Jumaat, 18 Januari 2013

Telok Bakong Online

Telok Bakong Online


Daim dan Penganalisis Politik Ramal UMNO/BN Sukar Kekalkan Kerajaan di Perak

Posted: 18 Jan 2013 06:21 AM PST


KUALA LUMPUR 20 Mac: Bekas Bendahari Umno, Tun Daim Zainuddin (gambr) meramalkan Umno BN hanya menang di Johor, Melaka dan Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan selainnya dimenangi Pakatan Rakyat.

Daim berkata demikian dalam wawancara eksklusif bersama akhbar harian Cina, Nanyang Siang Pau yang diterbitkan hari ini, seperti dilaporkan Malaysiakini. Daim turut dipetik sebagai berkata, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak kini umpama "jeneral tanpa askar" dalam berdepan cabaran PRU.

"Perdana Menteri dan pemimpin utama lain sudah pun melakukan lebih dari cukup. Maka situasi semasa mereka umpama 'jeneral tanpa askar'.
"Di manakah askar-askar BN? Pemimpin di peringkat cawangan dan bahagian perlu lebih proaktif melibatkan diri dengan orang ramai," kata Daim.

Daim turut meramalkan agak sukar untuk Umno BN mengekalkan Sabah dan Terengganu ekoran krisis dalaman parti itu di kedua-dua negeri itu. Mengenai Negeri Sembilan, Daim tidak menolak bahawa Pakatan Rakyat berpeluang cerah untuk menang di situ ekoran gabungan KEADILAN, PAS dan DAP hanya memerlukan sekurang-kurangnya enam kerusi untuk membentuk kerajaan.

Selain itu, kata Daim, Umno juga terpaksa mencari calon sesuai untuk menggantikan Menteri Besar Negeri Sembilan ketika ini, Datuk Seri Mohamad Hasan yang dijangka bertanding kerusi Parlimen untuk dilantik sebagai menteri persekutuan. Mengenai Perak yang dirampas Umno BN yang diketuai Najib sejak Februari 2009, Daim melihat agak sukar untuk Umno BN kekal di negeri itu.Para Penganalisis Politik dan Pakar Strategi juga turut menjangka bahawa Kerajaan Negeri Perak bakal dikuasai oleh Pakatan Rakyat iaitu sebanyak 40 kerusi berbanding 32 kerusi pada PRU 12.Pendapat ini dibuat berdasarkan terdapat 10 buah kerusi yang dimenangi oleh BN mempunyai majoriti kurang dari 1000 akan dapat dimenangi oleh PR berdasarkan gerak kerja yang gigih oleh penyokong dan pendokong PR.Kejadian rampasan negeri telah menjatuhkan maruah BN ketahap yang paling bawah,walaupun Umno memainkan isu isu perkauman.BN tidak berjaya menarik perhatian kaum Cina,manakala sokongan kaum Melayu kepada PR telah meningkat beberapa peratus.

Sementara Kelantan dan Pulau Pinang, Daim yakin Pakatan Rakyat akan terus memerintah di kedua-dua negeri itu. Menjelang PRU 8 MAc 2008, Daim pernah meramalkan Umno BN akan kalah di Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, namun tiada siapa melihat dengan serius ramalan beliau.

Sehinggalah keputusan 8 Mac diumum yang yang menyaksikan Umno bukan sahaja kalah di negeri itu, kecuali Terengganu, malah buat pertamakali dalam sejarah BN hilang 2/3 kerusi Parlimen.(KD)

Ceramah ANAK MUDA GAGAH BERANI BERSAMA ADAM ADLI...ada berann..Datang???

Posted: 17 Jan 2013 07:37 PM PST


Ceramah ANAK MUDA GAGAH BERANI BERSAMA ADAM ADLI..akan diadakan

                         Tempat ;Bilik Gerakan Kg Tua Batu 16 1/2 Lambor Kanan,

                          Masa : 9.00 malam   ( 19hb Jan 2013 hari Sabtu )

                          Penceramah/Tetamu Undangan : ADAM ADLI (Bekas Pelajar)
                                                                                 Ikon Pemuda Berani
                                                                          
                                                                                :DR MIOR AHMAD
                                                                                 Ketua AMK Perak
                                                                         
                                                                                :AHMAD AKHDHOR           
                                                                                  Ketua AMK Tambun
                     
                          Pengerusi Majlis                         :Saudara Basharudin
                                                                                 AMK Parit.

Sila Datang Beramai ramai dan bawa anak anak muda kita.Anda pasti berpuashati dengan ucapan dan curahan minda dari bakal pemimpin negara.

Tiada ulasan: