Telok Bakong Online |
Posted: 25 Jan 2013 06:45 PM PST Rupa-rupanya tidak jauh dari tapak ceramah Pakatan Rakyat (PR),UMNO pun turut sama memeriahkan Kampung Senin dengan ceramah juga,jarak antara kedua-dua tapak ceramah ialah lebih kurang 70 meter sahaja,menurut kata juruacara ceramah UMNO, tajuk ceramah mereka ialah Nizar Jamaluddin Pembohong Bersiri. Hairan juga tengok UMNO ni,sudah mula banyak buat ceramah-ceramah macam Pakatan Rakyat,mungkin persediaan,manalah tahu akan kecundang lepas PRU ke 13 nanti,di pentas-pentas macam ni lah akan mereka gunakan juga.Di media-media tv,surat khabar sudah tidak dapat sambutan jadi gunalah pentas ceramah untuk menyampaikan maklumat mereka.Sepertimana yang belaku baru-baru ini Utusan,Surat khabar yangg utama UMNO telah di saman oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana telah memfitnah DSAI,jelas Utusan punya berita tidak boleh dipercayai,hanya yang boleh percaya kat paper tu ialah keputusan no ekor 4D magnum,toto dan kuda aje. Sejumlah 2 banner besar telah digantung yang menyatakan Dato Seri Nizar Jamaluddin Pembohong.Satu daripadanya digantung dihadapan Sek Ren Keb Layang Layang Kanan.Ini lah langkah terdesak Umno untuk meraih sokongan rakyat. Geng Botaonline (TBO tak dapat nak ikut,sebab hari tu pakai baju 'Menuju ke Putrajaya'..hi..hi.takot kantoi pulok ngan geng Umnu ni..) telah pergi menerjah ke port ceramah UMNO pada malam itu dan mendapati tiada isu nak hentam PR,hanya mainkan cerita-cerita lama terutama isu YB Nizar Jamaluddin yang kononya pembohong besar,tapi sebenarnya UMNOlah yang telah melakukan pembohongan yang besar.Isu paling hangat dikatakan oleh penceramah UMNo ialah tentang Debat antara Nizar dan Zambry yang akan diadakan pada esok malamnya.Menurut penceramah, Zambry tidak mahu melayan pelawaan Nizar sebab Nizar tidak layak berdebat dengannya dan Nizar pembohong besar,..betul ke ni..atau takut nak berdebat......??? Sebelum ini gangguan-gangguan ceramah PR selalu dibuat di sekitar Ipoh dan Batu Gajah tetapi tempohari di kawasan Parit pun UMNO sudah mulai membuat.ceramah bersiri. Namun kehadiran di ceramah PR adalah lebih ramai berbanding dengan ceramah UMNO itu.Dianggarkan ceramah DSNJ menerima lebih 300 kehadiran.Manakala ceramah Umno itu menerima tidak sampai 100 orang kehadiran.Gangguan ini diteruskan juga semasa geng Umno ini bersurai dan melalui tempat ceramah PR.Seorang pemandu motorsikal telah me'rem' motorsikal nya sebanyak 2 kali bertujuan untuk menganggu ceramah.Ingatkan orang orang muda..tetapi rupa rupa nya warga emas yang totok umnuu gamaknya.Manakala ada pemimpin umno yang melalui kawasan ceramah PR,memandu dengan agak laju yang boleh membahayakan pengikut pengikut PR. Ceramah UMNO tamat pada jam 11.30 malam (mungkin kerana kekurangan modal),tetapi ceramah PR tamat dalam pukul 12.15 tengah malam.Sebelum mengakhiri ceramah Dato' Seri Nizar membawa hadirin ke sessi tayangan video suasana di pagi hari raya Aidilfitri yangg lalu dimana Najib,Rosmah dan beberapa orang Menteri berjoget apabila lagu Anak Kampung dimainkan dan dinyanyikan oleh artis jemputan. Sumber Msinc TBO-Kalau Macam Ini lah UMNO Berkempen,Pasti Terkubur Di PRU 13 Nanti (Tak De Stail Langsung..Ye lah..yang pandai pandai dah ramai masuk PR..hi..hi..) |
Posted: 25 Jan 2013 04:32 PM PST HADIS 15: ZAMAN DIMANA ORANG TAK PEDULIKAN DARI MANA MENDAPATKAN HARTA Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw, "Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram". (Riwayat Muslim) Keterangan: Di zaman sekarang ini merupakan zaman ketandusan rohani dan zaman materialisme, segala sesuatu adalah bernilai dengan nilai harta. Manusia cakar mencakar untuk memperolehi sebanyak mungkin harta kekayaan. Mereka tidak memperdulikan dari mana datangnya harta yang diperolehi, apakah dari sumber yang halal atau dari sumber yang haram. Yang penting, harta dapat dikumpulkan sebanyak-banyaknya untuk memenuhi kehendak nafsu atau pun untuk melayan kehendak isteri atau anak-anak mereka. HADIS 16: DUA GOLONGAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya". (Riwayat Muslim) Keterangan: Kebenaran sabdaan Rasulullah saw. ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat yang ada pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal-siasat, bertindak kepada manusia dengan hukum rimba. Dan ramai perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badan, dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh, kerana walau pun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Atau pun ia berpakaian dengan pakaian yang sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar, seperti gob unta. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya. msinc-Di Sarkas je kita boleh lihat orang guna cemeti ni.. |
You are subscribed to email updates from Telok Bakong Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan