Addin |
- Ustaz Azhar Idrus Sahkan Sertai Himpunan Kebangkitan Rakyat?
- Rupanya Sebab Ni Umno Luluskan HKR Di Stadium Merdeka
- Isa Samad Jatuh Tangga..
- Sebar Berita Najib Tidak Sihat Adalah Gugat Keselamatan Negara - SKMM
- Kalimah Allah Milik Semua Umat Manusia - Dr. Yusuf Al-Qardawi
- Taktik Kotor Raja Nong Chik Untuk Memenangi Parlimen Lembah Pantai Terbongkar
- Tendangan KO Dr. Asri Buat Pencacai Umno
- Gambar Ribut Sonamu Di Pantai Dungun?
- Lokasi Terbaru Himpunan Kebangkitan Rakyat?
Ustaz Azhar Idrus Sahkan Sertai Himpunan Kebangkitan Rakyat? Posted: 09 Jan 2013 08:57 AM PST Aku dapat maklumat dari member aku kt Facebook menyatakan Al- Fadhil Ustaz Azhar Idrus akan hadir pada Perhimpunan Kebangkitan Rakyat pada sabtu ini. Maka apabila maklumat ini sampai ke blogger-blogger pro kerajaan mereka telah menyatakan bahawa Ustaz Azhar menyokong kalimah Allah digunakan agama Kristian dan bermacam tomahan yang jahat. Nampak gayanya perhimpunan kali ini akan mencipta sejarah kehadiran Alim Ulama dan kehadiran rakyat dari seluruh pelusuk negara. Dan aku harap setiap yang hadir menjaga kelakuan semasa berhimpun dan memberi kerjasama kepada pihak Polis. Memandangkan pihak stadium hanya membenarkan 30k saja yang diberi masuk ke stadium pihak penganjur hendaklah menyediakan kelengkapan dan sistem audio diluar stadium dan semua dapat impak dari perhimpunan ini..wallahualam ..Takbirrr ~kakisembang |
Rupanya Sebab Ni Umno Luluskan HKR Di Stadium Merdeka Posted: 09 Jan 2013 07:01 AM PST Umno sudah kecut perut dengan kebangkitan dan amaran rakyat maka sebab tu dia orang luluskan Himpunan Kebangkitan Rakyat di stadium Merdeka. Ayuh kita turun ramai-ramai bagi menunjukkan soladariti rakyat Malaysia yang mahu menumbangkan rejim Umno BN. Namun, kita jangan leka.. Kita perlu bersiap siaga dengan segala kemungkinan terutamanya apabila menghampiri PRU13. PRU13 kali ni adalah paling kotor dalam sejarah negara. Mereka tetap mempertahankan kerajaan rejim ini bagi mengelakkan mereka semua di humban ke penjara.
|
Posted: 09 Jan 2013 01:10 AM PST Nasib malang nampaknya bertimpa-timpa buat bekas menteri wilayah persekutuan ini sejak akhir-akhir ini. Keahlian kontroversi Pengerusi Felda, Isa Samad dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF) diisytiharkan batal dan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi. Hakim Zaleha Yusof membatalkan keputusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Mei tahun lalu bahawa walaupun ia mendapati KPF melanggar undang-undang kecilnya dalam menerima Isa sebagai ahli, tetapi memutuskan dia boleh kekal sebagai ahli. Keputusan hari ini dipercayai menjejaskan usaha Isa untuk menjadi pengerusi KPF seperti yang pernah dicadangkan sebelum ini, tetapi dibantah oleh beberapa ahli KPF. KPF merupakan koperasi terbesar di Malaysia. "Hakim telah bersetuju dengan kami bahawa keputusan yang dibuat oleh suruhanjaya itu adalah tidak wajar dan diberikan mandamus (perintah) untuk keahlian Isa dibatalkan. Dalam erti kata lain, beliau telah membenarkan permohonan kami untuk semakan kehakiman," kata peguam Mohd Hanipa Maidin, yang mewakili peneroka Felda yang memfailkan permohonan itu. Oleh itu, katanya, mahkamah juga membenarkan satu certiorari untuk membatalkan keputusan SKM itu. Abdul Talib Ali dan tiga anggota lain KPF telah memohon untuk semakan kehakiman berikutan keputusan suruhanjaya itu Mei lalu. Mereka yang mencabar keputusan tiga anggota MCSC membenarkan Isa kekal sebagai ahli KPF walaupun ia mengakui pelantikan Isa adalah tidak sah. Mereka menamakan ahli panel suruhanjaya dan KPF sebagai responden. Peguam Isa setakat ini akan meneliti keputusan tersebut sebelum membuat rayuan di mahkamah rayuan dalam tempoh terdekat. Isa juga merupakan bekas menteri besar Negeri Sembilan sebelum ditukar ke pusat berikutan pelbagai skandal dalam Umno termasuk didapati bersalah atas tuduhan rasuah dalam parti itu hingga menyebabkan jawatan Naib Presiden Umno dibatalkan. ~jalanpulang |
Sebar Berita Najib Tidak Sihat Adalah Gugat Keselamatan Negara - SKMM Posted: 09 Jan 2013 12:26 AM PST CYBERJAYA, 9 Jan - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memperingatkan orang ramai tentang bahayanya penyebaran berita palsu menerusi internet dan SMS. Ini ekoran berita palsu mengenai kesihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini. "Kami mengambil serius perkara ini. Siasatan sedang dijalankan dan seperti biasa kami bekerjasama dengan Polis dan jika didapati melanggar undang-undang, mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang yang sedia ada," kata Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, Pengerusi SKMM. Di bawah seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, seseorang yang menggunakan internet atau telefon untuk menyebar berita palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang. Jika didapati bersalah mereka boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. "Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan berita tersebut melalui SMS atau media sosial kerana berita palsu seperti yang ditulis dalam blog tersebut boleh mengganggu gugat keselamatan negara, kesejahteraan masyarakat dan merupakan pengaruh buruk terhadap kedudukan ekonomi masa kini," kata beliau lagi. ~bernama Addin : Kah..kah..kah!! pecah perut aku!!! lawak giler!! |
Kalimah Allah Milik Semua Umat Manusia - Dr. Yusuf Al-Qardawi Posted: 08 Jan 2013 11:51 PM PST Artikel ini diambil berdasarkan teks khutbah Jumaat Dr Yusuf Al-Qardhawi pada 22 Januari 2010 yang lalu di Masjid Umar bin Al-Khattab di Doha, ibu negara Qatar. Anda boleh melihat kenyataan penuh beliau melalui laman web rasmi Dr Yusof Al-Qardhawi dan juga saya perolehi terjemahan beliau melalui laman web saudara Ridzuan Abdul Aziz. Syukran diatas perkongsian. Ianya merupakan penjelasan yang ringkas dan padat dalam usaha untuk memahamkan orang Malaysia keseluruhannya berkaitan dengan keadaan dan situasi sebenar menurut kaca mata Islam berkenaan dengan isu penggunaan kalimah Allah. Apa yang dinyatakan oleh beliau terdapat beberapa perkara yang boleh disimpulkan bagi menutup isu ini yang kian berlarutan di Malaysia. Pertama, kenyataan yang dikeluarkan oleh ulama' yang diiktiraf oleh ulama'-ulama' seluruh dunia hendaklah dihormati dan diakui kerana ketinggian ilmu beliau jika dibandingkan dengan pendapat sesetengah 'ustaz' atau ulama' mahupun sesetengah golongan di Malaysia ini. Kedua, kalimah Allah adalah kalimah milik seluruh umat manusia, bukan milik umat Islam semata-mata. Ini dinyatakan jelas menerusi surah yang menjadi pembuka bagi kitab Al-Quran, الحمد لله رب العالمين iaitu segala pujian hanyalah bagi Tuhan sekalian alam, bukan Tuhan sekalian umat Islam. Ketiga, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab dalam mencetuskan rusuhan antara kaum dengan menyerang rumah-rumah ibadah antara Kristian dan juga umat Islam. Islam sendiri melarang umatnya sendiri merosakkan tempat ibadah kaum kuffar hatta di dalam perperangan sekalipun. Ini terbukti semasa Salahuddin Al-Ayubi sewaktu membebaskan Jerusalam (Baitul Maqdis) daripada cengkaman Kristian beliau tidak menyeksa tahanan perang dan memelihara gereja dan juga para pendeta kristian.
"Mengapa orang-orang Malaysia sejak kebelakangan ini tidak selasa (penggunaan kalimah 'Allah' oleh Kristian) ?!".. Moga perkongsian ini beroleh manfaat dan menambah keimanan kita terhadap akidah Islam. Ustazengineer, Pasir Panjang, January 2010 |
Taktik Kotor Raja Nong Chik Untuk Memenangi Parlimen Lembah Pantai Terbongkar Posted: 08 Jan 2013 10:53 PM PST KUALA LUMPUR 9 Jan: Sekurang-kurangnya 5,000 ahli Umno yang merupakan pengundi Wilayah Persekutuan dipindah ke Parlimen Lembah Pantai dipercayai untuk bantu kemenangan BN pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13). "Pertembungan kali ini paling sengit kerana semua ahli Umno Wilayah Persekutuan dipindah ke Lembah Pantai. Sengaja dilancar bagi memenangkan calon Umno BN itu. "Kita kenal pasti lebih kurang 5,000 daripada butiran misalnya mereka ini ada yang mengundi di Seputeh. Keseluruhannya merangkumi pemindahan pengundi. Ahli-ahli Umno yang mengundi di luar akan mengundi di Lembah Pantai termasuk undi pos tambahan 2,000," jelasnya kepada Keadilan Daily.Nurul Izzah berkata, Ketua Polis Negara dan Perdana Menteri turut diperalat Nong Chik untuk menarik sokongan penduduk setempat terhadapnya. "Sebelum ini, Ketua Polis sendiri turun ke Lembah Pantai untuk edar bubuk lambuk. Najib (Razak) pula dua kali turun menyerahkan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia)."80 peratus perumahan rakyat di Lembah Pantai dicat. Di Sentosa, 100 peratus di bawah kelolaan DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur). Ini memberikan impak besar termasuk Pantai Dalam. Sebaliknya, Pemuda Umno yang dapat projek tersebut apabila ia diswastakan," sambungnya."Nong Chik sama macam Shahrizat kerana segala projek, mereka akan jadi juara. Projek Shahrizat (NFC) dan keluarga RM250 juta. Belum lagi Nong Chik ada projeknya sendiri," kata Naib Presiden KEADILAN itu.Pada PRU lalu, Nurul Izzah membuat kejutan apabila menewaskan Datuk Seri Shahrizat Jalil bagi menawan kerusi Parlimen Lembah Pantai.Kini, ada ura-ura kerusi itu bakal ditandingi Nong Chik sekalipun terpalit dengan isu rampasan tanah Kampung Baru dan skandal anaknya yang mendapat tender kontrak berbilion ringgit. ~kd |
Tendangan KO Dr. Asri Buat Pencacai Umno Posted: 08 Jan 2013 08:33 PM PST |
Gambar Ribut Sonamu Di Pantai Dungun? Posted: 08 Jan 2013 06:04 PM PST Penduduk bersyukur Sonamu tidak melanda Kuala Terengganu - Penduduk merasa bersyukur kerana ribut tropika Sonamu beserta angin kencang yang diramal membadai perairan pantai timur Semenanjung termasuk Terengganu tidak menjadi kenyataan. Tinjauan Bernama mendapati ramai penduduk yang tinggal di kawasan pantai seperti di sini, Dungun, Kuala Ibai dan Kuala Abang yang menetap sementara di rumah saudara mara yang tinggal jauh dari kawasan pantai, sudah mula pulang ke rumah masing-masing.Namun nelayan kecil masih tidak berani ke laut ekoran angin kencang dan laut bergelora musim tengkujuh. "Tok bersyukur tiada apa yang berlaku dan Tok yakin ini semua berkat usaha masjid, surau dan alim ulama yang tak henti-henti mengadakan sembahyang hajat sejak waktu Zohor kelmarin," kata Suri Dollah, 77, yang sudah pulang ke rumahnya di Kuala Abang yang terletak 20 meter dari pantai, setelah menumpang di rumah saudaranya.Halimah Osman, 58, menganggap cuaca paling buruk yang pernah berlaku ialah pada 1984 yang turut menyebabkan sebuah kapal kargo tersadai di perairan Tanjung Jara akibat ribut dahsyat. "Selepas itu tidak pernah lagi ada ribut sedemikian rupa. Cuaca buruk sejak kelmarin adalah sesuatu yang biasa bagi kami yang tinggal di tepi pantai sejak kecil," katanya.Mohd Yassin Abdullah, 55, yang tinggal di pantai Kuala Ibai berkata sememangnya dia merasa takut dengan ramalan Sonamu kerana pernah mengalami peristiwa banjir besar beberapa puluh tahun dahulu. "Tidur malam pun tidak lena dan kami telah bersiap sedia kemas sedikit sebanyak kain baju. Namun syukur bila tengok keadaan hari ini mula tenang dan laporan televisyen pun mengatakan ribut sudah semakin beredar," katanya.Nelayan Yusof Osman, 48, berkata sudah sebulan dia tidak ke laut kerana keadaan cuaca yang berisiko kepada bot-bot kecil."Ketika inilah kami membaiki bot yang rosak dan saya membantu isteri yang berniaga di warung," katanya. Namun terdapat juga kumpulan remaja yang seakan berpesta bagi menyaksikan fenomena ombak besar."Saya datang ke Pantai Batu Buruk ini untuk menyaksikan sendiri fenomena ombak besar seperti yang dihebahkan dalam TV dan surat khabar."Saya tahu ia bahaya dan pihak berkuasa mengeluarkan amaran supaya tidak menghampiri kawasan pantai, namun saya ingin melihat sendiri fenomena alam yang luar biasa," kata Mohd Aliff Zahari, 22, yang ke pantai bersama rakan-rakannya. ~bernama |
Lokasi Terbaru Himpunan Kebangkitan Rakyat? Posted: 08 Jan 2013 04:49 PM PST Bagaimanapun Timbalan Presiden Pas itu tidak menolak kemungkinan akan berlaku pertukaran lokasi sekiranya Perbadanan Stadium Merdeka masih enggan mengeluarkan surat kebenaran menggunakan kemudahan itu Sabtu ini. "Kami akan tunggu sehingga jam 1 tengahari esok, sama ada diizinkan ataupun tidak, kita akan umumkan dalam satu sidang media jam 4 petang esok di ibu pejabat Pas. "Kita buat keputusan terakhir di situ," katanya kepada pemberita di hadapan pintu masuk Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan Ketua Polis Negara bagi membincangkan kerjasama dan kawalan keselamatan sepanjang perhimpunan itu berlangsung. Mengulas lanjut, sehingga kini pihak penganjur masih belum menerima sebarang jawapan meskipun permohonan untuk menyewa stadium terbabit telah dikemukakan pada 26 Disember lalu. Tegasnya, pemilihan stadium terbabit sebagai menyahut cadangan Perdana Menteri yang sebelum ini menawarkan dua stadium nasional sebagai lokasi perhimpunan kepada pembangkang. "Kita harap Perdana Menteri akan menepati janjinya," katanya. Dalam perkembangan yang sama, hasil pertemuan 11 pimpinan Pakatan Rakyat termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini mencapai kata sepakat bahawa perhimpunan kali ini akan menjadi detik bersejarah apabila kedua-dua pihak berazam dan bekerjsama untuk memastikan perjalanan program mega itu berjalan dengan lancar tanpa sebarang ketegangan. Katanya juga pihak penganjur dan pasukan polis komited untuk mengguna pakai Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 dan akan memastikan semua pihak termasuk orang ramai dapat mematuhi dan menghormati akta baharu ini dengan sebaik mungkin. Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang hadir sama dalam pertemuan itu berkata pihak polis juga komited membantu pengamal media yang bertugas pada hari tersebut dengan menyediakan "marsyal" bagi memudahkan pergerakan mereka sekaligus mengelakkan wartawan menjadi mangsa keganasan sepertimana yang berlaku pada perhimpunan Bersih 3.0 tahun lalu. "Ketua Polis Negara berhasrat perhimpunan kali ini akan menjadi satu detik yang bersejarah untuk belajar daripada kelemahan dan kekurangan program-program terdahulu. "Beliau berhasrat memberikan kerjasama terbaik bagi memastikan semua hak yang termaktub dalam undang-undang dan perlembagaan itu dihormati," jelasnya. Tambah beliau, sekiranya lokasi perhimpunan itu berubah, pihaknya akan memaklumkan hal itu kepada pihak polis bagi memudahkan persiapan keselamatan dibuat. "Jika tiada khabar dari Perbadanan Stadium Merdeka, jawatankuasa induk akan kembali bermesyuarat dan akan menentukan pelan B," katanya. Dalam pada itu, aktivis politik, Hishamuddin Rais berkata, bagi memastikan keselamatan pengamal media bertugas terjamin, pihak polis akan mengeluarkan 'press tag' khas bagi membezakan antara wartawan dan peserta himpunan. "Mengikut kata Tan Sri Ismail Omar, 'press tag' ini dikeluarkan oleh pihak polis untuk memperbaiki pengalaman yang lalu Bersih 3.0," katanya. Selain itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali pula berkata, pihak polis juga komited menyediakan satu 'hotline' kepada penganjur bagi mengatasi sebarang insiden yang tidak diingini dan dapat diatasi dengan segera. "Ketua Polis Negara akan menyediakan satu hotline di kalangan pimpinan penganjur dengan pihak polis supaya apa-apa yang berlaku dapat ditangani dengan serta merta," katanya. Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dikenali sebagai #KL112 menyasarkan sejuta penyertaan orang ramai di seluruh negara dan merupakan perhimpunan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan pada tahun ini. Pihak penganjur mempertikaikan sikap mendiamkan diri yang ditunjukkan Merdeka Heritage Trust yang berdolak-dalik dalam memberikan kebenaran menggunakan Stadium Merdeka sebagai lokasi perhimpunan Sabtu ini. Himpunan Kebangkitan Rakyat adalah program yang dianjurkan oleh Sekretariat Pakatan Rakyat dengan penglibatan beberapa NGO seperti Bersih 2.0, Anak, Gamis, Anti-Lynas, Muafakat dan Kase. ~sinar |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan