Rabu, 9 Januari 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Bodohnya Pencacai UMNO ni!! Kami mahu tukar Kerajaanlah bukannya tukar bendera..

Posted: 09 Jan 2013 06:47 AM PST


Bukan nak tuding jari.. tapi memang nak menuduh..sebab dah jadi kebiasaan, provokasi untuk memburuk-burukkan apa saja program yang melibatkan Pakatan Rakyat sering dilakukan oleh pencacai-pencacai UMNO..

Gambar kat atas tu menyerlahkan lagi kebodohan mereka..tak ada siapapun baik dari penyokong mahupun pemimpin Pakatan Rakyat yang mahu menukarkan bendera yang ada..

Apa yang kami mahu ialah menukar kerajaan yang ada dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat, sebelum habis kekayaan negara ini disapu oleh pemimpin UMNO Baru yang ada..

Ini laporan berkaitan dari Malaysiakini..

Seorang aktivis Bendera Rakyat, Mohd Haizal Yatizan berkata beliau "geram" dengan satu kain rentang misteri yang dikesan dipasang di satu jejantas berhampiran stesen LRT Abdullah Hukum, Kuala Lumpur hari ini.

Mohd Haizal, 29, berkata beliau sendiri akan menurunkan kain rentang yang disifatkannya sebagai usaha sabotaj ke atas Bendera Rakyat, yang pernah dikibarkannya semasa sambutan ambang tahun baru 2013.

NONE"Saya akan cabut (kain rentang) sekarang. Saya tidak mahu nanti orang kata kami pula (yang bertanggungjawab memasangnya)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Kain rentang berkenaan dikesan menunjukkan slogan yang menggesa orang ramai menukar bendera Malaysia dan dengan bendera yang serupa dengan Bendera Rakyat.

Bendera Rakyat merupakan bender yang dipromosi oleh Mohd Haizal dan rakan-rakannya.

Beliau bagaimanapun menafikan bahawa kumpulannya bertanggungjawab memasang kain rentang tersebut.

Tambahnya, kumpulannya juga tidak berniat untuk menukar bendera Malaysia apabila mengibarkan Bendera Rakyat semasa sambutan ambang tahun baru dan juga ketika ambang hari kemerdekaan tahun lalu.

"Bukan. Kami bukan nak suruh tukar bendera. Tak ada langsung kata nak tukar bendera. Kami cuma cerita mengenai sejarah. Suruh orang ramai tahu tentang sejarah bendera itu. Itu sahaja.

sang saka malaya flag raise at dataran merdeka new year count down 010113 4"Sedangkan pada malam 31 Ogos pun kami bawa bendera Malaysia. Kami memang nafikan. Lagipun kami bukan buat kain rentang macam itu. Kami pakai kain buruk biasa sahaja," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Kain rentang misteri yang dikesan hari ini menunjukkan tanda pangkah pada imej bendera Malaysia dengan tulisan dalam bahasa Inggeris "Bendera ini mesti dibuang" (This flag must go).

Imej Bendera Rakyat dalam kain rentang itu pula ditanda rait, dengan tulisan dalam bahasa Inggeris "Ubah" (Change).

Selain itu, kain rentang itu juga mempromosi perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat dengan tulisan "1 Juta Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 2013 #KL112.

Sementara itu, seorang kakitangan stesen LRT Abdullah Hukum memberitahu Malaysiakini bahawa beliau dimaklumkan mengenai kain rentang itu oleh beberapa orang penumpang pada sekitar jam 9 pagi.

Ditanya sama ada petugas LRT akan menurunkan kain rentang tersebut, kakitangan yang enggan dinamakan itu berkata pihaknya tidak dapat berbuat demikian kerana jejantas itu bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

HKR #KL112 : Stadium Merdeka hanya benar 30,000 peserta ?

Posted: 09 Jan 2013 04:20 AM PST


Antara syarat yang dilaporkan dikenakan kepada Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat pada hari Sabtu ini ialah membayar RM75,000 sebagai wang pendahuluan untuk menggunakan stadium berkenaan dan hanya 30,000 peserta di benarkan.


Himpunan Kebangkitan Rakyat hanya dibenar membawa hadirin tidak melebihi 30,000 orang pada Sabtu ini meskipun penganjur sebelum ini dilaporkan akan menghimpunkan hampir sejuta orang.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Merdeka Heritage Trust, pemilik Stadium Merdeka berkata, pihaknya tiada halangan terhadap permohonan Jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat untuk acara yang akan diadakan pada Sabtu ini dari jam 2 hingga 5 petang.

"Bagaimanapun, permohonan tersebut adalah tertakluk kepada syarat- syarat penggunaan stadium yang telah ditetapkan.

"Pihak Jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat perlu mematuhi terma-terma dan syarat-syarat yang dikenakan terutamanya memastikan jumlah pengunjung/peserta tidak melebihi 30,000 orang," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah, syarat ini mengambil kira kapasiti stadium tersebut yang hanya boleh menampung seramai 30,000 orang bagi memastikan struktur dan harta benda Stadium Merdeka yang diwartakan sebagai 'hartanah warisan kebangsaan' sentiasa dijaga dan dipulihara.

Stadium Merdeka merupakan stadium sukan di Kuala Lumpur. Ia mula dibina pada bulan Julai 1956. Stadium ini mempunyai kemudahan dan kelengkapan sukan yang setanding dengan stadium-stadium antarabangsa di negara-negara lain ketika itu dan mempunyai tempat duduk bagi 22,000 orang, dan 3,000 darinya terletak di bawah bumbung ketika dibuka.

Kemudian stadium dinaikkan taraf untuk menampung sehingga 45,000 orang penonton. la mempunyai 14 buah "terowong" yang merupakan pintu keluar-masuk stadium.

Kawasan tempat duduk yang berbumbung itu adalah sepanjang 30 kaki (10 meter), bumbungnya 60 kaki (20 meter) panjang ke hadapan dan tinggi 40 kaki (13 meter) dari bawah.

Empat buah tiang lampu setinggi 140 kaki (46 meter) juga dibina untuk kegunaan upacara-upacara yang diadakan pada waktu malam. Stadium ini mencatatkan sejarah apabila pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dibuat oleh Tunku Abdul Rahman selepas dirasmikan sehari sebelumnya.

Pada 2007, Stadium Merdeka mengalami pemulihan kepada keadaan yang asal seperti yang pada 1957. Stadium ini dengan kapasiti sebanyak 45,000 tempat duduk akan dikurangkan kepada 20,000 tempat duduk, yang bermaksud bahawa beberapa blok-blok teres atas dibina sejak bertahun-tahun akan dirobohkan.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan bahawa Pengurusan Perbadanan Stadium Malaysia berkata, pihaknya menerima permohonan daripada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu melalui surat rasmi untuk menggunakan Stadium Nasional sebagai lokasi perhimpunan.

"Permohonan tersebut menyatakan pihak mereka hendak mengadakan perhimpunan pada 12 atau 19 Januari," menurut kenyataan perbadanan itu.

"Penganjur perlulah mematuhi prosedur tempahan atau penggunaan seperti menjelaskan deposit dan bayaran sewaan, memastikan tidak berlaku kerosakan ke atas harta milik awam, tidak mengganggu-gugat lain-lain pihak yang berada di sekitar kompleks serta syarat lain yang ditetapkan dalam Borang Tempahan Acara," menurut kenyataan itu.

Dalam pertemuan dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar semalam, polis menasihatkan penganjur perhimpunan itu supaya mematuhi peraturan yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 bagi memastikan ketenteraman awam dan hak kebebasan orang lain tidak terjejas ~ Rakyat Marhaen

Admin Pisau.Net dikehendaki oleh DAP, Tawaran RM1000

Posted: 08 Jan 2013 10:40 PM PST


Setelah seorang Blogger Pro UMNO dari utara Semenanjung iaitu MiM, memohon maaf dari Khalid Samad kerana memfitnahnya, seorang lagi Blogger Pro UMNO juga dari utara iaitu Pisau.Net kini dicari oleh pihak DAP bagi diserahkan writ saman kerana fitnah.

Tawaran RM1000.00 dibuka kepada sesiapa sahaja yang boleh mendedahkan siapa admin blog pencacai UMNO itu hingga membolehkan pihak DAP menyerahkan writ saman tersebut..

Kepimpinan DAP menawarkan RM1,000 kepada mana-mana individu yang dapat memberi maklumat untuk mengesan pengendali laman blog pisau.net.

Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming berkata, pihaknya kini sedang menjejaki pengendali blog berkenaan bagi menyerahkan writ saman berhubung artikel yang dikeluarkan laman blog berkenaan.

"Orang yang fitnah berdosa besar. Perbuatan baling batu sembunyi tangan merupakan perbuatan yang keji dan bersifat pengecut.

"Saya di sini memberi masa 24 jam kepada pisau.net untuk tampil. Jangan berselindung di belakang nama samaran yang palsu," katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Kor Ming berkata, tindakan menyembunyikan diri itu hanya membuktikan semua tuduhan terhadap Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan beliau adalah bohong.

Menurutnya, tindakan saman itu dibuat terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab memfitnah mereka berdua kononnya mendapat tanah di Kelantan sebagai habuan politik ~ Sinar Harian

Hangat la hang Megat kali ni... Hang nak lari mana? .. orang putih kata.. "You can run.. but you cant hide..."

Bersamalah kita nanti dan saksikan adakah nasib Admin Pisau.Net ini sama dengan nasib Admin MiM yang langsung tidak dibantu oleh pemimpin BN Pulau Pinang ketika berhadapan musibah disaman oleh YB Khalid Samad...

Artikel yang dipercayai sebagai fitnah oleh Pisau.Net itu sila baca di ( SINI )

Kalimah Allah, Lihat apa Dr. Asri kata ni... Adakah Pencacai UMNO akan lapor kepada Polis?

Posted: 08 Jan 2013 07:45 PM PST


Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengatakan lagu kebanyakkan negeri-negeri yang menggunakan kalimah "Allah" terpaksa ditukar dengan keputusan mengharamkan penggunaan kalimah Arab tersebut bagi orang-orang bukan Islam.

Bekas Mufti Perlis itu dilihat sebagai memberi respon kepada perintah Di Raja yang dikeluarkan oleh Sultan Selangor mengharamkan penganut agama selain Islam untuk menggunakan kalimah Allah sebagai rujukan kepada tuhan mereka.

"Bnyk lagu negeri2 ada klimah Allah trmasuk S'ngor. Jk mrk haram sama sekali pnggil Tuhan ALLAH, mk versi khas dperlukn," tulis beliau di akaun Twitternya, @realDrMAZA.

"Ertinya pengharaman total tidak mungkin. Kalau sekadar untuk Bible Bahasa Melayu, itu soal pentadbiran sahaja."

"Kerajaan boleh larang (penggunaan kalimah Allah) atas pentadbiran, bukan kerana Islam mengharamkan bukan Muslim sebab tiada arahan khusus dalam Islam tentang hal ini. Bible di negara Arab semua sebut Allah," kata beliau apabila dihubungi.

Malaysia yang didominasi Islam mempunyai 13 buah negeri dan tiga wilayah persekutuan. Kebanyakan lagu negeri mengandungi perkataan "Allah" di dalam liriknya. Lagu kebangsaan, "Negaraku", tidak mengandungi perkataan Arab "Allah" tetapi menggunakan perkataan Melayu, "Tuhan".

Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) telah menarik pengikut yang ramai oleh kerana pandangan vokal beliau mengenai hal agama.

November lepas, beliau diheret ke dalam kontroversi kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mengenai Islam dengan beberapa tokoh agama mencadangkan kenyataan naib presiden PKR itu dalam sebuah forum awam bermakna beliau menyokong orang Islam melakukan "Murtad".

Mohd Asri mempertahankan tokoh pembangkang muda yang bersinar bintangnya itu secara terbuka, mengatakan tiada paksaan dalam amalan Islam. Isu-isu kaum dan agama tidak dapat dipisahkan di Malaysia, di mana orang Melayu — yang membentuk 60 peratus daripada 28 juta penduduk — ditakrifkan perlembagaan sebagai orang Islam.

Undang-undang tertinggi negara menyatakan Islam adalah agama persekutuan tetapi membenarkan juga agama-agama lain untuk diamalkan secara bebas.

Pemimpin gereja Kristian dan badan mewakili kuil Sikh di seluruh negara telah menyatakan kebimbangan mengenai kesan perintah Di Raja Sultan Selangor mengharamkan pengikut agama selain agama Islam daripada menggunakan perkataan "Allah" merujuk kepada tuhan mereka.

Sultan negeri juga mengarahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Selangor (JAIS) untuk mengambil tindakan tegas terhadap semua kumpulan, termasuk bukan Islam, yang terus mempersoalkan fatwa negeri dan undang-undang 1988 negeri menyekat penggunaan perkataan Arab itu.

Walau bagaimanapun, pada bulan Disember 2009, Mahkamah Tinggi memutuskan perkataan "Allah" tidak terhad kepada orang Islam dan Gereja Katolik mempunyai hak untuk menerbitkan perkataan tersebut dalam edisi Melayu akhbar mingguan, Herald ~ The Malaysian Insider

Tiada ulasan: