DIALOG RAKYAT |
- Orang Ramai Sambut Baik Pembaharuan Sambutan Tahun Baru Di Selangor
- Gambar Sekitar Majlis Sambutan Tahun Baru Anjuran Kerajaan Negeri Selangor di Dataran Shah Alam
- Sambutan Luar Biasa Rakyat, Artis Teruja
- 2012 - Tahun Pendedahan Skandal & Salah Tadbir BN
- [GAMBAR] "Takbir" Sambut Kemeriahan Countdown 2013 - Islam PASTI Menang!
- [EDISI TERDESAK] Sang Pencacai Kata Ust Azhar Idrus Penyokong UMNO!
- VIDEO] Empangan Paya Peda Besut Pecah, Siapa Bertanggungjawab Bayar Kerugian Penduduk?
- Pindah kubur di Pengerang, mayat ditanam 15 inci
- Lebih 100,000 banjiri sambutan Ambang 2013 di Selangor
- Royalti berbasikal dari Kota Bharu ke KLCC sempena #KL112
- Veteran mahu lembaga Boustead sekat urusniaga LTAT
- Gerakan bimbang penjual salah guna rebat telefon pintar
- 2013 - Perbaharui Tekad, Runtuhkan Kezaliman
- Walaupun Bukan Empangan Yang Pecah; Kerajaan Mesti Bertanggungjawab
- Banjir Gelombang Kedua Lebih 'Ganas'?
- Banjir: 12,000 pelajar terjejas di T'ganu
- Ulama PAS: Belum ada fatwa ke atas 'amanat' Hadi
- PAS arah jentera bantu mangsa banjir
- 3 cadangan rombak sistem pilihan raya
- Siti tumpu jaga Datuk K
- Kalau Amanat Hadi Dibangkit Kenapa Memali Didiamkan?
- UBN Melengkapkan Serangan, Menjadikan Hadi Sasaran Akhir
- Banjir: 8 sekolah di Kelantan, Terengganu ditutup esok
- Tragedi Bukit Setiawangsa: Banglo 2 MP mungkin diroboh
- Kuantan dilanda gelombang kedua banjir, 152 dipindah
Orang Ramai Sambut Baik Pembaharuan Sambutan Tahun Baru Di Selangor Posted: 01 Jan 2013 07:52 AM PST SHAH ALAM : Pendekatan Pakatan Rakyat Selangor menganjurkan program sambutan tahun baru berbentuk ilmiah amat dialu-alukan oleh orang ramai. Tinjauan Selangor Kini di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pagi tadi mendapati rata-rata pengunjung yang ditemui di Program Karnival Pendidikan Negeri Selangor (EduSEL), mengalu-alukan langkah Kerajaan Negeri menganjurkan sambutan yang disifatkan penuh sederhana namun sangat bermanfaat. Menurut Kamal Ibrahim, 42, program-program sebegini dilihat mampu mendidik masyarakat dengan cara yang berfaedah berbanding dengan amalan kebiasaan sebelum ini yang mengutamakan program berbentuk hiburan semata-mata. "Inilah antara masanya kita dapat meluangkan masa dengan membawa anak-anak ke program yang baik dan penuh pengisian ilmunya. "Bagi saya, ini juga merupakan satu bentuk didikan dan acuan untuk kita membentuk anak-anak kita dan generasi akan datang supaya mereka maju dari segi pendidikan, jati diri serta berakhlak tinggi," tegas bapa kepada tujuh anak ini. Pendapat Kamal turut dipersetujui Yunizayana Sueeyto, 33, yang turut memberi cadangan agar negeri-negeri lain turut mengikut langkah bijak Kerajaan Negeri untuk memberi hiburan kepada rakyat dalam bentuk yang menarik. "Biasanya sambutan tahun baru hanya diraikan golongan anak-anak muda tetapi program anjuran Kerajaan Negeri ini sesuai untuk semua sekali samada kanak-kanak, ibu bapa, datuk nenek dan semua boleh sertai. "Dalam kita berseronok, kita juga dapat ilmu. Itulah yang mahal," ujar Yunizayana yang hadir bersama suami menemani anak-anak mereka menyertai Pertandingan Mewarna dan Melukis pagi tadi. Seramai 70 orang kanak-kanak menyertai pertandingan tersebut yang terbahagi kepada empat kategori iaitu Kategori Mewarna 4 hingga 6 tahun, kategori Mewarna 7 hingga 12 tahun selain Melukis 6 hingga 9 tahun dan juga kategori Melukis 10 hingga 12 tahun. Bagi Kategori Mewarna 4 hingga 6 tahun, ianya dimenangi Quratul Aini Syaurah Fansuri, 6, manakala bagi Kategori Mewarna 7 hingga 12 tahun pula dimenangi Mohd Haikal Asyraf, 7. Sementara itu, bagi kategori Melukis 6 hingga 9 tahun ianya diungguli Umar Saif Abd Wahid, 9, selain kategori 10 hingga 12 tahun dimenangi Nur Izzatul Akma, 12. Pemenang tempat pertama setiap kategori menerima RM 100 dan juga hamper, diikuti tempat kedua yang menerima wang RM 70 dan hamper selain tempat ketiga yang turut menerima wang tunai bernilai RM 50 dan juga hamper. | |||||
Gambar Sekitar Majlis Sambutan Tahun Baru Anjuran Kerajaan Negeri Selangor di Dataran Shah Alam Posted: 01 Jan 2013 07:41 AM PST | |||||
Sambutan Luar Biasa Rakyat, Artis Teruja Posted: 01 Jan 2013 07:29 AM PST SHAH ALAM : Barisan artis yang hadir di Sambutan Ambang 13 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam semalam, rata-rata teruja dengan sambutan yang meriah diberikan oleh penduduk Selangor. Bukan sahaja teruja tetapi kebanyakkan mereka juga gugup apabila berada di tengah-tengah lautan manusia yang hadir lebih 140,000 orang untuk bersama-sama memeriahkan majlis. Malah mereka turut memuji penganjuran program yang bersifat ilmiah dalam usaha mempertingkatkan pembangunan modal insan. Program Jom Santai bersama GeMS, Generasi Idaman Selangor itu diadakan dengan pendekatan menyambut tahun baru dengan tema keagamaan serta bersifat santai. Pelakon, Kamal Adli berkata beliau sudah lama teringin untuk menghadiri program sedemikian lebih lagi berpeluang untuk ditemuramah oleh seorang Ustaz popular, Ustaz Azhar Idrus. Bekas juara bina badan Asia, Datuk Malek Noor berkata sambutan yang diberikan oleh penduduk di negeri itu ternyata luar biasa. "Alhamdulillah, Kerajaan Negeri Selangor berjaya mengumpulkan lautan manusia untuk ke program keagamaan seperti ini. Inilah yang dikatakan benar-benar Islam," katanya. Pemain Bola Sepak negara, Wan Zack Haikal Wan Noor berkata kehadiran pengunjung ke sambutan itu sangat ramai sehingga beliau mula berasa kekok untuk berada di atas pentas. "Kekok rasa, gugup pun ada kerana semasa beraksi di padang saya rasa tidak melihat sebegini ramai," katanya. "Jarang kita lihat mana-mana penganjur yang akan membuat program sebegini, biasanya lebih kepada hiburan dan hari ini kita dapat lihat ramai anak muda yang hadir," kata Panel tazkirah dalam slot maghrib, Ustaz Norisham Daud. | |||||
2012 - Tahun Pendedahan Skandal & Salah Tadbir BN Posted: 01 Jan 2013 04:07 AM PST KELAB GREENBOC Terlalu banyak skandal UMNO BN terdedah di dalam tahun 2012. Berikut ialah sorotan dari Keadilandaily terhadap sebahagian daripada skandal-skandal tersbut. Skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) - Ibu segala skandal melibatkan dana sejumlah RM250 juta. - Ketua Wanita Umno yang juga bekas Menteri Pembagunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Shahrizat Jalil didakwa mempunyai kepentingan dalam kelulusan projek penternakan lembu fidlot yang dianugerahkan kepada syarikat suaminya. - Perdana Menteri Najib Razak pada 2007, ketika projek NFC diluluskan adalah Pengerusi Projek Impak Tinggi Negara. Timbalannya, Muhyiddin Yassin merupakan Menteri Pertanian yang meluluskan dana kepada NFC. - Projek NFC hanya menternak sejumlah 8,016 ekor lembu dalam tempoh 2008 – 2010. Sepatutnya projek itu menghasilkan 60,000 ekor lembu setahun. - Sebahagian besar dana didakwa dibelanjakan untuk membeli kereta mewah, percutian dan mendanai perniagaan keluarga Shahrizat di Singapura. Demonstrasi Lynas, Kuantan - Kumpulan anti kilang radioaktif Lynas membentuk NGO Himpunan Hijau. - Pada februari 2012 demonstrasi di beberapa buah Bandar utama dilakukan. - Demonstrasi terbesar di Kuantan, mengumpul 20,000 peserta. Manakala himpunan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang 3,000 peserta. - Perjuangan menolak kilang nadir bumi melibatkan pemfailan kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tetapi mahkamah menolak semua kes. - Kerajaan memberi kelulusan lesen beroperasi sementara (TOL) kepada Lynas dan pada November 2012, loji Lynas menerima bahan mentah untuk diproses biar pun rakyat Malaysia menentang keras. Demonstrasi Bersih 3.0 - Dianjur pada 28 April 2012. - Menggesa 8 tuntutan dipenuhi agar pilihan raya ke 13 berlangsung dalam suasana bersih dan adil. - Mengumpul 300,000 peserta di pinggir Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. - Tunjuk perasaan terbesar dalam sejarah. Ia dicemari dengan keganasan berleluasa polis pada sebelah petang ketika menyuraikan peserta demonstrasi. Skandal Scorpene - Skandal pembelian Scorpene lanjutan dari pendedahan tahun 2008. Skandal terbongkar meluas melalui siasatan oleh hakim penyiasat Perancis Roger Le Loire. Najib adalah Menteri Pertahanan pada 2002 ketika Scorpene dibeli. - Pada Mei 2012 Pengarah Eksekutif Suaram Cynthia Gabriel mendedahkan beberapa dokumen yang diperolehi dari peguam William Bourdon and Joseph Breham yang dilantik NGO itu untuk membuka kes rasuah pembeliankapal selam di antara syarikat Perancis DCNS dan syarikat kroni Najib, Perimekar Sdn Bhd milik Razak Baginda. - Sejumlah dokumen ditemui pendakwa awam Perancis mengesahkan Menteri Pertahanan ketika itu, Najib meminta AS$1 bilion (RM3 bilion) daripada DCNS (anak syarikat pembuat kapal Perancis DCN) untuk Perimekar. - Turut didedahkan Dokumen 87, Dokumen 97 dan Dokumen 136 yang mendedahkan mengenai urusan pemberian komisyen. Didedahkan Umno adalah penerima terbesar komisyen. Skandal penyenaraian FGVH - Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) Berhad dibongkar oleh pengerusi Anak Mazlan Aliman pada April 2012. - Penyenaraian didakwa melibatkan penggadaian 360,000 hektar tanah milik Felda seperti Felda Plantation dan tanah peneroka dicagar selama 99 tahun. - FGVH tidak mendapat kelulusan kerajaan negeri untuk mencagarkan tanah tersebut sebagai modal saham. Tanah di bawah Akta Penempatan Berkelompok (GSA) adalah milik kerajaan negeri. - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia disalahguna dalam usaha meneruskan penyenaraian pada Jun 2012. Tanpa persetujuan pemilik tanah suruhanjaya sepatutnya menolak penyenaraian FGVH. Skandal AES - Skandal didedahkan pada Oktober 2012 . - Melibatkan dakwaan pemberian tender mengoperasikan sistem AES kepada syarikat kroni Beta Tegap Sdn Bhd. - Pemegang saham terbesar syarikat tersebut ialah To'Puan Rozana Redzuan anak bekas Ketua Bahagian Umno parit Sulong, manakala kedua terbesar Andreas Teoh yang didakwa rapat dengan Presiden MCA, Chua Soi Lek. - Sementara Ates Sdn Bhd pula didakwa dimiliki oleh kroni Najib, Tan Sri Azman Yahya. Skandal Musa Aman - Skandal paling memalukan Musa Aman adalah penangkapan adik angkatnya Micheal Chia di lapangan terbang Hong Kong pada 2008 ketika membawa pulang wang RM40 juta ke Malaysia. - Dalam soal siasat ICAC Hong Kong, Chia mengakui wang tersebut milik Musa. - Wang RM40 juta itu diakui untuk disumbangkan kepada Umno Sabah. Bagaimanapun pemimpin kanan Umno Sabah seperti Lajim Ukin tidak tahu mengenainya. - Skandal turut melibatkan Menteri Undang-undang Nazri Aziz. Beliau mempertahankan 'sumbangan politik' Musa. - Siri pendedahan seterusnya berjaya mengesan kenderaan mewah yang digunakan Nedim, anak Nazri. Iaitu, jenis Hummer bernombor pendaftaran WNX 9776 didakwa didaftar atas nama Michael Chia (Chia Tein Foh). Skandal akuan bersumpah - Deepak menutup tahun penuh skandal BN dengan kejutan dramatik pada November 2012. Beliau mendedahkan mata rantai yang hilang (missing link) dalam skandal pembunuhan Altantuya Shariibuu dan misteri kehilangan penyiasat persendirian Balasubramaniam. - Deepak mendedahkan hubungannya dengan Rosmah dan pertolongan perniagaan yang diperolehi dari keluarga Najib. - Keluarga Najib didedah terlibat secara langsung dalam menarik balik akuan bersumpah Bala. - Menurut Deepak sekiranya akuan tidak ditarik maka seseorang akan mendedahkan siapa memberi arahan membunuh Altantuya. - Deepak mengatur pertemuan antara adik Najib, Nazim dan Bala. Beliau mendakwa Nazim membayar Bala sejumlah wang daripada RM5 juta yang dijanjikan untuk membuat akuan kedua yang menafikan akuan pertama. -KD | |||||
[GAMBAR] "Takbir" Sambut Kemeriahan Countdown 2013 - Islam PASTI Menang! Posted: 01 Jan 2013 03:56 AM PST KELAB GREENBOC Kemeriahan dan sambutan orang ramai lebih 100,000 orang pada malam tahun baru malam tadi di Dataran Shah Alam. Lebih 100,000 sertai himpunan di Dataran Shah Alam | |||||
[EDISI TERDESAK] Sang Pencacai Kata Ust Azhar Idrus Penyokong UMNO! Posted: 01 Jan 2013 03:47 AM PST KELAB GREENBOC Punyalah terdesak UMNO nak yakinkan dirinya serta cuba memujuk dan menyejukan hati para pendokong, penyokongnya yang sedang pucat lesi, gelabah, panik dan menggigil kepala lutut dalam menghadapi PRU 13 bertemu dengan PAS/PKR/DAP dalam gagasan Pakatan Rakyat. Sanggup menipu dan memfitnah dengan menyatakan kononnya Ustaz Azhar Idrus penyokong UMNO/BN. Sanggup tempelkan gambar kehadiran rakyat malam tadi di Dataran Merdeka Shah Alam anjuran kerajaan negeri PKR/PR Selangor dibawah pimpinan Datuk Menteri Besar, YAB Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid Ibrahim, sempena ambang tahun baru 2013. FITNAH DAN TIPU TIDAK BOLEH DIPISAHKAN DENGAN UMNO... -omakkau | |||||
VIDEO] Empangan Paya Peda Besut Pecah, Siapa Bertanggungjawab Bayar Kerugian Penduduk? Posted: 01 Jan 2013 03:45 AM PST Projek Pembangunan Empangan Paya Peda ini terletak di daerah Besut kira-kira 17 kilometer dari Bandar Jerteh. Dewan Pemuda PAS Malaysia diberitahu bahawa Jaks Resources Berhad diamanahkan untuk menyiapkan projek ini dengan kerjasama Pembinaan Sujaman Sdn Bhd bermula 19 November 2009 dan dijangka siap pada Julai 2013. Projek ini mendapat peruntukkan dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia sebanyak RM333 juta bagi membiayai projek tersebut. Akan tetapi, catatan CIDB menunjukkan nilai sebenar projek hanyalah RM166,549,799.42. Pada 25 Disember, Sinar Harian melaporkan 'Benteng Empangan Paya Peda terpaksa dipecah'. Menteri Besar Terengganu Dato' Ahmad Said membuat kenyataan bahawa empangan terpaksa dipecahkan demi mengurangkan risiko tekanan. Akibatnya sejumlah 1000 penduduk dipindah ke pusat pemindahan banjir(sesetengah akhbar melaporkan lebih kurang 2000 penduduk terlibat (230 buah rumah). Pada 27 Disember, Jurutera Projek Pembangunan Pertanian Terengganu Utara (KETARA) di dalam akhbar Berita Harian Online telah membuat kenyataan media yang bercanggah dengan kenyataan Dato' Ahmad Said pada 25 Disember lalu. Beliau menyatakan bahawa punca kejadian ialah satu bahagian tebing hulu empangan berkenaan telah mengalami hakisan hingga berlaku sedikit keruntuhan. Beliau menyatakan bahawa terdapar campur tangan penduduk setempat ketika pekerja mereka sedang melakukan kerja-kerja pengorekan bagi membuat lencongan air untuk memastikan takungan air dalam empangan utama tidak melimpah keluar. Anggaran kerugian sekitar RM5,000 hingga RM10,000 bagi setiap buah rumah yang terlibat (230 buah rumah keseluruhan). Premis perniagaan pula dianggarkan menanggung kerugian sekitar RM20ribu hingga RM30ribu setiap premis. Dewan Pemuda PAS Malaysia sendiri telah mengadakan lawatan ke Empangan Paya Peda tersebut pada 29 Disember 2012 bagi melihat sendiri keadaannya. Pihak Dewan Pemuda PAS juga telah mengadakan lawatan ke rumah-rumah penduduk yang telah terlibat secara langsung dengan kesan empangan yang pecah ini. Rata-ratanya melahirkan rasa kecewa kerana penduduk tidak diberitahu oleh pihak berkuasa tentang keadaan yang sebenar sebelum kejadian berlaku. Di sini, Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin mempersoalkan ; Kenapa terdapat percanggahan di antara kenyataan 1 Dato' Ahmad Said dengan kenyataan jurutera KETARA, Ir Wee Yit Ming? 2 Kenapa tiada notis awal tidak dikeluarkan dan dimaklumkan kepada penduduk setempat sekiranya benar dipecahkan? 3 Kenapa sekumpulan penduduk menghalang kerja-kerja pengorekan lencongan bagi mengelakkan limpahan air takungan keluar daripada empangan utama? 4.Mengapa boleh berlaku jurang yang sangat ketara di antara nilai projek sebenar yang dilaporkan CIDB iaitu RM166,549,799.42 dengan apa yang diumumkan oleh Kementerian dan juga Menteri Besar sendiri iaitu RM333 juta? 5 Kenapa projek sebesar ini tiada Emergency Response Plan bagi menangani isu-isu kecemasan seperti ini. Dewan Pemuda PAS Malaysia juga ingin mendesak : 1 Pihak Jabatan Saliran Negeri Terengganu dan Pihak Kerajaan Negeri sendiri menubuhkan satu Jawatankuasa Siasatan Bebas yang akan menyiasat secara terperinci Plan Tindakan Kecemasan sekiranya ada dan apa punca-punca berlaku kejadian itu. 2 Semua penduduk yang terbabit hendaklah diberikan pampasan sewajarnya agar meringankan beban mereka. Disediakan oleh ; NASRUDIN HASSAN Ketua, Dewan Pemuda PAS Malaysia | |||||
Pindah kubur di Pengerang, mayat ditanam 15 inci Posted: 01 Jan 2013 03:08 AM PST KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR : Badan Bertindak Pengambilan Tanah Pengerang (Mantap) mendedahkan, kontraktor yang terlibat memindahkan kubur di Pengerang 'menanam' mayat dalam liang lahad sedalam 15 inci sahaja. Malah, pihak berkuasa agama Johor, Jabatan Kesihatan, Polis, ketua dan imam kampung tidak memantau kerja pemindahan, kata Timbalan Pengerusi Mantap, Mazlan Aliman dalam facebooknya semalam. Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sungai Rengit dan aduan kepada pihak berkuasa agama Johor agar kerja mengorek kubur dan memindah mayat dihentikan serta merta. "Realiti sebenarnya sangat menyedihkan. Tapak baru di Plot PTD 54492 dekat Punggai dalam keadaan becak, bergenang air dan tanah lembik. Mayat yang ditanam pula hanya kedalaman 15 inci sahaja! "Ia diukur sendiri oleh Skuad Pemantau NGO Pengerang diketuai Zaaba (Abdul Samad)," kata Mazlan. Jelasnya, lesen menggali semula mayat di bawah Seksyen 10(B) Enakmen Perkuburan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dikeluarkan kepada PIJ Holdings Sdn Bhd. "Skuad pemantau telah menegur secara baik kontraktor terbabit, namun jawapan balas sangat menyedihkan. Langsung tiada sensitiviti agama! "Kita akan dedah pembohongan kontraktor dan menggesa hentikan sama sekali kerja gila mengorek dan memindah semua tanah perkuburan," kata Mazlan yang kesal dengan kejadian tersebut. | |||||
Lebih 100,000 banjiri sambutan Ambang 2013 di Selangor Posted: 01 Jan 2013 03:01 AM PST KEADILAN DAILY SHAH ALAM Lebih 140,000 orang dari pelbagai lapisan usia membanjiri Dataran Kemerdekaan, Shah Alam bagi memeriahkan Program Jom Santai Bersama GeMS kelolaan Kerajaan Selangor sempena ambang 2013 di sini malam tadi. Program GeMS – Generasi Idaman Selangor, itu diadakan dengan pendekatan menyambut tahun baru dengan tema keagamaan serta bersifat santai. Ia berlangsung selama tiga hari bermula 29 hingga 31 Disember dengan pelbagai program menarik termasuk Karnival Pendidikan Selangor- EduSEL Fair 2012. Turut diadakan ceramah santai yang bertajuk SPIES membentuk masyarakat sejahtera yang menampilkan Dr Ruziah Ghazali, Ustaz Shukri Yunus dan Ustaz Fauzi Mustafa. Forum Jom Bercinta yang membariskan panel Ustazah Fatimah Syarha dan pelakon, Shamsul Ghau-Ghau dan ceramah ilmuan bersama Ustaz Datuk Ismail Kamus. Kemuncaknya program menyaksikan persembahan sajak daripada pelakon, Diana Amir dan Sembang Santai bersama Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Haslin 'Bollywood', Datuk Malek Noor, Kamal Adli, Pierre Andre dan Aziz M Osman. Memetik TV Selangor, gabungan golongan agama dari generasi lama dan baru dan artis popular itu menarik perhatian pengunjung untuk mengikuti majlis dari awal hingga akhir. Malah detik sambutan tahun baru itu diakhiri dengan nyanyian nasyid 'Asma Ul Husna' oleh semula jemputan dan Exco Kerajaan Negeri, Dr Halimah Ali, Dr Yaakop Sapari dan Rodziah Ismail, Dr Yunus Hairi dan Ketua AMK negeri, Azmizam Zaman Huri. Ia disusuli dengan bacaan doa penutup oleh Ustaz Azhar Idrus. | |||||
Royalti berbasikal dari Kota Bharu ke KLCC sempena #KL112 Posted: 01 Jan 2013 02:58 AM PST KEADILAN DAILYKOTA BHARU : Badan bukan kerajaan (NGO) Gabungan Profesional Menuntut Royalti Pendaratan Minyak dan Gas Kelantan (Royalti) melancarkan program terbaru mereka Cycling For Royalty (C4-R) KB – KLCC # Berbasikal Tuntut Royalti KB – KLCC sejauh 650 km.Pelancaran disempurnakan Exco kerajaan Kelantan, Datuk Abdul Fatah Mahmud pagi tadi dengan 10 peserta kayuhan memulakan perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur yang bakal berakhir pada 11 Januari ini. "Kumpulan berbasikal akan melalui jalan Kota Bharu ke Terengganu yang akan disambut Royalti Terengganu dan mereka akan mengikuti hingga Kemaman. "Sampai sahaja di Kemaman, Royalti Pahang pula akan menyambut mereka dan mengikuti kayuhan sehingga ke Bentong sebelum disambut oleh Royalti Selangor," kata Setiausaha Royalti, Mohd Hisyamuddin Ghazali, kepada Keadilan Daily. Katanya, perjalanan 11 hari itu bertujuan mengajak anak-anak muda beramai-ramai bersama hadir ke Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. "Kumpulan 10 peserta itu akan ke KLCC berdasarkan perancangan. Mereka dijadualkan sampai 11 Januari sebelum ke Perhimpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari. "Mereka akan jadi simbolik kehadiran anak muda selain mengajak orang ramai berhimpun walaupun datang dengan hanya berbasikal," ujarnya. Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut dan menghulurkan sumbangan kewangan, basikal dan sebagainya boleh berhubung dengan Sekretariat Royalti di talian 019-9159559 (Cik Nurul). | |||||
Veteran mahu lembaga Boustead sekat urusniaga LTAT Posted: 01 Jan 2013 02:50 AM PST Sekumpulan veteran angkatan tentera hari ini menggesa rakan-rakan mereka dalam lembaga pengarah Boustead Holdings Berhad untuk menghalang urusniaga tanah kontroversi melibatkan ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan pemimpin Wanita Umno Selangor Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah. "Adakah jeneral dalam lembaga pengarah hanya pak turut, yang hanya menganggukkan kepala?," soal brigadier jeneral bersara Tentera Udara Diraja Malaysia Abdul Hadi Abdul Khatab. Abdul Hadi (kanan) yang merupakan ketua jawatankuasa keselamatan PKR berkata demikian dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini. Katanya, urusniaga tanah itu menyaksikan RM30 juta dibayar kepada syarikat Deepak, Astacanggih Sdn Bhd dan sebanyak RM130 juta lagi dibayar kepada syarikat Raja Ropiaah, Awan Mega untuk tanah yang menjejaskan anggota tentra dan veteran yang mencarum kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). LTAT menguasai dan melabur dengan banyak dalam Boustead, katanya. "Mereka mempunyai tanggungjawab moral untuk bersuara sekiranya urusniaga itu menjejaskan anggota tentera yang menyumbang kepada LTAT," kata Abdul Hadi. | |||||
Gerakan bimbang penjual salah guna rebat telefon pintar Posted: 01 Jan 2013 02:47 AM PST MALAYSIA KINI Parti Gerakan hari ini memberi peringatan kepada kerajaan bahawa skim rebat telefon pintar RM200 mungkin disalahguna penjual telefon bimbit dengan memaksa pembeli melanggan perkhidmatan jalur lebar baru. Dalam satu kenyataan hari ini, timbalan setiausaha agung Pemuda Gerakan Hng Chee Wey berkata penjual telefon mungkin mengambil kesempatan ke atas skim tersebut untuk mendapatkan keuntungan mudah. "Kebanyakan anak muda ini sudahpun memilik pakej (jalur lebar) sendiri, jadi mereka hanya inginkan telefon lebih baik tanpa syarat lain," katanya. Beliau mengulas rebat RM200 yang ditawarkan kerajaan untuk pembelian telefon pintar oleh golongan mudah berusia antara 21 hingga 30 tahun dan berpendapatan di bawah RM3,000. Rebat itu hanya boleh digunakan untuk telefon pintar berharga RM500 ke bawah. Kerajaan memberi alasan, had berkenaan perlu ditetapkan memandangkan skim tersebut disasarkan untuk golongan berpendapatan rendah. Hng berkata had berkenaan terlalu rendah dan kebanyakan model telefon dalam kategori tersebut – seperti yang dikenalpasi oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia – tidak lagi dikeluarkan. Katanyam SKMM sepatutnya menimbang semula beberapa syarat berkenaan. Minggu lalu, had harga tersebut mendapat kritikan meluas oleh pengguna Internet, termasuk oleh ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin. Bagaimanapun, SKMM mempertahankan had berkenaan dan menegaskan bahawa golongan yang mampu membeli telefon berharga RM500 ke atas tidak memerlukan rebat tersebut. Menteri bertanggungjawab ke atas SKMM Datuk Seri Rais Yatim bagaimanapun berkata telefon dengan harga tinggi sedikit daripada had berkenaan mungkin akan disertakan dalam pelan berkenaan. | |||||
2013 - Perbaharui Tekad, Runtuhkan Kezaliman Posted: 01 Jan 2013 02:45 AM PST Editor BuletinSempena kedatangan tahun baru 2013 ini, saya menyeru semua pihak agar memperbaharui tekad untuk meruntuhkan kezaliman dan menggantikannya dengan keadilan. Perlihatkan keindahan Islam di dalam kehidupan di segenap sudut agar ia dipandang tinggi oleh orang lain. Saya optimis masa depan yang cerah untuk Islam di seluruh pelusuk dunia Insya-Allah. Tahun 2013 ini juga akan menyaksikan berlakunya pilihanraya umum yang ketiga belas. Gunakanlah hak untuk memilih ini dengan sebaik-baiknya. Jangan silap membuat pilihan yang akan menyebabkan kita menyesal di hari akhirat. Yakinlah, setiap anggota badan termasuk tangan yang mengundi juga akan menjadi saksi terhadap amalan manusia di padang Mahsyar. Semoga kita semua terus diberikan hidayah dan taufik oleh Allah SWT dan memasukkan kita di dalam golongan hamba-hambaNya yang beriman, Ameen. Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat Mursyidul Ama PAS Menteri Besar Kelantan | |||||
Walaupun Bukan Empangan Yang Pecah; Kerajaan Mesti Bertanggungjawab Posted: 01 Jan 2013 02:43 AM PST Wartawan BuletinBESUT – Tinjauan yang dibuat ke tepak pembinaan Paya Peda berhampiran Kampung Padang Bual di sini mendapati, empangan yang bernilai RM333 juta tersebut belum siap dibina.Menurut sumber dalaman projek tersebut, pembinaan empangan terbabit yang dimulakan pada bulan June 2010 mencapai tahap kemajuan sebanyak 48% (peratus). Justeru beliau berkata yang pecah pada minggu lalu, bukanlah empangan, tetapi takungan sementara air yang dikepung dari dua buah sungai, Sungai Air Belangga dan Sungai Peda, yang menjadi sumber kepada empangan tersebut kelak. "sementara kita menyiapkan benteng konkrit sebenar yang mempunyai ketinggian 60 meter dari aras laut, air ditakung sementara, dilingkungi banteng tanah berketinggian 28 meter dari aras laut, "jadi benteng tersebut yang pecah, bukan empangan kerana empangan belum siap lagi,"jelasnya yang tidak mahu dinamakan. Menurutnya, kira-kira jam 10 pagi pada 24 Disember, pihak pengurusan projek menyedari hujan yang turun sejak beberapa hari, sudah hampir memenuhi takungan sementara itu. Katanya, air akan melimpah sekiranya tiada sebarang tindakan diambil. Oleh itu, kata beliau, satu mesyuarat telah diadakan dan memutuskan supaya satu laluan baru dibuka bagi menyalurkan air keluar dari takungan tersebut. "kerana laluan sedia ada tidak lagi mampu menyalurkan air yang begitu banyak bertakung, pihak pengurusan memutuskan akan mengorek laluan baru di sudut lain, " keputusan itu dibuat bagi mengelakkan air melimpahi tebing takungan yang akan menimbulkan risiko benteng tanah takungan pecah,"jelasnya. Malangnya, kata beliau, keputusan tersebut tidak dilaksanakan kerana menurutnya, tindakan mahu membuat aliran baru itu mendapat bantahan dari beberapa orang kampung berhampiran. Katanya, orang kampung terbabit membantah kerana mereka bimbang, sekiranya dibuka laluan kedua, air yang keluar akan menyebabkan banjir melanda kampung mereka, kampung Padang Bual. Dalam pada itu, hujan yang berterusan terus mengalirkan air kedalam takungakungan akhirnya melimpahi benteng kerana aliran keluar sedia ada tidak lagi mampu mengalirkan. Air mula melimpah kira-kira jam jam 5 dan kemudiannya banteng tanah tersebut, pecah menyebabkan hamburan keluar air, umpama Tsunami. Kesan 'Tsunami Paya Peda' jelas kelihatan seperti gambar-gambar yang dipaparkan. Air Banjir 'Mengaum' Seorang penduduk Kampung Padang Bual yang dtemui skuad BO menyetujui bahawa air yang datang dari arah kawasan pembinaan empangan Paya Peda umpama 'Tsunami'. Mohd Yusof bin Yunus, 45, berkata, air datang 'bergulung' secara tiba-tiba, dari kawasan empangan bermula kira-kira jam 6 petang. "sekitar pukul 6.30 (petang) air mari dengan deras sampai tak sempat nak buat apa-apa, air yang datang begitu kuat hingga bunyi macam 'mengaum', "kita tahu pecah (empangan) itu pun tak sempat nak simpan apa-apa, dia bukan macam banjir biasa, air mari besar selalu,"kata Mohd Yusof bi Yunus ketika ditemui pada Jumaat, 28 Disember. Menurutnya, air benar-benar menenggelamkan kampung tersebut pada kira-kira pukul 9 malam. [Lihat Video] Beliau sempat merakamkan gambar-gambar air yang membanjiri rumahnya pada malam tersebut seperti dibawah. Kerajaan Perlu Bertanggungjawab Sehubungan itu, Timbalan Yang DiPertuaPAS Besut, Shalahuddin Jaafar tetap mahu kerajaan dan pihak pemaju empangan terbabit bertanggungjawab walaupun bukan empangan yang pecah. "walaupun bukan empangan yang pecah tapi banteng menakung air, kerajaan dan pihak pemaju mesti bertanggungjawab kerana gagal mengambil tindakan mengelakkan kejadian tersebut berlaku, "kesannya, seluruh penduduk Kampung Padang Bual mengalami kerugian, sedangkan ia dapat dielakkan sekiranya keputusan yang tetap diambil,"katanya. Beliau yang juga Pengerusi Majlis Tindakan PAS DUN Hulu Besut, menolak sebarang hujah yang mendakwa, orang kampung sendiri yang menyebabkan 'Tsunami' tersebut berlaku. Katanya, orang kampung tidak ada kuasa apa-apa dalam menentukan apa tindakan pemaju dan kerajaan. Menurutnya, sejak dari awal lagi pembinaan empangan tersebut megundang masalah apabila tidak terdapat sempadan diantara kawasan pembinaan dan kawasan yang dibenarkan kepada orang ramai mndekati projek tersebut. "orang kampung tak tahu apa, kalau dia 'royak' benda-benda pun, pihak pengurusan projek, pihak pemaju dan kerajaan mesti mengambil langkah yang sepatutnya, "bak po (kenapa) nak ambil kira pandangan orang kampung yang tidak ada kemahiran dan kepakaran, sedangkan pihak pemaju dan pengurusan projek mempunyai pakar-pakar,"tegasnya. Menurutnya, 230 orang penduduk kampung yang terjejas akibat 'Tsunami' tersebut akan meneruska tindakan menntut ganti rugi dari pihak-pihak yang berkenaan. Berita terkait sebelum ini: Kontroversi Empangan Paya Peda RM333 juta; Pecah Atau DiPecahkan?? Banjir Empangan Pecah; 230 Premis Terjejas Tuntut Ganti Rugi Pecahkan Empangan; Umno-BN Sabotaj Rakyat Empangan Pecah; Banjir Hulu Besut Semakin Teruk | |||||
Banjir Gelombang Kedua Lebih 'Ganas'? Posted: 01 Jan 2013 02:38 AM PST Editor BULETINMenurut Pengarah Majlis Tindakan DUN Jabi, Dr Azman Ibrahim yang dihubungi pada jam 6.30 petang, Pekan dan beberapa kawasan dalam DUN Jabi telah mula dinaiki air. "(banjir lebih) besar dari hok (gelombang) pertama,"ujarnya melalui pesanan ringkas kepada Buletinonline. Menurutnya, air melempah dan hampir memasuki masjid Jabi dan mencecah ke anak tangga pejabat Majlis Tindakan DUN Jabi. Statistik mangsa banjir yang dikeluarkan kemaskini pada 1.14 pagi 1 Januari 2013, menunjukkan petambahan seramai 300 orang dari jumlah pada jam 6 petang 31 Disember 2012. Jumlah terbaru adalah 1, 144 orang berbanding kira-kira 800 orang pada petang semalam. Pertambahan itu adaah akibat perpindahan baru setelah air naik dibeberapa kawasan terutamanya di kawasan Besut termasuk Jabi, menokok sehingga 569 orang yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan dari 153 keluarga. Sementara itu, Jabatan Kerja Raya pada jam 6 petang telah mengeleluarkan senarai jalan-jalan yang telah ditutup akibat banjir, seperti dibawah; HULU TERENGGANU: 1. Jln utama masuk ke Felda Mengkawang/Tersat (Kg Lubuk Periuk)- paras air 2.0 Meter : ditutup kpd semua kenderaan. 2. Jln utama masuk ke Felda Mengkawang/Tersat (Kg Peneh)- paras air 0.8Meter : ditutup kpd semua kenderaan. 3. Jln Bukit Diman/Pengkalan Ajal/Simpang Felda Tersat (Pengkalan Ajal)- paras air 1.2 Meter : ditutup kpd semua kenderaan. DUNGUN: 1. Jln Jerangau - Jabor (Hadapan JPJ Bukit Besi)- paras air 0.2 Meter : Air Melimpah. KEMAMAN: 1. Jln Teladas (Jambatan Teladas)- paras air 0.6 Meter : Ditutup kpd semua kenderaan. | |||||
Banjir: 12,000 pelajar terjejas di T'ganu Posted: 01 Jan 2013 02:36 AM PST Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata daripada 31 buah sekolah yang terlibat, 23 buah adalah sekolah rendah dan lapan sekolah menengah. Beliau berkata daerah Hulu Terengganu mencatatkan jumlah terbanyak membabitkan 13 buah sekolah diikuti daerah Besut sebanyak 12 buah dan masing-masing tiga buah sekolah di Kemaman dan Setiu. Katanya sebab sekolah berkenaan ditutup ialah sama ada dinaiki air, menjadi pusat pemindahan sementara, masih dalam proses pembersihan selepas dijadikan pusat pemindahan dan terputus hubungan. Beliau berkata sekolah yang dinaiki air ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Periok, SK Tengku Ampuan Intan, Sekolah Menengah Agama (SMA) Mahmudiah dan Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang, kesemuanya di Hulu Terengganu. "Lain-lain sekolah iaitu SK Pasir Akar, SK Tok Raja, SK Bukit Jerok, SK Alor Keladi, SK Kampung Nangka, SK Tok Dor dan SK Keruak di daerah Besut," katanya kepada pemberita selepas melawat pelajar baharu di SK Tok Jembal di sini sempena pembukaan penggal persekolahan 2013 hari ini. Turut hadir Timbalan Pengarah Pelajaran Hashim Mohd Zin. Katanya sekolah yang masih menjadi pusat pemindahan sementara ialah SK Anak Ikan di Setiu, SK Seri Payong dan SK Tenang di Besut. Beliau berkata Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Mentok di Kemaman ditutup bagi proses pembersihan setelah menjadi pusat pemindahan banjir sebelum ini. Sekolah yang terputus hubungan di Hulu Terengganu ialah SK Kuar, SK Felda Tersat, SK Bukit Taduk, SK Matang, SK Tengkawang, SMK Menerong, SMK Matang dan SMK Jenerih, di Kemaman ialah SK Padang Kubu, SK RKT Seberang Tayor, di Setiu ialah SK Pak Ba dan SK Sungai Las manakala di Besut ialah SMK Bukit Payong dan SMK Putera. "Sehingga ini kita tidak tahu sampai bila sekolah-sekolah berkenaan akan dibuka kerana ia bergantung keadaan banjir yang melanda. Kita harap banjir gelombang kedua ini cepat surut. "Mana-mana sekolah yang ditutup itu, ia akan buat penggantian pada hari Sabtu," katanya. Katanya ibu bapa boleh menghubungi sekolah atau Pejabat Pelajaran Daerah untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai sekolah anak-anak mereka. Sementara itu, Hashim berkata, seramai 19,878 murid telah mendaftar bagi memulakan Tahun Satu bagi 2013 di 350 buah sekolah di seluruh negeri.- Bernama | |||||
Ulama PAS: Belum ada fatwa ke atas 'amanat' Hadi Posted: 01 Jan 2013 02:32 AM PST Bekas anggota Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan membincangkan ucapan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi yang didakwa sebagai amanat yang bertentangan dengan Islam. Katanya, setahunya belum ada fatwa atau pendirian yang diputuskan daripada majlis itu berhubung amanat tersebut, sekalipun perkara itu berlaku berlaku 30 tahun lalu, dan kini ia dibangkitkan semula. "Adakah Majlis Fatwa dan mufti membuat keputusan, dan dengan sebab fatwa itu, beliau (Abdul Hadi) dianggap berdosa besar. Setahu saya, belum ada daripada Majlis Fatwa berbincang untuk mengeluarkan fatwa atau menetapkan pendirian (mengenai perkara ini). "Kalau (ada) fatwa, adakah Abdul Hadi dipanggil untuk memberi keterangan. Jangan senang-senang dan menentukan ini halal, ini haram. "(Jika ingin) mengeluarkan fatwa, kena panggil Ustaz Hadi... kerana yang tahu perkara itu Ustaz Hadi sahaja sebab dia yang bercakap," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini. Tegasnya lagi, sekiranya amanat Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang disahkan atau menyalahi fatwa yang diputuskan, maka Jabatan Agama Terengganu diminta mengambil tindakan dan membawa perkara itu ke mahkamah memandangkan ucapan itu dibuat di Banggol Peradong, Terengganu. "Jika sabit ucapannya itu tidak menepati apa yang difatwakan, maka beliau bebas daripada kesalahan. Majlis Fatwa berdasarkan isu ini, tidak boleh menjatuhkan hukuman. "Mereka umpama peguam negara atau menjadi penasihat undang-undang. Oleh sebab itu, penguatkuasa atau polis membawa perkara ke mahkamah," katanya. Ahmad yang pernah bertugas di bahagian hal ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri suatu ketika dahulu, mengulas kenyataan pelbagai pihak termasuk Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang menggesa Abdul Hadi menarik balik amanat itu. Ini kerana, ia didakwa telah menyebabkan pepecahan umat Islam di negara ini. Mengulas lanjut, Ahmad menempelak Harussani supaya tidak bersikap terus menghukum dengan menyatakan bahawa Abdul Hadi telah melakukan kesalahan tanpa mendapat penjelasan Abdul Hadi. "Tak boleh mufti (Perak) jadi hakim keluar pandangan (bahawa) ini salah ... Terus menghukum dia... Dia (Harussani) tidak mengikut kelayakannya dan hak dalam lingkungannya (iaitu) berbincang tentang perkara itu (terlebih dahulu sebelum memberi pandangan). "Dia tidak boleh tuduh orang. Dia tak boleh jadi hakim, dengan senang kata orang itu salah. Panggil Ustaz Hadi beri penjelasan," katanya. Ahmad yang juga seorang pendakwah turut menasihatkan Jakim yang diketuai ketua pengarahnya Datuk Mustapha Othman supaya segera memanggil mesyuarat bersama-sama Majlis Fatwa membincang berhubung perkara ini termasuk memanggil Abdul Hadi memberi penjelasan. Abdul Hadi sebalum ini dilaporkan sedia menjelaskan berhubung ucapan yang dianggap 'amanat' sekiranya media arus perdana - TV1 dan TV3 - memberi ruang untuk beliau berbuat demikian secara langsung dari kaca televisyen. Bagaimanapun, pelbagai pihak mengecam Abdul Hadi kerana meletakkan syarat jika mahu memberi penjelasan di televisyen. | |||||
PAS arah jentera bantu mangsa banjir Posted: 31 Dec 2012 04:24 PM PST KUALA LUMPUR: PAS menyeru semua jenteranya dan orang ramai memberikan bantuan kepada mangsa banjir kerana masalah mereka belum selesai dengan surutnya air banjir ini. Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat (LKKPP), Dr Siti Mariah Mahmud (gambar) berkata, walaupun ramai yang telah dapat pulang ke rumah masing-masing, cabaran yang bakal dihadapi pasca banjir seperti memperbaikii kerosakan rumah dan menggantikan barangan serta peralatan rumah yang rosak sudah tentu menuntut perbelanjaan yang banyak. Tambahan pula bagi keluarga yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah, semua persediaan peralatan dan buku sekolah juga mungkin sudah tidak dapat dipakai langsung. Mengikut anggaran yang diberi oleh pihak kerajaan dan media jumlah mangsa yang terpaksa dipindahkan sudah melebihi daripada 6,000 orang dan mungkin akan mencecah 7,000 orang. Walaupun ada pelbagai pihak telah memberi sumbangan melalui NGO dan sebagainya, Dr Siti Mariah meminta ahli PAS khasnya untuk menyumbang melalui Dana Kami Prihatin, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat supaya bantuan dapat disalurkan dan diagihkan kepada mangsa melalui petugas-petugas parti dinegeri-negeri yang terlibat. Ini juga dapat memastikan pengagihan yang lebih merata dapat dilakukan oleh PAS kawasan atau DUN dan tidak tertumpu kepada tempat-tempat tertentu sahaja. Dengan cara ini juga ahli-ahli dapat menyumbang kepada amal jamaie yang dipelopori PAS. Laporan yang diterima beliau memberitahu, ada kampung atau tempat yang tidak mencukupi dana untuk turut membantu mangsa banjir. (Presiden PAS turut turun padang bagi membantu mangsa banjir) Sumbangan wang tunai / cash diperlukan untuk memberi bantuan anak-anak memulakan persekolahan, untuk membaiki rumah dan juga membayar pendahuluan pembelian bahan-bahan makanan yang telah dibekalkan kepada mangsa semasa banjir melanda. LKKPP menyarankan setiap keluarga ahli PAS menyumbang untuk membantu pembelian peralatan atau pakaian sekolah untuk satu orang anak mangsa yang dianggarkan dalam RM100 seorang. Sumbangan-sumbangan lain berbentuk beras, gula dan lain-lain juga diterima dan dihantarkan ke pusat pengumpulan sementara LKKPP di Pusat Khidmat Masyarakat (DUN Lembah Jaya) di No 47, Jalan Dagang, Taman Dagang Jaya, Ampang atau hubungi Pn Hjh Rohainah (013 3407441). Sumbangan kewangan boleh dimasukkan terus ke DANA KAMI PRIHATIN, BANK ISLAM 1211 3010 0261 50. Dr Siti Mariah memohon kerjasama semua LKKPP Kawasan untuk menggerakkan kutipan sumbangan ahli dan penyokong PAS dan sumbangan tersebut dimasukkan terus ke akaun Dana Kami Prihatin dan seterusnya menghantar mesej kepada nombor 019 2361889 (Pengerusi) atau 0193575857 (Bendahari) untuk memaklumkan kemasukan deposit dan seterusnya untuk pengeluaran resit resmi dari LKKPP. "Kepada yang telah menghulurkan sumbangan LKKPP, bagi pihak PAS mengucapkan jazakallah hukhairan kathira," katanya. | |||||
3 cadangan rombak sistem pilihan raya Posted: 31 Dec 2012 04:21 PM PST [PENDAPAT] Merujuk kepada cadangan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman agar daftar pemilih disediakan setiap tiga tahun sekali apabila pilihan raya umum baru menjelang tiba, jika benar dapat dilaksanakan, Pas juga ingin mencadangkan agar pecahan pengundi sesuatu kawasan tidak lagi mengikut komposisi kaum semata-mata. Pecahan pengundi mengikut kaum semata-mata selama lima dekad telah mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada perpaduan kaum kerana seluruh rakyat Malaysia, kerajaan dan terutamanya ahli-ahli politik akan berbicara segala permasalahan negara daripada sudut kaum semata-mata seperti yang sedang berlaku pada waktu kini. Pecahan pengundi mengikut kaum dibuat SPR selama ini juga dipercayai dibuat mengikut selera dan pecahan parti komponen BN, yang semuanya terdiri daripada parti berdasarkan kaum untuk memudahkan setiap parti komponen untuk menjaga undi kaum masing-masing. Sudah tiba masanya, perkara ini dirombak dengan SPR mengeluarkan pecahan pengundi mengikut usia mahupun jantina sebagai data rasmi yang disalurkan kepada media dan rakyat. Data yang dipecahkan mengikut kaum tidak perlu dikeluarkan secara khusus melainkan ada keperluan. Jika pecahan pengundi dilakukan mengikut usia sebagai contoh: 21-34 tahun: 35 peratus 35-50 tahun: 40 peratus 50-60 tahun: 15 peratus 60 tahun ke atas: 10 peratus Berdasarkan data-data sedemikian, parti-parti dan ahli-ahli politik akan berbicara mengenai keperluan masyarakat mengikut usia, dan secara automatik isu-isu yang dibangkitkan akan meliputi semua kaum. Ini boleh mengurangkan risiko berlakunya keadaan masa kini di mana ada pihak-pihak yang sengaja menggunakan sentimen agama dan bangsa untuk meraih undi dan melaga-lagakan kaum demi mendapat modal politik murahan. Pecahan undi mengikut perspektif jantina juga boleh mengurangkan risiko ahli politik menggunakan isu perkauman dan agama untuk merai undi. Sambil SPR membersihkan daftar pengundi, pecahan pengundi baru mengikut usia boleh dilaksanakan kerana ia tidak susah kerana segala maklumat sudah ada pada kad pengenalan pengundi. Cukuplah rakyat dan negara ini 'dipakaikan' cermin mata berdasarkan pecahan kaum – Malaysia boleh bergerak ke arah lebih makmur dan berpadu sekiranya kita memakai kacamata yang lebih menjurus ke arah perpaduan. Pada skala yang lebih besar, Pas juga mencadangkan agar sistem pilihan raya dirombak untuk memastikan pembangkang sentiasa wujud dan efektif untuk manfaat rakyat. Kerajaan harus menyediakan satu dana bagi parti-parti politik yang bertanding. Kaedah ini diguna dibeberapa buah negara bagi mengelak parti tersebut mendapat dana dari pelbagai pihak dalaman dan luaran, sehingga menyebabkan parti akan 'terhutang budi' dengan penyumbang tersebut. Peruntukan kewangan boleh ditentu berdasarkan undi popular yang diterima semasa pilihan raya umum. Harus diingat persaingan politik menyebabkan rakyat akan lebih mendapat perhatian daripada parti pemerintah, dan komentar lebih baik dari parti pembangkang. Selain itu, Pas juga mencadangkan agar sistem pilihan raya dirombak mengikut peratusan undi yang diperolehi oleh setiap parti. Jumlah peratusan undi akan mewakili parti tersebut di dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (Dun). Kaedah ini ternyata lebih adil bagi parti yang bertanding, di mana jumlah kerusi Parlimen dan Dun adalah berdasarkan peratus undi popular yang diterima keseluruhannya. Ini mengelakkan manipulasi persempadanan semula yang memboleh parti pemerintah terus memerintah walaupun tewas undi popular di seluruh negara kerana kerusi-kerusi strategik dengan jumlah pengundi yang rendah dimenangi dengan banyak. Diharap cadangan-cadangan di atas diberi pertimbangan sewajarnya oleh pihak SPR demi lebih memakmurkan demokrasi negara. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan Pas Pusat | |||||
Posted: 31 Dec 2012 04:09 PM PST SETELAH 19 hari kemalangan jalan raya menimpa suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa di Queenstown, New Zealand, akhirnya Datuk Siti Nurhaliza memberi kenyataan kepada media, hari ini. Menurut kenyataan yang dikeluarkan, penyanyi tersohor itu memberitahu bahawa Datuk K sudah pulang ke tanah air, tiga hari lalu. "Kami telah selamat pulang ke tanah air sejak 29 Disember lalu, setelah lebih dua minggu berada di Hospital Southland, Invercargill, New Zealand," katanya. Sejak ditimpa kemalangan itu, pasangan ini tidak putus-putus menerima ucapan daripada peminat juga rakan terdekat malah turut menerima karangan bunga dan kad ucapan daripada Yang di-Pertuan Agong serta Raja Permaisuri Agong. "Siti sangat bersyukur kerana kondisi suami kembali pulih dan sedang mendapat rawatan fisioterapi di atas kecederaan tangan yang dialaminya. "Memandangkan suami saya masih lagi mendapatkan rawatan akibat kemalangan tersebut, Siti akan menumpukan sepenuh perhatian untuk sentiasa berada di sisinya," katanya yang berharap agar diberikan ruang dan masa untuk menghadapi situasi itu sehingga Datuk K pulih. Datuk K ditimpa kemalangan semasa menunggang motosikal berkuasa tinggi, Harley Davidson di Queenstown, New Zealand. Siti memohon maaf dan berharap agar kenyataannya hari ini, akan diterima ramai selepas tidak dapat memenuhi permintaan pihak media dan pihak lain yang mahu mendapatkan kenyataannya secara langsung ataupun menemui Datuk K sendiri. "Datuk K masih menjalani beberapa rawatan susulan pada masa ini dan dinasihatkan oleh pihak doktor untuk berehat dan juga mengehadkan kehadiran tetamu yang datang melawat. "Hanya di kalangan keluarga terdekat sahaja," katanya yang sempat melahirkan penghargaan kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan Datuk K | |||||
Kalau Amanat Hadi Dibangkit Kenapa Memali Didiamkan? Posted: 31 Dec 2012 04:07 PM PST
Sebelum kita semua dibawa melangkah ke tahun baru masihi saya ingin melontarkan pertanyaan 'bodoh cerdik' kepada kita semua untuk dijawab secara senyap. Apa yang saya ingin kemukakan begini; kalau orang Umno mempertikaikan apa dinamakan 'Amanat Haji Hadi' dan meminta presiden PAS itu memohon maaf, apakah tidak boleh dipertikaikan tragedi Memali dan meminta orang terlibat dalam tragedi itu juga memohon maaf sama?
Barang kali betul apa yang diucapkan oleh bekas seorang ahli Parlimen asal Terengganu kepada saya dua hari lalu tatkala tersebut perkara itu. Katanya isu itu sudah lama berlaku dan tidak diselesaikan kerana ia dijadikan modal politik. Sebab itu bila setiap kali menjelang pilihan raya ia diungkitkan, begitulah ujarnya jujur. Apa yang diucapkan bekas ahli parlimen pernah menjadi timbalan menteri itu ia menepati apa yang saya jangkakan sebelum ini. Amanat Haji Hadi adalah modal politik Umno. Di sinilah tampak PAS jauh lebih baik berbanding dengan Umno. PAS lebih gentlemen dan tidak suka mengungkit-ungkitkan perkara yang sudah berlaku. Kalau PAS hendak berbuat seperti apa Umno lakukan, PAS juga boleh, sebab parti itu juga ada peristiwa yang tidak kurang juga menarik dan boleh menguntungkan parti itu kalau ia ditimbulkan apa lagi dieksploitasikan. Isu itu ialah tragaedi Memali yang berlaku pada 19 November 1985 yang mengakibatkan Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libaya ditembak mati bersama 12 orang penduduk kampung Memali. Kejadian yang berlaku itu banyak menimbulkan kemesterian. Banyak perkara yang belum terjawab secara tuntas. Plot-plot yang dihidangkan kepada umum tidak logik dan meninggalkan simpulan tanda tanya besar di kepala dan sejarah. Kalau diteliti kronologi peristiwa itu menjelaskan akan kesadisan pihak Polis di mana ini adalah tanggungjawab kerajaaan UBN. Sebaliknya kalau dilihat dari versi polis yang jahat dan banduknya ialah Ibrahim Libya dan penduduk Memali. Akal manusia yang waras tidak menerima drama yang dinukilkan semula dari kejadian asal di Baling Kedah itu. Sesuatu kejadian itu boleh diputar belitkan seperti mana video boleh disunting mengikut selera dan kehendak editor dan tuanya (producer). Seperti mana orang boleh bikin video mengenai Anwar Ibrahim melayan pelacur, maka begitu juga video Memali dulu. Ia tidak disiarkan dari versi aslinya terutamanya dramatik saat penduduk kampung dikepung kemudian ditembak. Mengenai kejadian itu mungkin generasi muda yang baru lahir selepas atau ketika kejadian itu berlaku, tidak mengetahuinya. Mungkin mereka tidak pernah pun mendengar perkataan Memali. Sejarah mengenai Memali ini pun jarang diungkitkan. Ulang tahun kejadian itu tidak diperbesarkan, RTM dan tv nombor tiga tidak pernah memberi liputan. Rancangan dekomentari mengenainya di tv juga tidak menyorot secara jujur dan telus melainkan terus melumurkan lumpur dosa kepada al Syahid Ibrahim Libya dan pengikutnya. PAS sendiri seakan sudah terlupa dengan tragedi kejam itu. PAS Kedah sendiri sejak menang dan memerintah Kedah rasanya tidak begitu ghairah mengangkat kejadian itu atau merai keluarga mereka yang syahid dalam kejadian itu. Ataupun saya tidak mengetahuinya? Setelah PAS memerintah Kedah rasanya elok kalau kerajaan PAS mendidikan sebuah memorial di tempat kejadian itu sebagai kenangan sejarah. Masyarakat umum mesti hendak tahu kenapa meletus tragedi itu. Kenapa polis sampai jadi histeria menembak orang kampung yang hanya bersenjata peralatan sawah. Kenapa pembunuhan di Memali itu dilakukan ketika Mahathir Mohamad berada di Cina. Mesej apa yang hendak ditunjukkan? Apakah Musa Hitam yang ketika menteri dalam negeri sudah merasakan dirinya putih dengan kejadian itu? Walaupun kertas putih mengenai tragedi itu sudah di dedah di Parlimen, namun itu secara formal saja tetapi tidak menjawab persoalan sebenarnya. Saya juga ada sedikit akses dengan kejadian itu. Semasa bertugas dengan akhbar Minggu Islam, KDN melarangkan media massa membuat liputan mengenai kejadian itu. Semua penerbitan menerima surat larangan dan amaran berkenaan termasuk penerbitan kami. Kenapa? Kalau kejadian itu ditangani dengan betul mengikut lunas undang-undang kenapa ada larangan dan amaran itu? Sesuatu yang buruk boleh disembunyikan pada masa kejadian tetapi tidak tahun-tahun selepasnya. Ahli sejarahawan akan menggali dan mencari jawaban sebenar. PAS sebuah parti yang baik. Yang menerima kejadian itu seadanya seperti mana disampaikan kerajaan. Kalau hendak dikira PAS boleh membangkitkan isu berkenaan. Tetapi PAS tidak berbuat begitu. Jelas berpandukan kepada dua kejadian ini - amanat Hadi dan Memali ia menunjukkan PAS sebuah parti yang baik. PAS tidak suka menjual barang lama dan menggunakan modal usang untuk laba politiknya. Dari situasi ini sudah menjelaskan kepada rakyat mengenai hakikat politik hari ini. Apabila Umno terpaksa menjual modal lama yang telah basi nyata Umno tidak ada modal baru lagi untuk dijadikan tarikan kepada rakyat. Tetapi kalau modal usang Amanat Haji Hadi itu terus diecer oleh Umno secara gila-gila PAS juga tidak mungkin boleh berfikir untuk ikut sama mengungkitkan tragedi Memali itu sebagai modal politik. Mungkin generasi lama sudah memaafi di atas pembunuhan itu tetapi generasi baru yang baru tahu akan kesadisan Polis dan kerajaan UBN termakan dengan isu berkenaan - http://msomelayu.blogspot.com/ | |||||
UBN Melengkapkan Serangan, Menjadikan Hadi Sasaran Akhir Posted: 31 Dec 2012 03:49 PM PST MSO Mulanya saya mengira UBN akan menyisihkan presiden PAS Abdul Hadi Awang daripada diserang dalam usaha untuk mencari sokongan dan membina kekuatan parti itu. Umno akan kekal Hadi sebagai tidak berdosa bagi mengelirukan rakyat dan pihak Pakatan Rakyat. Tetapi ternyata anggapan saya itu meleset. Abdul Hadi tidak terlepas ikut sama memeriahkan dada-dada media massa PB dengan kecaman dan cercaan terhadapnya.
Sebelum ini semua pemimpin ternama di dalam Pakatan Rakyat telah diserang dan digodam semahu-mahunya. Ia dimulai dengan Anwa Ibrahim yang dianggap sebagai kepala jahat dalam Pakatan Rakyat dan pengkhinant negara dan bangsa Melayu nombor satu oleh Umno. Semua bahasa huduh dan jahat dilemparkan ke atas Anwar. Anwar digambarkan manusian banjingan. Tidak tertinggal satu kejahatan Anwar pun yang dialpkan. Semua diungkit dan dibangkitkan, dijual dan dijaja dari gedung hinggakan ke pasar malam politik. Dari isu-isu membabitkan negara sampailah ke isu peribadi yang mengaibkan. Sekiranya segala itu dijadikan prasyarat utama untuk seseorang menjadi perdana menteri, maka Anwarlah paling layak bahkan terlebih layak menjadi PM kerana beliau sudah sampai ke peringkat "Ulul Azmi." | |||||
Banjir: 8 sekolah di Kelantan, Terengganu ditutup esok Posted: 31 Dec 2012 03:44 PM PST SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Lapan buah sekolah di Terengganu dan Kelantan tidak akan memulakan sesi persekolahan esok, berikutan persekitaran sekolah masih digenangi air dan dibimbangi membahayakan keselamatan pelajar. Meskipun dilaporkan keadaan banjir di dua negeri itu hampir pulih sepenuhnya, namun keadaan cuaca yang mendung serta hujan berterusan dan kadang-kala lebat menyebabkan paras air sungai utama di dua negeri tersebut kembali meningkat dan mungkin menyebabkan berlaku gelombang kedua banjir. Di TUMPAT, Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan, Hussain Awang berkata lima buah sekolah di dua jajahan tidak akan memulakan sesi persekolahan esok. Menurutnya sesi persekolahan bagi empat sekolah di Tumpat dan sebuah lagi di Pasir Mas ditangguh selama sehari. "Hari ini kita memutuskan semua sekolah itu akan ditangguhkan sesi persekolahan selama sehari. Kita tengok esok untuk menentukan sama ada ia boleh dibuka untuk hari berikut atau sebaliknya," katanya ketika melawat Sekolah Kebangsaan Tok Jering yang terjejas banjir. Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan Simpangan, Sekolah Kebangsaan Bandang Pak Yong, Sekolah Kebangsaan Tok Jering dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Nurrul Huda di Tumpat, manakala di Pasir Mas adalah SABK Diniah. Beliau juga meminta ibu bapa agar menghubungi pihak sekolah dan mendengar hebahan melalui media massa mengenai keadaan di sekolah-sekolah berkenaan. Hujan lebat malam tadi menyebabkan beberapa batang sungai utama di Kelantan mula meningkat dan berada pada paras berjaga-jaga. Di KUALA TERENGGANU, tiga buah sekolah masing-masing dua di Daerah Hulu Terengganu dan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Kemaman masih ditutup kerana dinaiki air berikutan kejadian banjir gelombang kedua, hari ini. Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu (PPNT), Zakaria Hussin berkata dua Sekolah Kebangsaan (SK) di Hulu Terengganu ialah SK Lubuk Periok yang mempunyai seramai 42 orang murid dan SK Menerong dengan 168 murid. Sementara di Kemaman melibatkan SMK Bukit Mentok yang dikatakan mempunyai lebih 1,000 pelajar. "Sebelum ini dua sekolah (di Hulu Terengganu) yang terletak di pinggir sungai itu sudah surut. Namun hari ini, air naik semula kira-kira empat kaki menyebabkan kedua-dua sekolah itu akan ditutup esok. Ia ada kaitan dengan banjir gelombang kedua bermula," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Zakaria berkata, SK Lubuk Periok merupakan sekolah luar bandar yang mempunyai pelajar kurang daripada 100 orang. Dijangkakan lebih banyak sekolah di kawasan rendah di negeri Terengganu mungkin akan akan ditutup sekiranya cuaca terus mendung dan hujan tanpa henti, katanya. - Bernama | |||||
Tragedi Bukit Setiawangsa: Banglo 2 MP mungkin diroboh Posted: 31 Dec 2012 03:42 PM PST KUALA LUMPUR - Dua banglo, masing-masing milik Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, yang terletak di Puncak Setiawangsa, Bukit Setiawangsa berkemungkinan akan diroboh bagi memberi ruang zon penampan antara tebing runtuh dan rumah-rumah berhampiran. Ketua Pegawai Operasi Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) Mohd Taufik Harun berkata, sebelum sebarang tindakan diambil pihaknya perlu mendapatkan semua maklumat berkenaan keadaan tanah dan cerun tersebut. "Orang boleh bagi pelbagai cadangan, tetapi kami akan mencari penyelesaian sebenar," katanya di Pusat Operasi Bencana Tebing Runtuh di sini hari ini. Beliau berkata langkah tersebut bertujuan menyelamatkan empat rumah lain yang terletak di atas bukit dan mengurangkan tekanan tanah di atas bukit. "Buat masa ini kita lihat tiada kesan teruk akan berlaku terhadap rumah penduduk di kawasan atas tapi yang kita dikhuatiri adalah rumah penduduk yang berada di bawah tebing cerun," katanya. Menurut beliau hari ini pergerakan tanah masih aktif tetapi tidak seaktif Ahad. "Tindakan segera sekarang kita perlu musnahkan banglo yang terjejas itu sebab akan sebabkan runtuhan tanah lebih teruk dan kita akan cuba alihkan bongkah konkrit yang berat kira-kira 8,100 kilogram secara perlahan-lahan," katanya. Beliau berkata kaedah yang betul bagi proses merobohkan banglo itu perlu dilakukan bagi mengelakkan keadaan runtuhan tanah dan cerun menjadi teruk. - Bernama | |||||
Kuantan dilanda gelombang kedua banjir, 152 dipindah Posted: 31 Dec 2012 03:40 PM PST SINAR HARIAN KUANTAN - Seramai 152 orang mangsa banjir dipindahkan ke tiga pusat pemindahan di sekitar Kuantan hari ini ekoran daerah itu dilanda gelombang kedua banjir berikutan hujan berterusan sejak malam semalam. Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), seramai 98 mangsa dari kawasan Kampung Galing, Galing Besar dan Taman Sri Kuantan kini ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Galing. "Manakala sembilan orang mangsa dari Kampung Sungai Ular dipindahkan ke SK Sungai Ular dan 45 orang mangsa dari Kampung Seberang Balok dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Balok," katanya. Menurut portal itu, banjir itu menyebabkan dua laluan ditutup kepada kenderaan ringan mulai hari ini iaitu di Km24, Bukit Penggorak-Cherating dan KM18, Jalan Kuantan-Bypass (selepas Balai Bomba Gebeng). - Bernama |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan