Addin |
- Gempar!! Shahidan Kassim Masuk PAS?
- Sambutan 'Hambar' Di Jelajah Merdeka Rakyat Johor Bersama DSAI
- Rupanya Ni Kerja Jahat Najib And Geng Di Selangor
- Kerana Kesilapan Sendiri, Tembelang BN Selangor Terbongkar..
Gempar!! Shahidan Kassim Masuk PAS? Posted: 26 Jan 2013 08:16 AM PST ALOR SETAR - "Saya tak pernah kata nak lompat parti," tegas bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga Adun Tambun Tulang.Shahidan berkata, beliau tidak mungkin berhasrat untuk meninggalkan Umno kerana dirinya adalah seorang pejuang politik dan parti itu tidak pernah menimbulkan sebarang masalah terhadapnya."Orang lain mungkin. Buat apa saya nak lompat?. Parti tidak pernah buat salah pada saya, yang buat begitu orang lain. Saya tak sertai Pas seperti heboh diperkatakan, itu sekadar dua tiga orang bercakap di blog," katanya kepada Sinar Harian. Shahidan memberi reaksi itu ketika diminta mengulas dakwaan blog mengatakan dirinya akan hadir berceramah bersama pemimpin Pas di Kompleks Pas Kedah di Kota Sarang Semut.Isu terbabit timbul gara-gara gambar Shahidan bersama pemimpin Pas Kedah terpampang pada kain rentang membabitkan program anjuran Pas Kuala Kedah. Shahidan dijadualkan hadir pada majlis Wacana Perdana, PRU13: Ke mana arah tuju Islam dan Melayu bergandingan dengan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusoff Rawa dan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Maszlee Malek.Rentetan itu, beliau dikaitkan akan menyertai Pas dalam masa terdekat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Mengulas perkara itu, Shahidan berkata, perkara itu tidak perlu dijadikan isu berikutan program terbabit adalah sebuah majlis ilmu."Ianya bukan isu dan tidak wajar dijadikan isu. Majlis wacana ilmu itu dikenali sebagai wacana perdana, menampilkan saya selaku Ahli Majlis Tertinggi Umno. Ia bukan program politik," katanya.Menurutnya, bagaimanapun, beliau tidak dapat hadir ke majlis berkenaan kerana masanya tidak sesuai kerana terpaksa berangkat ke Gaza pada keesokannya. "Perkara itu dalam pengetahuan Setiausaha Agung Umno dan Menteri Besar Perlis dan menyifatkan ianya tidak sesuai ekoran pilihan raya semakin hampir," katanya.Shahidan berkata, beliau tiada masalah untuk bersama pemimpin Pas dalam satu pentas asalkan mendapat kebenaran Majlis Tertinggi dan diadakan di tempat terbuka."Anjuran siapa pun boleh jika dibuat di tempat sesuai. Lebih sesuai jika wacana ilmu diadakan di tempat terbuka dan bukan markas parti. Saya tak hadir sebab ada komitmen lain dan jemputan itu dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan sudah dimaklumkan ketidakhadiran saya," katanya. Dalam perkembangan sama, Ketua Penerangan Pas Kuala Kedah, Ridzwan Abu Bakar berkata, majlis ilmu itu sememangnya bertujuan mendapatkan perbezaan pandangan antara parti politik utama di negara ini."Kita jemput Shahidan sertai perbincangan lintas parti, dapatkan pandangan parti lain berkaitan topik semasa. Saya ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi kongsi pandangan selama 10 minit melalui telefon walaupun tidak dapat hadir," katanya.Menurutnya, pihaknya memilih Shahidan kerana mahu mendapatkan pandangan seorang Ahli Majlis Tertinggi Umno dalam isu berkaitan. ~sinar harian |
Sambutan 'Hambar' Di Jelajah Merdeka Rakyat Johor Bersama DSAI Posted: 26 Jan 2013 03:29 AM PST |
Rupanya Ni Kerja Jahat Najib And Geng Di Selangor Posted: 25 Jan 2013 11:41 PM PST SUBANG JAYA – Seorang pemilik banglo terkejut apabila 28 pucuk surat berbeza nama penerima yang mengandungi mesej tahun baru dan politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dihantar ke rumahnya di Petaling Jaya.Surat berkenaan didakwa mula diterima sejak dua minggu lalu tertera nama penerima yang langsung tidak dikenalinya. Hairan dengan perkara itu, pemilik rumah berkenaan mengadukan perkara itu kepada Adun angkat Bukit Gasing, Hannah Yeoh Tseow Suan.Hannah berkata, berikutan aduan berkenaan, pemeriksaan dilakukan menerusi senarai daftar pengundi suku tahun pertama 2012 dan hasil mengejutkan apabila mendapati 28 nama berkenaan didaftarkan di alamat pengadu. Menurutnya, lebih mengejutkan ada sembilan lagi nama didaftarkan beralamat di rumah pengadu dan menjadikan 37 pengundi berdaftar di alamat sama."Daripada jumlah itu, dua adalah Melayu, seorang India dan lainnya adalah pengundi Cina dengan nama keluarga berlainan yang berumur antara 36 hingga 90 tahun. "Inilah yang hendak kita persoalkan kepada Pengerusi BN Selangor, adakah semua mereka ini pengundi hantu mereka?," katanya.Dalam pada itu, Hannah turut menggesa pengundi yang dapat surat berkenaan tetapi tidak mengenali nama penerima supaya membawanya ke pejabat Adun atau Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) untuk tindakan selanjutnya. ~sinar harian |
Kerana Kesilapan Sendiri, Tembelang BN Selangor Terbongkar.. Posted: 25 Jan 2013 10:35 PM PST SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) Selangor mengakui terdapat kesilapan kecil yang berlaku dalam proses penghantaran surat Selamat Tahun Baru bersimbol 'Sayangi Selangor' kepada sebilangan kecil pengundi di Dun Selat Klang seperti didakwa Pakatan Rakyat (PR).Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus berkata, tidak mustahil kesilapan kecil sebegini terjadi ketika penghantaran surat dalam jumlah yang besar."Ya, saya mengaku BN Selangor ada menghantar surat ini kepada rakyat Selangor bertujuan mengucapkan Selamat Tahun Baru. Jadi dalam penghantaran pukal sebegini pasti berlaku kesilapan teknikal seperti ini."Atas rasa tanggungjawab, BN Selangor akan mengirim semula surat pembetulan dan permohonan maaf kepada pengundi berkenaan," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Dalam perkembangan sama, Abdul Shukor yang juga Adun Kuang turut menjelaskan bahawa kesilapan teknikal seperti ini hanyalah kesalahan kecil yang tidak disengajakan dan tiada niat untuk mengaburi atau mengelirukan pengundi seperti didakwa."BN Selangor memohon maaf kepada pengundi-pengundi terbabit atas kesilapan yang berlaku. Kami akan menghantar semula surat pembetulan dan permohonan maaf dengan kadar segera," katanya.Beliau berkata demikian bagi mengulas lanjut berhubung dakwaan Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali yang menggesa BN Selangor menghentikan tindakan mengelirukan rakyat dengan menukarkan tempat mengundi pengundi sesuka hati untuk kepentingan parti mereka. Dr Halimah dalam kenyataannya mendakwa, terdapat tiga pengundi dari Dun Selat Klang yang menghantar surat aduan kepadanya yang menyatakan Dun dan Parlimen mengundi mereka ditukar ke kawasan lain pada surat Selamat Tahun Baru dengan simbol 'Sayangi Selangor' daripada BN Selangor yang diterima mereka. ~sinar harian |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan