Telok Bakong Online |
Posted: 09 Jan 2013 07:33 AM PST Wednesday, 9 January 20131. Pilihanraya ke 13 semakin hampir. Gerakerja pilihanraya wajib diaktifkan.PRU13 sangat menentukan. Di pihak PR kemenangan kerusi Dun dan Parlimen di negeri Perak hendaklah dipastikan. 2.Kemenangan Parlimen Parit menyumbang hasrat PR untuk kePUTRAJAYA.Kemenangan Dun Bota dan Belanja menyumbang kepada kembalinya Negeri Perak ke pangkuan PR, setelah dirampas oleh UMNO/BN pada Feb 2009 yang lalu 3. Parti Kedilan Rakyat yang akan bertanding di Dun Bota , bersedia memperkasa jentera PRU13 atas jentera PR akan terus mengembelingkan tenaga bersama PAS -KEADILAN , tanpa belah bagi mengatur gerak amal bagi memenuhi harapan besar kemenangan 4. Justeru pada 14 Januari hari Isnin akan berlangsung Perlancaran Bilek Gerakan Utama N39 Dun Bota di Pekan Bota Kanan. Pelancaran akan dilakukan oleh Sdr Rafizi Ramli,Pengarah Strategi KEADILAN pada jam 9.30 malam. 5. Aturcara seperti berikut : 7.00 malam : Berkumpul di Bilek Gerakan 7.30 malam : Solat Maghrib berjemaah 7.45 malam : Tazkirah & Tayang Video Perjuangan 8.20 malam : Solat Isya & Solat Hajat 9.00 malam : Majlis bermula - Ucapan Ketua Cabang - Ucapan Ketua Penerangan KEADILAN Perak - Ceramah dan Pelancaran Bilek Gerakan Utama oleh RAFIZI RAMLI 11.00 malam : Majlis berakhir 6. Semua Jenteran PRU13 dan pendokong PR Parlimen Parit di jemput Hadir beramai-ramai |
Posted: 08 Jan 2013 04:28 PM PST Saturday, 5 January 2013Sumber:http://ahmadakhdhor.blogspot.com/2013/01/deepak-dan-musa-hassan-permainan.html1. Pastinya ramai sudah berfikir bahawa Musa Hassan sudah bertaubat. Dan pendedahan yang dibuat Musa Hassan seperti suatu "political mileage" buat Pakatan Rakyat. 2. Saya memilih untuk percaya kepada suatu premis bahawa:- (a) Musa Hassan sedang menjalankan misi politik seseorang iaitu bekas bosnya, Tun DrM (b) Sekurang-kurangnya kini Musa Hassan dapat berpuas hati bahawa sekiranya PR memerintah negara, rakyat Malaysia akan memaafkan kesalahannya yang lampau. 3. Apakah Mahathir di dalam posisi yang bahaya? Saya menetapkan suatu premis bahawa berdasarkan sistem sumber maklumat yang diguna olehnya, harapan untuk BN memenangi PRU 13 amat tipis dan besar kemungkinan akan kalah teruk. Maksudnya, jika PR menang PRU 13, Mahathir akan memikirkan bahawa masa depannya amat gelap. 4. Kenapa Deepak? Beliau dipihak siapa? Deepak sedang menjalankan agenda Tun Dr Mahathir. Untuk apa? Menyingkir kuasa politik Najib. 5. Adakah Najib menentang Mahathir? Besar kemungkinan tidak, tetapi kedudukan Najib di tangan kuasa politik BN/UMNO adalah malapetaka buat UMNO kerana "isu Rosmah" adalah bala untuk UMNO. 6. Kenapa Mahathir perlu singkirkan Najib? Ianya sangat perlu bagi memberikan UMNO sedikit lagi nafas baru untuk bersaing dalam PRU 13 tanpa "liabiliti Najib" terhadap UMNO. 7. Apakah yang akan berlaku? Kita katakan begini; (a) Najib akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri; kesannya - Dewan Rakyat akan terbubar secara automatik. (b) Muhyiddin Yassin akan memangku jawatan PM di dalam sebuah Kerajaan 'Caretaker'. (c) Bilakah masanya? Iaitu suatu masa menurut "arahan" Tun Dr M. Dan ianya 'bagaikan' beliaulah yang menentukan tarikh PRU 13. |
You are subscribed to email updates from Telok Bakong Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan