PERAKITE |
- UMNO/BN dah ready PRU
- NAJIB LEMAH DAN TAKUT GUNA KUASA
- NAJIB akhirnya bersuara menafikan dakwaan tauke karpet
Posted: 17 Jan 2013 05:58 PM PST UMNO-BN hampir selesai membuat pembahagian kerusi dan memutuskan calon PRU13 serta siapsiaga menghadapi pilihan raya umum, kata Presiden Umno/BN DS Najib Razak. "Kita memberi tumpuan kepada kesiapsiagaan pilihan raya...seperti mana kita sedia maklum masanya akan tiba tidak lama lagi untuk mengadakan pilihan raya umum. "Semua parti komponen BN telah diberi panduan yang jelas dan kita akan tentukan beberapa perkara...soal pembahagian kerusi antara parti komponen BNl hampir selesai. "Begitu juga dalam soal penentuan calon-calon sebahagian besar telah pun diputuskan," katanya. |
NAJIB LEMAH DAN TAKUT GUNA KUASA Posted: 17 Jan 2013 05:52 PM PST Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan dipimpin Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa ini berada dalam keadaan "lemah" dan "takut menggunakan kuasa". Katanya, beliau melihat perkara itu rentetan daripada penyusutan sokongan rakyat pada 2008 yang menurutnya kurang yakin dengan pemimpin pada masa itu. Tambahnya, BN juga akan meraih kemenangan "kosong" sekiranya kekal menang dengan sokongan dan undian yang merosot dalam pilihan raya umum akan datang. "Ini soal kuat dan lemah. Bila kita kuat orang tak berani cabar kita. Bila kita kuat, orang tahu majoriti sokong kita. "Pada pilihan raya 2008 mereka tak sokong lagi kerana kurang yakin dengan kepimpinan yang ada. "Tapi bila tak sokong ia jadi lemah kerana dulu ada sokongan yang ramai dan kuat. "Sekarang mereka jadi lemah dan apa yang kita lihat sekarang ialah kerajaan yang lemah. "Kalau dalam pilihan raya umum akan datang ini, katakanlah merosot lagi, walaupun menang, ia satu kemenangan yang kosong," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditanya hadirin ketika sesi soal jawab dalam program Bicara Minda Tun Mahathir di Shah Alam hari ini. |
NAJIB akhirnya bersuara menafikan dakwaan tauke karpet Posted: 17 Jan 2013 05:49 PM PST Akhirnya PM DS Najib Razak membuka mulut menolak dakwaan Deepak Jaikishan sambil mendakwa tauke karpet itu sebagai individu yang tidak boleh dipercayai, malahan yakin ia tidak akan menjejaskan peluang BN pada PRU13. "Ia tidak benar. Yang itu (Deepak) bukan orang yang boleh dipercayai. (Dakwaan Deepak) bukan satu isu. Ia tak akan beri kesan (pada BN)," kata Najib ketika ditanya pemberita dalam satu sidang media di Kuala Lumpur. Jawapannya itu merupakan reaksi pertama Najib sejak Deepak mula menimbulkan dakwaan serius ke atasnya sejak akhir tahun lalu. Dalam satu wawancara dengan lidah parti PAS, Deepak mendakwa Najib memainkan peranan utama dalam tindakan penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang menarik balik pengakuan berkanun (SD) pertama pada tahun 2008. Deepak mendakwa Najib berbuat demikian demi mengelakkan tindakan yang mungkin diambil seteru dalam Umno bagi menghalang cita-cita Najib menjadi perdana menteri. Peniaga permaidani itu juga menjelaskan, beliau tampil dengan dakwaan itu selepas mendakwa ditipu oleh ketua Wanita Umno Selangor Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah dalam satu urusniaga tanah. |
You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan