RAKYAT MARHAEN |
- Krisis menerima Dato buat DAP
- KEADILAN dedah bukti pindahan wang pencen tentera oleh pihak Najib
- Mulakan kiraan 100 hari ke PRU13 bermula hari ini ― Lim Kit Siang
- Umno tidak mampu bertahan lagi
- JIM dibubar setelah 22 tahun terlibat dakwah
- 'The Black Rose' to heat up Rosmah-Altantuya allegations
- Malaysia ‘Merdeka’ 2013 dan cabarannya
- Kenyataan Abby Abadi betul cuma Umno tak faham matematik
- Jakim jangan jadi alat politik
- 'Jadikan agama-agama di M'sia subjek teras, wajib'
- Pincangnya Demokrasi Barisan Nasional - Salam Selangor
- Adakah Krisis Dicipta :Gangguan air di KL dan Gombak dijangka berlarutan
- Cakap Mahathir berdolak-dalik - Tamrin
- Malaysia Boleh : Wanita bersuami dua
- Amanat Hadi: Rais patut jemput PM sekali, kata Pas
- Memang Sakit Jiwa : Soi Lek sedia letak jawatan jika DAP jadi MB Johor...oooi lu tatak baca undang2 tubuh k'jaan negeri ka..!!!
- Adakah Pang bunuh diri kerana Rapid Pengerang?
- 3 sekeluarga ‘bunuh diri’ akibat tanah dirampas – NGO Pengerang
- Tahun Baru 2013 : Program PR vs Program BN
- Samseng UMNO : YDP PAS Gombak dan rombongannya dihalang dari menghadiri ijtima tarbawi di Jengka, Pahang.
- Nurul Izzah: Apa Yang Kita Buat Dalam 5 Tahun Jauh Lebih Baik Daripada 50 Tahun Di Bawah Umno BN
- Seksanya Bawah UMNO : Shafie Apdal Diludah?
- SEKSANYA BAWAH UMNO : INI KALILAH, KERING KITA!
- Seksanya Bawah UMNO : King of Palau
- Wilfred Bumburing: Pimpinan Pakatan Rakyat Betul-Betul Menghargai Kebebasan Beragama Di Malaysia
Posted: 01 Jan 2013 08:03 PM PST
KARPAL Singh tentu ada hujah mengapa dia tidak menggalakkan pemimpin-pemimpin DAP menerima gelaran seperti Dato, Tan Sri, Tun dan sebagainya. Read More / Baca Lagi >>Dan pemimpin DAP Perak, Dato Ngeh Koo Ham pula ada hujah mengapa dia menerima gelaran Dato itu dari Sultan Perak semasa dia menjadi Exco dulu. Dato Ngeh mendakwa ia telah dimaklumkan kepada pemimpin utama atau pemimpin mentor DAP, Lim Kit Siang. Justeru DAP adalah sekutu kerajaan campuran Pakatan Rakyat yang terkuat di Perak, maka dia merasa perlu untuk menjaga hubungan baik dengan Istana, supaya penolakannya akan menjadi fitnah. Dato Ngeh dipercayai tidaklah memburu gelaran itu seperti yang direbut oleh setengah saudagar dan orang-orang MCA. Anugerah itu boleh ditolak dan penolakan itu tidaklah dikira anti raja atau menderhaka. Profesor Diraja Ungku Aziz tidak menerima sebarang gelaran yang ditawarkan. Dia lebih senang menerima anugerah Profesor Diraja dari gelaran Dato dan Tan Sri. Kalau profesor kangkung pun diberi Dato, masakan Ungku Aziz tidak ditawarkan. Tetapi tiada siapa boleh kata Ungku Aziz anti istana dan sebagainya. Al-Marhum Dato Fadzil Noor semasa menjadi Adun PAS di Kedah pernah dua kali tidak menerima tawaran kepadanya. Apabila Sultan Kedah membuat tawaran yang ketiga, beliau kira gelaran itu benar-benar layak buatnya, maka beliau menerika anugerah Sultan itu. | ||
KEADILAN dedah bukti pindahan wang pencen tentera oleh pihak Najib Posted: 01 Jan 2013 08:02 PM PST PETALING JAYA 2 Januari: KEADILAN hari ini membongkar bukti berkaitan pendedahan ahli perniagaan, Deepak Jaikishan dan kontroversi berhubung pembayaran RM160 juta menggunakan dana pencen tentera. Pengarah Strategi, Rafizi Ramli dalam kenyataan awalnya menyatakan maklumat itu akan dihebah menerusi sidang media beliau yang sedang berlangsung sekarang di ibu pejabat parti di sini. "Saya akan memperincikan beberapa bukti berlaku pemindahan wang dan bayaran yang dikaitkan dengan pihak yang rapat dengan Datuk Seri Najib Razak, seperti yang pernah didakwa oleh Deepak sebelum ini," katanya. Sabtu lalu, Rafizi berkata, Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi menyalah guna kuasa apabila menggunakan wang pencen anggota tentera untuk menutup mulut Deepak dari terus membuat siri pendedahan berkaitan skandal pembunuhan Altantuya Shariibuu. Beliau berkata, wang pencen itu digunakan dalam urus niaga melibatkan bayaran RM30 juta untuk membeli 80 peratus saham terbitan Astacanggih dan RM130 juta untuk membeli 200 ekar tanah dari Awan Megah Sdn Bhd (Awan Megah). Read More / Baca Lagi >> | ||
Mulakan kiraan 100 hari ke PRU13 bermula hari ini ― Lim Kit Siang Posted: 01 Jan 2013 07:59 PM PST Setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berterusan menjadikan dirinya tumpuan negara dan antarabangsa selama hampir dua tahun kerana memainkan watak Hamlet yang sengsara dengan persoalan "To Be or Not To Be" (melakukannya ataupun tidak) dalam hal membubarkan Parlimen bagi mendapatkan mandat buat dirinya seraya menamatkan peranannya sebagai Perdana Menteri paling lama di Malaysia yang tidak dinaikkan melalui jalan pilihan raya, maka ungkapan "100 hari ke PRU13" telah menjadi sebut-sebutan dalam bulan terakhir 2012. Mulakan kiraan rasmi 100 hari ke PRU13 hari ini, hari pertama 2013, dan biarkan semua rakyat Malaysia mengambil bahagian di dalam kiraan detik ke PRU13 kerana terdapatnya kemungkinan yang bersejarah di dalam peristiwa itu. Walaupun jika Najib tidak mengadakan pilihan raya umum pada 20 April – hari ke-100 selepas hari ini – Parlimen akan terbubar dengan sendirinya pada 27 April 2013 kerana Perlembagaan Persekutuan memperuntukan sedemikian melainkan dibubarkan dengan lebih awal, Parlimen akan terbubar lima tahun selepas tarikh mesyuarat pertama selepas sesebuah pilihan raya umum, misalnya 28 April 2008. Saya tidak merasakan yang Najib mahu menjadi lebih Hamlet daripada Hamlet dan tidak dapat membuat keputusan sehingga Parlimen terbubar dengan sendirinya pada 27 April 2013 bagi diadakan Pilihan Raya Umum ke-13. Read More / Baca Lagi >> | ||
Umno tidak mampu bertahan lagi Posted: 01 Jan 2013 07:57 PM PST Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man meminta Najib dan Rosmah untuk memberikan jawapan kepada semua tuduhan keatas beliau dan isteri oleh Deepak melalui Harakahdaily atau TV PAS. Nampaknya media perdana tidak mahu membuat liputan ke atas isu yang amat serius itu. Isu yang dibangkitkan terhadap Najib suami isteri oleh Deepak ini bukannya isu yang kecil. Ia merupakan isu yang sangat besar kerana ia menjatuhkan imej negara dan rakyat keseluruhannya di mata dunia. Read More / Baca Lagi >>Bagi saya tawaran Tuan Ibrahim itu sangat baik dan elok diambil perhatian oleh Najib suami isteri. Isu yang dilemparkan oleh Deepak ini terlalu berat dan ia sepatutnya mendapat pembelaan dari pimpinan UMNO yang lain, khususnya dari Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan kepada Najib. Sepatutnya semua ahli-ahli jemaah kabinet memberikan kenyataan sokongan kepada Najib tetapi tidak kedengaran perkara itu berlaku dan nampaknya Najib terpaksa berperang sendirian dalam isu ini. Semua pimpinan UMNO dalam Kabinet mesti faham yang mereka juga mesti berhenti jika apa yang dituduh terhadap Najib itu ternyata benar. Mereka (menteri-menteri) adalah lantikan Perdana Menteri dan jika Perdana Menteri terpaksa berhenti mereka juga mesti berhenti. Ini adalah amalan moral demokrasi yang sebenarnya. | ||
JIM dibubar setelah 22 tahun terlibat dakwah Posted: 01 Jan 2013 07:54 PM PST KUALA LUMPUR: Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) akan dibubarkan, meninggalkan legasinya sebagai salah sebuah gerakan Islam di Malaysia yang amat aktif, lantang dan berkesan dalam menggerakkan massa sepanjang lebih dua dekad. Keputusan untuk membubarkan JIM adalah selaras dengan hasrat pertubuhan tersebut untuk menyepadukan semua sumber organisasi di bawah organisasi baru iaitu Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), lapor web MalaysiaHarmoni. "Kami memutuskan untuk membubarkan JIM bagi menyepadukan sumber-sumber organisasi bagi membolehkan kami melaksanakan tugas yang lebih besar dalam masyarakat demi melonjakkan lagi dakwah," kata Zaid Kamaruddin, Presiden JIM ketika ditemui selepas Perhimpunan Perwakilan Nasional (PPN) Khas JIM yang diadakan Sabtu lalu. Satu PPN Khas yang dihadiri oleh hampir dua ratus orang perwakilan JIM dan Wanita JIM di peringkat Pusat, Negeri dan Daerah dipanggil untuk membincangkan usul membubarkan JIM. Perhimpunan yang berlangsung di Kompleks Darul Puteri, Cheras, Kuala Lumpur itu akhirnya sebulat suara meluluskan usul pembubaran JIM. Perhimpunan khas tersebut juga telah meluluskan usul untuk memindahkan semua harta dan aset JIM kepada IKRAM. | ||
'The Black Rose' to heat up Rosmah-Altantuya allegations Posted: 01 Jan 2013 07:34 PM PST Three weeks after the prime minister's wife Rosmah Mansor launched her 160-page biography priced at RM150, a booklet has surfaced today carrying vivid behind-the-scene stories implicating her role in the Altantuya Shaariibuu murder saga. Read More / Baca Lagi >>'The Black Rose' - copy of which has been received by Harakahdaily (pic), gives accounts on the controversial retraction of a statutory declaration by P. Balasubramaniam, the private detective hired by Abdul Razak Baginda who had an affair with the Mongolian citizen. Deepak Jaikishan had earlier promised to release a book as part of a series of installments of writings to counter Rosmah's biography. However, when contacted, Deepak refused to confirm whether the author, nicknamed 'Spirit of Altantuya', was him. The booklet uses pseudonyms for all characters mentioned, and incorporates documents detailing the purchase of exorbitant items which are linked to Rosmah. Deepak went on a media blitz recently to expose his friendship with prime minister Najib Razak and his family, as well as their role getting Bala to withdraw the SD. Following his interviews with several portals including Harakahdaily, Deepak was forced to resign from some 66 companies. | ||
Malaysia ‘Merdeka’ 2013 dan cabarannya Posted: 01 Jan 2013 07:32 PM PST Zulhabri Supian Kita baru saja memasuki tahun 2013. Tahun baru 2013 bukan sebarang tahun buat Malaysia, barangkali boleh dianggap raja segala tahun sejak mengecapi kemerdekaan pada 1957. Tahun 2013 Malaysia akan menduduki peperiksaan "SPM" untuk menentukan masa depannya. Tidak pernah dalam sejarah negara kemungkinan pergantian kerajaan sesuatu yang boleh diterima akal sihat. Hegemoni kerajaan koalisi Barisan Nasional (BN) terlalu ampuh untuk digugat selama ini sehingga terjadi hantukan politik pada 2008 yang memeningkan kepala penguasa dan berterusan sampai kini. Tidak hanya BN, koalisi Pakatan Rakyat (PR) sebagai oposisi di peringkat pusat turut pening mengatur momentum dan rakyat sebagai pemilih pening untuk membuat pilihan. Situasi politik di Malaysia jujur memeningkan dengan segala kerumitan isu yang disalut kaum dan agama. Menolak atau mengangkat baik BN atau PR punya pro dan kontra yang tersendiri. Malaysia selama di bawah BN bukanlah negara gagal dan tidak juga berjaya dan apa akan terjadi andai diperintah PR sedang menjadi topik perbincangan hangat rakyat masa kini. Pilihan saya jelas, memilih untuk "memerdekakan" Malaysia dari kerajaan BN yang cukup rosak dalam erti kata tidak boleh diperbaiki. Pasca-2008 yang menghentak mereka, tiada perubahan yang signifikan dan mereka tetap berperangai sama, lihat saja media arus perdana sebagai contoh yang berterusan membodohkan rakyat. Read More / Baca Lagi >> | ||
Kenyataan Abby Abadi betul cuma Umno tak faham matematik Posted: 01 Jan 2013 07:30 PM PST Oleh: Mat Kering Bakaq Bata Berkata Abby Abadi dalam twitternya, "isu kalimah (maksudnya kalimah ALLAH) lebih kecil berbanding menolak/menghina hukum Allah." UMNO spin dakwa Abby anggap isu penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian sebagai perkara kecil. Memang itulah caranya UMNO dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya menyepin semua isu iaitu dengan ambil sekerat ayat tan membaca keseluruhannya. MK takut juga kalau ada pemimpin PAS ucapkan maksud kalimah syahadah, "Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah." Depa akan kutip ayat "Tiada Tuhan..." lepas tu jaja seluruh dunia, tengok pemimpin PAS tak percaya Tuhan, dah jadi atheis. Abby sebut dengan terang perkataan BERBANDING di situ. Contoh mudah saja, 10 lebih kecil berbanding 100. Adakah bermakna 10 itu mutlak sifatnya sebagai kecil? Tidak! Kerana kalau dibandingkan dengan 1 maka 10 lebih besaq. Read More / Baca Lagi >> | ||
Jakim jangan jadi alat politik Posted: 01 Jan 2013 07:29 PM PST Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, jika Jakim benar-benar telus, isu itu sepatutnya sudah lama diselesaikan dan bukan sekarang baru hendak bertindak. "Saya tidak teruja untuk memanjangkan isu amanat ini. Tapi, mengapa sekarang ini Jakim baru mahu panggil Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedangkan ia dilaung sekitar 30 tahun lalu. "Saya juga tidak pernah dengar ada kajian saintifik mengenai perpecahan orang Melayu hanya disebabkan amanat itu. Lihat sahaja hari ini, orang Melayu masih sama, tiada perbalahan seperti yang dikatakan," katanya, semalam. Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, kehidupan masyarakat Melayu di negara ini masih harmoni tanpa ada yang gelisah dengan amanat itu. "Kalau ada pun berlaku perpecahan, ia hanya kes terpencil dan tidak ada kajian kes itu. "Sekali lagi, saya ingatkan, Jakim tidak perlu jadi 'hero' dalam isu ini kerana kami orang Pas tidak pernah anggap apa dikatakan Presiden kami sebagai amanat, sebaliknya kata-kata biasa dalam ceramah," katanya. Katanya, hanya orang luar beranggapan ucapan itu amanat, namun ia tidak beri kesan terhadap ahli Pas. | ||
'Jadikan agama-agama di M'sia subjek teras, wajib' Posted: 01 Jan 2013 07:16 PM PST Pada hemat saya, isu pengunaan nama Allah di kalangan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak telah dipolitikkan dan menemui kebuntuan akibat sikap prejudis pada kedua-dua belah pihak. Isu tersebut hanyalah simptom kepada akar permasalahan yang lebih besar, iaitu kejahilan di antara penganut agama-agama di Malaysia berkaitan agama lain. Akibat kejahilan bersama ini, maka timbullah salah faham bersama (mutual misconception) yang pastinya menjadi ruang yang subur untuk prejudis, fitnah dan perselisihan faham. Maka, saya menyeru agar pihak kementerian pelajaran untuk mengadakan subjek 'Agama-agama di Malaysia' sebagai subjek teras dan wajib ke atas semua pelajar-pelajar di Malaysia. IPTA dan IPTS juga hendaklah mempunyai subjek tersebut juga sebagai salah satu subjek teras mereka. Begitu juga, subjek agama Islam, perlu dihadiri semua memandangkan Islam merupakan agama rasmi Malaysia yang perlu diketahui oleh setiap rakyatnya. Saya juga merasakan keperluan untuk setiap ahli politik sama ada dari pihak BN mahupun PR (Pakatan Rakyat) untuk mempunyai integriti moral dan etika yang tinggi untuk tidak menangguk di air yang keruh di atas kejahilan bersama rakyat mengenai agama-agama di Malaysia dan sensitiviti setiap agama untuk mendapatkan miledge politik serta senjata untuk menyerang lawan politik mereka. Akhir kata, menjadi tanggungjawab setiap warga di Malaysia untuk bersama-sama menghargai kemajmukan masyarakat Malaysia dan ianya wajib disikapi sebagai kekuatan dan bukannya sebagai faktor perbalahan. DR MASZLEE MALIK adalah pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) | ||
Pincangnya Demokrasi Barisan Nasional - Salam Selangor Posted: 01 Jan 2013 07:14 PM PST | ||
Adakah Krisis Dicipta :Gangguan air di KL dan Gombak dijangka berlarutan Posted: 01 Jan 2013 07:12 PM PST Gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Lembah Klang dijangka berlarutan dan melibatkan lebih banyak kawasan susulan kegagalan sistem pam di rumah pam Wangsa Maju dan Pudu Hulu semalam. Read More / Baca Lagi >>Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) Priscilla Alfred dalam kenyataan malam tadi, berkata kegagalan di rumah pam Wangsa Maju adalah kali kedua selepas dibaik pulih, manakala Pudu Hulu pula kerosakan yang baru berlaku. "SYABAS menganggarkan pada kali ini terdapat pertambahan kawasan terlibat di Kuala Lumpur disebabkan kerosakan pam di rumah pam Pudu Hulu Baru berbanding gangguan sebelum ini yang menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 107,760 akaun pengguna yang melibatkan setengah juta isi rumah," katanya. Di Kuala Lumpur, lokasi terlibat ialah Flat DBKL Dato' Keramat, Jalan Padang Tembak, Jalan Semarak, Jalan Gurney, Kementah, Pulapol, Wisma Tanah, JUPEM, UTM, FELDA, Pusat Latihan Telekom, Jalan U Thant, Jalan Ampang Hilir, Taman Pandan Jaya, Taman Cempaka, Taman Bakti, Taman Nirwana, Kampung Pandan Dalam, Taman Cahaya. | ||
Cakap Mahathir berdolak-dalik - Tamrin Posted: 01 Jan 2013 07:07 PM PST Menjelang PRU-13 ini, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat semakin galak bersuara mencampuri urusan pentadbiran dan politik negara. Tamrin Tun Ghafar yang bergelumang dengan Umno selama 44 tahun dan sertai PAS 11 Julai lalu 'cukup masak' dengan pekung dan temberang Mahathir. Baginya Mahathir seorang pemimpijn 'lidah bercabang' sepanjang 22 tahun menjadi PM. Ikuti butiran lanjut bersama AHMAD LUTFI OTHMAN, TARMIZI MOHD JAM dan ARIF ATAN dalam wawancara eksklusif anak Negarawan Tun Ghafar ini di Pejabat Harakah pada 21 Disember lalu. Read More / Baca Lagi >>HARAKAH: Bagaimana tindakan Mahathir dulu dan kecenderungannya kini dalam isu pemilihan pemimpin Umno-BN, pada kaca mata Saudara? TAMRIN TUN GAFAR: Semasa dia letak jawatan Perdana Menteri di PWTC, Mahathir kata dia tidak akan masuk campur urusan politik dan pentadbiran negara. Mahathir kata tidak macam orang 'seberang' sana. Maksudnya masa itu, Mahathir perli Lee Kuan Yew yang jadi Menteri Mentor pasal dia bergaduh dengan Lee banyak isu. Tapi, bila zaman Dollah (Abdullah Badawi) jadi Perdana Menteri, Mahathir kempen habis-habisan minta rakyat supaya pilih calon bukan atas dasar parti tetapi pilih calon. Itu kempen Mahathir zaman Dollah tahun 2008 dulu pasal ketika itu dia nak paksa Dollah letak jawatan dan dia berjaya ketika itu. Tetapi sekarang pula dia kata, "kita mesti menangkan semua calon Umno-BN tanpa kira calon itu bagus tak bagus asalkan dia Umno-BN". Dua bulan dulu, Mahathir pernah kata, kalau Umno-BN nak menang, mesti letak calon-calon luar dari hierarki Umno sekarang kerana pemimpin-pemimpin Umno yang ada sekarang ini mencerminkan rasuah dan penyelewengan kuasa jadi rakyat akan tolak. Maksudnya, Mahathir bercakap berdolak-dalih? | ||
Malaysia Boleh : Wanita bersuami dua Posted: 01 Jan 2013 07:05 PM PST Bertindak hasil aduan orang ramai dan siasatan selama beberapa hari, serbuan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat dilakukan di sebuah vila semasa Operasi Ambang Tahun Baru, kira-kira jam 2 pagi semalam. Timbalan Ketua Penguat Kuasa Jaij Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, setelah menerima aduan, pihaknya melakukan semakan dengan pihak berkuasa di Thailand dan mendapatkan salinan dokumen pernikahan wanita terbabit. Katanya, semasa serbuan dilakukan, pada mulanya wanita berkenaan enggan mengaku bernikah secara senyap di selatan Thailand bersama seorang lelaki berusia 40-an, yang turut berada di rumah berkenaan. Mereka bernikah di Thailand Julai lalu. Read More / Baca Lagi >> | ||
Amanat Hadi: Rais patut jemput PM sekali, kata Pas Posted: 01 Jan 2013 06:58 PM PST SHAH ALAM - Pas menyindir Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang berkata mufti dan tokoh agama akan menyertai Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di televisyen dalam sesi penjelasan berkaitan polemik Amanat Haji Hadi. Sehubungan itu, Pas berkata adalah lebih baik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut hadir. Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di televisyen bersama Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah lebih baik. Bagaimanapun, Salahuddin berkata, jemputan dibuat itu adalah perkara kedua, yang penting bagi Pas penjelasan amanat presiden perlu dibuat secara langsung di televisyen. | ||
Posted: 01 Jan 2013 06:56 PM PST JOHOR BAHRU - Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membuat pengakuan berani apabila sanggup meletakkan jawatan disandangnya jika wakil DAP berjaya menjadi Menteri Besar Johor. Bagaimanapun, beliau yakin situasi berkenaan tidak berlaku dan mustahil DAP mampu memiliki jawatan nombor satu dalam Kerajaan Negeri sekiranya Pakatan Rakyat (PR) mampu menawan negeri ini jika menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Soi Lek berkata, jawatan Menteri Besar semestinya akan disandang oleh wakil Pas sekali gus impian untuk DAP memegang jawatan itu tidak akan menjadi kenyataan. "Saya yakin sokongan semua rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) semakin kuat, termasuk masyarakat Cina. Mereka mula sedar jika undi DAP pada pilihan raya, mereka turut undi Pas. "Malah saya berpendapat, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hanya kukuh di Pulau Pinang sahaja, namun tidak di negeri lain. Justeru, kita yakin Johor akan kekal di bawah BN selepas pilihan raya akan datang," katanya. | ||
Adakah Pang bunuh diri kerana Rapid Pengerang? Posted: 01 Jan 2013 06:50 PM PST KUALA LUMPUR: Gabungan NGO Pengerang percaya lebih banyak tragedi berlaku di Pengerang jika pihak berkenaan masih lagi berkeras berhubung projek Rapid di situ. Read More / Baca Lagi >>Sehubungan itu, Bendaharinya Chua Peng Sin dalam satu kenyataan semalam menyeru pihak kerajaan agar mengambil berat terhadap apa yang telah berlaku khususnya tiga sekeluarga yang mati dengan membakar serpihan arang di blik mereka semalam. Berikut ialah kenyataan penuh Chua Peng Sin. Pagi ini saya menerima maklumat bahawa sekeluarga Pang yang mempunyai 3 ahli keluarga di Kampung Jawa, didapati semua ahli keluarganya membunuh diri di tempat tinggal sendiri dengan membakar serpihan arang di blik. Gabungan NGO Pengerang (GNP) lalu pergi ke tempat tragedi tersebut, dan 3 mayat telah dihantar ke Hospital Kota Tinggi. | ||
3 sekeluarga ‘bunuh diri’ akibat tanah dirampas – NGO Pengerang Posted: 01 Jan 2013 06:49 PM PST KUALA LUMPUR 2 JANUARI: Gabungan NGO Pengerang (GNP) percaya kematian tiga ahli sekeluarga di Kampung Jawa akibat tekanan rampasan tanah di Pengerang. Bendaharinya, Chua Peng Sin, berkata keluarga mangsa antara yang terlibat dalam pengambilan tanah untuk pembangunan projek Pembangunan Bersepadu Penapisan & Petrokimia (Rapid). Katanya, keluarga mangsa yang rumahnya dibina atas tanah milik orang lain, antara penerima surat pengambilan tanah beberapa bulan lalu. Merujuk identiti mangsa sebagai Pang, beliau pada kenyataan media bertarikh semalam, berkata keluarga itu hanya menerima pampasan RM20,000 sebagai pampasan. Read More / Baca Lagi >> | ||
Tahun Baru 2013 : Program PR vs Program BN Posted: 01 Jan 2013 06:37 PM PST | ||
Posted: 01 Jan 2013 07:54 AM PST | ||
Nurul Izzah: Apa Yang Kita Buat Dalam 5 Tahun Jauh Lebih Baik Daripada 50 Tahun Di Bawah Umno BN Posted: 01 Jan 2013 07:50 AM PST | ||
Seksanya Bawah UMNO : Shafie Apdal Diludah? Posted: 01 Jan 2013 07:02 AM PST | ||
SEKSANYA BAWAH UMNO : INI KALILAH, KERING KITA! Posted: 01 Jan 2013 06:59 AM PST | ||
Seksanya Bawah UMNO : King of Palau Posted: 01 Jan 2013 06:50 AM PST | ||
Wilfred Bumburing: Pimpinan Pakatan Rakyat Betul-Betul Menghargai Kebebasan Beragama Di Malaysia Posted: 01 Jan 2013 06:48 AM PST |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan