Telok Bakong Online |
2013 - Jadikan Tahun Rakyat! - Ustaz Zulkifly Ibrahim Posted: 17 Jan 2013 09:29 AM PST 1. Saya menyeru kepada semua rakyat Perak menjadikan tahun 2013 dijadikan Tahun Rakyat. Ini penting kerana bukan sahaja tahun ini rakyat akan melalui pilihanraya umum ke-13, malah ia juga adalah detik perubahan untuk rakyat mengembalikan fikrah politik dan pembangunan negara yang lebih baik .2.Arah tuju negara semenjak permulaan abad ke-21 memperlihatkan rakyat masih berada dalam kepompong feudalisme yang mengekang pemikiran dinamik, merdeka dan matang. 3. Media arus perdana menjadi pembentuk cara berfikir rakyat yang sangat terkongkong. Lebih parah lagi media yang mengguna Wang Rakyat untuk merosakkan pemikiran rakyat. Salah satu pemikiran negatif yang sedemikian lama dipupuk oleh media arusperdana ialah sikap hidup bergantung. Cara hidup bergantung yang sengaja dipupuk selama ini oleh "kerajaan yang memerintah" merosakkan gaya hidup rakyat untuk tidak berfikiran kritikal apabila menilai prestasi kerajaan. 4. Sudah sampai masanya rakyat belajar memahami bahawa kerajaan adalah pengurus dan rakyat berhak menilai semula semada kuasa yang selama ini diamanahkan kepada kerajaan, boleh ditarik balik jika kuasa yang diwakilkan kepada kerajaan disalahguna dan kerajaan yang memerintah menjadi kerajaan pecundang. 5. Rakyat juga perlu sedar bahawa kepimpinan yang bersih dan bertanggungjawab serta kuat berpegang kepada prinsip agama sangat diperlukan untuk menerajui pemerintahan Negara. Jika tahun 2013 masih melanjutkan kerajaan yang sarat dengan pemimpin yang menyalahguna kuasa; kuasa diguna untuk berlindung dari menghadapi pendakwaan; akan meletakkan Negara pada posisi yang pincang dan tidak dihormati di kacamata dunia . 6. Saya menyeru agar rakyat tidak melepas peluang untuk menjadikan tahun 2013 sebagai tahun yang akan membawa lembaran baru dalam politik Negara. 7. Hijrah Bota! Rakyat bangkit, Bota berubah! Pengumuman-Rapat Jentera Pilihan Raya DUN BOTA di Markaz Gerakan Kg Bt. 16 Lambor Kanan Pada 20 Jan 2012.Pukul 9.00pagi.Semua jentera dan sukarelawan Pilihanraya Dijemput Hadir.Baju T-Shirt Percuma Disediakan Untuk Semua Jentera Dan Sukarelawan Pilihanraya. Aturcara 7.00pm-Talkimat Khas 7.20pm-Solat Maghrib,Zikir Munajat Bersama Ustaz Badrolamin 8.30pm-Solat Isya,Solat Hajat 8.45pm-Kenduri Rakyat-Makan Malam 9.30pm-Ceramah HIJRAH BOTA-KEMENANGAN PERAK 11.00pm-Bersurai SEMUA DIJEMPUT HADIR "HIJRAH BOTA" ...ra'ayat bangkit,..bote berubah.. | ||||||||
Rafizi Mahu Hantar Rosmah Dan Najib Ke Percutian Percuma.. Posted: 16 Jan 2013 04:27 PM PST
Menyedari bahawa Najib dan Rosmah amat mengemari mengunakan wang wang rakyat untuk kemewahan mereka.Rafizi telah membuat pengistiharan bahawa sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat berjaya menakluki Putrajaya,maka Rosmah dan Najib akan diberi percutian dan penginapan percuma yang ditanggung sepenuhnya oleh rakyat Malaysia di Hotel Sungai Buluh.
|
You are subscribed to email updates from Telok Bakong Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan