Jumaat, 18 Januari 2013

Addin

Addin


Menteri Umno Belasah Sharifah Zohra

Posted: 18 Jan 2013 09:30 AM PST

SHAH ALAM - Sambil menyifatkan KS Bawani sebagai seorang yang "komited dan sopan", Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini membidas Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) yang disifatkan beliau telah memperkecilkan mahasiswa undang-undang dari Universiti Utara Malaysia (UUM) itu."Tak perlu mengguna ayat-ayat yang boleh membawa maksud mencadangkan Bawani keluar dari Malaysia dan UUM.

"Adalah lebih baik kalau Sharifah berhujah dengan bijaksana, dengan pengajaran yang baik, berdebat dengan cara yang terbaik," katanya menerusi SMS kepada Sinar Harian Online.

Terdahulu, beliau mengadakan sesi pertemuan "teh tarik" dengan KS Bawani di ibu negara. Nama Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dan Bawani tiba-tiba menjadi bualan hangat setelah klip video berdurasi sekitar 20 minit membabitkan mereka berdua tersebar luas di internet.

Video menyaksikan Bawani yang sedang lantang berhujah cuba dihentikan oleh Sharifah yang akhirnya mengundang suasana tegang apabila Bawani enggan berhenti bercakap.

Sharifah kemudiaannya mengulangi perkataan "listen" sebanyak 11 kali sebelum menarik pembesar suara itu daripada Bawani. Menurut Saifuddin, Sharifah Zohra tidak sepatutnya memperlakukan Bawani sedemikian rupa.

"Saya kesal kerana insiden ini berlaku. Bawani sepatutnya dibenarkan menghabiskan percakapannya. Sharifah tidak sepatutnya menarik pembesar suara untuk menghentikan Bawani bercakap. Ada cara lebih baik daripada itu," ujar beliau.

Beliau yang ada menghubungi dan bertemu sendiri dengan Bawani dan rakan-rakannya berkata, insiden seperti ini jika berterusan akan mewujudkan keadaan seperti "api dalam sekam".

"Saya dapat menyelami perasaan mahasiswa berkaitan insiden ini. Sebelum ini, saya mendengar pelbagai aduan tentang kes-kes mahasiswa dan orang muda diperlekehkan, diperkecilkan atau terlalu dikawal oleh sesetengah pihak. Sebab itu insiden ini menggamit minat ramai mahasiswa dan orang muda," katanya sambil menyeru pelbagai pihak mengambil iktibar daripada insiden tersebut.

Semalam, Naib Cancelor UUM, Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak akur Bawani agak kasar ketika bertanyakan soalan, namun katanya, Sharifah Zohra boleh memilih untuk menjawab secara profesional dan berhemah.

"Apa yang berlaku itu saya agak kesal kerana cara soalan itu dikendalikan, saya rasa boleh dengan cara yang lebih baik, cara soalan itu dijawab juga agak keras dan agak kasar, agak kurang sesuai.

"Saya terkilan dengan pendekatan dia menjawab soalan yang saya kira agak kurang profesional lah," katanya. ~sinar harian



Iklan C (ii)








Rupanya Ini Punca Bawani Soal Cik Pah LISTEN

Posted: 18 Jan 2013 07:36 AM PST

KUALA LUMPUR 18 Jan — Bawani KS mengakui persembahan slaid semasa forum "Seiringkah mahasiswa dan politik?" yang memaparkan kritikan ke atas pemimpin pembangkang dan beberapa aktivis menyebabkan beliau bangun untuk bersuara dan mempersoalkan pembentangan panel forum Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin.Menurut Bawani, persembahan slaid tersebut yang memaparkan gambar seperti ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, aktivis Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan dan demonstrasi menentang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah tidak munasabah dan tidak selari dengan tajuk forum tersebut.

"Gambar yang mereka paparkan dalam forum tersebut adalah tidak munasabah," kata Bawani dalam satu sidang media hari ini."Ianya tidak langsung berkaitan dengan forum yang bertajuk 'Seiringkah mahasiswa dan politik?'. Oleh sebab saya tidak berpuas hati, saya bangkit dan memberikan hujah sebelum Sharifah Zohra kemudiannya menarik mikrofon saya."Bawani juga berkata tidak berpuas hati dengan penganjur forum tersebut yang hanya membenarkan dua soalan diambil daripada mahasiswa untuk dijawab, serta mengesyaki sesuatu yang pelik berlaku kerana mahasiswa terpaksa berikrar selepas tamat forum.

"Sepanjang saya menghadiri forum, inilah kali pertama saya melihat orang ramai diarah mengangkat ikrar."Oleh yang sedemikian, saya berpendapat forum tersebut bukan bagi mendengar suara mahasiwa tetapi sebaliknya adalah untuk membodohkan mahasiswa," kata beliau lagi.Apabila ditanya sama ada bimbang atas tindakan yang diambilnya semasa dalam forum tersebut, Bawani berkata beliau tidak melakukan sesuatu yang salah disisi undang-undang.

Bawani turut memberitahu kehidupannya agak berubah selepas tersebar video tersebut apabila sering menerima panggilan dan juga komen-komen daripada orang ramai di ruangan laman sosial Facebook dan Twitter."Kehidupan saya berubah sekarang, setiap hari banyak panggilan telefon dan komen di Facebook dan Twitter saya."Hinggakan saya terpaksa mengambil seorang pembantu peribadi (PA) dan terdapat sekumpulan rakan saya yang mengendalikan akaun Facebook dan juga Twitter saya," kata beliau.

Beliau juga menjelaskan tidak sebarang menyimpan rasa marah atau berdendam kepada Sharifah Zohra selepas insiden tersebut serta tidak perlu untuk meminta maaf kepada dirinya."Saya rasa tidak perlu untuk Sharifah Zohra meminta maaf kepada saya," kata Bawani walaupun terdapat gesaan daripada aktivis dan kumpulan mahasiswa yang mahukan presiden Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) tersebut memohon maaf kepada beliau.Dalam pada itu, Bawani juga berkata tidak berhasrat untuk menyertai mana-mana parti politik ataupun bertanding dalam pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi serta menegaskan matlamat utamanya ketika ini ialah memperjuangkan pendidikan percuma bersama Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP).

Sementara itu, Bawani juga menjemput Sharifah Zohra ke satu bengkel anjurannya pada 26 Januari ini bersama mahasiswa di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur bagi membincangkan isu bertajuk "Bengkel Nasional Untuk Blue Print Tuntutan Pendidikan Percuma"."Saya jemput Sharifah Zohra untuk bersama mahasiswa pada forum 26 Januari ini," pelawa Bawani.Forum "Seiringkah mahasiswa dan politik?" diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah, pada 8 Disember lepas, akan tetapi hanya heboh selepas video tersebut dimasukkan di YouTube minggu lalu.

Klip selama 24 minit itu memaparkan seorang ahli panelnya Sharifah Zohra menegur Bawani, yang bangun bercakap di forum itu, membangkitkan kepada penganjur forum apa yang dia percaya pembentangan mereka yang tidak betul mengenai Bersih dan penerajunya, Datuk S Ambiga dan Datuk A Samad Said.Bawani juga menegaskan sejumlah negara mampu menawarkan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti dan bertanya mengapa Malaysia tidak boleh berbuat demikian, diikuti dengan tepukan penonton.

Ketika Bawani sedang bercakap, Sharifah Zohra turun dari pentas dan berdiri di depannya.Bawani tidak mempedulikan tindakan Sharifah Zohra itu dan terus bercakap.Sharifah kemudian berkata "dengar" kira-kira 11 kali sebelum bertindak mengambil mikrofon, sambil menghulurkan tangannya bersalam dengan Bawani dan mengucapkan terima kasih kepadanya."Nombor satu, ini adalah program kami dan kami dibenarkan untuk bercakap. Nombor dua, apabila saya bercakap, (anda) dengar," kata Sharifah Zohra kepada Bawani.Tindakan Sharifah Zohra telah menerima banyak kritikan daripada rakyat Malaysia yang menonton klip video tersebut. ~tmi



Iklan C (ii)








Sah!! Ali Rustam Tidak Pertahan Jawatan Ketua Menteri Melaka

Posted: 18 Jan 2013 04:08 AM PST

MELAKA - Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini mengesahkan sedia bertanding di kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sekali gus menamatkan spekulasi beliau berhasrat melepaskan jawatan Ketua Menteri Melaka.Kata beliau, hasratnya sudah diketahui banyak pihak termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak namun masih belum diputuskan pemimpin tertinggi parti."Keputusan yang saya ambil untuk bertanding di Parlimen terletak di tangan Perdana Menteri untuk memutuskannya.

"Namun sehingga kini keputusan saya untuk bertanding di kerusi Parlimen masih belum diputuskan oleh Najib," katanya selepas menyampaikan bantuan persekolahan RM100 di Sekolah Kebangsaan Dato' Palembang, di sini, semalam.

Tanpa memberitahu kerusi Parlimen mana yang akan ditandinginya, Mohd Ali berkata, pembahagian kerusi di negeri ini sudah diselesai dan dipersetujui semua parti."Kita ikut cadangan yang telah dikemukakan awal kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan tidak ada perubahan baru di saat-saat akhir," katanya.

Beliau yang diminta mengulas khabar angin berhubung hasratnya melepaskan jawatan ketua menteri untuk kembali berkhidmat di peringkat pusat, bagaimanapun enggan mengulas mengenai kerusi parlimen yang akan ditandingi.Mohd Ali dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka yang kesembilan menggantikan Datuk Seri Abu Zahar Isnin pada 2 Disember 1999.

Beliau sebelum itu pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Kesihatan.Sementara itu laporan Bernama memetik Mohd Ali berkata pembahagian kerusi bagi PRU13 di Melaka telah selesai dan dipersetujui semua parti komponen Barisan Nasional (BN).

"Tidak ada perubahan baru buat sementara ini dan kita akan ikut cadangan awal yang telah dikemukakan kepada Pengerusi BN sebelum  ini," katanya.Katanya, berdasarkan perancangan sekarang, hanya kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Laksamana yang sebelum ini ditandingi MCA, akan diserah kepada Parti Progresif Penduduk (PPP) untuk ditandingi Pengerusi PPP negeri Datuk Chiw Tiang Chai. ~sinar




Iklan C (ii)








Gambar Yang Menyakitkan Hati Pemimpin Umno BN.. Saksikanlah!!

Posted: 18 Jan 2013 02:20 AM PST



The last cabinet meeting...





Iklan C (ii)








Ini Penjelasan Terbaru Najib Berkenaan Tuduhan Deepak

Posted: 17 Jan 2013 05:34 PM PST

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyangkal dakwaan Deepak Jaikishan sambil menegaskan, beliau tidak ada sebarang kaitan dengan tindakan detektif bebas P. Balasubramaniam mengeluarkan akuan bersumpah kedua berhubung kematian wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.Justeru, tegas Najib, pengedar karpet itu bukan seorang yang ada kredibiliti."Tidak benar. (Deepak) bukan seorang yang ada kewibawaan... ini bukan satu isu," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di sini malam ini.Akhir bulan lalu, PKR menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis segera menyiasat kenyataan lima individu yang terlibat dalam memalsukan perakuan bersumpah Balasubramanam.

Mereka ialah Deepak, Datuk Nazim Razak, peguam Cecil Abraham, peguam Arulampalam selain Balasubramaniam sendiri.Berdasarkan pengakuan Balasubramaniam dan Deepak, campur tangan sehingga akaun bersumpah tersebut diubah bersalahan di bawah Akta Akuan Berkanun 1960.

Pendedahan dibuat secara terbuka oleh Deepak dan Balasubramaniam sebelum ini. Justeru, beliau mempersoalkan mengapa Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM, Hademan Abdul Jalail, beriya-iya menafikan penglibatan peguam senior, Cecil Abraham yang menghentikan siasatan terhadap Balasubramaniam.

"SPRM sangat bersungguh untuk nafi, tapi tak siasat. Balasubramaniam (sebelum ini) telah buat temujanji supaya dia disiasat, tapi tak terjadi," katanya PKR ~ sinar



Iklan C (ii)




Akhirnya.. Mahathir Mengakui Beri IC Kepada Pendatang Asing

Posted: 17 Jan 2013 04:42 PM PST

SHAH ALAM 17 Jan: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengaku bertanggungjawab memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah semasa mentadbir negara.Mahathir akhirnya mengaku beri IC pada pendatang asingBeliau bagaimanapun cuba mengalih kesalahan tersebut dengan mendakwa bapa kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman melakukan perkara "lebih teruk" dalam tindakan berkenaan."Kita patut tengok balik dan ingat. Tunku Abdul Rahman lebih teruk daripada saya. Dia beri sejuta kewarganegaraan kepada mereka yang tidak layak. Jadi kenapa apa yang dia (Tunku Abdul Rahman) buat tak salah dan apa yang saya buat ini salah?"Ya saya memang buat (beri kad pengenalan), tetapi mengikut undang-undang," katanya dalam sidang media selepas program Bicara Minda Tun Mahathir di Shah Alam, lapor Malaysiakini.

Turut hadir pada program itu ialah bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.Semalam, dua bekas orang kanan Mahathir ketika memberi keterangan dalam siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah, mengaku memberi kewarganegaraan kepada mereka untuk menjadi pengundi.

Bekas ketua Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Tamparuli, Yakup Damsah memberi keterangan dia dan beberapa orang lain menginap di rumah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, yang merupakan setiausaha politik kepada Mahathir pada masa itu untuk mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang asing.

Seorang lagi saksi, bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Ramli Kamaruddin mengaku menerima arahan dari timbalan menteri dalam negeri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub untuk mengeluarkan resit kad pengenalan sementara (resit JPN) dengan tarikh luput kepada warga asing, semata-mata untuk tujuan pilihan raya. ~keadilandaily




Iklan C (ii)




Tiada ulasan: