu Islam dah tak boleh tikam ekor lagi sebab dah ada undang2 hudud..tak ke susah orang melayu nanti? Jadi kesimpulannya,,sokonglah Umno,hahaha.. Ikuti pula apa komen cybertooper PR kena perli kaw2 hahaha.. Baca post terdahulu penulis berhubung latar belakang Dato' Rodzi bin Awang Kechek ini.(klik di sini) PersepsiKitaBerbeza |
Dari blogger pro-Najib [Deepak tu macai Mahathir?] Posted: 03 Jan 2013 04:42 PM PST Dari blogger pro-Najib... ULASAN SEMASA: BROKER KUASA DALAM UMNO – terus diam. Banyak laman pro pembangkang telah menggambarkan bahawa Deepak – Musa Hassan serta isu-isu yang menggegarkan BN/UMNO hari ini datang dari broker kuasa dalam UMNO sendiri. Pendedahan demi pendedahan ini banyak melibatkan isteri Perdana Menteri sendiri dan ini amat jelas satu usaha kolektif untuk mencalar reputasi Perdana Menteri. Matlamat hujungnya adalah untuk mendesak PM Najib meletakkan jawatan sebelum PRU 13 beralaskan teori ini akan dapat menyelamatkan BN dan UMNO. Namun adakah dengan perletakan jawatan PM ini akan menyelamatkan UMNO/BN? Adakah broker kuasa ini tidak takut kesan buruk terhadap UMNO seperti apa yang berlaku pada PRU 12. BROKER KUASA dalam UMNO – adakah tuduhan ini benar? Adakah tuduhan mahu menjatuhkan Najib sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia ini benar dan dilakukan oleh broker kuasa dalam UMNO. Siapa broker kuasa ini. Dari media pro pembangkang TUN DR MAHATHIR adalah broker kuasa yang dimaksudkan ini. Lihat artikel ini: Malaysiachronicle.com/ Dalam artikel ini – Dr Mahahtir adalah kuasa yang berada di belakang Deepak untuk menjatuhkan Najib dan Rosmah. Artikel itu juga mengaitkan keberuntungan Tan Sri Muhyddin dalam isu ini. Spekulasi ini terus berlaku dengan tindakan diam Dr Mahathir mengenai tuduhan beliau adalah broker kuasa yang mahu Najib meletakkan jawatan sebelum PRU 13. Tekanan ini semakin ketara dan pendedahan demi pendedahan mengenai Rosmah yang dilakukan diberitakan akan terhenti sebaik sahaja Najib meletak jawatan. Spekulasi ini terus berlaku dan BN/UMNO terus menjadi mangsa pada setiap pendedahan ini. Adakah benar BROKER KUASA ini merasakan UMNO akan selamat dengan Najib meletak jawatan? Penjelasan perlu dan isu pendedahan Deepak ini perlu disangkal atau UMNO akan terus berdepan dengan isu yang akan menghancurkan BN secara keseluruhan. Read more at: Umnoreform2 |
Posted: 03 Jan 2013 04:40 PM PST A Kadir Jasin KITA sudah bincang hal "Salah Pilih Kawan Hidup Tak Keruan" yang nampaknya makin sensasi dan sarat dengan teori konspirasi. Ramai mungkin mendapati jalan cerita dan watak-watak di dalam "reality show" itu memualkan, tetapi itulah realiti "pertunjukan sebenar". Terima kasih kepada pembahas kerana tekun membincangkan tajuk "Bumiputera Warga Ekonomi Kelas Ketiga". Seperti biasa dan seperti dijangka, tidak ada jawapan atau respons daripada pihak berkuasa. Tidak mengapa. Sebagai rakyat jelata, pengundi dan pembayar cukai, kita ada hak dan kita ada jalan. Ada ubi atas batas... Keheningan pagi pasca subuh di desa tengah sawah dipecahkan oleh cerita ibu kepada biras saya menjadi mangsa ragut di kedai mamak Maidin ketika tengah hari buta beberapa hari lalu. Kota atau desa, Malaya sama saja. Janji sana janji sini, jenayah dan kemelaratan menjadi-jadi. Masya-Allah. Dalam tampalan kali ini, mari kita bincang mengenai satu tajuk yang hangat diperkatakan iaitu yang mana lebih penting - parti atau calon? Saya mulakan dengan bertanya yang mana datang dulu – manusia atau parti politik? Tentunyalah manusia yang datang dulu, bermula dengan Nabi Allah Adam. Allah cipta Nabi Adam dan daripada Baginda Allah ciptakan Hawa. Lepas itu bermulalah keturunan manusia dan evolusi yang dilaluinya. |
WHAT ARE MUHYIDDIN & KA SIONG DOING? New school year but same old problems! Posted: 03 Jan 2013 04:36 PM PST When actually could the Chinese primary school's teacher shortage problem be solved? Last year, the Cabinet instructed the set up of a special committee on shortage of teachers in Chinese primary schools headed by Deputy Education Minister Datuk Dr Wee Ka Siong to hold roundtable meetings and draw up a long-term strategy to completely solve the problem. It seems hopeless to solve the shortage of teachers in the SRJKC this year. Wee estimated that the number of teacher shortage this year would drop to three digits for the first time from four digits last year. However, Johor Bharu district Chinese Primary School Development Committee chairman Huang Jian Feng said that more than 1,000 teachers are still needed to fill the vacancies in Chinese primary schools. The problem of teacher shortage in the SJKC has existed for decades. This is a weakness in planning and over the years, only piecemeal measures have been taken, such as hiring temporary teachers to meet urgent needs, but there was no solution to the overall problem over all these years. This year, the Education Ministry again rushed to hand over teacher-to-be lists to state Education Departments and the situation is expected to be stabilised only in the second week of the new school year. In fact, not only Chinese primary schools are facing teacher shortage, the SRK is also facing a shortage of English teachers. During a recent visit to India, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak proposed to Indian Prime Minister Manmohan Singh the recruitment of teachers from India who are fluent in English. Earlier, Malaysia have also recruited 75 English teachers from the US. |
DEEPAKGATE heats up as spotlight turns to MinDef and LTAT Posted: 03 Jan 2013 04:35 PM PST The controversy surrounding businessman Deepak Jaikishan continues with the recent decision by the Defence ministry's Armed Forces Fund Board (LTAT) to buy his company AstaCanggih Sdn Bhd. Read More / Baca Lagi >>The company had withdrew its legal suit against the government for alleged breach of agreement over land in Bukit Raja, Selangor involving Selangor Wanita UMNO chief Raja Ropiaah Abdullah. Deepak claimed he and his shareholders sold his shares for RM30 million, recovering the cost the company had forked out in the land deal which turned sour, including RM13 million for Raja Ropiah, RM8 million political contribution, RM7 million financial cost, RM2 million legal and miscellaneous cost. "This ultimatum has been forced upon us," Deepak claimed. Bernama meanwhile had reported that LTAT's investment vehicle Boustead Holdings had acquired 80 percent of Astacanggih. The report said Boustead's wholly owned unit Bakti Wira Development Sdn Bhd and Astacanggih signed an agreement with Ropiaah's Awan Megah Sdn Bhd to purchase the 200-acre plot of land at RM130 million. Boustead, according to the report, said the transactions were backed by bank borrowings and internal funds. PAS vice president Mahfuz Omar has called for a thorough investigation to identify the culprit who 'forced' Deepak to sell his company Astacanggih as well as the involvement of those who abused their power in LTAT's controversial decision. Mahfuz said LTAT must explain to its members. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan