Tukar Tiub |
- TANAH KENA RAMPAS DI PENGERANG- ORANG KAMPONG JADI MAYAT
- SANG SAKA BENDERA RAKYAT UNTUK MALAYSIA
- SIAPA COOL DAN SIAPA POYO - TUNGGU DAN NANTI
- TUKAR TIUB PEMECAH BERITA - TANAH MEREKA DI RAMPAS MEREK JADI MAYAT
- UCAPAN SELAMAT DARI TIM TUKAR TIUB
TANAH KENA RAMPAS DI PENGERANG- ORANG KAMPONG JADI MAYAT Posted: 01 Jan 2013 07:00 PM PST lihat dan baca inilah cara media melaporkan berita keluarga jadi mayat tidak ada diusik tentang tanah mereka akan di rembat tidak ada dikatakan kenapa mereka bunuh diri justeru ini lah satu lagi sebab kenapa 1 juta rakyat wajib turun ke jalan raya pada 12 januari ini ![]() 3 beranak maut hidu asap beracunMayat mereka ditemui pasukan polis yang membuat pemeriksaan selepas menerima laporan jiran yang mengesyaki sesuatu selepas rumah keluarga berkenaan ditutup rapat. ![]() Bakar bahan getah Katanya, pemeriksaan awal mendapati ada bau asap di dalam rumah itu dan pihaknya mengesyaki ia menjadi punca kematian tiga sekeluarga itu. Difahamkan, lelaki itu mengunci bilik utama sejak tengah malam kelmarin sebelum mengambil serbuk kayu dan membakar bahan getah bagi mengeluarkan asap sehingga menyebabkan ketiga-tiga mereka lemas akibat terhidu asap. Kejadian itu hanya disedari jiran mangsa yang curiga apabila melihat rumah mangsa bertutup sepanjang hari dan sunyi berbanding biasanya kedengaran suara bising anak mangsa. ![]() Tiada unsur jenayah "Kami mendapati ada bau asap dalam rumah berkenaan yang dipercayai punca ketiga-tiga mereka lemas. Hasil bedah siasat juga mendapati mereka mati akibat membunuh diri dan tiada unsur jenayah," katanya kepada pemberita di sini, semalam. Che Mahazan berkata, penduduk mendakwa lelaki itu pernah memberitahu jirannya bahawa dia ingin membunuh diri berikutan kesukaran hidup akibat isterinya yang lumpuh akibat serangan angin ahmar dan anak mereka menghidap Sindrom Down. ![]() ---------- |
SANG SAKA BENDERA RAKYAT UNTUK MALAYSIA Posted: 01 Jan 2013 06:00 PM PST SALUT ANAK MUDA BERANI SANG SAKA BENDERA RAKYAT MALAYSIA YANG BARU Bersempena dengan malam Tahun Baru tengah malam ini. Kami mewakili seluruh Anak Muda menuntut kepada pihak yang bertanggungjawab agar menulis sejarah dengan telus dan mengiktiraf pejuang-pejuang gerakan kiri sebagai pejuang kemerdekaan sebenar. Di kesempatan ini juga kami menegaskan sekali lagi, bahawa kami tidak mewakili mana-mana pertubuhan mahupun parti politik. Kami Anak Muda hanya ingin pejuang kemerdekaan sebenar diiktiraf dan dihargai pengorbanan mereka dan bendera yang kami kibarkan hari ini adalah simbolik kepada perjuangan mereka. ![]() Pada tahun 1945, wujud pula Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini merupakan parti politik Melayu yang pertama tertubuh di Tanah Melayu ketika itu. Matlamat utama penubuhan PKMM ialah untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris. Parti ini dipelopori oleh Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy. PKMM mempunyai dua saya iatu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang di ketuai oleh Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita sedar (AWAS) yang diketuai oleh Ustazah Shamsiah Fakeh. Bagaimanapun beberapa bulan kemudian apabila Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, Dr Burhanuddin Helmi telah mengambil alih pucuk pimpinan sebagai presidennya yang kedua. Dalam bulan Disember 1947, PKMM bertukar lagi pucuk pimpinan dan kali ini disandang oleh Ishak Haji Muhammad sebagai presidennya yang ketiga. Perjuangan PKMM adalah jelas pada waktu itu adalah bertujuan ingin membebaskan Tanah Melayu dari cengkaman penjajah British dengan slogan perjuangan Mereka ketika itu "Merdeka" dan perjuangan UMNO ketika Itu dengan Slogan Hidup Melayu. ![]() Namun Malayan Union mendapat tentangan hebat pada ketika itu dari rakyat ditanah Melayu. Beberapa faktor yang membawa penentangan kepada Malayan Union adalah kerana Raja Melayu bakal kehilangan takhta dan kewarganegaraan Jus Soli kepada imigran asing. Oleh sebab itu, British membuat rundingan bersama Garbenor Malayan Union, Raja Melayu dan UMNO untuk mengagaskan pula Perlembagaan Persekutuan yang terus membantu British untuk mencengkam Tanah Melayu dibawah Tanah Jajahanya. Raja Melayu dan Umno ketika itu menyokong Perlembagaan Persekutuan demi menyelamatkan kedudukan mereka supaya terus berkuasa ditakhta selain slogan perjuangan umno ketika itu "Hidup Melayu" dan bukan bermotif kemerdekaan. ![]() ![]() ![]() ![]() Walaupun pada mulanya perkara dalam perlembagaan Rakyat iaitu kewarganegaraan rupa bangsa malaya iaitu semua bangsa adalah Melayu bakal difikirkan mendapat tentangan kaum lain yang berpendidikan namun perkara ini dipersetujui semua tanpa perbahasan. Rapat umum, Risalah terus diedarkan kepada rakyat untuk memperkenalkan perlembagaan Rakyat. Perkara ini mendapat sambutan hangat rakyat yang ingin melihat kemerdekaan 100%. Perjuangan merealisaikan perlembagaan Rakyat semakin giat dengan PUTERA-AMCJA bercadang untuk mengadakan bakal Hari Hartal pada 20 OKtober 1947 dari jam 6 pagi sehingga 12malam . media cetak ketika itu memainkan peranan dalam menyampaikan manifesto hartal kepada rakyat. Hartal adalah mogok rakyat berhenti dari membuat sebrang aktiviti harian rakyat sepanjang Hari Hartal. pada 16 Oktober wakil PUTERA-AMCJA di London, Lim Hong Bee menghantar perlembagaan Rakyat kepada ahli Parlimen British. ![]() ![]() Pada abad ke-17 kerajaan majapahit telah menggunakan warna merah putih sebagai lambang kerajaan mereka. Selepas lenyap kerajaan Majapahit, kerajaan mataram turut menggunakan motif panji yang sama. ![]() 12 bintang pada bendera tersebut melambangkan 9 negeri Melayu dan 3 negeri selat di Tanah Melayu. Manakala warna kuning pada bintang melambangkan keadilan dan kedaulatan rakyat, perlembagaan rakyat yang diiktiraf dan membayangkan semua negeri dalam keadaan aman dan makmur. ![]() ![]() Setelah mengamati perjuangan KMM hingga tertubuhnya PUTERA-AMCJA, kami melihat mereka adalah pejuang sejati kemerdekaan. Oleh itu, kami barisan Anak Muda berharap agar semua pihak membuka mata akan sejarah ini dan mengiktiraf perjuangan mereka. Pengibaran Bendera Rakyat pada Malam ini adalah simbol Anak Muda mengiktiraf perjuangan PUTERA-AMCJA dengan berharap pihak bertanggungjawab menilai sendiri akan perjuangan yang jelas menentang kuasa Imperialis dan menuntut kemerdekaan tanah Melayu. ![]() |
SIAPA COOL DAN SIAPA POYO - TUNGGU DAN NANTI Posted: 01 Jan 2013 05:30 PM PST SIAPA YANG POYO SIAPA COOL SIAPA POYO![]() Anonymous on 12/31/12 MB SELANGOR COOL ![]() Publish | Delete | Spam Anonymous on 12/31/12 -------- |
TUKAR TIUB PEMECAH BERITA - TANAH MEREKA DI RAMPAS MEREK JADI MAYAT Posted: 01 Jan 2013 04:30 PM PST SEBELUM KITA SEMUA JADI MAYAT LEBIH BAIK BANGUN MELAWAN TUKAR TIUB PEMECAH BERITA SEKELUARGA BUNUH DIRI SELEPAS TERIMA SURAT PENGAMBILAN TANAH Pagi ini saya menerima maklumat bahawa seeluarga Pang yang mempunyai 3 ahli keluarga di Kampung Jawa, didapati semua ahli keluarganya membunuh diri di tempat tinggal sendiri dengan membakar serpihan arang di blik. Gabungan NGO Pengerang (GNP) lalu pergi ke tempat tragedi tersebut, dan 3 mayat telah dihantar ke Hospital Kota Tinggi. Melalui penduduk tempatan, Ahli Gabungan telah dimaklumkan bahawa Keluarga Pang ini adalah keluarga miskin, dan isterinya adalah pesakit strok, dan anaknya yang berumur 20 tahun itu, merupakan orang kurang upaya yang mempunyai kecacatan akal. Encik Pang yang berumur 50 -an bekerja sebagai pembantu restoran, akan tetapi baru-baru dia perlu menjaga isteri dan anaknya, dia terpaksa berhenti berkerja. Beberapa bulan yang lalu, disebabkan oleh pembangunan RAPID, Keluarga Pang telah menerima surat pengambil tanah. Rumah kediaman Keluarga Pang dibina diatas seorang tuan tanah lain, sehubungan itu Keluarga Pang cuma menerima pampasan sebanyak RM20 ribu sahaja sebagai pampasan. Selepas Pang menerima surat pengambilan tanah, dia pernah meminta pertolongan dari pihak parti politik pemerintah, dan pernah memberitahu pihak tersebut bahawa dia ingin membunuh diri. GNP berasa amat sedih terhadap tragedi yang berlaku, dimana keluarga miskin tidak dapat menahan tekanan hidup, hasil dari pengambilan tanah oleh pihak pemaju, dan akhirnya terpaksa membunuh diri. Kami juga menyeru pihak kerajaan perlu mengambil berat terhadap apa yang telah berlaku, jika pihak berkenaan masih lagi berkeras untuk terus membuat pembangunan ini, dipercayai akan menyebabkan lebih banyak tragedi berlaku di Pengarang Chua Peng Sin (013-7241409) Bendahari Gabungan NGO Pengerang 1hb Januari 2013 ![]() --- |
UCAPAN SELAMAT DARI TIM TUKAR TIUB Posted: 31 Dec 2012 08:01 PM PST |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan