Khamis, 17 Januari 2013

Addin

Addin


Mahathir Cakap Kerajaan Najib Kini Amat Lemah.. Apa Kata Pencacai?

Posted: 17 Jan 2013 08:42 AM PST

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan dipimpin Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa ini berada dalam keadaan "lemah" dan "takut menggunakan kuasa".Katanya, beliau melihat perkara itu rentetan daripada penyusutan sokongan rakyat pada 2008 yang menurutnya kurang yakin dengan pemimpin pada masa itu.Tambahnya, BN juga akan meraih kemenangan "kosong" sekiranya kekal menang dengan sokongan dan undian yang merosot dalam pilihan raya umum akan datang.

"Ini soal kuat dan lemah. Bila kita kuat orang tak berani cabar kita. Bila kita kuat, orang tahu majoriti sokong kita."Pada pilihan raya 2008 mereka tak sokong lagi kerana kurang yakin dengan kepimpinan yang ada."Tapi bila tak sokong ia jadi lemah kerana dulu ada sokongan yang ramai dan kuat.

"Sekarang mereka jadi lemah dan apa yang kita lihat sekarang ialah kerajaan yang lemah."Kalau dalam pilihan raya umum akan datang ini, katakanlah merosot lagi, walaupun menang, ia sebuah kemenangan yang kosong," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya hadirin ketika sesi soal jawab dalam program Bicara Minda Tun Mahathir di Shah Alam hari ini. Individu berkenaan meminta Mahathir menjelaskan mengapa kerajaan pada masa ini dilihat lemah sehingga banyak tindakannya, seperti Sistem Penguatkuasaan Automatik untuk pesalah trafik, dipertikai ramai pihak.

Mahathir seterusnya berkata, kerajaan yang lemah tidak berani untuk bertindak menggunakan kekerasan malah turut menghapuskan kuasa yang ada."Kerajaan yang lemah ialah kerajaan yang memang takut terutama dalam demokrasi kerana kita bertindak salah, kemungkinan akan kalah lagi.

Kita mungkin akan hilang kuasa."Sebab itu kita lihat sekarang ini, kita tak berani bertindak menggunakan kekerasan bahkan kita hapuskan segala kuasa yang ada pada kita."ISA umpamanya. Apa yang kita malu sangat dengan ISA ini?," katanya sambil memberikan contoh Amerika yang menurutnya menangkap pengganas tanpa mengikut undang-undang.

Dengan membandingkan ISA dengan kem tahanan Amerika Syarikat di Guantamo Bay, Mahathir berkata, tindakan penahanan yang dilakukan Malaysia masih mengikut undang-undang."Bila Amerika dan Britain diserang oleh pengganas, mereka tangkap dan tahan orang tanpa undang-undang yang mana lebih teruk dari kita.

"Kita masukkan orang dalam tahanan ikut undang-undang ISA untuk menahan orang, dia (Amerika) tak ada undang-undang untuk tangkap dan mereka sanggup seksa yang mana kini dibenarkan di Amerika.

"Kita kalau nak cakap kononnya kezaliman kita di sini, kenapa kita tak tegur orang yang lebih zalim dari kita yang suka tegur kita?," soalnya. ~malaysiakini





Iklan C (ii)




Setelah Kantoi.. Blogger Umno Mengakui Keluar Kenyataan Fitnah

Posted: 17 Jan 2013 05:41 AM PST


IPOH – Selepas hampir sebulan kemelut isu pemilikan tanah seluas 4,200 hektar di Gua Musang, Kelantan menjadi topik hangat, sebuah blog,pisau.net yang memaparkan artikel berhubung isu berkenaan mengeluarkan kenyataan ralat.

Kenyataan ralat yang dikeluarkan 13 Januari itu menyebut bahawa tiada berlaku penukaran tanah bagi menebus jawatan Menteri Besar Perak antara dua pemimpin DAP iaitu, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming bersama Mursyidul Am Pas, Datuk NikAbdul Aziz Nik Mat, seperti yang dilaporkan sebelum ini.Artikel bertajuk 'Pembetulan fakta tanah Ngeh dan Nga di Kelantan' itu menyebut bahawa berlaku percanggahan fakta tidak tepat yang diperoleh daripada sumber sebelum ini dan menyifatkan bertanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan demi kebenaran.

Mengulas perkara itu, Koo Ham yang juga Pengerusi DAP berkata, penafian yang dikeluarkan blogger itu jelas menunjukkan isu yang digembar-gemburkan selama ini tidak benar dan berunsur fitnah.Menurutnya, ia juga jelas membuktikan bahawa Barisan Nasional (BN) Perak seakan kehabisan modal dengan menjadikan isu sedemikian sebagai mainan politik."Terbukti, tuduhan mereka sebelum ini tidak berasas. Saya akui, pendedahan yang dinyatakan blog ini sedikit sebanyak telah membersihkan nama kami, namun ia masih belum cukup," katanya pada sidang media, semalam.

Koo Ham yang juga Ahli Parlimen Beruas berkata, penyiaran artikel 'ralat' itu tidak memadai, sebaliknya beliau menuntut agar pengendali pisau.net tampil dan membuat permohonan maaf secara terbuka.Katanya, pendedahan yang dilakukan bukan perkara kecil kerana memberi impak terhadap imej dan reputasi pemimpin Pakatan Rakyat (PR) terutama Nik Aziz.

"Selain menyiarkan artikel penuh di blog, kita juga mahu pisau.net membuat kenyataan awam berhubung penafian ini di lima akhbar arus perdana dalam tempoh tujuh hari sebaik surat rasmi diterima daripada kami," katanya sambil memaklumkan writsaman akan tetap diteruskan terhadap blog berkenaan.Pisau.net menyatakan pendedahan yang dilakukan mengenai skandal berkenaan bukan isu baru apabila blog pro pakatan MediaPerak.net pernah mendedahkan konflik sama pada Jun 2012.

Tinjaun semalam mendapati, laman blog berkenaan tidak lagi boleh diakses.Isu pemilikan tanah berkenaan tercetus dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Perak ke-12, Disember lalu apabila Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menggesa Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad NizarJamaluddin memberi penjelasan berhubung isu itu.Pembelian tanah berkenaan didakwa sebagai ganjaran kepada DAP atas perjanjian membenarkan Mohammad Nizar yang juga Adun Pasir Panjang menjadi menteri besar. ~sinar




Iklan C (ii)




Azmin Jangka Parlimen Bubar Penghujung Februari

Posted: 17 Jan 2013 04:12 AM PST

PETALING JAYA 17 Jan: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali menjangkakan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibubarkan selepas perayaan Chap Goh Meh, hujung Februari ini."Saya jangkakan DUN dan Parlimen akan dibubarkan sebaik sahaja selesainya perayaan Chap Goh Meh pada 24 Februari akan datang," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan mengenai rundingan kerusi DUN dan Parlimen di Sabah melibatkan Parti Progresif Sabah (SAPP).

Kata Azmin, pendirian SAPP untuk bertanding 40 kawasan DUN di Sabah tidak munasabah kerana perlu mempertimbang peranan Pakatan Rakyat dan 'sahabat baru' iaitu Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pakatan Perubahan Sabah (PPS).

"Di Sabah ada 60 DUN. Kalau 40 sudah diwakili SAPP, di mana peranan KEADILAN, DAP dan PAS ? Sekarang kita ada 'sahabat baru' iaitu APS dan PPS," katanya."Saya sendiri terlibat dengan beberapa perbincangan bersama Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee.

"(Namun) SAPP harus lebih munasabah dalam permintaan kerusi untuk kita boleh meneruskan perbincangan. Ia harus dimuktamadkan segera," kata Azmin.

"Kita ambil sikap terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pihak yang bersedia untuk mewujudkan muafakat untuk berhadapan BN di Sabah khususnya," tambah Ahli Parlimen Gombak itu.

Parlimen Malaysia automatik akan bubar apabila tempoh mandat kerajaan semasa berakhir pada 28 April tahun ini. ~kd




Iklan C (ii)




Pegawai Daerah Di Dakwa Cabul Wanita

Posted: 17 Jan 2013 03:00 AM PST

BUKIT MERTAJAM -  Seorang pegawai daerah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita, tiga tahun lepas.Roslan Yahaya, 51, didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan wanita berumur 29 tahun itu di dalam pejabat pegawai daerah, Pejabat Daerah dan Tanah, Jalan Betek, Sungai Rambai di sini antara 11 pagi dan 1.10 tengah hari, 26 April 2010.   Dia didakawa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana antara dua, jika sabit kesalahan.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Amir Hamdzah Othman menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin, bagaimanapun peguam Anthony Samy yang mewakili Roslan memohon jaminan dikurangkan.   Amir Hamdzah turut memohon mahkamah memerintahkan tertuduh supaya tidak mengganggu saksi kes tersebut.

Majistret Chiang Kian Hong membenarkan Roslan diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Februari depan untuk sebutan semula kes.   Roslan membayar wang jaminan itu. ~bernama



Iklan C (ii)




SENIMAN Bidas Patrick Teoh

Posted: 16 Jan 2013 08:20 PM PST

Pepatah Melayu ada menyebut, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.  Begitulah yang berlaku kepada salah seorang pelakon tanah air, Patrick Teoh, hari ini.

Berikutan kenyataannya yang menyentuh sentimen agama Islam, pelbagai pihak telah mengecam tindakannya yang disifatkan melampau itu di laman sosial Facebook dan Twitter.

Persatuan Seniman Zed Zaidi membidas tindakan pelakon itu menghina Islam dalam kenyataannya mempertikaikan keputusan Kerajaan Negeri Kedah semalam.

Beliau menyifatkan kenyataan Teoh sangat tidak profesional dan tidak relevan sama sekali.

"Mewakili persatuan, saya mengutuk segala kata-kata kesat yang dikeluarkannya berhubung sentimen agama kita.

"Kalau dia nak bagi pandangan atau rasa tak puas hati, saya tak kisah. Itu pandangan peribadi. Tetapi saya tidak bersetuju apabila dia menggunakan sentimen agama," katanya kepada Sinar Harian Online.

"Soal agama ini sangat sensitif... boleh bawa kepada peperangan. Dia perlu jelaskan keadaan sebenar.

"Marah kerajaan negeri marahlah... yang pergi sentuh agama Islam kenapa? Gunalah kata-kata yang baik. Bukan kata-kata kesat seperti itu," katanya yang kesal dengan apa yang berlaku.

Zed Zaidi memberitahu, laporan polis boleh dibuat jika ada pihak lain yang tidak berpuas hati.

"Siapa yang tidak puas hati, boleh buat laporan polis kemudian rujuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Seniman akan pantau dulu, tengok kronologi... mungkin akan bawa ke SKMM sebab kita kena siasat secara profesional, kemudian, baru boleh cakap," katanya.

Seniman menyarankan Teoh membuat sidang media bagi menjelaskan keadaan sebenar memandangkan permintaan maafnya seakan tidak diterima banyak pihak.

Berikutan kenyataannya yang menyentuh sentimen agama Islam, pelbagai pihak telah mengecam tindakannya yang disifatkan melampau itu di laman sosial Facebook dan Twitter.

Meskipun pelakon itu sudah meminta maaf menerusi laman sosial, sesetengah pihak beranggapan maaf itu tidak cukup untuk menarik balik kata-kata kesat yang dilemparkannya itu.

Dalam melahirkan bantahannya terhadap garis panduan 1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013 yang dikeluarkan Kerajaan Negeri Kedah itu, Teoh turut mempersoalkan sembahyang lima kali sehari umat Islam dan pemakaian tudung. ~sinar harian





Iklan C (ii)




Kes Selesai Tapi Anwar, Khairy Perang Di Twitter

Posted: 16 Jan 2013 06:57 PM PST

Khairy Jamaluddin Khairy Jamaluddin SHAH ALAM - Meskipun laporan media menyebut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin telah mencapai penyelesaian kes fitnah RM100 juta semalam, 'perang' membabitkan kedua-dua mereka berterusan di dunia siber.Kedua-dua Anwar dan Khairy berbalas mesej menerusi Twitter semalam bagi mengatakan kenyataan dan pendirian masing-masing.

Susulan kepada kenyataan pagi semalam, Anwar sekali lagi menegaskan Khairy telah menerima balik kenyataan berbaur fitnah, yang didakwa dibuat lima tahun yang lalu.

"Khairy tarik (balik) fitnah; saya tak teruskan saman," kata Anwar menjawab soalan beberapa pengikutnya yang bertanya apa sebenarnya berlaku ekoran kenyataan yang berbeza.

Tengah hari semalam, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, "sila baca kenyataan penyelesaian, bukan Utusan; secara efektif, ia satu tindakan menarik balik (kenyataan)."

Blog Anwar malam tadi menyebut, berikutan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Khairy bertentangan dengan keputusan dicapai di mahkamah, satu sidang media akan diadakan pagi ini di ibu pejabat PKR.

Sidang media yang dijangka diadakan oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali antara lain menyentuh kes saman fitnah yang difailkan oleh Anwar dan penyelesaian direkodkan oleh mahkamah semalam.

Dalam pada itu, bekas koordinator media Anwar pula menulis menerusi Twitter, "@Khairykj Tipu. Anwar tidak tarik saman. Ia satu penyelesaian. Terima penyelesaian bukti anda yang tarik balik kenyataan."

Khairy dalam mesejnya menyebut bahawa "beliau saman saya. Beliau menarik balik kes."

Laporan media menyebut kes saman fitnah RM100 juta yang difail Anwar terhadap Khairy pada September 2007 diselesaikan selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Penyelesaian itu direkod Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Su Geok Yiam semasa kes disebut di hadapan beliau.

Peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili Anwar memberitahu mahkamah kes itu diselesai memandangkan defendan (Khairy) bersedia untuk mengatakan beliau tidak mengeluarkan perkataan yang menyinggung perasaan.

"Tiada perintah untuk kos," katanya. Hakim Su turut berterima kasih kepada kedua-dua pihak kerana menjimatkan masa mahkamah.

Anwar dalam samannya mendakwa Khairy, yang ketika itu Timbalan Ketua Pemuda Umno, mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya pada satu majlis politik di Kuala Kangsar pada Ogos 2007, yang disiar media cetak dan elektronik pada 3 Ogos tahun sama. ~sinar



Iklan C (ii)




Tiada ulasan: